Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » membina perniagaan internet

Siapakah Pakar? | Mazhab Akademik VS Mazhab Konvensional.
Di dalam apa jua bidang seperti motivasi, pembangunan diri, perniagaan internet, kewangan dan sebagainya, kita sering mendengar seseorang digelar sebagai pakar.

Namun persoalannya di sini, apakah faktor penilaian yang digunakan untuk menggelarkan mereka itu sebagai seorang pakar? Adakah mereka memang benar-benar pakar atau ia hanya sekadar gelaran semata-mata? Adakah selepas berjaya menghasilkan puluhan ribu ringgit di internet terus layak digelar sebagai pakar?

Bagi diri saya sendiri, ramai yang mengatakan saya pakar internet marketing. Sebenarnya, saya amat gerun dan takut apabila mereka memanggil saya dengan gelaran tersebut. Begitu juga dengan panggilan sifu, guru atau yang seumpama dengannya.

Saya bukanlah guru, pakar atau sifu. Sebaliknya saya hanyalah seorang usahawan yang terus menerus belajar, melakukan kesilapan dan berkongsi sedikit ilmu yang ada di dada. Saya tidak pernah menulis, berkata atau menyatakan saya adalah pakar. Sama sekali tidak pernah sejak saya mula melakukan perniagaan.

Mazhab Akademik VS Mazhab Konvensional

Daripada pemerhatian saya, terdapat dua golongan, aliran atau mazhab dalam persoalan kepakaran iaitu mazhab “akademik” dan mazhab “konvensional”. Golongan akademik adalah mereka yang belajar secara bertahap melalui kaedah akademik seperti di pusat pengajian tinggi.

Daripada sijil, diploma, degree, master sehinggalah ke PhD. Dengan mendapat segulung sijil-sijil tersebut, maka mereka biasanya layak digelar sebagai pakar walaupun mereka tidak ada apa-apa sumbangan pun kepada negara atau bangsa. Hanya sekadar kajian atau tesis, dan kemudian dianugerahkan segulung sijil, maka secara automatik mereka layak digelar pakar.

Golongan konvensional pula biasanya membesar atau berkembang menjadi “matang” melalui pembacaan buku, berguru secara unformal, belajar daripada pengalaman dan juga terus berinteraksi dengan “sekolah dunia” iaitu dunia praktikal dan realiti. Mereka ini juga sampai satu tahap akan digelar sebagai pakar di atas ilmu dan pengalaman mereka yang hebat yang terkadang mengalahkan pengalaman mereka yang memiliki sijil atau ijazah daripada pengajian tinggi.

Dua golongan ini saling berdebat dan saya perhatikan golongan akademik amat tidak berpuas hati dengan golongan konvensional. Sebaliknya golongan konvensional lebih fokus kepada melakukan sesuatu tanpa mempersoalkan pun golongan akademik.

Golongan akademik tidak berpuas hati dengan golongan konvensional mungkin kerana satu sebab iaitu mereka bersusah payah belajar di IPT untuk dapatkan gelaran pakar, malah bertahun-tahun lamanya, tetapi golongan konvensional mudah-mudah sahaja mendapat gelaran pakar walaupun baru setahun jagung dalam sesuatu bidang.

Tidak semua golongan akademik bersikap sedemikian. Tapi saya perhatikan ramai juga yang bersikap prejudis dan meletakkan pelbagai syarat untuk berjaya. Terlalu akademik! Padahal tidak semua manusia berupaya untuk melalui kaedah akademik tersebut yang kadang-kadang amat membosankan.

Manakala golongan konvensional pula lebih kepada realistik dan lebih dekat di hati kebanyakan orang di mana mereka bukan setakat berteori, tapi mereka “do something”, dan kemudian gagal, tapi bangkit kembali. Malah mereka lebih praktikal dan cara mereka tidak melawan “fitrah” kebiasaan kebanyakan orang.

Di sini bukanlah saya mahu menghentam golongan akademik, malah saya pun belajar di IPT juga. Cuma adalah tidak adil jika kita memandang sinis mereka yang tidak melalui jalan yang sama kita lalui. Itu adalah rezeki mereka dan cara mereka. Dan kita pula perlu redha dengan jalan dan cara yang kita pilih. Hormatilah cara mereka selagi tidak terbukti ia adalah cara yang salah.

Kelebihan golongan akademik adalah mereka mempunyai alatan untuk mengukur dan menilai sesuatu teori, kaedah atau ilmu. Dan mereka juga mempunyai kaedah yang lebih teruji, terbukti dan tersusun. Yang best-nya, kaedah mereka diakui oleh undang-undang dan kerajaan. Sebaliknya golongan konvensional lebih kepada tindakan dan try and error (kaedah cuba jaya). Kebanyakan cara mereka adalah cara di luar daripada kebiasaan pemikiran masyarakat kebanyakan dan tiada di dalam silibus pelajaran di mana-mana sekolah atau pusat pengajian tinggi.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, adakah kita perlu mempunyai kelulusan di pengajian tinggi dan kemudian baru kita layak digelar sebagai pakar? Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi persoalan lain pula adalah, apakah kepentingan status atau gelaran ini? Adakah ia perlu?

Bagi saya, pengamalan ilmu itu lebih penting berbanding berdebat mengenai hal ini kerana sukar juga untuk kita menilai siapa yang lebih pakar atau kurang pakar kerana setiap orang masing-masing ada kehebatan tersendiri.

Setinggi mana pengajian tetapi kalau hanya tahu bercakap sahaja, maka tak guna juga. Kehebatan seseorang itu dilihat pada apa yang dilakukannya, keterampilannya, keberaniannya, sumbangan yang diberikan atau sekurang-kurang ada kesan manfaat yang ditinggalkan kepada manusia yang lain.

Walau apa pun, akademik atau konvensional, kita perlu tahu bahawa mana-mana cabang ilmu tetap ada disiplin ilmu tersendiri. Etika juga jangan dilupakan. Jangan sebab mahu untung, maka rela menipu dan memperdayakan orang lain. Akhirnya, bidang ilmu itu akan disalah-anggap.

Ini turut berlaku dalam bidang perniagaan internet. Ramai yang mahu untung cepat sehingga “disiplin dan etika” dilupakan. Kesannya usahawan lain turut terkena tempias akibat kerakusan mereka itu. Ramai pakar-pakar internet tumbuh bak cendawan selepas hujan. Saya tidak kata ia salah ataupun betul. Cuma saya sekadar bimbang jika situasi ini tidak terkawal, ramai yang akan mengambil kesempatan.

Saya pernah didatangi oleh seorang yang menggelar dirinya “Internet Business Consultant”. Dia boleh menunjukkan saya cara menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan melalui internet. Dalam hati saya ketawa sendirian kerana dia tidak sedar dia hanya tahu cari orang (downline) dan bukannya membina sebuah bisnes. Ya, dia melakukan skim cepat kaya! Adakah itu internet business consultant??

Dalam MLM pun berlaku juga. Ramai yang menjadi pakar kesihatan selepas sehari dua menyertai syarikat MLM produk kesihatan. Amat bahaya jika kita memberikan nasihat atau saranan yang salah. Perlu belajar sehingga faham, praktikalnya dan kena ikut disiplin setiap ilmu. Setiap sesuatu ada tahap-tahapnya. Jangan hanya mahu cepat sahaja sampai tidak mempedulikan “asas-asas dan rukun-rukunnya”.

Penutup

Mana-mana cara ada kelebihan dan alangkah bagusnya jika golongan akademik bekerjasama dengan golongan konvensional. Inilah jalan terbaik berbanding saling menuding kau salah aku betul. Kedua-dua golongan ini masing-masing memiliki mutiara dan emas. Tiada sesiapa yang salah, maka tidak ada sebab untuk dipersalahkan melainkan memang ada fakta yang mereka lakukan itu adalah salah.

Manusia yang berguna adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain. Tidak kisahlah belajar tinggi atau tidak, yang penting buat perkara yang betul.

Wassalam.

PS. Sekali lagi persoalan di sini, siapakah itu pakar? Berikan pendapat anda.

Incoming search terms:

blog akademik

manfaat akademik berbanding pengalaman

www gurupakar com/cpanel

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/siapakah-pakar-mazhab-akademik-vs-mazhab-konvensional/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

“Err, Macam Mana Nak Buat Bisnes Internet Ya?”
Saya teramat banyak kali menerima emel-emel yang bertajuk seperti di atas. Tidak cukup emel, SMS juga pun ada. Saya bukan tidak mahu menjawab emel-emel tersebut atau membalas SMS-SMS mereka tetapi banyak sebab yang membuatkan saya tidak membalasnya. Kalau hanya seorang dua Ok lagi, tapi kalau dah ramai…

Tidak cukup untuk menjawab soalan-soalan tertentu secara lengkap melalui emel. Maka usahalah untuk membaca tulisan di blog ini dan juga di laman web yang berkaitan sebab soalan-soalan yang ditanya itu sudah pun terjawab di dalam kebanyakan artikel. Persoalan di sini, kenapa tidak berusaha mencari dahulu sebelum bertanya? Mahu mudah tanpa perlu usaha dahulu?

Atau, beli sahaja panduan yang sudah disusun lengkap dan teratur. Cuma perlu ikut dan buat sahaja. Tak perlu bersusah-susah untuk mencari sendiri yang kononnya mahu menjimatkan wang. Keluarkanlah sekitar RM100 (termasuk domain dan hosting) dan kemudian anda boleh hasilkan pendapatan lebih daripada itu. Itupun jika anda betul-betul serius.

Saya bukanlah anti-percuma, bahkan saya sendiri memberikan begitu banyak ebook percuma termasuklah menulis di blog ini. Tapi ubat utama untuk memudahkan mereka yang masih tercari-cari dan masih keliru ialah membeli panduan yang sudah dihidangkan secara langkah demi langkah. Adakah ini suatu cara yang sukar..?

Untuk memulakan perniagaan internet atau membuat duit di internet, perkara yang paling asas untuk diketahui ialah anda mesti mengetahui model-model perniagaan internet dan buat duit di internet ini. Begitu banyak sebenarnya, cuma anda perlu pilih satu dan fokus padanya.

Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang di saat pertama kali memulakan bisnes internet ialah mereka tersalah memilih model. Kalau si A sesuai untuk produk fizikal, namun ia tidak semestinya sesuai untuk anda. Mungkin anda lebih sesuai melakukan perniagaan berasaskan produk informasi digital.

Tersalah memilih model, bermaksud anda akan membuang begitu banyak masa melakukan sesuatu yang tidak sepadan dan sesuai dengan anda. Akhirnya, ia akan mati tak berkubur begitu sahaja kerana kurang membuahkan hasil. Kemudian hilanglah semangat dan motivasi untuk melakukan model bisnes internet tersebut.

Jadi, apakah model Ebiz yang sesuai untuk anda?

Bergantung pada minat anda, masa yang anda ada, kemahiran yang dimiliki dan beberapa faktor lain lagi. Jika anda bukan seorang yang suka membungkus barangan, bergerak ke sana ke sini dan masa amat terhad, maka produk digital amat sesuai untuk anda seperti menjual ebook.

Anda juga boleh menjana pendapatan dengan membina dan menguruskan laman web atau blog. Hasil yang diperolehi melalui cara ini biasanya adalah dengan sesuatu program seperti Google Adsense, pengiklanan dan program affiliate.

Jika anda tidak suka berurusan dengan orang ramai (pelanggan), maka anda boleh menjana pendapatan secara autopilot dengan apa-apa program yang terbukti memberikan hasil yang lumayan seperti Google Adsense dan juga program affiliate seperti yang saya katakan di atas.

Banyak lagi model-model bisnes internet yang ada. Anda perlu tahu model-model itu dan cuba ukur kesesuaiannya kepada diri anda sendiri. Jangan tanya orang lain, tapi tanya pada diri sendiri model yang mana lebih sesuai untuk anda atau yang paling anda rasa mudah untuk anda lakukan. Pilih satu yang padan dengan anda dan lakukannya dengan istiqamah. InsyaAllah anda akan berjaya.

Panduan Model Bisnes Internet

Saya yakin, ramai yang tidak tahu akan kewujudan sebuah ebook yang murah harganya (RM20.00) iaitu Model Bisnes Internet, tulisan sahabat saya saudara Tazilan. Di dalam ebook ini, anda akan diterangkan mengenai model-model bisnes internet dan pro kontra bagi setiap model tersebut.

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Jika anda mahu tahu apakah model ebiz yang sesuai untuk anda TANPA perlu menggeledah internet dan membazir masa, dapatkan ebook ini pada hari ini juga. Tiada apa yang rugi. Membazir masa yang banyak mengkaji sendiri adalah lebih rugi daripada membayar wang ringgit. Duit boleh dicari dan diganti, tetapi TIDAK untuk MASA.

Sekali lagi saya ulangi, masa tidak boleh diganti, tetapi duit boleh dicari ganti. Kata-kata saya ini ditujukan khas untuk mereka yang asyik mempertahankan cara percuma sahaja (cari dan kaji sendiri) dan menidakkan cara berbayar. Orang yang bijak begitu sayang pada masa sebab mereka tahu, duit boleh dicari ganti pada bila-bila masa sahaja.

Cari Sendiri: Mudah bertambah keliru, tidak tahu secara tepat langkah yang betul, banyak guna masa, mudah berputus-asa, perlu berusaha kuat, kebanyakan maklumat sudah ‘lapuk’ (tidak dikemaskini) dan ambil masa untuk bermula apa yang dikaji.

Beli Panduan Lengkap: Hanya perlu ikut langkah demi langkah, menjimatkan masa dan boleh terus boleh bermula dalam masa yang singkat.

Belilah sesuatu untuk kepentingan masa depan anda. Dan sesuatu yang dibeli itu adalah pelaburan jangka panjang untuk anda. Hidup di zaman sekarang tidak lagi menerima 1001 alasan itu dan ini. Yang perlu ialah kesanggupan untuk melakukan yang tidak biasa kita lakukan dan bertindak dengan cara yang lebih bijak.

Manfaatkan masa yang ada untuk perkara yang lebih menguntungkan. Semoga berjaya di tahun 2008!

Wassalam.

ps. Apa kata bermula tahun baru ini, pilih satu atau dua model perniagaan internet yang anda mampu melakukannya dan FOKUS padanya sehingga memberikan hasil yang memuaskan.

Incoming search terms:

macam mana nak cari duit lebih

macam mana nak buat bisnes online

macam mana nak buat bisnes

buat bisnes online

macam mana nak buat blog perniagaan

cara nak buat bisnes online

nak buat bisnes apa di internet

macam mana nak buat duit dalam internet

berniaga dalam internet

macam mana mahu buat blog perniagaan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/model-buat-duit-di-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Zoobie : Si Newbie Yang Main Hentam Sahaja…
Post kali ini hanyalah video yang saya ambil dari YouTube.com. Jika anda kenal dengan seorang Internet Marketer yang bernama Russel Brunson, anda akan tahu salah satu projek videonya iaitu Zoobie.

Untuk makluman, beliau sudah menghasilkan dua siri video. Saksikan yer.

Video 1: Zoobie mencuba program Google Adsense

[video]http://youtube.com/watch?v=Ajlvkcd86_I[/video]

Video 2: Zoobie mencuba bisnes Ebay

[video]http://youtube.com/watch?v=Kdw7MdsdSXI[/video]

Pelajaran

Daripada kedua-dua video tersebut, antara pelajaran yang dapat diambil adalah:

1. Sebelum melakukan sesuatu, kena belajar dahulu (ada ilmu), jangan main buat sahaja.

2. Tiada kejayaan dalam masa yang singkat. Perlu ambil masa.

3. Perniagaan Internet yang dilakukan dengan bermatlamatkan mahukan duit semata-mata biasanya berakhir dengan kegagalan.

4. Fokus. Buat satu-satu kerja dalam satu masa. Jangan terpengaruh dengan perkara lain selagi apa yang sedang anda lakukan belum berjaya.

5. Untuk program Google Adsense, JANGAN klik sendiri.

6. Dalam perniagaan, soal kos, modal dan untung rugi perlu dirancang sebaik mungkin. Jika tidak, untung tak dapat, rugi yang diperolehi.

PS. Sebenarnya saya nak buat video terbaru, namun sebab keadaan tak mengizinkan, maka saya tangguh kepada hari yang lain. Tajuk video tersebut adalah, bagaimana mendapatkan idea produk terutama produk digital dengan menggunakan _________. Nantilah yer…

Artikel Lain Pada Hari Ini:

1. Hakikat Perniagaan Internet

2. Cara Melayan Komen Negatif di Blog

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/zoobie-internet-marketing-adsense/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Letih Melayan Karenah Pelanggan? Inilah bisnes!
Jangan anda anggap perniagan Internet hanya manis-manis belaka. Orang yang cakap income berpuluh-puluh ribu sebulan itu biasanya akan sembunyikan apakah kesusahan dan kesedihan di dalam perniagaan Internet ini. Kalau mereka cakapkan pun, hanya selepas anda membeli produk panduan buat duit mereka sahaja.

Seperti yang saya katakan di tulisan yang lepas, apabila saya menyebut perniagaan Internet, maka saya lebih kepada perniagaan ‘two way communication’ (dua hala) iaitu kita berhubung dengan pelanggan. Jenis perniagaan beginilah ramai yang gagal, putus-asa, fade up dan mahu larikan diri. Saya tahu, sebab saya dah hampir 3 tahun jadi usahawan!

Ya, walaupun tempoh 3 tahun itu umpama setahun jagung, tapi satu demi satu saya telah melihat usahawan Internet jatuh, gagal, stop, kecewa, melarikan diri entah ke mana, hilang lesap dan pelbagai lagi…

Inilah realiti perniagaan yang ada perhubungan dengan pelanggan. Kalau kita hanya tahu menjual dan menjual tetapi tidak belajar dan mempraktikkan bagaimana untuk berkomunikasi atau melayan pelanggan, maka sebab itu kita akan mudah kecewa.

Pelanggan adalah manusia yang mempunyai emosi dan perasaan. Ada masa mereka marah dan geram dengan kita (usahawan) dan ada masa mereka suka dengan mereka. Maka pentingnya kita tahu bagaimana untuk mengawal perasaan mereka tersebut. Sebab itulah ada pepatah orang putih kata, “the customer is king“. Tapi bagi saya papatah itu ada sedikit ketidaktepatan. Saya ada ulas hal ini dulu…

Jalan Alternatif

Sebenarnya, tiada jalan mudah atau alternatif untuk lari daripada tidak berhadapan dengan pelanggan. Namun anda boleh meminimakan masalah sebegini. Antaranya adalah seperti:

1. Join program Affiliate

Melalui program Affiliate, anda hanya ‘agen’ promosi sahaja. Tidak sesekali terlibat dengan support pelanggan. Cukup masa, anda dapat komisen (duit). Tapi kekurangan model ini adalah produk yang anda promosikan bukan milik anda. Maka tiada jaminan yang kuat untuk pendapatan anda seperti yang saya katakan di tulisan lepas.

2. Jadi Webmaster seperti Alang, John Chow dan LiewCF

Nak jadi webmaster, ada juga syarat dia. Jangan anggap ia mudah selagi belum mencuba. Disiplin dan perancangan tetap diperlukan lagi-lagi kalau jadi seorang webmaster sepenuh masa. Nama-nama yang saya sebut kat atas tu adalah full time webmasters.

Melalui model ini, anda biasanya mendapat pendapatan daripada jualan space iklan di laman web atau blog seperti Google Adsense, Text Link Ads, Adbrite dan banyakkk lagi. Ini termasuklah program review seperti ReviewMe.com. Maksudnya, kerja anda hanyalah mengemaskini blog sahaja dan sama sekali tidak melibatkan komunikasi dengan pelanggan sebab ia diuruskan oleh pihak terbabit.

Namun dalam kes Alang, dia bukan setakat webmaster, malah dia adalah seorang usahawan. Kebanyakan produknya adalah web directory, maka dia juga ada komunikasi dengan pelanggan.

Dua jenis model di atas hanya sebahagian, mungkin ada lagi cara-cara yang lain.

Tiada Kekuatan?

Tanpa produk sendiri, hakikatnya anda tiada jaminan yang kuat dan tiada kekuatan tersendiri. Kalau anda kata, “takper zul, buat duit banyak-banyak, then kita bukalah apa-apa bisnes offline”.

Sekali lagi anda telah terjerat. Mahu duit, tapi tidak mahu melayan karenah pelanggan. Anda pusinglah macam mana pun, anda tetap akan berhubungan dengan manusia. Nak buka bisnes offline? Sudah pasti ia melibatkan manusia (pelanggan). Malah ia lebih ‘seksa’ berbanding perniagaan Internet.

Jelas, kalau anda serius dalam perniagaan, usahlah anda mahu melarikan diri. Walaupun tahun dan masa yang memisahkan, namun perkara yang anda larikan itu akan tiba jua.

Untuk menjadi seorang usahawan, sifat BERANI amatlah perlu. Sebab macam-macam boleh terjadi. Pelanggan beraneka ragam dan perangai. Kalau anda jenis penakut dan tidak boleh dimarah sedikit, ambillah masa untuk buang sifat tersebut.

Pelanggan Malaysia Vs Pelanggan International

Kita kenal orang kita (Malaysia). Ya, ramai juga yang kurang enak perangainya, tapi jangan dilupa yang baik-baik.   Dalam bab perniagaan, cuba cakap manusia (pelanggan) mana yang tidak mahu dilayan dengan baik?

Bahkan kita sendiri pun walaupun sebagai usahawan, kita dalam masa yang sama menjadi pelanggan. Katakan anda pergi ke kedai makan dan memesan apa-apa makanan. Kalau di kedai lain siap dalam masa 10 minit tapi di kedai tersebut siap dalam 30 minit, saya yakin anda tidak selesa atau akan marah-marah. Paling kurang pun dalam hati…

Inilah yang diperlukan oleh pelanggan. Tidak kisah ia dari Malaysia atau luar negara, SAMA SAHAJA SEMUANYA. Apa ingat semua orang luar negara tu baik-baik? Sama sahaja, tiada beza… Hakikatnya dari mana negara pun, mereka juga adalah manusia, ada emosi dan perasaan.

Jadi, tidak perlulah anda lari ke pasaran luar dan meninggalkan pasaran tempatan semata-mata mahu mengelak daripada karenah orang Malaysia. Semakin anda lari, hakikatnya masalah itu semakin bertambah dan mendekati anda. Lastly, anda tersepit dan keliru, “betul ke yang aku buat ni?”.

Sebagai seorang usahawan yang sebenar, mengapa tidak hadapi sahaja masalah tersebut? Ke manakah hilangnya prinsip ‘melihat masalah sebagai satu peluang’ yang biasanya menjadi pegangan seorang usahawan? Kalau benar kita usahawan, mengapa perlu larikan diri? Ia bukan langkah yang bijak.

Cukup dahulu di kali ini. Ia hanya sekadar perkongsian. Tak semestinya apa yang saya tulis semuanya anda perlu setuju…

-SmartZul

Incoming search terms:

cara melayan pelanggan

bagaimana melayan pelanggan dengan sepenuh hati

cara cara melayan pelanggan

cara berkomunikasi dengan pelanggan

cara cara berkomikasi dengan pelanggan

cara komunikasi dengan pelanggan

cara berhadapan dengan pelanggan

cara melayan pelanggan bermasalah

cara melayan pelanggan dengan profesional

kaedah melayan pelanggan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-letih-melayan-karenah-pelanggan-inilah-bisnes/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pelancaran Pakej Kit Blogger Ditangguh + “Si Dia” + Motivasi + Keusahawanan
Bersedia sekali lagi untuk membaca tulisan yang agak panjang juga ini… Akibat motivasi saya naik dan meledak, saya mahu menulis lebih panjang pada hari ini.

Pelancaran Kit Blogger Ditangguhkan

Seperti yang saya janjikan semalam, sepatutnya Pakej Kit Blogger dilancarkan pada hari ini. Namun, akibat daripada beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menangguhkannya dahulu.

Persoalannya bila? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini. Cuma bagi anda yang berminat, pastikan anda sentiasa datang ke blog ini atau mendaftarkan Emel anda di sini untuk mengetahui status pelancaran melalui Emel. Cuma jika diikutkan pertimbangan sekarang, saya mahu ia dilancarkan esok, 1/8/2007. “No” tangguh-tangguh lagi.

Semuanya telah siap. Cuma ada beberapa masalah yang timbul di akhir-akhir masa…

Siapakah Si Dia?

Jika anda masih ingat beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat ‘teaser’ mengenai “si dia”. Inilah imej yang saya berikan dan rasanya tiada siapa pun yang dapat meneka dengan yakin walaupun ada seorang yang meneka secara tepat.

Baiklah, sebagai mengubati penantian anda, inilah si dia…

Tarik nafas panjang-panjang…

Apa macam? Cantik tak “si dia” tu?   Itulah design terbaru dan terakhir bagi Pakej Kit Blogger. Mesti ada yang tersenyum sambil berkata, “La, ini si dia rupanya. Ingatkan apa…”.

Itu saya hanya baru mendedahkan design terbaru, belum lagi anda melihat laman webnya dan juga tawaran istimewa untuk pelancaran versi terkini. Dan sebenarnya, untuk versi terbaru ini, ia ada nama tersendiri secara tidak rasmi. Saya berikannya panggilan sebagai:

Pakej Kit Blogger Re-Born!

Kepada dik mal, tahniah! Anda telah meneka dengan tepat. Tunggu emel saya masuk ke Inbox anda. Ada sesuatu yang special dari saya.

Ok, selesai satu “misteri”.

Tunggu! Ada satu lagi “sia dia” sebenarnya. Saya akan berikan kepada anda secara percuma nanti, mungkin minggu hadapan. Si dia kali ini pasti akan memberikan anda semangat dan motivasi untuk melakukan perniagaan Internet. Si dia kali ini bukan produk, tetapi seorang insan yang kini sudah mempunyai tapak yang kukuh juga dalam perniagaan Internet. Tunggu je lah yer. “Ish Zul ni, suka betul buat orang tak senang duduk yer”.

Versi Update Terakhir

Pakej Kit Blogger telah berusia hampir 9 bulan. Versi demi versi dan kemaskini demi kemaskini dilakukan dan saya rasa, inilah versi kemaskini terakhir. Versi terkini sudah menitik-beratkan soal-soal kecil dan yang berkaitan, malah ia semakin dimudahkan agar ia senang difahami.

InsyaAllah, selepas selesai pelancaran ini dan masa sudah tenang nanti, saya akan mulakan The Next Project. Ia bakal mewarna-warnikan lagi industri perniagaan Internet ini di Malaysia. Pesan saya kepada usahawan Internet, sebenarnya tidak ramai yang nampak potensi pasaran Malaysia, sebaliknya yang dinampak adalah masalah dan kekurangan. Sehinggakan ramai yang ‘buta dan gelap’ dengan peluang-peluang yang ada…

Ramai yang asyik memikirkan “how to solve that problems” tapi TAK RAMAI yang cuba mengambil peluang… Maka, seimbangkanlah di dalam menyelesaikan masalah dengan mengambil peluang yang ada.

Sebab itulah bisnes saya 80% adalah menumpu pasaran Malaysia dan selebihnya International. Sebenarnya, saya dalam senyap-senyap sedang ‘menjalinkan’ kerjasama dan persahabatan dengan usahawan-usahawan di luar sana. Inilah strategi yang saya panggil sebagai “from local to global”.

Bila kita sudah ada asas walaupun di pasaran tempatan, kita akan MUDAH untuk pergi lebih jauh di arena antarabangsa. Kita sudah ada ‘tiket’. Saya harap, ini dijadikan sebagai satu motivasi untuk usahawan Internet pasaran tempatan.

Maka bagi saya, tak akan wujud persoalan pasaran mana paling bagus? Sebab kalau kita ada strategi dan serius dalam bisnes iaitu dalam erti kata MEMBINA sebuah perniagaan, mana-mana pasaran pun sama sahaja. Cuma yang penting adalah, apakah matlamat terakhir kita? Ia sebenarnya bergantung kepada usahawan itu sendiri.

Keunikan Produk

Jika anda mahu betul-betul berjaya sebagai usahawan, anda perlu memiliki produk sendiri. Seeloknya ia unik dan berbeza. Apabila menyebut usahawan, saya biasanya tidak akan mengaitkan dengan program Affiliate, Adsense dan lain-lain yang termasuk di dalam kategori Program. Jika anda lihat di atas blog ini, tertera ayat “Blog Usahawan dan Perniagaan Internet, Sumber Rujukan Perniagaan Internet Anda. Tips & Triks Keusahawanan Internetâ€.

Blog ini lebih kepada KEUSAHAWANAN yang sebenar iaitu ada produk sendiri untuk diniagakan dan mempunyai matlamat meluaskan perniagaan secara Offline. Bermula dengan bekerja sendiri (self employed), sehinggalah satu masa nanti melantik staf dan lebih elok jika ada Pejabat sendiri.

Sebab itulah mungkin sesetengah daripada pembaca yang masuk ke blog ini pening dan keliru sebab perkara yang saya bincangkan bukan mengenai cara yang mudah seperti program Affiliate. I’m more to build the real business.

Saya sebenarnya lebih kepada keusahawanan yang sebenar. Membina perniagaan yang nyata. Ada pelanggan sendiri dan berhubungan dengan mereka. Bermula Online, saya akan bawa ke Offline. Kemudian membuka perniagaan di dalam bidang yang lain juga. Lihatlah dan perhatilah usahawan Internet yang berjaya. Rata-rata mereka tidak ‘stick’ pada perniagaan Internet sahaja, sebaliknya setelah mereka berjaya, macam-macam mereka lakukan. Contoh terbaik adalah, Dr. Irfan. Kita sepatutnya mencontohi beliau…

Namun sebagai seorang usahawan Internet, saya pasti juga akan membincangkan malah melakukan model-model Ebiz yang lain seperti Affiliate dan Adsense sebagai pendapatan sampingan. Malah, sejak saya bermula dahulu saya sudah mendapat hasil daripada program Affiliate dan Adsense. Salah satu Affiliate tempatan yang saya lakukan telah memberikan saya hasil dalam RM600++ dalam masa lebih kurang 5 hari sahaja.

Boleh dikatakan, setiap bulan saya mendapat komisen daripada program Affiliate yang saya sertai walaupun tidak serius melakukannya. Walaupun tidak banyak, tapi saya bersyukur. Lagipun saya tidak serius lagi dengan model Ebiz sebegini. Maka wajarlah saya dapat sedikit sahaja.   Hakikatnya, saya lebih kepada menjual produk sendiri.

Adsense? Saya tidak serius juga, tetapi sudah dapat sekali cek hijau.

Program Affiliate antarabangsa? Saya dalam proses untuk mendapatkan USD200++ sekarang dalam satu pertandingan. Ssekarang juga ada dua keping cek USD (kedua-duanya USD50 sahaja setiap keping) yang belum ditunaikan ke akaun bank saya. Itu pun dilakukan sambil lewa sahaja tapi dapat juga komisen. Salah satu program adalah berbentuk recurring, bermaksud setiap bulan saya akan menerima cek komisen.

Ia walaupun tidak banyak, tetapi saya membuktikan bahawa:

1. Produk sendiri + Affiliate + Adsense + Lain-lain = Multiple Streams of Income

Jika kita lakukan pelbagai model dan cara, kita akan ada banyak sumber pendapatan. Tapi AWAS, jika anda masih teraba-raba, mulakan dengan satu model dahulu!

2. From local to global. Apabila kita mempunyai kekuatan di pasaran tempatan, sebenarnya kita boleh ‘membawanya’ ke pasaran global. Setakat ini, saya telah berjaya mengenalkan diri walaupun tidak secara serius dengan beberapa orang IM yang dikenali juga di luar sana. Antaranya, saya pernah mendapat jemputan untuk melakukan JV bagi projek mereka dan yang satu lagi diberi peluang menjadi moderator di forum mereka.

Jelas. Jika kita sudah ada asas, tapak dan pemahaman dalam perniagaan Internet, kita mudah pergi jauh. Buktinya? Saya sendiri telah melakukannya. Ia amat mudah sebenarnya… CUMA, perlu ada langkah pertama dan juga KESABARAN.

InsyaAllah, nanti produk SmartZul akan berlegar-legar di pasaran antarabanga.   “From local to global”. Ingat tu…

Wajib Ada Produk Sendiri

Sekali lagi. Sebagai seorang usahawan, anda wajib mempunyai produk sendiri terutama produk digital kerana ia lebih mudah dihasilkan. Ini kerana, anda mempunyai kekuatan apabila mempunyai produk sendiri. Sebaliknya jika menjual produk orang lain, ia bukan milik anda dan ia bukan kekuatan bagi anda. No offense.

Ebook Cara Buat Ebiz? Bengkel?

Jika anda tanya saya, tak nak buat ke Panduan Perniagaan Internet? Jawab saya, tunggu… Mungkin setahun dua lagi.

Jika ada yang bertanya (memang ada yang tanya), bila nak buat seminar atau bengkel? Saya juga akan jawab, tunggu… Cuma yang pasti tahun ini saya tidak melakukan apa-apa seminar atau bengkel lagi.

Ada juga yang tanya, tak nak tulis buku ke? Osman Affan dah, Irwan Dahnil dah, Sham dalam proses tu, Shuth pun tak lama lagi rasanya, SaifulSham dah, Zamri Nanyan pun dah. Saya? Tiada siapa yang tahu. Buat masa sekarang rasanya belum tiba masanya.

Jika diizinkanNya, satu demi satu projek akan dilancarkan. Cuma tunggu masa sahaja. Saya mahu pasaran Internet Malaysia ini penuh dengan produk SmartZul, hehehe.. Sham RajaAdsense kata, buat masa sekarang, SmartZul lah paling banyak tulis Ebook Percuma di Malaysia ni. Hmm, saya tidak pasti, tapi kalau syok sendiri, saya rasa betul.

Antaranya anda boleh dapatkan di web Projek Gelombang Pertama.

Banyak dan banyak lagi yang ingin saya kongsikan di sini. Tetapi masa tidak mengizinkan saya sebab perut sudah beri isyarat, “waktu sarapan!”.

Semoga bermotivasi!

Yang ikhlas,

PS. Kepada Reseller Pakej Kit Blogger, design terbaru itu adalah HANYA untuk kegunaan saya sahaja. Tiada beza antara design lama dan baru, cuma warna sahaja yang berbeza. Maka tiada sebab untuk anda mahu menukar design.   Saya hanya akan berikan Ebook yang terkini sahaja kepada anda.

Tips: Dalam model (Master) Resell Rights dan PLR, adalah digalakkan kita membina design sendiri dengan syarat tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh pemilik asal produk.

PPS. Mahu mengiklan? Ramai yang bertanya saya, ada tak saya buka ruang iklan di blog ini. Sebenarnya ada, tapi saya stop dahulu. Satu berita gembira untuk anda, the next project saya adalah “pengiklanan gaya baru” terutama di pasaran Malaysia. Tak percaya tak apa. Tapi salah satu projek saya yang lepas “SOLD OUT” dalam masa 24 jam sahaja akibat keunikan ideanya. Tunggu….

* Jika anda berminat untuk menerima tips, panduan dan berita terus melalui Emel, anda boleh daftarkan Emel anda di sini: http://smartusaha.com/news.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/panduan-bina-blog-motivasi-usahawan/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Aku Tuding Kau, Kau Tuding Aku… Blogger Vs IM
Blogger – Pemilik Sesebuah Blog

IM (Internet Marketer) – Usahawan Internet

*Ada sedikit kekeliruan istilah Internet Marketer dan Internet Entrepreneur. Tapi tak apalah, kita guna pemahaman biasa iaitu IM adalah usahawan Internet yang menjual produk seperti Ebook. Blogger pula yang ada blog, letak iklan, buat review dan seumpamanya untuk mendapatkan income… Kalau anda kata Blogger tu juga adalah IM, izinkan saya membezakan kedua-duanya untuk memudahkan penulisan saya.

Jika anda memerhati, terdapat banyak golongan manusia di dunia ini. Begitu juga di dalam dunia Internet. Di Internet, anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi usahawan Internet atau menjadi seorang blogger sebagai contohnya. Anda perlu faham beza di antara dua kerjaya tersebut. Walaupun ia nak sama, tapi tidak serupa.

Apa yang saya perhatikan, di dunia menjana pendapatan di Internet ini banyak mazhab atau golongan seperti:

1. Blogger yang amat membenci usahawan Internet yang menjual panduan How To Make Money, bahkan mereka melakukan perang habis-habisan terhadap penulis Ebook sebegitu. Mereka bertindak sebegitu kerana menganggap, mengapa perlu bayar kalau ada yang percuma? Itu bagi mereka, BUKAN bagi orang lain…

2. Blogger lawan blogger. Macam mana tu? Blogger terbahagi kepada dua golongan terbesar. Satu yang buat duit dengan blog dan satu lagi hanya ber-blogging sahaja (menulis, for fun, bina rangkaian).

Alahai Blogger

Biar saya panggil blogger yang hanya sekadar menulis itu sebagai ‘standard blogger’ iaitu mereka hanya menulis dan tiada kepentingan menjana duit. Dalam erti kata lain, mereka bencikan iklan.

Golongan blogger yang standard ini pula terbahagi kepada dua jenis iaitu benci pada blogger yang buat duit dengan blog dan satu lagi open minded. Yang benci tu sebab kata mereka, “aku berserabutlah nak baca blog si anu tu, PENUH dengan iklan!”. Yang open-minded pula anda faham maksud saya, iaitu mereka tidak kisah.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan blogger  (bukan semua) yang terlibat dalam ‘make money with blog’ sebagai kerjaya full time begitu benci dengan produk berbentuk Ebook, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan How To Make Money atau Internet Marketing. Bahkan ada mereka yang bersumpah tak akan menulis dan menjual Ebook. Mengapa ya? Ada sesiapa boleh kongsi pendapat?

Jika anda tanya saya, banyak jawapan yang saya boleh tulis mengenai pegangan mereka itu, tetapi salah satunya adalah, mereka TIDAK FAHAM model Perniagaan berbentuk Digital Products, sebaliknya HANYA mahu orang lain memahami model ‘perniagaan’ mereka.

Mereka hanya mahu dan tahu menjadi juri atau hakim kepada orang lain sahaja. Apabila mereka kata TIDAK, maka tidaklah… Pendek kata, mereka hanya tahu menghakimi, tetapi tidak sangat memahami. Apapun, saya sudah lama memerhatikan pegangan (mazhab) mereka sebegitu.

Namun, tidak semua blogger berperangai begitu. Ada juga yang open minded dan menghormati usaha orang lain. Blogger jenis ini yang saya suka dan respect. Saya TIDAK suka seorang blogger yang EGO.

Satu tip motivasi untuk anda. Andaikata datang seorang blogger atau sesiapa sahaja yang bencikan usaha anda seperti menjual Ebook, anda tidak perlu sedih dan bimbang. Kalau mereka benci anda, hakikatnya mereka juga dibenci oleh blogger standard yang saya katakan di atas. Inilah saya maksudkan dengan tuding menuding… ‘Kau tuding aku, dia tuding kau dan aku tak mahu tuding-tuding’.

Kesimpulan mengenai Blogger, mereka juga banyak pecahan, tak ada satu yang terbaik, sebaliknya sama seperti usahawan Internet yang banyak kategori.

Hmm, Usahawan Internet?

Ok, bagaimana dengan usahawan Internet pula? Mereka juga terbahagi kepada banyak golongan. Ada yang asyik mahu mengajar orang lain buat duit, tapi dia sendiri tidak mengamalkannya. Buat duit dengan hanya menjual cara buat duit. IM sebegini biasanya mereka yang baru bermula.

Ada juga mereka yang suka  meletakkan screenshot pendapatan. Ia boleh, tetapi untuk diri saya, insyaAllah saya tidak akan melakukan cara atau trik sebegitu. Saya ada tulis mengenai hal ini dahulu, mungkin anda boleh Search.

Apabila anda meletak bukti pendapatan walaupun niat mahu membuktikan keberkesanan sesuatu teknik, namun bagi saya anda telah memberikan harapan yang menggunung kepada mereka yang membeli panduan anda walhal mereka mungkin perlu mengambil masa yang lama berbanding anda untuk mencapai keputusan seperti anda.

Keadaan bertambah buruk dan teruk apabila apa yang dinyatakan hanya hype semata-mata, padahal isi kandungan adalah ‘rubbish’. Saya ada terima aduan daripada para newbie setelah mereka kecewa dengan beberapa produk (tempatan) yang indah khabar dari rupa. Saya hanya menumpang kekecewaan. Golongan yang IM sebegini amat bijak, “ala, mudah jer, letaklah Earning Disclaimer!”. Wah wah wah, mudahnya yer.

Seterusnya adalah golongan usahawan Internet yang tidak mencipta kejayaan yang sebenar adalah golongan yang hanya mahu buat duit semata-mata. Buat duit ribu-ribu, ribu-ribu dan ribu-ribu. Janji buat duit, tapi support untuk customer malas nak bagi dan produk tak update dari semasa ke semasa serta malas untuk menambah ilmu, fasiliti, tools dan sebagainya untuk bisnes. Janji buat duit, kaya dan boleh pergi melancong ke sana sini……

Golongan usahawan Internet yang lain pula adalah yang betul-betul faham konsep Niche Marketing. Mereka terokai dan kuasai sesuatu bidang yang tidak ramai pesaing. Golongan jenis ini biasanya amat berjaya di dalam perniagaan Internet.

Namun, satu golongan usahawan Internet yang sebenar adalah mereka memahami erti kata USAHAWAN yang sebenar. Mentaliti mereka bukan hanya membuat duit di Internet, tetapi LEBIH daripada itu. Mereka tahu, faham, jelas dan mengerti mengenai KEUSAHAWANAN… Adakah anda mengerti sepertimana mereka memahami?

Apa yang saya mahu sampaikan di tulisan kali adalah, di dunia ini banyak jenis, kategori atau kelompok manusia, banyak ragamnya, sifatnya dan lain-lain. Maka, jika ada mereka yang tidak suka akan usaha anda, mengapa perlu mengiyakan kata-kata mereka walhal mereka tidak tahu menahu apa yang anda lakukan? Dan mengapa perlu mengaku kalah dengan mereka?

Kalau anda seorang tauke Ebook (apa saja topik), jadilah tauke Ebook. Orang mahu benci, orang nak boikot, orang tak suka, anda peduli apa? Janji anda menjual produk yang berkualiti, support yang memuaskan dan bukan indah khabar dari rupa. Kalau apa yang anda buat tidak salah di sisi Agama, halal, tak berdosa, tidak menipu, maka siapakah yang berhak mengatakan ia tidak boleh kalau Agama dah kata ia Ok?

Bukan IM, Bukan Blogger, Tapi…

Ada satu golongan manusia yang tak termasuk dalam tulisan saya ni, nak

tahu tak? Mereka adalah golongan yang tak suka perniagaan Internet dan tak suka Blogging. Saya tidak berjenaka, golongan sebegini juga wujud.

Inilah manusia, macam-macam. Maka?? Jadilah diri anda sendiri. Jangan terpengaruh

dengan kata-kata manusia yang boleh merosakkan impian dan prinsip anda. Ingat baik-baik pesanan saya ini. Saya amat serius mengenai hal ini kerana begitu ramai yang

mahu menjadi hakim bagi hidup kita.

Ingat, BE YOURSELF! Catat besar-besar atas kertas dan tampal di tepi komputer anda atau di tempat yang mudah nampak. Anda perlu serius mengenai hal ini jika anda tidak mahu hidup dan impian anda dihancur-leburkan oleh manusia yang hipokrit.

Mengapa Perlu Jadi Diri Sendiri?

1. Hati tenang dan damai sebab orang lain tak campur tangan (busy body) dalam hidup anda.

2. Dunia ni penuh dengan hipokrit dan bersibuk-sibuk dalam kehipokritan membuat hati sengsara, kecewa, sibuk dan membuang masa.

3. Bisnes maju, laju dan laku. Why? Sebab dengan jadi diri sendiri, anda mudah fokus. Anda bebas daripada kehipokritan dan kesibukan yang saya nyatakan tadi.

Maka dari itu, anda perlu menjadi diri sendiri. Anda nak buat duit dengan blog ke, nak buat duit dengan Ebook ke, tak nak buat duit ke, orang lain apa kes nak menyibuk? Diaorang tak berhak nak halang kita! Kita juga kalau tak nak orang menyibuk dengan usaha kita, janganlah nak menyibuk dengan usaha orang lain.

Buatlah kerja sendiri, jangan sibuk nak kacau bisnes orang lain. Jangan nak berlagak tahu semua, jangan anggap diri amat hebat sehingga mahu menghakimi hidup orang lain dan jangan suka cari salah orang.

Fikirkan hal ini. Kalau orang lain buat kerja halal, tapi sebab anda mereka menjadi susah, jangan salahkan orang lain kalau anda menanggung dosa yang menggunung.

Sekian, terima kasih.

PS. Bagaimana pula dengan IM yang memiliki blog? Adakah mereka juga blogger? Mereka ini dipanggil golongan Hibrid.   Saya biarkan anda menjawab persoalan ini.

PPS. Sebenarnya saya ada hujah untuk mematahkan golongan yang membenci pengusaha Ebook YANG BAIK. Tapi, tak apalah. Saya simpan dulu, nak guna waktu darurat nanti.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/aku-tuding-kau-kau-tuding-aku-blogger-vs-im/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Tiga Contoh Produk Perniagaan Internet Yang Niche
Dahulu, saya pernah menulis mengenai akan berlakunya ketepuan topik Internet Marketing sama ada Ebook atau sebagainya, malah kini sudah ada golongan yang melancarkan perang terhadap penulis-penulis Ebook Internet Marketing. Bukan di Malaysia, tetapi di luar negara. Perang mereka amat dahsyat iaitu mereka dapatkan Ebook tertentu dan edarkan secara percuma.

Alasan mereka mudah, maklumat sebegitu boleh didapatkan secara percuma. Tapi, tindakan mereka itu salah walaupun niat mereka baik. Harapan saya tiadalah orang-orang kita melakukan tindakan sebegitu kerana kita yang berAgama ini berbeza dengan pemikiran mereka… Lagipun mereka tidak faham model perniagaan Ebook, mereka terlalu EMOSIONAL.

Pentingnya Niche!

Sudah saya cakapkan dari dahulu lagi, JANGAN buat topik mengenai Ebiz jika anda baru mulakan perniagaan Internet. TAPI, saya lihat ramai yang degil. Saya sama sekali tidak ada hak untuk menghalang, tetapi saya hanya menasihati. Mengajar orang buat duit bukanlah satu kerja yang mudah sebab kita memberikan mereka harapan yang menggunung.

Akhirnya apabila mereka kecewa dan panduan yang kita berikan pula hanya copy & paste, maka wujudlah salah faham, kemarahan dan dendam. Jika saya mahu mengeluarkan produk panduan perniagaan Internet, saya akan buat mengikut skala yang saya mampu dan sedang saya capai. Contohnya, jika pendapatan saya hanya RM10,000 sebulan, hanya itu yang saya cakapkan. Sebaliknya saya sama sekali tidak memberikan harapan kepada orang lain mengenai pendapatan juta juta juta dan juta…

Susah sangatkah untuk menjual produk selain produk Internet Marketing? Di dunia ini hanya itukah yang boleh dijual? Tidak… Tapi kalau anda nak jual juga, silakanlah, saya tak pernah kata ia salah, cuma persaingan dan tahap ketepuannya terlalu tinggi.

Contoh Produk Niche

Saya yakin anda sudah tahu apa itu Niche. Saya dah banyak kali tulis di blog ini. Kali ini, saya mahu memberikan contoh pula.

Berikut adalah tiga perniagaan Internet yang produknya adalah ‘niche’, dua daripadanya adalah milik Shuth WangCyber dan satu lagi adalah milik saudara Safwan (member Wangcyber):

1.  SetBersalin.com – Niche di sini adalah produk set bersalin khas untuk kaum wanita yang baru lepas bersalin. Ia tidak akan niche jika fokusnya kepada semua wanita termasuk kanak-kanak yang belum kahwin.   Inilah konsep niche, satu produk khusus untuk satu sasaran. Lihat juga, hanya satu set pakej produk sahaja yang ditawarkan di laman web tersebut. Ia adalah salah satu konsep niche website, satu laman web, satu produk.

Kepada Shuth, saya sebenarnya ada satu projek (tak tahu bila) yang ada kaitan dengan niche tersebut. Bukan Ebook, tapi ader laa. Nanti kita buat JV ekk. :p

2. BuangVirus.com – Saya tidaklah dibayar untuk membuat review atau sudah memiliki Ebook saudara Safwan ini, tetapi apa yang dapat saya katakan adalah, ia satu topik yang simple, tetapi tidak ramai yang memikirkan untuk mengeluarkan panduan mudah sebegitu. Niche-nya di sini adalah ia hanya mengajar cara membuang virus, sebaliknya bukan semua perkara mengenai komputer diajarkan…

3. MasKahwin.com – Bagi saya, Ebook (dulu buku) inilah pembuka tirai kepada industri perniagaan Internet bagi cabang produk informasi di Malaysia terutama di dalam Bahasa Melayu. Ebook tersebut memberikan panduan bagaimana si lelaki atau perempuan (rasanya panduan ni lebih kepada lelaki kot, explain sikit Shuth) yang mahu kahwin, dari tak cukup duit boleh mempunyai duit untuk berkahwin.

Niche Ebook ‘Maskahwin Yang Hilang’ adalah pengurusan kewangan kepada bakal pengantin. Ia bukan mengenai cara jadi jutawan, bukan pasal memikat si gadis, bukan macam-macam (all about) mengenai wang atau mengenai ehem ehem…

Pelajaran

Memiliki produk yang niche dan bukan mengenai cara buat duit merupakan satu bidang yang ‘selamat’. Kita tidak mempunyai risiko yang tinggi sepertimana menjual produk-produk cara buat duit kerana kita bukanlah menjanjikan pembeli menjadi kaya.

Selain daripada itu, anda lihatlah sendiri di Internet, begitu banyak produk-produk percuma berkaitan Ebiz dan jika ada produk berbayar pun, kebanyakan pakar-pakar yang sudah berjaya sahaja mudah membuat jualan. Jika anda newbie tapi sudah menjual cara buat duit, diri anda akan dipersoalkan. Sesungguhnya, begitu banyak niche yang belum diterokai di pasaran Malaysia ini.

Sahabat saya Wan Faizol a.k.a Batagolek mempunyai niche-nya tersendiri. Kami pernah berbincang mengenai pasaran Malaysia ini dan kami merumuskan masih banyak cabang yang belum diterokai dan dikuasai. Salah satu projeknya adalah eKpli.com, iaitu fokus kepada ujian KPLI untuk bakal-bakal guru yang mengambil kursus KPLI. Begitu juga Shuth dan sahabat-sahabat yang lain, mereka mempunyai niche tersendiri.

Saya dari dulu lagi memerhatikan gelagat-gelagat newbie dan juga yang sudah lama bergelumang di dalam Ebiz ini. Style kedua golongan ini banyak bezanya. Saya ada menyatakan kepada seorang ahli forum Wangcyber semalam melalui PM, ‘cuba perhatikan cara otai-otai, ada tak diaorang sibuk-sibuk sepertimana orang lain sibuk? Adakah diaorang jual produk Ebiz sepertimana orang lain melakukannya? Agaknya kenapa?

Beritahu saya kepadanya, “saya tak dapat nak bagitahu sebabnya. Hanya mereka yang mempunyai pemikiran yang mendalam mengenai PERNIAGAAN sahaja yang memahami erti yang sebenar perniagaan Internet”.

Saya teringat kata-kata Kidino melalui emel newsletternya yang beliau menyatakan kenapa beliau ‘tidak seaktif’ seperti IM yang lain dalam mempromosikan produk-produk yang orang lain sibuk mempromosikannya. Katanya (lebih kurang begini), “mengapa saya mahu sibuk mempromosikan produk yang ramai orang lain promote? That better saya hasilkan produk sendiri atau mempromosikan produk yang tak ramai orang tahu..”.

Apa yang dapat saya katakan, kebanyakan Newbie yang memulakan Ebiz tiada kefahaman asas yang kukuh mengenai perniagaan Internet. Kebanyakan bermentalitikan hanya mahu membuat duit, tetapi tapak atau asas perniagaan itu tidak dibina dengan kukuh terutama aspek mindset. Bak kata Sabri SaifulSham, kalau langkah pertama sudah silap, maka susahlah perjalanan Ebiz anda… Tapi sedih, tak ramai newbie yang tidak mendengar pesanan mereka yang telah berjaya.

Agaknya kenapa ye? Tak bagus ke nasihat orang-orang kita tu? Jangan anggap IM-IM negara Malaysia tak sehebat IM di luar sana, sebenarnya ramai yang hebat dalam senyap. Cuma diaorang ni ‘bisu’ jer. hehe…

Berita Terkini

Sham RajaAdsense ada menyatakan kepada saya yang beliau akan memperkenalkan konsep pemasaran ________. Tunggu je lah apa yang beliau mahu kongsikan nanti.   Konsep atau model pemasaran tersebut adalah sebagai satu penyelesaian kepada rendahnya tahap pembelian di Internet bagi pasaran Malaysia.

Hal tersebut juga saya ada terfikirkan (sudah lama), cuma tidak terbuat sahaja. Dan memang saya perhatikan, tidak ramai yang cuba atau ada melakukan konsep pemasaran tersebut. Mungkin Sham akan kongsi di blog dia atau keluar satu Ebook khas kot.

Semoga perkongsian saya hari ini memberikan faedah kepada anda.

Wassalam.

PS. SmartUsaha.com telah beralih semula ke server di Malaysia. Itulah sebab mengapa kalau sebelum ini sedikit slow, kali ini lebih laju.

PPS. Dapatkan Step by Step Video Training. Klik di sini.

Incoming search terms:

contoh blog perniagaan

contoh perniagaan internet

contoh produk

contoh perniagaan

contoh blog bisnes

contoh bisnes internet

contoh bisnes online

contoh produk niche

contoh produk keusahawan

contoh produk internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/dua-contoh-produk-perniagaan-internet-niche/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Mengejar September 2007 | Rangkaian Blog
Sekarang adalah bulan Jun 2007.  Dah separuh tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Saya yakin, bahkan diri saya sendiri, ada perancangan yang sudah tercapai dan ada yang tak terbuat lagi. Tak apa, ia pelajaran yang baik untuk hidup kita dan perniagaan yang dijalankan. Yang bestnya perniagaan Internet skala kecil ini, risikonya tak lah sebesar projek juta-juta yang mengerikan. Kalau rugi, taklah rugi sangat. Start Small… Nanti-nanti baru buat yang besar-besar.

Seiring masa-masa yang berlalu, sudah semestinya banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita telah dapat bukan?

Begitu juga dengan SmartUsaha.com, apabila masuk sahaja September 2007 nanti, maka genaplah dua tahun ia ‘bernafas’ di dunia online ini. Adakah ia satu tempoh yang lama? Ya, lama. Saya tidaklah perlu membandingkan dengan blog orang lain yang mungkin sudah bertahun-tahun wujud di alam maya ini, tetapi cukuplah saya melihat kepada prestasi sendiri.

Dua tahun. Sebenarnya secara ikhlas saya nyatakan, untuk mengekalkan sebuah blog dalam masa yang lama atau entiti perniagaan itu sendiri, ia memerlukan satu pengorbanan masa, tenaga, pembelajaran yang terus-menerus dan motivasi yang kuat. Blog tidak sama dengan laman web statik, kerana blog adalah medium komunikasi kita dengan pembaca, sama ada kita kenal mereka atau anonymous (tidak dikenali). Biasanya, yang tidak dikenali itulah yang akan mendatangkan ‘masalah’ kepada kita dan itulah salah satu cabaran.

Apabila menyebut SmartUsaha.com, ia terbahagi kepada TIGA ENTITI iaitu blog ini sendiri, entiti perniagaan dan diri saya sendiri. Sebenarnya, saya masih terus mencari-cari kekuatan diri sendiri agar lebih kuat dan stabil di dalam bidang perniagaan Internet ini. Bagi saya, kekuatan kita tidak dapat dicungkil dan diketahui dengan begitu mudah, sebaliknya ia memerlukan sebuah perjalanan dan usaha yang sabar sebelum berjumpa dengan prinsip, formula dan pegangan untuk diri dan perniagaan yang dibina.

SmartUsaha.com pula akan terus berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik kepada mereka yang memerlukan. Jika anda tidak nampak apakah pemberian SmartUsaha.com, mungkin anda tidak nampak pada blog ini, sebenarnya saya ada cara dan jalan saya sendiri dalam memberikan motivasi, ilmu, panduan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Biarlah ia rahsia…

Saya seboleh mungkin tak mahu mengungkit apakah sumbangan saya, tetapi sebaliknya saya akan berikan apa yang mampu untuk diberi walaupun sepatah perkataan. Maka harapnya janganlah dipersendakan sepatah perkataan tersebut. Terimalah seadanya, kritiklah dengan berakhlak dan ambil yang baik. Elakkanlah memaki, komen negatif dan memfitnah kerana ia bukanlah sifat yang baik walaupun anda saja-saja melakukannya.

Semua Blog Ada Sumbangan

Begitu juga dengan blog-blog yang lain, hargailah penulisan mereka. Mana yang baik, kita ambil, mana yang kurang, berlapanglah dada dan amalkanlah sifat maaf-memaafkan dan bertoleransi. Tiada manusia yang sempurna melainkan mereka saja-saja sengaja melakukan kesilapan tersebut.

Cuba anda ingat kembali, bagaimanakah kali pertama anda mengenali dunia perniagaan Internet? Biasanya melalui individu tertentu bukan? Dan biasanya juga melalui blog mereka bukan? Ya, mungkin daripada blog yang anda lemahkan semangat mereka dan yang anda caci-maki. Tak eloklah begitu. Dari situ anda mengenali ebiz, tapi tak kan di situ juga anda menyusahkan mereka. Itu tak syukur pada nikmat namanya.

Pernahkah anda berterima kasih kepada mereka, atau sekurang-kurangnya mendoakan mereka sesuatu? Atau memberikan mereka sokongan dan semangat? Atau paling kurang menyebut-nyebut akan kebaikan mereka? Menyebut kebaikan di sini bukanlah bermaksud memuji-muji. Tetapi di kala mereka difitnah, diumpat, maka apa salahnya kita membantu dengan sedikit daya yang kita ada. Di sini, ia menunjukkan bahawa kita ada sifat berterima-kasih dan syukur akan ilmu yang mereka berikan walaupun perkara yang mudah-mudah.

Inilah kehebatan blog. Ia merangkaikan manusia yang sebelumnya tidak kenal antara satu sama lain. Kemudian menjadi sahabat dan kemudian menjadi rakan perniagaan. Sebab itu saya katakan, kalau zaman sekarang handphone dianggap satu keperluan, begitu juga blog. Hanya satu ayat mengenai blog: “Anda boleh buat apa saja dengan menggunakan blog!”. Nak buat duit, nak cari kawan, nak bina kredibiliti, nak kongsi ilmu, nak pasarkan produk, nak asah bakat penulisan, nak isi masa lapang, semuanya boleh. Maka, milikilah blog dan jika boleh, guna nama domain sendiri, elakkan guna yang percuma.

Nak tahu blog siapa yang paling bagus? Jawapannya…

“Tak ada blog yang paling hebat, tapi blog yang hebat adalah satu rangkaian blog”. Maksudnya, semua blog memainkan peranan masing-masing dalam penyampaian ilmu. Kalau hanya satu, tak ada yang akan mengisi kekurangan yang ada pada blog itu. Tapi jika ada blog yang lain, maka kekurangan di satu blog itu akan diisi dengan kelebihan blog yang lain. Tidak kisahlah blog itu newbie, baru, otai atau lama, semuanya memainkan peranan. Setuju? Mungkin sebab itulah Islam menggalakkan melakukan sesuatu secara jemaah (bersama-sama).

Maka, jika ada sesuatu kekurangan di blog SmartUsaha ini, maka pergilah ke blog lain yang boleh mengisi kekurangan tersebut. Jelas, blog yang hebat adalah RANGKAIAN BLOG, iaitu semua blog yang wujud di Internet ini melainkan blog yang suka mengumpat, mencaci dan memfitnah orang lain. Yang dibincang di sini hanyalah blog yang baik-baik sahaja.

Oklah, sebelum saya jauh melalut, saya tak sabar menunggu masuknya September ini nanti (2 bulan setengah lagi). Saya berharap, blog smartusaha.com ini dan entiti perniagaan SmartUsaha sendiri akan lebih maju dan lebih baik dalam penyampaian ilmu. InsyaAllah. Tiada yang sempurna dalam dunia ini, tetapi sebaliknya yang ada adalah penambahbaikan dari semasa ke semasa.  Itulah namanya kehidupan.

Wassalam.

PS. Usah ditangguh niat untuk memiliki blog. Ia satu keperluan di zaman sekarang, bukan suka-suka. Saya akan bimbing anda sehingga anda memiliki blog sendiri dengan panduan mudah yang telah terbukti dapat menjimatkan masa anda. Tak perlu pening-pening belajar sendiri. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/blog-usahawan-internet-panduan-blog/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Mudahkan Rakan JV. Berikan Lebih…
Saya jarang menulis tip atau teknik di blog ini kerana cara saya, saya tidak mahu hari-hari hanya bincang pasal teknik. Logiknya mudah, kalau sehari saya bincang dua tiga teknik, dan esok teknik lain dan lusa teknik lain pula, saya yakin, tak semua pembaca sempat mengamalkan dan cuba memahami apa yang saya tulis. Setuju?   Maka dari itu, saya hanya menulis sekali-sekala sahaja teknik perniagaan Internet agar anda sebagai pembaca ada masa untuk memahami dan mempraktikkannya.

Joint Venture (JV) atau dalam bahasa Melayunya kerjasama, adalah salah satu teknik yang amat-amat rugi jika anda tidak menggunakannya dengan baik. Jika anda ingin tahu, JV adalah satu teknik ‘rahsia’ pakar-pakar internet marketer, cuma mereka tidak bising sahaja, malah tidak mendedahkan ‘how to do it’.

InsyaAllah, sampai masa saya kongsi sedikit pengetahuan yang saya ada (sikit jer ilmu yang saya ada). Tapi, yang sedikit dikongsi itu ia lebih baik daripada tahu banyak tapi tak dikongsi bersama.   Jika ada orang mengatakan, “kau ni dah jutawan Internet ke nak ngajar-ngajar orang buat duit?”. Maka katakan, “kalau dah jadi jutawan tapi tak kongsi ilmu, tak guna juga. Yang sedikit tu kalau dikongsi, ia lebih baik daripada tak kongsi langsung!”.

Seorang sahabat saya menjana hampir RM3000 dalam masa 5 hari sahaja dengan menggunakan satu teknik JV sahaja. Market sasaran? Malaysia.   Saya yakin, apabila produknya itu dibawa ke pasaran global dengan kaedah JV, saya yakin, insyaAllah, dia akan mendapat lebih banyak jualan! Saya akan dedahkan nanti siapa si dia itu. Malah saya akan dedahkan ‘rahsia-rahsia’ di sebalik JV yang ramai tak nampak.

Apa yang ingin saya nyatakan kali ini adalah, jika anda inginkan bantuan seseorang, lebih-lebih lagi orang itu seorang usahawan Internet yang sibuk, tapi bersetuju ber-JV dengan anda, maka anda jangan sama-sekali melakukan kesilapan besar iaitu menyusahkan mereka.

Jika anda ada ebook baru untuk dikeluarkan, berikan terus ebook tersebut melalui emel atau berikan link download. Kemudian, lakukan follow up kepada mereka dengan bertanya khabar dan tanya juga dapat ke tak ebook yang dihantar sebelum ini? Sebaliknya, jangan suruh mereka daftar itu dan ini. Ketahuilah, mereka tak akan daftar sebab mereka sibuk. Begitu juga selepas tamat tempoh JV, hubungilah mereka untuk mengucapkan terima kasih.

Tidak kisah apa produk anda, ebook ke, software ke, apa ker, beri dan beri kepada rakan JV anda itu sepenuhnya. Jangan simpan walau secebis. Berikan info dan maklumat yang boleh memberi kefahaman kepada mereka. Dalam kes ini contohnya adalah seperti Saudara Hafiz dan Irwan Dahnil yang menghantar emel secara ‘bersiri’ kepada rakan JVnya (saya salah seorang rakan JV mereka). Semua bahan seperti ebook, link, contoh, step yang perlu dilakukan, atau apa sahaja, semuanya terus diberi TANPA menyusahkan sedikitpun rakan JVnya.

*Irwan dan saya ada satu projek yang sedang dilakukan sekarang, bersama juga dengan beberapa Internet marketer yang lain.

Contohnya agar anda jelas, Hafiz telah memberikan segalanya apa yang perlu kepada rakan JVnya untuk projek InternetMuda beliau. Emel perkembangan projek pula dihantar setiap kali ada berita terbaru. Ebooknya diberi setiap kali ada kemaskini sebelum projek dilancar. Penerangan beliau pula bagaimana modus operandi JV akan dilakukan juga jelas dan terang seperti bagaimana melakukannya dan apakah yang rakan JV akan dapat. Tiada maklumat yang terselindung. Rakan JV pula diberikan beberapa faedah dan kelebihan. Sehinggalah projek itu akan dilancarkan, beliau sekali lagi menghantar emel kepada semua rakan JV agar bersedia dan sekali lagi memberikan panduan.

Anda pula bagaimana? Contoh mudah adalah, anda ingin mendapatkan testimoni daripada mana-mana usahawan Internet, maka anda perlu terangkan dari A sampai Z, apa produk anda, siapa sasaran anda, matlamat produk anda, dan apa sahaja yang berkaitan. Ketahuilah, usahawan Internet, lagi-lagi yang ‘otai’ tak ada banyak masa sangat nak baca satu demi satu muka-surat, lagi-lagi kalau anda memaksa mereka memberikan komen atau testimoni dengan cepat.   Kalau kena dengan otai yang kuat egonya, anda langsung tak akan dilayan! Jadi, jika anda dah explain secara jelas produk anda, mereka bolehlah membaca ebook anda tanpa perlu terlalu detail membacanya.

Mudah sahaja, berikan, berikan, berikan apa sahaja yang memudahkan rakan JV anda. Itu sahaja. Jika anda memudahkan, tak kisah dia tu otai ke tidak, mereka dengan hati terbuka mahu menerima tawaran anda. Tapi kalau anda menyusahkan dan hanya lebih meminta-minta, sorry to say, ia adalah satu perkara yang akan menjatuhkan reputasi anda dan mengurangkan kepercayaan rakan JV kepada anda. Paling teruk, mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan anda sampai bila-bila.

Oh ya, rakan JV di sini adalah bermaksud, usahawan Internet lain yang mana anda meminta kerjasama daripada mereka untuk sama-sama mempromosikan produk anda. Lain dengan rakan niaga, itu adalah kawan atau team perniagaan anda. Rakan JV adalah satu entiti luar usaha perniagaan anda yang anda ‘bawa masuk’ untuk tujuan long term atau short term. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Rakan JV ini bukan hanya newbie dengan otai, malah dengan sesiapa sahaja. Jangan menyempitkan pemikiran anda mengenai JV. Newbie dengan newbie, otai dengan otai, otai dengan newbie dan newbie dengan otai. Malah JV bukan hanya one to one, malah dengan company yang besar atau kecil. B2B, B2C, anda kena faham istilah sebegini dalam bisnes. Ia tiada batasan. Sebaliknya, titik utama JV adalah apakah faedah untuk rakan JV anda dan mudahkan mereka. Ini ‘rahsia’nya.

Sesungguhnya, ilmu JV ini amat luas dan ia juga memerlukan kreativiti anda. Ia tidak statik. Maka, belajar dan berinovasilah. Jangan hanya meminta itu dan ini, malah menyusahkan orang yang anda minta kerjasama itu. Satu lagi, faedah kepada rakan JV bukan hanya wang seperti komisen, tapi ia lebih daripada itu. Malah, anda mesti memberi sesuatu kepada mereka walaupun mereka tidak melakukan sesuatu untuk anda lebih-lebih lagi selepas projek JV telah selesai.

Contohnya, apalah salahnya menulis serba sedikit mengenai mereka di blog anda. Tak susah bukan? Atau, selitkan apa-apa link blog atau web mereka di dalam penulisan anda. Atau sebut-sebutkan nama mereka kepada sahabat atau sasaran anda… Ingat, jangan pentingkan diri sendiri dan JANGAN hanya tahu memberi selepas menerima. Nampak sangat hanya tahu memberi selepas mendapat sesuatu. Nanti kalau orang cop anda tak ikhlas jangan salahkan merekalah.   Sebab apa anda perlu memberi? Mudah sahaja jawapannya, SEBAB anda yang meminta, bukan mereka. Yang diminta, sudah tentu akan memikirkan, apa yang akan aku dapat?

Seperkara lagi, jika anda mahukan sesuatu yang besar, maka anda perlu fikir, “apakah yang aku perlu bagi kepada rakan JV aku ni dulu sebelum aku meminta-minta?”. Sebaliknya bukan terus meminta, “zul, tolong promote produk saya ni yer. Saya nak manfaatkan list dan pelawat blog yang zul ada tu”. Mudahnya kerja. Macam tu nak bekerjasama yer. Itu bukan skill bisnes, tapi itu skill meminta-minta namanya. Nampak benar anda akan lari selepas mendapat sesuatu. Saya sama sekali tidak akan bekerjasama dengan orang sebegitu. Berat sebelah dan pentingkan diri.

Anda tidak boleh menyalahkan usahawan Internet tersebut jika mereka tidak melayan permintaan anda. Yang salahnya adalah anda. Sebab, anda hanya tahu meminta dan tidak memudahkan mereka. Mereka sombong? Agaknya, apakah yang menyebabkan mereka ‘sombong’? Sebabnya anda tak pandai nak ‘approach’ atau tak tahu nak menarik minat mereka untuk bekerjasama. Maka, jangan salahkan mereka.

Jadi, sebelum anda menghubungi seseorang usahawan Internet untuk apa-apa kerjasama projek, pastikan:

1. Anda berikan kelebihan dan faedah kepada mereka sama ada dalam bentuk perkongsian keuntungan seperti perkongsian keuntungan (wang), promosikan diri mereka di blog anda, berikan sesuatu peluang secara percuma tanpa dikenakan bayaran atau sebagainya. Di sini, anda perlu kreatif, jangan statik.

2. Pastikan anda sudah menyediakan apa sahaja bahan untuk rakan JV anda sama ada emel secara bersiri untuk membantu rakan JV. Berikan produk anda kepada mereka secara percuma secara terus dan yang penting, anda mesti menyediakan A hingga Z agar mereka mempromosikan produk anda dengan mudah. Jangan hanya meminta dan biarkan mereka buat sendiri. JANGAN SESEKALI.

3. Pastikan anda pegang konsep “beri dahulu, terima kemudian”. Jika boleh, anda kenali dahulu rakan JV anda itu lagi-lagi mereka ni orang yang dah lama berkecimpung dalam ebiz. Bagaimana? Sila rujuk tulisan saya yang lepas mengenai tip JV dengan otai. Apakah perasaan anda, jika datang seorang yang tak dikenali, tiba-tiba meminta-minta sesuatu dengan anda? Bahkan 100% menyuruh anda melakukannya sendiri dan beliau hanya mahukan hasil? Apakah perasaan anda? Saya yakin, anda tak mahu melayan mereka bukan? Itulah perasaan rakan JV jika anda hanya meminta-minta.

Pendek kata, jika anda mahu menggunakan teknik JV ini, anda perlu ada:

1. ILMU mengenai JV. Susah? Dah tak membaca dan belajar, macam mana nak tahu.

2. Ada PERANCANGAN agar proses kerjasama berlaku dengan lancar.

Akhir kata, joint venture bukan hanya sekali seumur hidup, sebaliknya anda perlu berhubung dengan rakan-rakan JV itu sampai bila-bila. Sebab apa? Kerana mereka adalah rakan anda. Jangan hanya bila mahukan bantuan, barulah nampak batang hidung. Itu penting diri sendiri namanya! Contoh lain, jika ada masa, jumpalah mereka dengan belanja sekurang-kurangnya secawan teh o panas.

Dan perkara penting yang perlu anda tahu kenapalah perlu jaga sangat hati rakan JV ni, macam lah mereka ni raja. Anda perlu tahu… Kita berhubungan dengan manusia yang mempunyai perasaan dan sifat fitrah yang tertentu. Jangan melawan arus, tapi ikutlah arus fitrah manusia tersebut. Manusia sukakan pujian. Manusia sukakan pemberian secara percuma. Manusia sukakan sesuatu yang mudah. Jalinkan hubungan yang baik dengan mereka dan layanlah mereka sebaik-baiknya, sebab mereka adalah manusia yang berperasaan.

Wassalam.

PS. Jika anda mahukan kerjasama saya untuk apa-apa projek, saya sudah mula ketatkan polisi. Mudah sahaja. Jika anda tak mudahkan kerja saya untuk membantu anda, saya tidak dapat membantu. Masa saya amat terhad, maka mudahkanlah kerja saya. Biasanya, dari emel pertama atau kedua, saya sudah dapat ‘menghidu’ seseorang itu ada perancangan JV atau tidak.

PPS. Kepada newbie, JV adalah satu kaedah yang terbaik untuk anda jika anda mahu melancarkan produk pertama. Tapi, PASTIKAN lakukan teknik JV dengan sebaik yang mungkin. Beri, mudahkan dan jangan pentingkan diri-sendiri. Berikan lebih, anda juga akan dapat lebih.

PPPS. Teknik JV perlukan percubaan yang pertama. Pengalaman akan mengajar anda segalanya. Kalau setakat membaca, ia tidak cukup.

Incoming search terms:

komunikasi berkesan lim goh tong

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-mudahkan-rakan-jv/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Boleh ‘Bantu’ Sahabat Saya Ini?
Saya mempunyai seorang sahabat baik. Semasa di kampus Universiti, kami sering bersama. Makan bersama-sama. Susah pun bersama-sama. Pendek cerita, sebahagian sejarah hidup saya adalah bersama dengannya.   Pahit, manis dan gembira, kami bersama-sama.

Kami mempunyai minat yang sama: BISNES. Cita-cita kami sama: USAHAWAN. Kami melalui manis dan getir dalam mengejar impian bisnes kami walau masih belajar.

Tapi kasihan si sahabat saya ini, keinginannya, kemahuannya, cita-citanya, impiannya seolah-olah sukar dicapai kerana ahli keluarga dan saudara-maranya asyik bertanya dan menekan, “kau kerja apa sekarang?”. Di sebelah yang lain pula berkata, “Sia-sia je lah kau dapat anugerah itu dan ini semasa study kat U tu kalau tak cari keje yang baik-baik”. Saya berkata ini sebab saya sendiri mendengar ahli keluarganya berkata begitu.

Sahabat saya ini amat menghormati kehendak keluarganya. Makan gaji, cari kerja. Setiap hari beliau di’ceramah’ agar pergi mencari kerja… Beliau hanya mengikut. Tetapi jiwanya memberontak. Tidak tahan dengan bekerja. Jiwanya bukan di situ! Jiwanya adalah berniaga, berusahawan!

Tatkala saya bertemu dengan dia baru-baru ini, saya menceritakan akan perkembangan saya yang terkini.

“Macam mana perkembangan ebiz sekarang zuL?”, tanya dia.

“Ok jer”. Saya menjawab sambil menunjukkan beberapa item yang saya beli sendiri hasil daripada bisnes internet yang saya lakukan.

Saya tambah dengan berseloroh, “Duit dalam poket asyik tebal jer!”. Bukanlah bermaksud saya kaya dan dah bebas kewangan, TIDAK. Tapi saya ‘menunjuk-nunjuk’ dan berkata begitu untuk menyuntik kembali semangat usahawan dalam diri dia! Untuk membuat beliau bersemangat, saya bagitahu lagi, “Sekarang ni, aku dah beli set komputer baru dan perabot sikit untuk ruang SOHO…”.

Malah kata saya lagi, “setiap bulan ada la juga sikit hantar wang belanja kat mak ayah dan famili kat kampung tu..”. Ternyata, dia tak tahan mendengar kata-kata saya dan setelah membandingkan kerjanya yang siang malam tapi gaji tetap sama, dia terus ingin berhenti kerja.   Perbandingannya memang ajar, semasa dia buat bisnes dengan saya dulu, dia boleh menyara hidupnya tanpa menyusahkan keluarga dan saudara mara, tetapi selepas makan gaji, kini dia telah bertukar kerja dua tiga kali!

Erti kejayaan itu bagi saya bukan pada harta benda semata-mata, tapi yang utama adalah, kita gembira apa yang kita buat. Itulah kebebasan yang sebenar bagi saya. Masalah sekarang adalah, sahabat saya itu terkongkong antara impian sendiri dan kehendak (tekanan) keluarganya. Kini, beliau ingin kembali membuat perniagaan termasuk perniagaan Internet. InsyaAllah, saya akan membantunya, tetapi dia perlulah ‘membebaskan’ diri daripada cengkaman ahli keluarganya yang tidak memahami erti bisnes dan keusahawanan.

Sama kes dengan saya. Saya jarang balik ke kampung semata-mata tidak mahu berlakunya pertelingkahan antara saya dan keluarga/saudara-mara. Kalau saya balik, mulalah bertalu-talu soalan “kau kerja apa?”, “kenapa tak cari kerja?”. Samalah juga dengan jiran dan orang sekampung… Hanya soalan pasal makan gaji sahaja dipersoalkan! Kalau saya tanya mereka balik, “Berdosa ke aku buat bisnes?”, saya yakin mereka kelu untuk menjawabnya. Mereka tak bersalah, tetapi mentaliti makan gaji dari turun-temurun diwarisi, maka itulah mentaliti mereka. Makan gaji tak salah, tapi kalau bila seseorang itu minat bisnes, BERIKANLAH GALAKAN dan motivasi! Bukan menghalang!

Saya juga berkata kepada sahabat saya itu, “Sebenarnya, keluarga kita ni bukan tak nak kita jadi usahawan. Mereka ni sayangkan kita. So, sebab tu mereka tak nak kita jadikan usahawan sebagai kerjaya utama agar kita ni tak gagal dan susah. Mereka takut kita bankrap nanti kononnya…”.

Mereka sayang dan tak mahu kita susah, tapi mereka tak sedar, mereka dalam proses merosakkan masa depan anak mereka sendiri! Mereka membunuh impian dan bakat usahawan yang ada. Mengapa mereka tidak menyokong? Mengapa asyik menekan dan memaksa? Mereka tak rasa bersalah ke melakukan hal sedemikian?

Saya tambah lagi kepadanya, “Bisnes yang kita buat sekarang adalah, small business. Modal kecil, tapi untung besar. Tak perlu pinjam-pinjam dengan bank untuk buat bisnes kecil ni. Kita sekarang ni guna prinsip start small, finish big. Hasil bisnes kita tu kita simpan sikit-sikit dan sampai masa, barulah kita buka empayar bisnes yang besar lagi”. Itulah bisnes yang tak perlu berhutang untuk bermula.

Sahabat saya bertambah semangat. Dan saya harap semangatnya berterusan dan tidak menangguh lagi keinginannya untuk berjaya dalam bisnes. Saya kenal sangat sahabat saya itu. Setiap kali bersama dengan dia, saya tak dapat lupakan kisah-kisah lepas semasa berada di kampus universiti. Banyak betul ujian, rintangan, suka dan duka kami berdua. Orang lain sibuk mengejar sekeping ijazah, kami sibuk membuat bisnes. Bahkan dalam kelas, rasanya hanya kami berdua sahaja yang minat bisnes! Student lain hanya menguap kebosanan apabila kami membuka topik perniagaan dan bisnes.

Jika ingin menulis mengenai cerita-cerita sebegini, panjang tak sudah. Itulah dikatakan, pengalaman begitu manis walaupun ia pahit. Amat bernilai! Berbalik kepada sahabat saya tadi, saya mahukan pendapat anda. Ini adalah cerita benar. Bukan rekaan.

Apakah pendapat anda mengenai sahabat saya ini? Apa yang perlu beliau lakukan?

Salahkah tidak mengikut kehendak keluarga kita sendiri dalam melakukan sesuatu TETAPI kita terseksa dan tidak suka apa yang dilakukan itu?

Jika saya yang menjawab, “Saya akan buat kehendak saya sampai berjaya dan tak akan pedulikan tekanan yang saya terima. Bakat dan jiwa keusahawanan adalah untuk berbisnes, BUKAN makan gaji. Jangan rosakkan masa depan saya!”.

Wassalam.

Incoming search terms:

bantu sahabat

biz online bantu usahawan dapat duit

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/boleh-bantu-sahabat-saya-ini/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />