Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Berbisnes Di Rumah aka SOHO : Sudah Sampai Masanya

Small Office Home Office (SOHO) atau dalam bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ni istilah saya) adalah melakukan kerja atau perniagaan hanya di rumah. Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan. Apa yang akan saya bincangkan di sini adalah bisnes dan bukan telekerja iaitu bekerja dengan orang lain dari rumah.

Perkembangan perniagaan secara SOHO ini begitu maju dan terus meningkat bilangannya di luar negara, tetapi di Malaysia, ia masih sedikit baru dan agak sedikit ‘jengkel’ atau janggal bagi kebanyakan orang.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • perniagaan di rumah
  • perniagaan dari rumah
  • berniaga dari rumah
  • jenis perniagaan di rumah
  • jenis perniagaan dari rumah
  • bisnes soho
  • perniagaan dirumah
  • contoh perniagaan dari rumah
  • sumber perniagaan dari rumah
  • peluang perniagaan di rumah

101MelayuBoleh di-indeks Dalam Masa 17 Jam Sahaja

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.

Hmm, di Johor ini, hujan kembali datang dan tak henti-henti, maksudnya begitu kerap hujan. Saya di rumah tidak merasa apa-apa kesan, tetapi mereka yang bekerja di luar sudah pasti sedikit terpaksa meredah hujan. Juga, diharapkan beberapa tempat tidak kembali banjir. Wallahu ‘alam.

Baik, tulisan kali hanya ingin menyatakan blog yang baru saya create untuk pertandingan SEO wangcyber.com telah pun di-indeks oleh Google hanya dalam masa lebih kurang 17 jam sahaja. Tempoh ini bertentangan dengan kenyataan orang lain bahawa untuk masuk ke database google atau yahoo, masa yang diperlukan adalah berminggu-minggu atau berbulan lamanya.

Saya tidak akan berkongsi apakah cara mudah yang saya gunakan pada tulisan ini tetapi semua apa yang saya lakukan untuk pertandingan ini akan saya kongsikan nanti. :) InsyaAllah.

Sekali lagi, di-indeks bukan bermaksud sudah naik ranking top 100, tetapi ia baru hanya masuk ke database google sahaja. Matlamat saya adalah ingin memastikan sekurang-kurangnya blog melayu boleh saya itu berada di kedudukan top 100 di google atau yahoo. Dan jika boleh, top 10. ;)

Pertandingan ini sedikit ‘rumit’ apabila saya menggunakan blog yang bermula dari ‘zero’. Kalau saya gunakan blog smartusaha ini, adalah satu perkara mudah untuk dapat naik ke top 10, lagipun sekarang blog smartusaha ini sudah pun berada di kedudukan top 50 di google untuk keyword melayu boleh. Namun begitu, saya tidak mahu mengambil jalan mudah dalam pertandingan ini kerana seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya mahu mencuba dari asas. Melakukan pelbagai teknik SEO untuk menaikkan ranking blog melayu boleh saya itu ke kedudukan yang lebih baik.

Diharapkan blog melayu boleh ini bukan hanya naik ke ranking yang baik, malah ia akan berkekalan dengan tulisan-tulisan yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Wassalam.

Pertandingan SEO WangCyber.Com : Melayu Boleh

Mungkin belum terlambat untuk saya menyatakan hal ini. Bermula 1 Januari hingga 30 Januari 2007 ini, pihak wangcyber telah membuka satu cabaran SEO kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Cabaran ini akan menilai blog/website yang paling tinggi kedudukannya di enjin carian google.com dan juga yahoo.com.

Untuk itu, keyword yang digunakan untuk cabaran ini adalah: melayu boleh

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • melayuboleh
  • blog melayu boleh blogspot com
  • melayu boleh blog terbaru
  • melayuboleh com
  • wangcyber
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)