Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengejar September 2007 | Rangkaian Blog

Sekarang adalah bulan Jun 2007. Dah separuh tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Saya yakin, bahkan diri saya sendiri, ada perancangan yang sudah tercapai dan ada yang tak terbuat lagi. Tak apa, ia pelajaran yang baik untuk hidup kita dan perniagaan yang dijalankan. Yang bestnya perniagaan Internet skala kecil ini, risikonya tak lah sebesar projek juta-juta yang mengerikan. Kalau rugi, taklah rugi sangat. Start Small… Nanti-nanti baru buat yang besar-besar.

Seiring masa-masa yang berlalu, sudah semestinya banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita telah dapat bukan?

Begitu juga dengan SmartUsaha.com, apabila masuk sahaja September 2007 nanti, maka genaplah dua tahun ia ‘bernafas’ di dunia online ini. Adakah ia satu tempoh yang lama? Ya, lama. Saya tidaklah perlu membandingkan dengan blog orang lain yang mungkin sudah bertahun-tahun wujud di alam maya ini, tetapi cukuplah saya melihat kepada prestasi sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Mudahkan Rakan JV. Berikan Lebih…

Saya jarang menulis tip atau teknik di blog ini kerana cara saya, saya tidak mahu hari-hari hanya bincang pasal teknik. Logiknya mudah, kalau sehari saya bincang dua tiga teknik, dan esok teknik lain dan lusa teknik lain pula, saya yakin, tak semua pembaca sempat mengamalkan dan cuba memahami apa yang saya tulis. Setuju? :) Maka dari itu, saya hanya menulis sekali-sekala sahaja teknik perniagaan Internet agar anda sebagai pembaca ada masa untuk memahami dan mempraktikkannya.

Joint Venture (JV) atau dalam bahasa Melayunya kerjasama, adalah salah satu teknik yang amat-amat rugi jika anda tidak menggunakannya dengan baik. Jika anda ingin tahu, JV adalah satu teknik ‘rahsia’ pakar-pakar internet marketer, cuma mereka tidak bising sahaja, malah tidak mendedahkan ‘how to do it’.

InsyaAllah, sampai masa saya kongsi sedikit pengetahuan yang saya ada (sikit jer ilmu yang saya ada). Tapi, yang sedikit dikongsi itu ia lebih baik daripada tahu banyak tapi tak dikongsi bersama. :) Jika ada orang mengatakan, “kau ni dah jutawan Internet ke nak ngajar-ngajar orang buat duit?”. Maka katakan, “kalau dah jadi jutawan tapi tak kongsi ilmu, tak guna juga. Yang sedikit tu kalau dikongsi, ia lebih baik daripada tak kongsi langsung!”.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • komunikasi berkesan lim goh tong

Boleh ‘Bantu’ Sahabat Saya Ini?

Saya mempunyai seorang sahabat baik. Semasa di kampus Universiti, kami sering bersama. Makan bersama-sama. Susah pun bersama-sama. Pendek cerita, sebahagian sejarah hidup saya adalah bersama dengannya. :) Pahit, manis dan gembira, kami bersama-sama.

Kami mempunyai minat yang sama: BISNES. Cita-cita kami sama: USAHAWAN. Kami melalui manis dan getir dalam mengejar impian bisnes kami walau masih belajar.

Tapi kasihan si sahabat saya ini, keinginannya, kemahuannya, cita-citanya, impiannya seolah-olah sukar dicapai kerana ahli keluarga dan saudara-maranya asyik bertanya dan menekan, “kau kerja apa sekarang?”. Di sebelah yang lain pula berkata, “Sia-sia je lah kau dapat anugerah itu dan ini semasa study kat U tu kalau tak cari keje yang baik-baik”. Saya berkata ini sebab saya sendiri mendengar ahli keluarganya berkata begitu.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bantu sahabat
  • biz online bantu usahawan dapat duit

Perniagaan Internet: Biar Slow Tapi Steady

Hari ni hari Ahad. Walaupun mungkin tidak ramai yang online, namun saya akan menulis juga sedikit. :)

Semalam petang, saya ke pantai Tanjung Balau bersama rakan serumah yang jaraknya dari Kota Tinggi lebih kurang 40km. Semua kawan-kawan satu rumah seramai 7 orang ke pantai tersebut. Huuh, apa lagi, kami mandilah. Dah lama tak mandi pantai sebenarnya. ;)

tanjung balau

*Salah satu pandangan ‘sisi’ pantai

tanjung balau 2

*Monyet ni pun nak join mandi pantai juga :D

Oklah, itu hanya sekelumit aktiviti mingguan saya bersama kawan-kawan serumah. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah, jika anda melakukan bisnes di Internet, biarlah perlahan, tapi steady. Maksudnya di sini, walaupun income anda tidaklah sekencang orang lain, namun anda tidak akan risau jika anda mempunyai STRATEGI jangka pendek dan panjang.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • Pantai tanjung balau

Pengumuman: Tragedi 15 Mei 2007!

Usah gusar, ‘tragedi’ yang saya ingin maksudkan di sini bukanlah krisis, peperangan atau bencana, tetapi sesuatu yang amat-amat mengejutkan akan berlaku.

Seramai 11 orang usahawan Internet Malaysia yang tidak asing lagi di minda anda akan mendedahkan sesuatu yang tidak ramai tahu iaitu KESILAPAN.

“11 orang Internet Marketers Malaysia membocorkan kesilapan mereka…”.

Anda…. Sebagai newbie atau usahawan Internet baru (hatta yang lama pun) mungkin akan bermanfaat dengan banyak perkara yang akan dibongkarkan oleh semua usahawan Internet yang dinyatakan tersebut. Bahkan saya sendiri tidak menyangka, masih banyak perkara yang saya tidak tahu! Inilah pentingnya perkongsian pengalaman yang amat bernilai, lebih bernilai daripada emas. :)

Anda…. Begitu istimewa dan bertuah.

Anda…. Begitu mudah kini mahu memulakan perniagaan Internet.

Tidak perlu mencari-cari sendiri. Tidak perlu meraih simpati. Tidak perlu pergi jauh.

Kami ada di sini, sudi membantu anda sedaya yang mungkin.

Mereka yang berpengalaman juga sudah memberikan panduan dan berkongsikan pengalaman mereka.

TETAPI…

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Sibuk atau Penyibuk?

Adakah kita sibuk? Atau hanya penyibuk? Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?” tulisan Ahmad Fadzli Yusof, terbitan PTS. Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan bisnes!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, kerja kerja kerja kerja…..

Pengalaman saya di saat awal melakukan perniagaan Internet, soal masa memang tidak terurus. Ini saya tak mahu menafikannya sebab perniagaan bukanlah bidang saya (saya jurusan Sains Komputer). Jadi sebab baru melangkah masuk ke bidang perniagaan, saya start dari zero tanpa ada perancangan dan ilmu yang mencukupi. Saya hanya main buat sahaja. Bila rasa nak buat, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • kaki penyibuk
  • penyibuk

Fokus: Menentukan Anda Cepat atau Lambat Berjaya

FOKUS pada apa yang anda buat!

Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pengalaman ialah, dahulu saya nak lebih dan nak tahu lebih daripada orang lain serta buat apa yang mereka buat. Ia menyebabkan saya hilang fokus dalam masa beberapa tahun! (ruginya…..).

Ada tiga jenis penyakit yang menyebabkan kita tak dapat fokus:

1. Nak lebih: Apabila melihat orang lain mendapat RM10,000 sebulan, maka saya mula lemah semangat. “Alahai, ketinggalannya aku. Aku punya income RM1000 hingga RM2000 je sebulan..”. Sifat mengeluh dan memperbandingkan diri dengan orang lain dari segi pendapatan bukan tidak boleh, tetapi ia bukan kayu ukur utama. Apa yang perlu anda lakukan atau fikirkan ialah: “Bagaimana aku boleh mendapat income RMXX,XXX untuk bidang/model yang aku sedang lakukan ini?”. Saya bukan sebarang cakap, sebab saya sudah mendapat pendapatan 5 angka dengan hanya satu soalan ini. Jika anda mengeluh semata-mata dan lemah semangat, anda akan bertambah kecewa dengan diri sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • easy rhb kenapa lambat
  • nak buat sampai berjaya
  • nama penyakit mudah hilang fokus
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)