Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa

Apa khabar semua.. Lebih dari seminggu saya tidak menulis di blog ini kerana berada di kampung. Bukan tidak boleh menulis, tapi jika saya menulis pun, tidak ramai yang akan melawat blog ini kerana masing-masing dalam ‘mood’ raya.

Tapi tidak lagi hari ini. Saya yakin semua orang sudah kembali bekerja atau kembali menjalankan perniagaan masing-masing.

Kembali Dengan Lebih Bersemangat!

Setelah sebulan berpuasa dan kemudian menyambut eidulfitri, sepatutnya kita lebih bersemangat dan menjadi lebih bersemangat. Pada bulan puasa sebulan itulah kita dapat mengukur, tahap tindakan kita di dalam mahu berubah atau mengubah sesuatu agar kita lebih berjaya.

Jika sebelum ini banyak tidur atau malas, sepatutnya sekarang kita lebih ‘banyak’ bekerja (rajin dan tekun).

Jika sebelum ini al-Qur’an pun tidak disentuh, tapi sejak berpuasa itu, sekurang-kurangnya membaca satu ayat sehari pun sudah memadai.

Jika sebelum ini kita hanya tahu dan rajin memikirkan idea sahaja, kini sepatutnya kita lebih bersemangat untuk BERTINDAK (Take Action). Mana-mana idea yang belum anda laksanakan, lakukannya dengan secepat dan sebaik mungkin jika ia boleh dan sesuai dilakukan sekarang.

Jika sebelum ini kita hanya banyak bercakap, mendengar cakap orang atau banyak melakukan sesuatu yang tidak produktif untuk kita, maka kini sepatutnya kita lebih banyak meluangkan masa untuk sesuatu yang lebih berfaedah dan menguntungkan.

Jika sebelum ini kita hanya asyik berangan itu dan ini, maka kini, bertindaklah apa yang perlu untuk mencapai apa yang diangan-angankan tersebut.

Jika sebelum ini kita hanya banyak membaca, tapi tidak mempraktikkan apa yang sepatutnya, maka kini amat wajar kita mula bertindak.

Jika anda perhatikan ayat-ayat di atas, semuanya berkaitan dengan TINDAKAN. Sesuatu yang kita fikir atau yang kita mahu, kita tidak akan dapat memilikinya selagi kita tidak bertindak.

Pelajaran Puasa

Puasa begitu banyak hikmahnya jika kita mahu berfikir. Selain ia adalah tanda cinta dan taatnya kita kepada Allah, puasa juga melatih kita melawan diri dan nafsu kita. Jika mahu pahala lebih di bulan puasa, kita mesti RAJIN beribadat lebih daripada biasa. Rajin ini sudah semestinya memerlukan tindakan.

Jadi, inilah yang saya mahu maksudkan: Kuasa Tindakan. Walaupun anda seorang yang bijak, pandai, banyak membaca, petah berkata-kata, tapi anda tidak akan mencapai sesuatu selagi anda tidak bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang anda mahu.

Sebab itulah jika kita lihat dan perhatikan, ada orang yang tidak banyak membaca, ada orang yang hanya tahu beberapa perkara sahaja, tapi mereka berjaya. Kerana, mereka mempunyai FOKUS dan TINDAKAN dalam ‘area’ yang berkaitan dengan impian dan kehendak mereka. Mereka tekun, fokus, tabah dan kuat berusaha (tindakan).

Maka, orang yang malas atau yang hanya tahu berangan sahaja, memang jauh ketinggalan dengan orang yang tak pandai mana pun, tapi bagus tindakan dan usahanya.

Mungkin ada yang mula bertanya, “Bagaimana untuk bertindak? Saya mahu tahu caranya”. Untuk soalan ini, mungkin anda boleh berikan pendapat di ruangan komen atau tunggu saya menulis artikel yang lain kelak. Di sudut yang lain, ada yang mungkin berkata, “Untuk bertindak, tak semudah berkata-kata atau menulis”. Tak apalah, masing-masing punya pendapat, tapi jika sudah cukup ‘syarat-syarat’ tertentu, anda mesti bertindak jua. Tiada lagi alasan. :)

Wassalam.

Membina Perniagaan Internet : 4 Langkah, 3 Hari

Membina sebuah perniagaan internet amat mudah. Diulangi sekali lagi, amat mudah!

Namun, sepertimana yang saya nyatakan di newsletter terbaru saya kepada subscriber newsletter saya – daftar di sini -, anda perlu memiliki dua pengetahuan ini:

1. Ilmu teknikal (internet, komputer, perisian, …)

2. Ilmu perniagaan dan pemasaran internet –> Paling penting

Tanpa salah satu pengetahuan tersebut, anda amat sukar bergerak jauh walaupun anda boleh mengupah orang lain untuk perkara no 1 di atas. Namun, itu jika anda banyak duit lah. ;) Itu nak upah, ini nak upah, last-last, lebih belanja daripada untung. Maka, adalah menguntungkan jika anda mengetahui sendiri perkara-perkara asas teknikal terutamanya cara membina laman web dan yang berkaitan seperti ‘hosting’ (server). Bukan perlu tahu banyak-banyak pun, cuma beberapa perkara yang diperlukan sahaja.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

HOT! Harga Domain .Com Murah sehingga 15 Sept 06

Just informasi singkat:

Dapatkan domain name murah sehingga 15hb Sept 2006 ini yang ditawarkan oleh mercumaya.net.

Segala maklumat dan info, boleh merujuk dan bertanya kepada mereka:

http://mercumaya.net/promo/order.php

Saya pun akan beli beberapa domain. Ini adalah salah satu langkah berjimat cermat. So kalau anda nak buat web for ebiz tu, saya cadangkan beli domain name dengan company tu.

Wassalam.

PS. Saya tak ada kaitan dengan company tersebut. Saya pun akan beli juga. ;)

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)