Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Projek Audio Pertama

Saya telah siap merakam audio untuk satu projek terbaru. Projek ini ringkas sahaja dan audio ini akan dijual dengan harga RM10.00.

Niche: Pembangunan diri (self improvement)

Kaedah pemasaran yang akan digunakan adalah secara viral di mana saya tidak akan lakukan promosi besar-besaran, malah tidak akan diumumkan secara besar-besaran.

Dan projek ini adalah satu eksperimen untuk melihat sejauh mana produk audio sebegini mendapat sambutan, serta beberapa perkara berkaitan.

-

Incoming search terms:

  • ayat motivasi bisnes
  • ayat power motivasi usahawan berjaya
  • buku motivasi asas perniagaan
  • ayat motivasi diri untuk tida menipu
  • rancangan perniagaan produk roselle
  • buku-buku motivasi tentang asas perniagaan
  • kata-kata bijak orang berniaga
  • kata-kata berkaitan hati
  • iklan produk komuniti servis
  • contoh buku motivasi usahawan

Sudah bosan dengan perniagaan Internet?

Saya tertarik dengan artikel yang telah ditulis oleh sahabat saya, iaitu saudara Shamsuriyadi, yang bertajuk ‘apabila usahawan internet bosan dengan bisnes internet‘.

Dalam artikel itu, beliau telah senaraikan apakah langkah ataupun cara bagi memastikan usahawan internet terus bersemangat dan tidak berputus asa.

Berikut adalah tambahan daripada saya, iaitu sedikit tip bagaimana kita sebagai usahawan tidak mudah patah hati ataupun tidak mahu lagi melakukan apa yang kita lakukan sekarang:

1. Lakukan banyak perkara

Hal ini bertentangan dengan nasihat yang selalu kita dengar. Ya, fokus pada satu perkara sahaja adalah nasihat yang terbaik terutama bagi mereka yang baru ingin bermula. Tetapi apabila kita telah berada lama dalam bidang perniagaan, yang satu itu akan menjadi punca kita mula bosan.

Banyak perkara yang dimaksudkan adalah kita menambah produk, servis atau bidang perniagaan yang masih sama dalam bidang yang kita lakukan. Contohnya, kita berniaga pakaian, maka kita tambah lagi pelbagai produk pakaian yang berbeza.

2. Pelbagaikan bakat

Setiap orang perlu utamakan dan manfaatkan sekurang-kurangnya tiga bakat yang ada dalam dirinya. Setiap orang ada pelbagai kebolehan dan jika boleh, elakkan terhad kepada satu sahaja. Semakin banyak kita lakukan sesuatu yang menggunakan bakat kita, kita sukar untuk bosan.

Namun pastikan, kita tidak terlalu obses dengan bakat. Memang ia penting, tetapi apabila kita terlalu bergantung kepada bakat semata-mata, kita mudah menolak untuk melakukan sesuatu dengan alasan “saya tiada bakat.”

Dan perkara yang penting juga adalah, elakkan juga terlalu banyak. Bergantung kepada keupayaan dan masa masing-masing. Utamakan yang utama.

3. Teruskan belajar

Kita akan mula goyah apabila kita mula berhenti belajar. Dan kita akan mudah tertinggal jauh apabila kita mula menutup pintu ilmu. Belajar itu banyak caranya, malah tanpa perlu keluar dari rumah, iaitu melalui internet. Baca artikel, beli ebook, online course dan banyak lagi cara.

4. ‘Bersosial’

Manusia yang ‘sihat’ bukan sahaja perlu sihat dari aspek tubuh badan, tetapi juga mental, emosi dan sosial. Usahawan perlu bersosial sekurang-kurangnya sesama para usahawan. Elakkan diri bersendirian di hadapan komputer pada setiap hari. Luangkan sedikit masa untuk bertemu rakan usahawan atau menyertai apa-apa program berkaitan.

5. Tambah kenalan

Dengan teknologi media sosial pada zaman sekarang seperti Facebook, menambah kenalan tidak perlu lagi mengambil masa yang lama. Dengan hanya hujung jari, kita boleh menambah kenalan seberapa ramai yang kita mahu pada setiap hari.

Seboleh mungkin, jumpa kenalan-kenalan itu secara nyata dan bukan hanya melalui internet.

6. Lakukan sesuatu yang baru

Apabila perniagaan kita mula berjaya, mungkin kita boleh menambah sumber pendapatan yang lain pula. Namun awas, lakukan jika anda berupaya sahaja. Menambah saluran pendapatan yang lain bermaksud, kita tidak akan menghadap benda yang sama setiap hari.

Jika tidak mampu, mungkin boleh lakukan inovasi terhadap perniagaan agar anda tidak bosan menghadap bisnes yang sama saja bentuknya setiap hari.

Inovasi atau ‘evolusi’ adalah salah satu cara untuk kita elakkan kebosananan. Ia tidak semestinya besar atau memerlukan kos. Lakukan sesuatu yang baru walaupun kecil, agar pandangan dan semangat terhadap bisnes kita sentiasa juga baru.

7. Bersukan / beriadah

Bosan juga biasanya diakibatkan oleh badan yang letih, penat dan tidak cergas. Seperti mana nasihat kebanyakan, kita perlu beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dan 20 minit pada setiap kali itu.

8. Bosan bermaksud banyak masa terluang

Luangkan satu minit untuk menjawab soalan ini: Adakah anda terlalu banyak masa terluang sehingga tidak tahu perlu buat apa, dan akhirnya mula kebosanan?

Jika ya, cepat-cepat ambil pen dan sehelai kertas untuk senaraikan apakah tugas penting yang perlu dilakukan. Dan senaraikan juga apakah tanggungjawab yang perlu digalas dalam hidup ini.

Saya yakin, setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu tanggungjawab penting yang perlu disempurnakan. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaik-baiknya.

9. Majukan lagi bisnes

Apabila kita melakukan perniagaan dalam skala yang sama bertahun-tahun lamanya, itu adalah salah satu sebab kita mudah berasa bosan. Maka ada dua pilihan di sini iaitu kita lakukan perubahan (inovasi) ataupun kita majukan lagi bisnes.

Mungkin dengan perbesarkan lagi saiz perniagaan, sewa ruang pejabat jika sebelum ini hanya berbisnes dari rumah, bekerjasama dengan rakan-rakan lain dan sebagainya. Paling kurang, ubahsuai ruang kerja SOHO.

Apabila kita sentiasa naik setapak demi setapak, maka perasaan bosan amat sukar datang pada diri kita kerana kita melakukan sesuatu yang berbeza dalam setiap tempoh tertentu.

10. Membaca kisah menginspirasikan

Sentiasa baca kisah orang-orang yang telah berjaya. Baca juga buku-buku motivasi terutama yang ditulis sendiri oleh orang yang telah gagal tetapi bangkit kembali. Utamakan membaca kisah kejayaan orang yang tidak sama bidang dengan kita atau yang lebih berusia dengan kita untuk mengelakkan perasaan lemah semangat kerana rasa jauh tertinggal dan rasa cemburu berlebihan.

11. Perbaiki amalan seharian

Tidak dapat dinafikan, terkadang semangat kita mula ‘lusuh’ adalah kerana jiwa kita mula gelap dan hati sedikit demi sedikit dikuasai titik-titik hitam. Bagaimana dengan solat kita? Jika solat, adakah sudah betul caranya? Bagaimana pula sikap amarah kita seperti dengki, marah, menipu, riak, tamak dan sebagainya?

Amalkan solat tahajjud, baca Quran, sedekah dan zikir-zikir yang mudah diamalkan. Tidak perlu banyak. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ‘connected’ dengan Tuhan kita, ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Seorang rakan usahawan saya berpesan, “Tidak perlu banyak berfikir. Teruskan usaha dan tumpukan perhatian dengan apa yang sudah ada di hadapan mata.”

-

Incoming search terms:

  • motivasi
  • bosan
  • blogger perniagaan
  • kata kata motivasi untuk orang baru memulakan perniagaan
  • motivasi usahawan apabila menghadapi kegagalan perniagaan
  • kata motivasi usahawan
  • ayat motivasi
  • kata-kata semangat untuk ushawan
  • langkah usahawan berjaya
  • majukan perniagaan burger

Blog MotivasiUsahawan.com

Saya mempunyai beberapa buah blog yang dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri (buat masa ini).

Salah satunya adalah blog MotivasiUsahawan.com.

motivasi usahawan berjaya

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsikan tip-tip motivasi khas untuk para usahawan.

Layari juga Page blog motivasi usahawan ini di Facebook.

Incoming search terms:

  • motivasi usahawan
  • AYAT MOTIVASI USAHAWAN
  • ayat motivasi perniagaan
  • ayat motivasi diri
  • ayat motivasi pekerja
  • ayat motivasi berniaga
  • motivasi diri
  • motivasi perniagaan
  • rahsia kehebatan tiger woods
  • PERNIAGAAN KANTIN

Bayar hanya sekali, belajar pelbagai topik

Saya ingin ajukan satu pertanyaan mudah di sini:

Adakah tuan/puan suka (bersetuju) jika hanya perlu membayar sekali sahaja untuk belajar pelbagai topik Internet Marketing secara Online? Bahan pelajaran adalah dalam pelbagai bentuk seperti PDF, audio dan video.

Contoh beberapa topik:

  • Asas perniagaan dan keusahawanan.
  • Persediaan minda, motivasi, matlamat dan perancangan bisnes.
  • Pemasangan blog WordPress seperti blog Perniagaan Internet SmartUsaha ini.
  • Facebook Marketing.
  • Search Engine Optimization (SEO).
  • Copywriting.
  • Domain, Hosting dan Cpanel.
  • Pemasaran Emel.
  • Produk informasi.
  • Perniagaan dropship.
  • Panduan Paypal.
  • Buat duit dengan Affiliate.
  • Surat jualan (sales letter).
  • dan lain-lain lagi…

Jika bersetuju, klik Like di bawah ataupun berikan pendapat pada bahagian komen.

Saya sedang merancang sesuatu yang pada saya belum pernah dilakukan oleh kebanyakan Internet Marketer. Klunya, saya mahu wujudkan satu komuniti yang boleh juga kita panggil ia sebagai ‘satu keluarga’. Belajar bersama-sama, bekerjasama dan saling bantu membantu.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ayat power bisnes
  • ayat perniagaan
  • ayat power promosi
  • ayat power untuk bisnes online
  • strategi pemasaran kedai buku
  • lain-lain kaedah pemasaran perniagaan
  • ayat-ayat berniaga
  • ayat power dalam perniagaan online
  • ayat power dalam perniagaan
  • contoh sijil ssm selangor

Mengapa terlalu lama mengambil masa untuk berjaya?

Mungkin kita sering bertanya, mengapa orang yang berjaya terlalu mudah berjaya.

Kita juga tertanya-tanya, mengapa mereka terlalu cepat berjaya?

Kita mempersoalkan diri, mengapa kita masih di takuk lama, tidak berubah ataupun meraih hasil yang berbeza.

Jawapannya mungkin ini: Terlalu lambat.

  • Lambat membuat keputusan.
  • Lambat bertindak dengan segera.
  • Lambat untuk menetapkan matlamat.
  • Lambat merancang.
  • Lambat bangun pagi.
  • Lambat tidur malam.
  • Lambat menunaikan solat.
  • Lambat tiba bertemu pelanggan.
  • Segala-galanya lambat…

Orang-orang yang hebat, mereka cepat bertindak dan bergerak pantas tanpa terlalu memikirkan risiko-risiko yang bakal dilalui. Mereka tidak terlalu bimbang terhadap perkara yang belum pasti.

Kita semua ada 24 jam yang sama. Fikir dan rancang, dalam masa 24 jam, apakah perkara yang perlu diisi dan dilakukan untuk memberikan hasil optimum kepada hidup kita.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita terlalu berfikir panjang.

Incoming search terms:

  • rahsia orang berjaya
  • jenis perniagaan 2011
  • lambat atau cepat untuk berjaya
  • mengapa mereka berjaya
  • perniagaan simple berjaya
  • terlalu lama membuat keputusan dalam islam

Pelajaran Berharga Perniagaan

Berikut adalah beberapa pelajaran berharga yang saya perolehi sepanjang melakukan perniagaan:

  • Jika ada orang berminat untuk berurusan dengan kita, segerakan urusan itu. Pastikan tidak menangguh ia sehingga satu tempoh yang lama. Fitrah manusia akan bersungguh pada peringkat mula, tetapi jika telah begitu lama, peluang sebegini akan lupus begitu saja kerana mereka telah tidak berminat.
  • Setiap apa yang dimulakan, perlu diselesaikan. Kita mudah mendapat banyak idea, tetapi jika idea itu mahu dilaksanakan banyak sekaligus, kita mudah rebah di mana semua idea itu terbengkalai. Nasib orang tamak yang tidak bertempat selalu akan rugi.
  • Selesaikan perkara dan urusan-urusan yang kecil dengan SEGERA. Perkara kecil yang ditangguhkan umpama kudis. Semakin ia digaru, semakin membesar. Begitu juga perkara kecil, jika ia ditangguh dan dikumpul-kumpul sehingga banyak yang tidak diselesaikan, akhirnya ia umpama pasukan anai-anai yang mampu merobohkan sebuah rumah.
  • SIMPAN DUIT. Sebaik dapat hasil, simpan sebahagian daripadanya. Bagi usahawan internet yang merasakan dirinya sukar menyimpan sebulan sekali, latih diri dengan menyimpan jumlah wang yang kecil pada setiap hari pada akaun simpanan khas untuk simpanan sahaja. Manfaatkan ‘online banking’ kerana tidak perlu ke kaunter bank untuk membuat simpanan. Simpanan tunai adalah penting untuk hidup dan juga bisnes.
  • FOKUS. Perniagaan kecil lagi-lagi jika dilakukan secara solo (persendirian), maka sebaiknya kita fokus sepenuhnya pada bidang utama kemahiran, bakat dan kepakaran kita. Memang banyak bidang yang menguntungkan di dunia ini, tetapi biarlah berpada-pada dan mengikut kemampuan.
  • KEPUTUSAN. Belajar untuk membuat keputusan dengan cepat. Sama seperti perkara kecil di atas, hal-hal yang dilewatkan kata putusnya boleh membuatkan kita kelemasan kerana terlalu banyak ditangguhkan. Padahal, ada perkara hanya memerlukan jawapan YA ataupun TIDAK sahaja.
  • Gunakan apa yang ada. Terkadang mungkin kita rasa belum cukup peralatan, perisian, kemahiran, pengetahuan dan sebagainya. Biar semua cukup dahulu baru mahu mula. Elakkan sikap begini. Gunakan saja apa yang sedang dimiliki kerana belum tentu apabila kira rasa telah cukup, kita dapat kejayaan dengan itu semua. Bahkan belum pasti kita dapat bermula dengan baik. Hargai masa, kerana satu saat ke depan kita belum pasti apa akan terjadi.
  • Tidak takut mencuba. Beranikan diri mencuba sesuatu yang takut untuk kita buat atau yang kita rasakan tidak perlu. Contohnya, usahawan internet jarang mahu berurusan melalui panggilan telefon. Namun sebahagian pelanggan lebih suka berurusan dengan cara itu. Beranikan diri, lama-kelamaan kita akan biasa.
  • Profesional. Jika kita ada masalah peribadi, ia hanya hal peribadi, bukan hal bisnes. Perniagaan adalah satu entiti lain dan ia perlu digerakkan walau apa jua keadaan kita. Perlu belajar menjadi seorang yang kental dan profesional.
  • Pelbagaikan projek. Jangan hanya mengutamakan projek-projek yang besar sahaja kerana biasanya ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan di samping tidak mudah juga untuk mendapat pelanggan. Hasilkan juga produk yang berharga rendah atau menerima kerja-kerja daripada klien walaupun bayarannya tidak tinggi. Pendek kata, tidak memilih rezeki.
  • SIBUK. Lebih baik sibuk berbanding banyak masa kosong yang tidak terisi. Kesibukan akan melatih diri kita agar lebih berdisiplin, mematuhi waktu (janji) dan lebih bijak merancang. Benar kata orang bijak, “Hanya orang yang sibuk mempunyai masa”. Dan pastikan masa sibuk itu adalah yang memberikan hasil kepada bisnes. Sibuk melakukan perkara yang produktif seperti mempromosikan bisnes.

Anda, jika baru bermula, pastikan mempunyai sikap dan disiplin yang baik agar usaha tetap berjalan dengan lancar.

“Buat silap sekali tidak mengapa, tetapi jika berulang kali, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin jawapannya berkaitan dengan hati.”

(c) http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

  • pelajaran berharga
  • apa bakat dan kemahiraan pada perniagaan
  • kesil pan simpan duit
  • pelajaran perniagaan dan
  • pelajaran yang berharga
  • pemasaran internet bisnes kecil
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)