Ramai orang yang baru ingin memulakan perniagaan internet tetapi mereka telah berhabis banyak duit membeli rujukan-rujukan dan juga material berkaitan. Sampai ada yang mengatakan, “orang rumah dah sound” sebab dah banyak keluar belanja, tapi hasil satu sen pun belum dapat.
Tidak salah trial & error, tapi bagi kita yang sudah tahu jalannya ini, apa salahnya membimbing mereka yang berminat dan serius untuk belajar dengan cara yang betul dan ikhlas. Jika boleh, langkah demi langkah, tersusun, teliti dan bukan secara ‘pukal’. Jika buat kursus atau keluarkan ebook, jika boleh tunjukkan direct to the point tanpa meleret-leret penerangannya.
Salah satu pemahaman yang mengelirukan oleh kebanyakan para pemula perniagaan internet adalah mereka perlu tahu banyak. SEO, PPC, 101 trafik, blogging, kaedah itu dan kaedah ini, rahsia itu dan rahsia ini. Malah pada pandangan mereka, hal teknikal pun perlu belajar semua.
Tidak.. Kita hanya perlu belajar apa yang perlu sahaja. Tanya diri anda, anda nak belajar apa? Atau, perkara apa yang perlu diketahui untuk model ebiz yang dilakukan? Jika bisnes ebook, apa yang perlu diketahui? Jika bisnes ebay, apa yang patut dikuasai?
Banyak rujukan di internet terutama yang berbayar memberikan 1001 maklumat sekaligus. Contoh, video panduan yang tempoh masanya puluhan jam dan manual yang beratus-ratus mukasurat. Phew, penat badan nak tengok semua. Video yang 5 minit pun dah mengantuk.
Soalnya, perlukah semua itu? Dalam marketing, itu semua hanya umpan sahaja agar pembeli rasa berbaloi apa dengan apa yang mereka bayar. Tapi lepas bayar dan dapat, tak diusik pun apa yang dibeli.
Mereka yang menjual itu tidak salah sebab itu strategi mereka. Tapi kita yang membeli, tentukan apa yang kita mahu dan perlu. Boleh saja beli produk sebegitu, tapi senaraikan apa yang kita perlu tahu dan ambil yang itu dulu. Tak perlu belajar semua.
Saya tertarik dengan satu kata-kata seorang Internet Marketer luar di mana katanya, “elakkan menambah maklumat-maklumat baru yang anda tidak perlukan kerana ia adalah hanya gangguan (distraction). Ambil dan guna maklumat yang diperlukan sahaja”.
Saya sehingga kini jika ditanya mengenai Adsense, Ebay atau PPC, saya hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak tahu.
Saya tak tahu sangat perkara tersebut. Saya belajar satu demi satu perkara dan bila sudah mahir sekurang-kurang asasnya, barulah saya beralih kepada ilmu yang baru. Tidak ada sebab untuk kita ribut-ribut atau mengejar sesuatu yang tidak perlu.
Apa Yang Perlu Dipelajari?
Berikut adalah tiga cabang ilmu yang perlu kita mahirkan diri:
1. Cara dapatkan targeted traffic
2. Copywriting
3. Email marketing
Cukup tiga di atas. Cuma bagi perkara pertama, ia adalah umum. Anda perlu tentukan beberapa cara untuk dapatkan trafik. Contohnya seperti pemasaran forum, pengiklanan dan social network seperti facebook. Cukup sikit, tak perlu banyak. Boleh tambah satu persatu nanti.
Copywriting: Senjata Jualan
Rahsia perniagaan internet yang sebenar adalah ilmu menukarkan prospek kepada pembeli. Ini yang penting. Bukan SEO, PPC, trafik dan lain-lain. Apa guna dapat trafik ribu-ribu tapi seorang pun tak membeli atau mendaftar di squeeze page.
Dalam perniagaan internet, ilmu menukarkan pelawat laman web kepada pembeli boleh dipelajari dengan memahirkan diri dengan ilmu copywriting. Laman web yang tidak menjual biasanya laman web yang amat rendah kadar penukarannya (conversion rate). Apa guna targeted traffic yang banyak kalau conversion rate amat rendah.
Jadi, belajarlah ilmu ini. Ada banyak rujukan percuma di internet, tapi hati-hati dengan nasihat mereka yang bukan pakar. Malah banyak rujukan yang tidak sesuai untuk zaman sekarang. Copywriter yang boleh anda rujuk adalah seperti Michel Fortin (ada lagi yang lain, tapi dia ni antara terbaik).
Jika di Malaysia, setakat ini ada satu buku mengenai cara menulis surat jualan untuk laman web, yang mana ditulis oleh Zahrul Azua dan rakannya yang bertajuk Rahsia Membina Senjata Jualan. Anda boleh beli secara online atau dapatkan di mana-mana kedai buku.
Saya sehingga kini pun masih terus belajar. Satu tip saya, kalau jualan produk kita kurang laku, sepatutnya kita gembira. Mengapa? Sebab kita ada banyak peluang untuk belajar daripada kesilapan.
Saya sehingga kini pun sedikit demi sedikit memperbetulkan dan mencuba teknik copywriting untuk beberapa surat jualan laman web produk saya. Setkan di minda bahawa proses sebegini adalah satu perkara yang menyeronokkan dan ia satu proses ke arah kejayaan.
Sebelum terlupa, saya ada satu temuramah bersama seorang copywriter iaitu Fai. Dah siap edit. Nanti saya berikan kepada anda. Banyak juga yang beliau kongsikan mengenai copywriting.
Email Marketing
Ini pun tak kurang penting. Tanpa kemahiran email marketing yang baik, emel anda tak dibaca pun oleh subscribers (penerima emel) anda. Malah yang paling teruk, emel anda tidak dibuka pun.
Banyak juga rujukan di internet mengenai email marketing ini sama ada yang berbayar atau yang percuma. Cuma secara asas, kalau anda menguasai ilmu copywriting, secara automatik anda sudah ada sebahagian ilmu email marketing. Ya, ilmu copywriting bukan hanya untuk laman web, malah untuk iklan, emel dan juga penulisan di blog.
Alatan Yang Perlu Ada
Perkara berikut juga amat perlu jika anda mahu benar-benar berjaya di dalam perniagaan internet. Antara alatan yang perlu anda ada:
1. Autoresponder (seperti Getresponse, Aweber)
2. Sebuah Blog
Autoresponder amat penting untuk menyimpan emel dan nama prospek serta pembeli. Mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja dengan sekali klik sahaja. Tulis emel dan klik button send. Siap. Inilah salah satu ‘rahsia’ kebanyakan usahawan internet buat duit dengan cepat dan mudah.
Blog pula adalah tempat kita berkongsi maklumat berkaitan produk dan bidang perniagaan. Mengapa perlu blog? Jawapannya adalah persoalan ini: Apa yang biasanya orang cari di internet? Ya, maklumat. Jadi, blog adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mendapatkan trafik dan prospek.
Ada dua alatan di atas pun sudah memadai buat permulaan. Asas, jika kita urus dan guna secara maksimum, insyaAllah ia tetap membantu. Malah kalau diperhatikan top internet marketer luar negara, mereka banyak fokus kepada beberapa perkara sahaja. Itu pun kalau anda cuba memerhatikan mereka.
Rumusan Artikel
1. Anda perlu ada kemahiran terhadap tiga ilmu: Trafik, Copywriting dan Email Marketing.
2. Perlu ada Autoresponder dan Blog
Semua di atas adalah tunjang utama di dalam perniagaan internet. Tiada rahsia dalam perniagaan internet melainkan PENGALAMAN anda sendiri iaitu anda tahu apa yang menjadi dan berkesan untuk anda.
Sekian.
ps. Jika anda perasan, kebanyakan ebook saya adalah fokus kepada satu topik sahaja dan menerangkan step by step. Bagi saya cara ini lebih membantu dan berkesan. Saya directly berikan panduan apa yang orang mahu.
pps. Ada orang bagi alasan, “saya takde modal nak buat perniagaan internet”. Tapi pelik, mengapa di antara mereka boleh buat personal loan puluhan ribu ringgit untuk buat pelaburan skim cepat kaya??? Padahal modal perniagaan internet bagi model tertentu tak cecah RM500 pun!
ppps. Ramai yang hubungi saya nak berkenalan dan mahu jumpa untuk borak-borak pasal perniagaan internet. Maafkan saya tidak dapat memenuhi. Kalau nak penuhi semua, habislah saya. Tunggu saya buat kursus nanti kita belajar ramai-ramai.
_______________
Iklan: Peluang untuk menjadi reseller bagi ebook Kuasa Forum tinggal 27 sahaja lagi. Bilangan ini akan berkurangan dari semasa ke semasa. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Incoming search terms:
- cara yang terbaik untuk belajar
- marketing bisnes yang bagus
- perniagaan modal rm500
- tips belajar sedikit dapat















Komen Terkini