Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mininiaga: Ulasan Ringkas (1)

Ramai yang mengatakan tidak perlu menggunakan Sistem Mininiaga kerana boleh menggunakan cara biasa iaitu menggunakan perisian Web Editor seperti Frontpage, Dreamweaver dan Kompozer.

Saya juga setuju, tetapi kita perlu tahu bahawa tidak semua orang tahu dan mahir menggunakan perisian-perisian tersebut walaupun begitu banyak panduan yang ada.

Lain orang, lain keadaan, faktor sekeliling dan keperluan di mana:

  • Tidak tahu dan tidak mahir.
  • Ada modal tetapi tidak tahu.
  • Tiada masa dan tidak tahu.
  • Tiada masa tetapi ada modal.
  • Tahu dan ada modal, tetapi tiada masa.

Senarai di atas sudah cukup menunjukkan bahawa lain orang, lain keperluan dan keadaan. Bak kata pepatah, “lain padang, lain belalang.” Sebab itu kita tidak boleh sewenangnya mengata sesuatu itu tidak perlu. Walaupun ia betul untuk kita, tetapi ia bukan jawapan yang tepat untuk semua orang.

Sistem Mininiaga adalah jalan pintas untuk membina sebuah laman web berbentuk minisite. Sistem ini amat mudah untuk dipasang (ya, perlu tahu sedikit asas teknikal). Namun ia menjadi lagi mudah apabila tutorial lengkap juga turut disediakan.

Namun begitu, wujudnya sistem ini tidak bermakna ilmu kemahiran membina laman web boleh diabaikan begitu sahaja. Kemahiran itu tetap perlu ada untuk:

  • Membina laman Squeeze Page
  • Membina laman ulasan produk (review page)
  • dan apa jua jenis laman web selain berbentuk minisite.

Sistem Mininiaga hanyalah satu pilihan dan bukan satu kemestian. Seperti yang dikatakan, ia adalah jalan pintas dan jalan mudah untuk menyiapkan sebuah laman web jualan berbentuk minisite.

PS. Kurang ‘berminat’ dengan tawaran Projek-15 saya? Tidak mengapa. Saya ada lagi satu bentuk tawaran, tetapi juga untuk sejumlah orang yang terhad sahaja. Tawaran ini betul-betul bernilai RM100.00. Tunggu pengumuman saya dalam masa terdekat.

-

Incoming search terms:

  • wordpress blogs

Projek-15

TERKINI: Tawaran Projek-15 telah pun ditutup. Harap maklum.

Amaran: Tulisan di entri ini amat panjang. Tetapi mengandungi informasi penting dan terkini. Luangkan masa dalam 5 hingga 10 minit untuk membacanya.

Mungkin ramai yang sedang menunggu satu perkara di blog ini iaitu ulasan saya terhadap Sistem Mininiaga yang dihasilkan oleh pihak Flarebiz. Buat masa ini, ulasan itu belum siap sepenuhnya (dalam bentuk video). Saya akan letak di blog ini dalam masa terdekat.

Sebelum itu, anda perlu baca dahulu entri ini iaitu berkaitan dengan PROJEK-15 dan di sini juga saya ulas serba sedikit mengenai sistem ini.

Apa itu Mininiaga?

Ia adalah satu sistem untuk menghasilkan sebuah laman web jualan berbentuk minisite. Contoh laman web minisite adalah laman web Panduan Asas Paypal. Laman web itu saya buat secara manual menggunakan perisian Web Editor. Ia terlalu teknikal dan mengambil masa.

Tetapi dengan Mininiaga, saya hanya perlu sediakan imej laman web sahaja dan selebihnya, sistem Mininiaga secara automatik membina laman utama (index.html), borang pesanan (order form) dan juga sistem Affiliate. Imej laman web tadi dapat dimasukkan dengan mudah sekali melalui menu yang disediakan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bisnes hanya pasang sistem sahaja
  • contoh projek keusahawanan
  • contoh projek perniagaan dan keusahawan
  • masalah penggunaan internet dari segi perniagaan sahaja

Temubual MiniNiaga Part 1-4 (bervideo)

Sebelum ini, saya telah berkongsikan temubual saya bersama saudara Adly Muhktar mengenai Sistem MiniNiaga dalam bentuk file audio MP3.

Tetapi pada kali ini, saya luangkan sedikit masa untuk hasilkan temubual itu dalam bentuk yang sedikit interaktif iaitu berbentuk audio-video. Saya buat versi ini sebenarnya mahu jimatkan bandwidth hosting saya sebenarnya. :D

Baiklah, klik pada Play untuk setiap satu video-audio di bawah. Dengar satu demi satu bahagian.

Video-audio ini hanya boleh digunakan oleh pihak kami sahaja. Terima kasih.

Bahagian 1.

Bahagian 2.

Bahagian 3.

Bahagian 4.

DAFTAR LIST

Saya akan komited mempromosikan produk yang amat berkualiti ini dari semasa ke semasa secara konsisten. Untuk itu, salah satu saluran yang akan saya gunakan adalah EMEL.

Jika tuan/puan berminat untuk mendapatkan informasi terus ke emel, daftarkan diri dengan memasukkan nama dan emel. Klik pada ‘button’ Daftar berikut:

NOTA: Lawati laman web khas yang saya bina untuk promosi sistem ini di sini:

http://mininiaga.smartusaha.com

-

Incoming search terms:

  • contoh temubual peniaga
  • laporan temuramah peniaga
  • temu bual dengan peniaga

Sukarnya Membina Minisite Yang Lengkap

Minisite adalah sejenis laman web ringkas yang biasanya digunakan untuk menjual satu produk sahaja. Contoh minisite adalah seperti:

Minisite yang lengkap bermaksud ia dilengkapi dengan borang pesanan dan juga sistem Affiliate (jika perlu). Bagi mereka yang telah biasa atau mempunyai kemahiran teknikal, mungkin tiada masalah. Namun bagi mereka yang masih baru, ia merupakan cabaran yang menduga juga.

Terus terang saya katakan, sepanjang pengalaman saya di dalam menyiapkan sesuatu produk untuk dijual, salah satu perkara yang betul-betul membuat “mood” saya tercabar adalah membuat minisite yang lengkap terutama untuk membuat laman pembelian (borang pesanan – order form-), laman terima kasih dan lain-lain halaman (page).

Laporan “Kegagalan Membina Minisite”

Mungkin anda mengenali Team Flarebiz. Mereka terkenal dengan sistem Niagakit yang telah mendapat hebohan sebahagian besar Internet Marketer dan juga blogger, malah telah mendapat liputan media.

Pada pertengahan tahun lepas, mereka telah mengadakan sebuah bengkel (kursus) membina minisite. Daripada bengkel itu, mereka membuat keputusan bahawa hampir 70% para peserta “gagal” menguasai kemahiran membina minisite walaupun seharian suntuk berada di bengkel! Ia amat mengejutkan.

Jika anda mahu membaca laporan “kegagalan” itu, anda boleh download dengan klik di sini. Bersama laporan itu, anda juga akan mendapat sebuah modul membina minisite bernilai RM197.00! Ya, modul inilah yang digunakan oleh Team Flarebiz di bengkel yang dinyatakan itu. Kini menjadi milik anda secara percuma.

Apakah Solusinya?

Pada tahun 2007, saya hadir memberikan solusi dengan sistem EMS bersama produk Panduan Mudah FTP. Namun sistem ini masih ada banyak kekurangan. Walaupun ada banyak permintaan untuk mengubahsuai sistem itu, saya biarkan sahaja dengan mengharap ada solusi terbaru.

Kini, pihak Flarebiz.com hadir dengan sebuah sistem yang telah diuji dan digunapakai oleh sebilangan besar usahawan internet Malaysia. Saya sendiri juga sedang mengujipakai sistem tersebut dan saya amat-amat berpuas hati. Masakan tidak, keinginan saya untuk melihat wujudnya pelbagai pilihan kaedah membina minisite akhirnya direalisasikan.

Apakah nama sistem itu? Berapakah harganya?  Bagaimana ia berfungsi? Sejauh mana ia memudahkan? Segalanya akan terjawab nanti. Namun, untuk menghilangkan sedikit segala pertanyaan tersebut, anda boleh melawati laman web berikut:

http://www.mininiaga.com

Nantikan ulasan saya terhadap sistem ini, pro dan kontranya sekali. Tandakan pada kalendar anda, 28/6/2010 (Isnin) ini, sistem itu akan mula dilancarkan kepada umum.

-

Incoming search terms:

  • minisite flarebiz
  • bengkel minisite
  • kursus membuat minisite
  • membina minisite ebook
  • panduan buat minisite percuma
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)