Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan tanpa keluar modal yang besar

Saya teringat prinsip memulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan yang sering diingatkan oleh beberapa orang mentor seperti Tuan Shamsuddin Kadir, sebaik sahaja melihat seorang lelaki berniaga air minuman di sebuah pasar Ramadan. Beliau berniaga dengan berbekalkan sebuah meja, pengisar (blender), sedikit stok buah-buahan, air dan ais. Ringkas, tetapi mendapat sambutan.

jus buahMulakan bisnes dengan apa yang kita ada dahulu, kemudian setelah mendapat hasil, kita gunakan hasil itu untuk mengembangkan lagi bisnes. Mungkin dengan menambah peralatan, saiz perniagaan dan sebagainya.

Saya masih ingat pesanan Puan Ainon Mohd., elakkan membuat pinjaman terutama daripada pihak bank di awal perniagaan. Pinjaman hanya dilakukan apabila perniagaan telah mula berkembang dan maju.

Prinsip memulakan bisnes dengan apa yang kita ada juga ditekankan oleh Datuk Dr. Rusly (Chef Li), di mana katanya, orang-orang Cina banyak mempraktikkan hal sebegini. Apa yang ada di dapur, itu yang mereka gunakan. Pesan beliau juga, untuk bermula dengan mudah, elakkan meletak pelbagai syarat untuk berjaya.

Dari sudut konsep perniagaan internet pula, prinsip di atas amat mudah untuk diterapkan. Gunakan ‘alatan-alatan’, perisian atau laman web/blog percuma untuk bermula. Salah satu contohnya adalah berniaga dengan menggunakan Facebook dan juga menggunakan blogspot.com.

Setelah mendapat hasil, boleh usahakan untuk dapatkan nama domain dan hosting, bagi membina jenama dengan lebih baik dan membina sebuah kedai online yang lebih sempurna.

-

Incoming search terms:

  • modal perniagaan
  • bisnes tanpa modal
  • perniagaan air minuman
  • modal dalam perniagaan
  • bisnes tanpa modal 2011
  • perniagaan air
  • berniaga air
  • berniaga tanpa modal 2011
  • modal berniaga air
  • bisnes air minuman

Zoobie : Si Newbie Yang Main Hentam Sahaja…

Post kali ini hanyalah video yang saya ambil dari YouTube.com. Jika anda kenal dengan seorang Internet Marketer yang bernama Russel Brunson, anda akan tahu salah satu projek videonya iaitu Zoobie.

Untuk makluman, beliau sudah menghasilkan dua siri video. Saksikan yer.

Video 1: Zoobie mencuba program Google Adsense

[video]http://youtube.com/watch?v=Ajlvkcd86_I[/video]

.

Video 2: Zoobie mencuba bisnes Ebay

[video]http://youtube.com/watch?v=Kdw7MdsdSXI[/video]

.

Pelajaran

Daripada kedua-dua video tersebut, antara pelajaran yang dapat diambil adalah:

1. Sebelum melakukan sesuatu, kena belajar dahulu (ada ilmu), jangan main buat sahaja.

2. Tiada kejayaan dalam masa yang singkat. Perlu ambil masa.

3. Perniagaan Internet yang dilakukan dengan bermatlamatkan mahukan duit semata-mata biasanya berakhir dengan kegagalan.

4. Fokus. Buat satu-satu kerja dalam satu masa. Jangan terpengaruh dengan perkara lain selagi apa yang sedang anda lakukan belum berjaya.

5. Untuk program Google Adsense, JANGAN klik sendiri. :)

6. Dalam perniagaan, soal kos, modal dan untung rugi perlu dirancang sebaik mungkin. Jika tidak, untung tak dapat, rugi yang diperolehi.

PS. Sebenarnya saya nak buat video terbaru, namun sebab keadaan tak mengizinkan, maka saya tangguh kepada hari yang lain. Tajuk video tersebut adalah, bagaimana mendapatkan idea produk terutama produk digital dengan menggunakan _________. Nantilah yer… :)

Artikel Lain Pada Hari Ini:

1. Hakikat Perniagaan Internet

2. Cara Melayan Komen Negatif di Blog

Perniagaan Internet: Biar Slow Tapi Steady

Hari ni hari Ahad. Walaupun mungkin tidak ramai yang online, namun saya akan menulis juga sedikit. :)

Semalam petang, saya ke pantai Tanjung Balau bersama rakan serumah yang jaraknya dari Kota Tinggi lebih kurang 40km. Semua kawan-kawan satu rumah seramai 7 orang ke pantai tersebut. Huuh, apa lagi, kami mandilah. Dah lama tak mandi pantai sebenarnya. ;)

tanjung balau

*Salah satu pandangan ‘sisi’ pantai

tanjung balau 2

*Monyet ni pun nak join mandi pantai juga :D

Oklah, itu hanya sekelumit aktiviti mingguan saya bersama kawan-kawan serumah. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah, jika anda melakukan bisnes di Internet, biarlah perlahan, tapi steady. Maksudnya di sini, walaupun income anda tidaklah sekencang orang lain, namun anda tidak akan risau jika anda mempunyai STRATEGI jangka pendek dan panjang.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • Pantai tanjung balau

Pengumuman: Tragedi 15 Mei 2007!

Usah gusar, ‘tragedi’ yang saya ingin maksudkan di sini bukanlah krisis, peperangan atau bencana, tetapi sesuatu yang amat-amat mengejutkan akan berlaku.

Seramai 11 orang usahawan Internet Malaysia yang tidak asing lagi di minda anda akan mendedahkan sesuatu yang tidak ramai tahu iaitu KESILAPAN.

“11 orang Internet Marketers Malaysia membocorkan kesilapan mereka…”.

Anda…. Sebagai newbie atau usahawan Internet baru (hatta yang lama pun) mungkin akan bermanfaat dengan banyak perkara yang akan dibongkarkan oleh semua usahawan Internet yang dinyatakan tersebut. Bahkan saya sendiri tidak menyangka, masih banyak perkara yang saya tidak tahu! Inilah pentingnya perkongsian pengalaman yang amat bernilai, lebih bernilai daripada emas. :)

Anda…. Begitu istimewa dan bertuah.

Anda…. Begitu mudah kini mahu memulakan perniagaan Internet.

Tidak perlu mencari-cari sendiri. Tidak perlu meraih simpati. Tidak perlu pergi jauh.

Kami ada di sini, sudi membantu anda sedaya yang mungkin.

Mereka yang berpengalaman juga sudah memberikan panduan dan berkongsikan pengalaman mereka.

TETAPI…

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Hakikat 9: Anda perlu sanggup melabur (keluar modal)

Ehem, melabur kat sini bukan melabur dalam skim pelaburan menipu yang banyak bersepah-sepah sekarang macam cari dua kaki, tak perlu produk, sekali bayar dan yang seantero dengannya. Tetapi melabur di sini bermaksud, keluar duit, masa dan tenaga untuk memajukan diri dan perniagaan.

Tanya diri anda dahulu, adakah anda nak berjaya? Jika ya, adakah anda sanggup mengeluarkan sedikit atau banyak wang untuk mendapatkan ilmu, membeli perisian (tools), peralatan seperti komputer, buku, seminar, bengkel, consultation, hosting, domain name dan sebagainya? Jika anda tidak sanggup, jawapan yang sebenar untuk soalan tadi adalah, anda tidak mahu berjaya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • musuh utama perniagaan internet

“Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”

Apa khabar para pembaca semua, moga sihat yer.

Saya tahu, ramai yang balik ke kampung, bahkan 5 orang kawan serumah saya pun balik ke kampung juga (1 Terengganu, 4 Kelantan). Tapi, saya tak balik sebab ada komitmen dengan perniagaan. Kalau saya balik, nescaya pelanggan ebook saya tak selesa dan panas punggung sebab ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan.. Lagipun, saya perlu bersiap-sedia untuk beberapa perkara lain (bisnes juga) dan nak siapkan laman web pelanggan.

Huuh, seperti yang saya katakan sebelum ini, menjadi usahawan internet (lagi-lagi jika seorang diri!), amat-teramat mencabar. Kewangan, pesanan, bayaran, layan pembeli yang 1001 karenah, urus jualan, dan lain-lain lagi semuanya dilakukan oleh dua tangan sahaja! Ke ada yang ada 3 tangan? Ada banyak tangan kan susah lak.. ;) Apapun, demi mencapai apa yang dihajati (berjaya dalam bisnes), seorang usahawan perlu banyak bersabar dalam segenap perkara, tiada alasan bagi mereka..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • blog forum malaysia
  • kalau saya jadi usahawan apa yang akan saya buat

Serius dalam Perniagaan Internet

Sudah tiba masanya untuk kita tidak bermain-main lagi atau cuba-cuba dalam perniagaan internet. Ramai yang menggunakan prinsip cuba-cuba dan meninggalkan konsep serius dan ada strategi. “Cuba-cuba” dan “ada perancangan untuk mencuba” amat jauh bezanya bagai langit dengan bumi.

Disebabkan risiko perniagaan internet yang berskala kecil ini amat rendah, maka ramailah yang memandang remeh dan tidak serius dalam bidang ini. “Ala, setakat RM50, lekat celah gigi jer”, “takper laa, RM100 tu 2,3 kali makan jer..”. Pegangan yang tidak betul ini amat bahaya dan sebab itulah ramai yang akhirnya gagal dalam bidang ini. Bukan sebab produk tak bagus, bukan sebab lain, tapi sebab perangai dan sikap yang tidak serius. Bertitik tolak dari sebab itulah maka sebab-sebab lain akan muncul dan akhirnya usaha perniagaan ranap berkecai.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • serius dalam bisnes
  • perniagaan dlm internet
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)