Post saya kali ni adalah unformal dan lebih kepada realiti (bunyi macam Realiti Irfan Khairi je..
).
Semalam, saya tak dapat melakukan kerja seperti biasa akibat urat leher saya terseliuh ( betul ke ayat yang saya guna ni? ). Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya sakit yang dialami.
Walaupun pernah mengalami sebelum ini, tapi tidak sesakit ini.. Nak baring pun tak boleh sebab walau tersalah gerak sedikit, memang sakit tu satu kepala akan merasa dan boleh bawa pitam.
Selain saya sapu minyak, termasuk krim panas yang mampu melegakan sedikit kesakitan tersebut, saya juga melakukan urutan di sekitar tempat sakit.
Namun, kesakitan semakin bertambah. Tak cukup dengan sapu minyak, saya juga tampal plaster panas yang masih ada dalam simpanan. Tak cukup dengan itu, saya juga terpaksa menelan dua biji panadol yang dikatakan mampu melegakan sakit ( dah lama tak makan benda ni! ).
Saya cuba tidur untuk meredakan kesakitan, namun tak dapat lena. Macam mana nak lena, tidur pun tak boleh gerak langsung, kaku seperti orang yang lumpuh. Lantas dalam keadaan yang tahan sakit, saya menghadap internet untuk mencari video panduan di youtube.com serta petua-petua yang sewajarnya.
Terima kasih kepada youtube.com. Saya menjumpai dua video yang amat berguna yang boleh melegakan sedikit kesakitan leher saya tersebut. Di sini, saya kongsi video tersebut dan semoga bermanfaat untuk anda.
Senaman regangan ini bukan untuk semasa sakit sahaja, malah amat sesuai untuk mereka yang bekerja terlalu lama di hadapan komputer:
Video 1:
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=jsQIpiKx2f8[/youtube]
Video 2:
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=QoA-UQD1Ep8[/youtube]
Peringatan: Lakukan dengan perlahan-perlahan dan jangan terlalu over. Saya tak bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi. Ini hanya perkongsian sahaja.
Ok, itu sahaja perkongsian saya kali ini. Doakan kesakitan yang saya alami ini cepat-cepat hilang. Sikit je lagi..
———————
“Sesungguhnya kamu akan diuji terhadap hartamu dan dirimu…”. (Ali-’Imran : 186)
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat”. (Al-Ma’arij : 19-22).
Fudhail bin ‘Iyadh berkata, “Manusia selama dalam kesihatan masih tertutup, maka kalau turun cubaan akan tersingkap hakikatnya. Yang mukmin kepada imannya, dan yang munafik kepada nifaqnya”.
Semoga Allah menguatkan kita di atas jalan kesabaran dan keimanan. Sihat, sakit, senang dan susah adalah ujian keimanan.
Wassalam.
Incoming search terms:
- tersalah tidur
- leher terseliuh
- leher seliuh
- ubat untuk leher seliuh
- sakit urat leher
- sakit urat terseliuh
- salah urat leher selama tidur
- ayat ubat sakit seliuh
- seliuh leher semasa tidur
- terseliuh leher















Komen Terkini