Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » melayu boleh

Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?
Sebabnya amat mudah: Masih mempertikai dan berdebat persoalan yang remeh temeh.

Antara contoh terbaik ialah:

“Betul ke buat bisnes melalui internet boleh kaya raya?”

“Perlu ke aku jadi kaya?”

“Kaya ni, boleh ke dalam Islam?”

“Nanti kaya kan, terseksa pula kat akhirat sana”

“Buat apa lah pergi ke angkasa, membazir duit jer”

Akibat daripada pemikiran dan perdebatan perkara ranting ini, maka sebab itulah bangsa kita amat sukar untuk pergi jauh dan maju. Boleh dikatakan, orang-orang kita masih ramai yang begitu asyik dan leka memperdebatkan sesuatu yang sudah ada jawapannya.

Bangsa lain sudah jauh ke depan dalam soal tindakan, orang kita masih lagi di peringkat mempersoalkan sesuatu yang sudah ada jawapannya. Lainlah jika sesuatu perkara itu belum ada jawapannya, maka tidak salah untuk memperbincangkannya. Tapi apa yang mahu saya perkatakan ini ialah, perdebatan mengenai perkara yang sudah ada jawapannya.

Kita perlu ke angkasa (walaupun menumpang – salah ke?) untuk memulakan misi pertama pendidikan minda orang-orang kita agar suka memikirkan kejadian dan kehebatan alam ini dan mendidik anak-anak muda agar cintakan ilmu berbanding hanya tahu berhibur semata-mata.

Orang kita perlu kaya agar yang miskin tidak lagi tertindas dan dapat membawa mereka ke zon yang sedikit selesa. Bagi saya, perlu kaya atau tidak, itu bukan persoalannya di sini. Kekayaan yang terbaik ialah kekayaan yang bukan menjadikan kekayaan itu sebagai matlamat utama. Jika kita berusaha kuat, ikhlas, gigih, maka sudah pasti kita akan kaya tanpa perlu memikir-mikirkannya.

Pernahkah anda membaca kisah para sahabat Rasulullah atau mereka yang kaya-raya ada menyatakan “impian aku ialah mahu jadi kaya”? Setahu saya, tidak ada. Cuma yang pasti, mereka ini kuat berusaha, ikhlas, jujur dan gigih dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Itulah penyebab kekayaan mereka.

Kaya itu tidak haram, maka mengapa perlu dipersoalkan? Kekayaan adalah kurniaan Ilahi. Ia halal jika sumbernya adalah halal. Kita atau bangsa kita tidak akan dapat apa-apa jika kita asyik memperdebatkan persoalan ranting ini. Jika mahu miskin, silakan. Jika mahu kumpul banyak harta, silakan. Kedua-duanya tidak salah, tapi yang salah ialah sikap suka menyalahkan orang lain.

Tidak ada di dalam Al-Qur’an ataupun sunnah yang mengatakan kekayaan itu adalah haram dan akan membuatkan si pemilik harta itu memasuki neraka di akhirat nanti. Bagi mereka yang mempercayai prinsip ini, ketahuilah, anda melebihi Allah dalam soal hukum. Yang dicerca ialah mereka yang ego dan angkuh dengan kekayaan mereka. Yang dipesanNya ialah jangan terleka dengan harta. Itu sahaja. Bukannya tidak boleh kaya.

Berhentilah daripada mempertikaikan itu dan ini yang boleh melemahkan bangsa dan Agama sendiri. Berusahalah sekuat yang termampu. Sebanyak mana harta yang anda dapat, itulah rezeki namanya. Semiskin mana sekali pun anda, mungkin ada hikmahnya dengan syarat anda sudah berusaha dengan kuat dan betul.

Tiada siapa yang bersalah di sini melainkan mereka yang hanya tahu bercakap itu dan ini, tapi cakap kosong mereka itu sedikit pun tidak menyumbang kepada kebaikan Agama, bangsa dan negara. Jangan cakap tak serupa bikin dan jangan cakap sesuatu yang boleh merosakkan orang lain.

Bagaimana Anda Boleh Berjaya?

1. Jangan melibatkan diri dengan perdebatan yang ranting. Fokus pada usaha anda. Fokus pada mereka yang positif dengan apa yang anda mahu dan lakukan. Jangan sesekali memberikan pendapat anda kepada perkara remeh-temeh yang sudah ada jawapannya.

2. Lakukan usaha anda dengan cara yang tepat, betul dan konsisten.

3. Banyakkan bertindak daripada cakap kosong. Lebihkan bertindak daripada hanya membaca banyak buku semata-mata. Utamakan tindakan daripada hanya tahu berfikir dan berangan-angan sahaja. Anda tidak akan mendapat hasil selagi tiada tindakan.

Perhatikan orang yang berjaya. Ada tak mereka cakap banyak? Tak ada. Mereka hanya buat kerja mereka sahaja dengan begitu fokus dan bersemangat sekali. Soalnya, adakah kita juga begitu?

Wassalam.

ps. Mohd Amirol sudah pun melancarkan Pakej Web Jualan Evolusi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

kenapa kita perlu kaya

kenapa melayu susah maju?

kenapa melayu tak maju

kenapa orang melayu susah kaya

pemikiran kenapa bisness tidak maju

susah org miskin

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kenapa-orang-kita-susah-nak-maju/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Mengapa Asyik-Asyik Persalahkan Melayu??
Pemikiran saya dulu terlalu mudah mengikut apa kata orang. Maklumlah, di sekolah selama 11 tahun saya hanya diajar ikut sahaja apa yang cikgu ajar, tapi tidak atau kurang diajar mempersoalkan dan berfikir… Tapi kini, saya cuba mempersoalkan apa sahaja perkara kerana amat rugi saya ada akal, tapi hanya ikut-ikut sahaja.

Jika anda mengikut perkembangan Sains contohnya, sudah banyak penemuan-penemuan dahulu yang kita belajar dalam buku sekolah sudah dinafikan di zaman ini. Jika di sekolah kita percaya mengenai A, hakikatnya ia tidak benar. Begitu juga hal-hal adat yang mana ada dianggap sebagai syariat Islam, padahal ia adalah perkara syirik dan kurafat. Ini berlaku kerana adanya golongan manusia yang terus berfikir dan mempersoalkan.

Saya membahagikan pemikiran manusia kepada dua jenis:

1. Pemikiran lapuk atau klasik

2. Pemikiran bijak (akal yang cerah)

Pemikiran klasik adalah pemikiran yang dimiliki oleh orang yang hanya taklid buta atau tidak menggunakan akal dengan sebaiknya. Akal hanya berfungsi dengan baik jika ada ilmu dan pengetahuan. Mudah dikatakan, mereka hanya angguk-angguk, geleng-geleng, ya ya dan tidak-tidak. Mereka tidak mempersoalkan. Akal mereka lesu, takut atau malas untuk mempersoalkan.

Pemikiran bijak pula adalah pemikiran yang menggunakan akal sama ada dengan berfikir, mengkaji, bertanya atau mempersoalkan. Contoh: Saya menerima SMS berbentuk keAgamaan yang menyuruh saya forwardkan kepada 9 orang yang lain. InsyaAllah katanya kamu akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.

Kemudian saya persoalkan kawan saya itu: Boleh bagitahu saya dalam kitab mana atau ulama mana atau paling kurang satu hadits sahih yang mengatakan hal ini? Dia jawab tak tahu sebab hanya ikut-ikut orang sahaja.

Saya beritahu dia, bab-bab rezeki atau syariat, jika sesuatu itu bukan wahyu Ilahi, kita tidak boleh mempercayainya. Agama telah sempurna dan kita tidak boleh mereka-reka sesuatu walaupun niat baik. Sama kisahnya dengan surat berantai yang kononnya wasiat daripada Rasulullah, jumhur ulama menafikannya. Syariat telah sempurna, tiada lagi wahyu dari Ilahi.

Pendapat Klasik dan Lapuk Mengenai Melayu

Satu pendapat dan pandangan yang selalu kita asyik dengar daripada mulut orang Melayu sendiri adalah mengenai kekurangan bangsa Melayu. Orang Cina, India, rasanya kurang menyebut akan kekurangan orang Melayu, sebaliknya mereka kuat berusaha untuk diri mereka. Hanya Melayu yang berkata negatif mengenai Melayu…

Mungkin anda pernah mendengar kata-kata seperti ini:

“Hmm, inilah orang Melayu. Pemalas!”.

“Orang Melayu tak pandai buat bisnes”.

“Orang Melayu kalau buat bisnes, kejap je lingkup”.

“Orang Melayu suka dengki, macam mana bangsa nak maju”.

“Tu la Melayu, tamak, mudah lupa diri…”.

“Ermm, orang Melayu bodoh, orang kata jangan buat, buat juga skim cepat kaya tu. Itu la Melayu dari dulu, tak berubah-rubah..”.

dan banyak lagi… Bahkan saya yakin, kita sendiri pun pernah menuturkannya. Kan kan? Termasuklah saya, tapi sebelum ini lah, hehe..   Kini, saya cuba mempersoalkannya secara serius…

Saya ada dua persoalan:

1. Benarkah bangsa Melayu itu tidak sebagus dengan bangsa lain? Atau, adakah benar tuduhan-tuduhan tersebut?

2. Jika benar, maka perlukah kita asyik mempersalahkan semua orang yang berbangsa Melayu? Sebab daripada ayat-ayat lapuk tadi, kita sebut orang Melayu, maka secara tak langsung ia menuju kepada semua orang yang berbangsa Melayu.

Kata-kata itu akan diucapkan apabila berlaku sesuatu masalah atau kerugian. Contohnya dalam satu urusan perniagaan berlaku masalah, maka akan dikatakan, “inilah orang Melayu, buat kerja tak pandai!”. Atau contoh lain, seorang Melayu menipu dalam satu pembelian di Internet, akhirnya semua orang marah dan berkata, “Ni yang aku malas berurusan dengan orang Melayu ni!”.

Ia seolah-olah menjadi satu warisan atau paling teruk seperti satu sumpah. Jika mindset atau pemikiran lapuk ini tidak dibendung, saya rasa sampai ke generasi masa depan pun akan terus-menerus wujud kata-kata sebegitu.

Buktinya, jika ditanya kepada mereka yang berkata begitu, saya yakin mereka pun tak tahu kenapa mereka berkata begitu.. Maka, jangan jadikan ia seperti satu sumpah berzaman.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Sudah sampai masanya kita BERHENTI daripada berkata begitu. Kita pun tidak tahu, siapa yang memulakan kata-kata tersebut. Adakah pihak musuh yang sengaja mewujudkan keadaan ini? Atau sebab dari lidah orang Melayu sendiri?

Bagi saya, kita perlu bersabar dalam menangani karenah orang-orang Melayu. Kalau nak ikut geram, saya pun boleh ikut.   Tapi kini saya rasakan, itu bukan satu tindakan yang bijak dengan menyalahkan bangsa. Sepatutnya kita salahkan individu tersebut…

Satu perkara yang kita perlu faham, setiap bangsa ada identiti tersendiri. Melayu sifatnya begini, Cina sifatnya begini, India sifatnya lain pula dan begitulah bangsa lain. Sebenarnya Allah jadikan pelbagai bangsa dengan tujuan tersendiri. Sebab itu Islam tidak mengungkit soal bangsa, ia Agama universal. Islam menitik-beratkan soal keimanan individu kerana jika setiap orang Islam baik, maka baiklah satu umat.

Kita juga perlu tahu, mungkin disebabkan sesuatu faktor dahulu seperti di era penaklukan Barat, bangsa Melayu menjadi lemah sedikit berbanding bangsa lain. Apa yang saya tahu, ekonomi Melayu kurang kuat disebabkan dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh pihak British. Melayu bidang pertanian, Cina perlombongan dan India pula di ladang (estate).

Maka bertitik tolak dari situ, ia sedikit sebanyak mempengaruhi kekuatan atau tahap sesuatu bangsa. Maka, tidak bolehlah kita hanya mahu mempersalahkan bangsa Melayu tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengubah. Orang kata, hanya lepas geram…

Kerosakan Akhlak: Peratusan Tertinggi Adalah Orang Melayu

Bagi saya, jika kita mahu melihat kepada kadar peratusan (statistik) kerosakan akhlak di Malaysia, rasanya kita tidak boleh menjadikannya sebagai satu rujukan mutlak dalam mengatakan orang Melayu paling bermasalah. Ini kerana kita perlu tahu bahawa, populasi terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, maka sebab itu bagi saya peratusan Melayu mengatasi bangsa lain.

Begitu juga orang Kelantan. Kalau kita baca berita, sikit-sikit orang Kelantan. Walau kejadian di Sabah, orang Kelantan pun terlibat di dalam satu-satu kejadian. Nak tahu kenapa? Majoriti orang Melayu di Malaysia kan di Kelantan…   Sebab itu apa-apa peratusan tertinggi seperti perceraian biasanya adalah milik orang sana.

Maka jelas, kita tak boleh hanya lihat pada statistik untuk mengatakan bangsa Melayu rosak, tak berakhlak dan sebagainya…

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Saya rasa, sudah tiba masanya kita kurangkan kata-kata lapuk mengenai Melayu. Benarlah kata Pendeta Za’ba dalam bukunya “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri”:

“Perangai bergantung kepada diri sendiri ini ialah di antara sifat-sifat kelebihan yang membawa ketinggian umat dan kemajuannya. Apabila terdapat pada sesuatu bangsa orang yang perangainya kuat bergantung kepada kebolehan dirinya sendiri dan tidak hendak bersokong kepada orang lain bagi mendirikan dirinya itu, nescaya majulah mereka dan negeri mereka pun majulah bersama-samanya dengan sebab kuat usaha mereka dan bersungguh-sungguh segala kerja mereka itu”.

Kata beliau lagi: “Sesuatu negeri dan bangsa menjadi naik atau turun, menjadi maju atau ketinggalan, ialah semua itu terikat sebabnya kepada sifat-sifat keadaan diri tiap-tiap seorang tunggalnya yang menjadikan bangsa itu atau yang menduduki negeri itu…”.

Jelas, yang salah BUKAN bangsa, tetapi diri individu yang menjadi anggota kepada bangsa itu. Maka janganlah lagi berkata buruk mengenai Melayu, tetapi perbetulkanlah si individu yang bermasalah itu tadi… JUGA, jangan hanya sibuk memperbetulkan orang lain, tapi diri sendiri hanyut di dalam kealpaan.

Biar saya ulangi, yang perlu dipersalahkan adalah individu, bukan bangsa. Kerana bangsa adalah satu institusi yang terdiri daripada diri-diri individu.

Akhir kata, jika anda seorang yang profesional dan sayangkan bangsa sendiri, berhentilah daripada menyalahkan bangsa walaupun menyebut ORANG MELAYU. Ia masih umum, sebaliknya kita perlu fokus terus kepada mereka yang bermasalah itu. Kita perlu sedar dan membuka mata, mana-mana individu berbangsa lain pun ada kurangnya, tetapi mengapa kita hanya terlalu mahu menyalahkan sehingga disumpahkan satu Melayu?

Jika kita mahu mengatakan Melayu itu dan ini, soal dulu diri kita, “aku ni seorang Melayu yang bagus ke? Apa yang aku dah buat untuk bangsa aku? Aku ni hanya tahu cakap je ke??”. Saya pasti, anda tak berani menuturkan kata-kata lapuk mengenai Melayu sebab nanti orang lain pula mengata anda… Kalau orang begitu, kita pula begini. Jelas, ia soal indvidu, bukan bangsa…

Kata-kata jika diucapkan dalam waktu tertentu, ia boleh menjadi doa selain kita yakin sangat ia betul. Jika benarlah ia satu doa dan ia terkabul, maka benarlah dari dulu sampai sekarang orang Melayu tak berubah-rubah sifatnya sebab orang Melayu sendiri sering berkata buruk… “Inilah Melayu…!”. Maka dari itu, jagalah kata-kata kita.

Sekian.

PS. Adakah orang yang mengatakan kata-kata lapuk itu seorang yang berfikiran lapuk?

PPS. Tahukah anda. Dahulu bangsa di Barat tenggelam di dalam zaman kegelapan, tetapi mereka bangkit dan maju ‘gara-gara’ sifat berani mempersoalkan semua perkara. Rujuk buku sejarah untuk cerita selanjutnya.

Penafian: Tulisan saya kali ini tiada niat untuk menyindir mana-mana pihak, tetapi ia adalah untuk kita fikirkan bersama. Sudah tiba masanya kita memiliki pemikiran yang bijak. Gunakan akal sebaik-baiknya di dalam berkata-kata dan membuat pertimbangan.

Incoming search terms:

melayu pemalas

mengapa graduan melayu tak gemar jadi usahawan

nasihat pendeta za\ba

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/melayu-boleh-berjaya/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Sebelum Anda Menyertai Mana-Mana Bengkel, Seminar… + Oh MLM!
Dahulu, nak jumpa seminar perniagaan Internet di Malaysia punyalah susah. Kalau ada pun, course yang tak semua orang mampu untuk mengikutinya. Tapi berbeza dengan sekarang, kita dapat lihat bengkel, program dan juga seminar semakin bertambah.

Tetapi, di sebalik ‘keghairahan’ itu, adakah ia satu petanda yang baik?

Tidak sama sekali.

Kali ni saya nak kongsi dengan anda bagaimana nak selamatkan diri anda daripada program (bengkel, seminar…) yang menggunakan topeng dan tipu muslihat…

Di sebalik kemahuan dan minat kita semakin membara terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan Internet skala kecil ini (Niche Internet Marketing), rupanya ada juga mereka yang cuba menggunakan istilah-istilah tertentu untuk mengumpan orang yang mahu membina perniagaan Internet sendiri.

“Seminar Percuma E-Dagang!”

“Bengkel Usahawan Internet Gemilang”

“Ceramah Percuma Perniagaan Internet”

“Seminar eCommerce”

“Jadi Jutawan Internet Macam Irfan Khairi!”.

dan banyak lagi…

Indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya hanya menjadikan istilah-istilah yang baik itu sebagai topeng sahaja. Rupanya di sebalik perniagaan Internet yang mereka jaja itu adalah MLM dan ada juga skim cepat kaya. Sebelum saya menulis, ingin saya katakan, MLM itu tak salah, tapi cara individu tertentu telah mencemarkan nama industri itu. Dan cara mereka itu juga boleh mengotorkan industri perniagaan Internet.

Saya kadang-kadang rasa kelakar dan nak ketawa apabila orang yang buat MLM atau Skim Cepat Kaya mengatakan, “sertailah kami, jadi jutawan macam Irfan Khairi dan Bill Gates!”. Kalau ada orang kata macam tu kat anda, jawab macam ni, “weh, diaorang tu jadi jutawan bukan buat MLM!“. Pelajaran di sini, jika anda seorang ahli MLM, berilah contoh individu yang sebenar macam Dato’ Azman Chin ke, saper ke (saya tak tahu sangat). Pendek kata, berilmulah dulu sebelum berkata-kata.

Baru-baru ini, seorang sahabat kita telah tertipu dengan satu seminar yang kononnya dikatakan akan mengajar mengenai perniagaan Internet. Di dalam iklan, tiada diberitahu pun isi kandungan seminar adalah berkait dengan MLM. Belum seminar habis, mereka (peserta) yang rasa tertipu terus angkat kaki.

Pengajaran

Saya tak nak bagitahu nama seminar tersebut. Cuma sebagai pengajaran bagi kita semua, andaikata ada pihak yang menganjurkan sesuatu bengkel atau seminar, tak kisahlah perniagaan Internet atau apa-apa perniagaan, tanya dahulu mereka:

“Bengkel ni pasal apa?”.

Kalau mereka jawab, “alah, datang je lah dulu. Nanti tahulah”.

Biasanya, kalau dia jawab begitu, isi kandungan program itu mungkin lain dari khabar.   Cara begini biasanya digunakan oleh geng Skim Cepat Kaya dan juga ahli MLM (tak semua). Harap anda jangan salah sangka kepada saya. Biar saya ulang sekali lagi: MLM tidak salah, tapi yang salah adalah ahlinya. Mungkin artikel yang ditulis oleh Zamri Nanyan yang bertajuk “Taktik Jom Makan” boleh memahamkan anda mengenai teknik penajaan yang efektif untuk mencari ahli baru bagi bisnes MLM anda.

Jadi, jika anda seorang yang jujur, maka jujurlah dalam berkata-kata. Kalau seminar itu mengenai MLM, maka beritahulah yang sebenar. Kalau MLM tu guna Internet, bagitahulah, “seminar kami ni akan ajar bagaimana nak memasarkan produk MLM kita menggunakan Internet ke seluruh dunia”. Susah ke? Hasilnya, yang datang ke seminar itu adalah yang betul-betul berminat dengan MLM. Ingat pepatah Melayu, “buat baik berpada-pada, buat jahat JANGAN SEKALI”.

Hidup di dunia ni, janganlah suka sangat mencari musuh secara percuma. Lagi-lagi jika anda melakukan perniagaan, mencari musuh jangan sesekali. Jangan buat orang benci akan kita.

Cukup dulu setakat ni. Saya nak belajar untuk menulis pendek-pendek pulak. Tapi rasanya panjang juga tulisan ni. hehe..

Incoming search terms:

bengkel seminar internet

cara menarik orang ke seminar mlm

flyers mencari ahli mlm baru

maklumat salah misinformation

seminar bisnes internet malaysia tipu

strategi mlm untuk menarik orang menyertainya

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/sebelum-anda-menyertai-mana-mana-bengkel-seminar-oh-mlm/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Kisah 4 Orang Usahawan Internet Yang GAGAL
*Artikel ini panjang. Baca sampai habis dan bacalah sikit demi sikit. Ia amat penting untuk anda mengelakkan KEGAGALAN yang tidak diingini. Catat jika anda rasa ia PENTING untuk diri anda..

Saya telah banyak menulis mengenai apa yang perlu bagi bakal atau mereka yang ingin menjadi usahawan Internet. Jika anda serius dan mengambil berat semua tulisan saya, tahniah, tetapi bagi anda yang mengambil remeh, AWAS.

Di tulisan ini, saya akan menceritakan kisah benar yang mungkin akan menakutkan anda, terutama newbie. Namun, tujuan saya bukanlah untuk melemahkan semangat anda, sebaliknya saya mahu anda semua SERIUS dalam melakukan perniagaan Internet.

Di dalam pengalaman saya hampir bertahun dalam bidang ebiz ni (berapa tahun dah yer), saya telah melihat 101 karenah usahawan Internet sedia ada dan juga usahawan Internet baru termasuklah karenah saya sendiri (belajar daripada kesilapan). Apa yang saya ingin cerita di sini adalah mengenai usahawan Internet yang menceburi bidang ini tanpa kelengkapan yang mencukupi iaitu KEKUATAN MENTAL, SEMANGAT, EMOSI dan MOTIVASI serta KEMAHIRAN TEKNIKAL.

Saya akan kongsikan 4 orang yang telah GAGAL dalam ebiz, tapi ada di antara mereka yang telah bangkit kembali dan yang lain saya tidak tahu apa nasib mereka sekarang.

Usahawan 1: Kesilapan beliau adalah, semua perkara teknikal 100% berharap kepada orang lain sama ada pihak provider atau rakannya (bukan rakan kongsi). Akhirnya, laman web entah ke mana, hosting expired dan yang paling sedih, teknik promosi pun tidak tahu sangat kerana tidak ada usaha pembelajaran. Saya tak tahu apa nasib beliau sekarang dan saya berharap, jika dia masih berminat dan mahu, bangkitlah kembali dan perbaiki apa yang patut. Jika dia tidak mahu lagi, lupakan terus dunia eBiz.

Usahawan 2: Beliau ada kemahiran teknikal komputer & Internet (asas sahaja), tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Sepertimana usahawan 1 tadi, si dia ini juga masih berharap 100% kepada orang lain. Namun, beliau adalah usahawan offline dan mencuba perniagaan secara online juga. Maka, saya tak pasti, adakah beliau masih melakukan ebiz? Ini kerana, beliau keseorangan dalam hal-hal teknikal. Beliau boleh pergi jauh, andaikata dia ada kemampuan teknikal sama ada sendiri atau rakan kongsi.

Usahawan 3: Dia pernah menghasilkan 2 buah ebook. Ebook pertama membuatkan beliau dicaci, dimaki hamun dan dikata bukan-bukan. Bukan salahnya, tapi salah pengkritik negatif terhadap ebook beliau. Akhirnya, kerana tidak tahan dengan kata-kata negatif, beliau ‘menghapuskan’ (delete) ebook tersebut dari muka bumi ini, tiada satu pun yang disimpan. Ebook keduanya, berjaya di saat awal, tapi kemudian produknya ber-alih tangan. Juga bukan salahnya, tetapi salah orang lain yang menyebabkan dia jadi begitu.

Namun, daripada kegagalan itu, beliau bangkit kembali dan kini sudah mula bermotivasi tinggi dan menjadikan pengalaman lepas sebagai kayu ukur untuk masa kini dan masa depan. Tahniah kepada beliau kerana daripada gagal, beliau bangkit kembali. Dahulu, beliau tidak nampak potensi dirinya dalam dunia ebiz, tapi kini nampaknya sudah mula ada rentak. Apa yang dapat saya katakan, beliau adalah jenis cepat putus-asa, tapi cepat pula bangkit dan perbaiki apa yang patut, malah kuat belajar orangnya. Tahniah!

Usahawan 4: Beliau juga usahawan offline dan kemudian mencuba secara online sebagai side income untuk melebarkan produk yang dijualnya. Tak silap saya sudah hampir 6 bulan dia menceburkan diri di dalam ebiz dan saya ada lah juga membantunya dan memberikan nasihat tertentu.

Produk pertamanya ok, namun pada produk keduanya, beliau sudah mula patah semangat. Fitnah orang, kata-kata buruk orang dan ketidak-keyakinan beliau terhadap konsep ebiz, menyebabkan beliau seolah-olah orang yang baru kenal ebiz.

Di saat awal saya mengenali beliau, dia seorang yang bermotivasi, tahu menerima tentangan orang lain. Namun kini, dia sudah berputus-asa kerana katanya, beliau TIDAK TAHAN dengan taburan fitnah orang kepada beliau dan produknya.

“Dunia online ni lain ZuL. Kita tak nampak orang dan orang tak nampak kita. Orang pun banyak buat fitnah kat saya ni. Malah, rasa tak sedap pula tak berhadapan dengan pembeli”. Lebih kurang begitulah katanya kepada saya di saat dia meluahkan perasaannya ingin berhenti daripada ebiz.

Katanya juga, jiwanya tidak sesuai dengan ebiz kerana beliau lebih suka berhadapan dengan pelanggan iaitu face to face. Saya boleh menasihatinya dengan kenyataan yang sebenar, tapi saya rasa, biarlah dia berehat seketika daripada persada ebiz atau melupakannya terus.

Saya faham akan situasi dia, maka saya menyuruhnya berehat dan melupakan ebiz buat seketika. Prinsip saya, saya tak suka memaksa orang jika mereka tidak suka atau tidak minat. Biarlah mereka membuat keputusan sendiri kerana itu lebih baik dan membuatkan mereka gembira.

Pengajaran & Pelajaran

Anda ingin membina perniagaan Internet sendiri? Masih newbie? Jika anda mendengar orang lain mengatakan mereka dengan mudah menjana RM10,000 seperti memetik jari, memang benar katanya. TAPI, itu adalah mereka, bukan anda! Adakah anda membaca bahagian Penafian Pendapatan di bawah website jualan (biasanya)?

Kata mereka, segala pendapatan adalah bergantung kepada hasil usaha anda sendiri dan cara teknik dilakukan. Malah ada yang menulis ayat penafian itu dalam warna yang nampak tak nampak dan bersaiz kecil, mungkin mereka tidak mahu anda membacanya! Maka terbukti, tajuk headline yang bombastik itu hanya ingin menarik anda membeli produk mereka sahaja.

Begitu seronok jika kita membaca kisah-kisah kejayaan, kehebatan ebiz, mudahnya perniagaan Internet, relaksnya menjadi usahawan Internet kan? Di saat awal dahulu, saya pun begitu juga, anggap bukan-bukan pada eBiz. Boleh goyang kaki lah, auto-pilot lah..

Tapi hakikatnya, ia sama seperti perniagaan biasa. Tak percaya?? Anda akan faham setelah anda melakukan eBiz. Kata-kata saya ini mungkin tidak membuatkan anda rasa, maka saya yakin apabila anda melakukan ebiz, anda akan faham maksud yang saya ingin sampaikan ini.

Bagaimana dengan kisah 4 orang usahawan Internet tadi?

Ia adalah kisah benar. Mereka ada kaitan dengan saya kerana saya ada bersama mereka dari awal pembabitan mereka dalam dunia ebiz. Nak kata sebagai mentor, tak juga, tapi sekadar memberi nasihat dan sedikit bantuan teknikal. Banyak yang saya belajar untuk diri saya dan daripada keadaan yang menimpa mereka. Pengalaman begitu bermakna sekali. Sebab itu saya kongsikan dengan ada di blog ini…

Kesimpulan yang saya dapat buat (hanya sebahagian) daripada kegagalan mereka itu:

1. Tiada asas komputer dan Internet. Hal ini saya sudah banyak kali ulang. Jika anda tanya saya soalan yang asas tanpa berusaha mencari dan mempelajarinya sama ada di Internet, buku atau eBook, saya mungkin tidak membantu anda. Anda perlu berusaha belajar, masuklah bengkel atau kelas IT jika ada.

Saya tak akan ajar perkara yang simple dan asas kerana saya banyak kerja lain yang perlu dilakukan. Lagipun, anda mesti melalui proses mencari ilmu dan pembelajaran. Ia bukan seperti memetik jari, semuanya dapat. Sekali lagi, BELAJARLAH ASAS KOMPUTER DAN INTERNET! Di sebabkan kekurangan asas teknikal yang diperlukan, 4 usahawan tadi terkandas atau habis begitu sahaja…

2. Tiada mentor. Jika anda serius, dapatkanlah mentor. NAMUN, konsep mentor yang saya ingin maksudkan di sini adalah PERSONAL COACH. Daripada pemerhatian saya, pembelajaran secara ‘pukal’ tidak mendatangkan hasil maksimum jika pelajar tadi zero IT dan asas perniagaan Internet. Paling teruk, asas keusahawanan pun tak ada.

Bukan saya kata seminar dan bengkel yang biasa tak bagus, tidak sama-sekali sebab ia pun ada kelebihan dan pro tersendiri. Namun bagi saya ia hanyalah ‘kick-start’ atau ‘add-on’, tapi tidak sepenuhnya membantu. Maka, menjadi tanggungjawab mentor memberikan inspirasi, motivasi, didikan, semangat dan segalanya kepada anak didik mereka.

Saya tergelak seketika apabila membaca satu ebook temuramah yang mana salah seorang yang ditemuramah mengatakan, “anda tak perlukan mentor sebab begitu banyak bahan di Internet. Saya berjaya atas usaha saya sendiri…”. Hahaha… Saya ketawa.   Dia tidak fikir yang tahap pemikiran dia atau pengetahuan dia adalah berbeza dengan orang lain. Dia silap sebab dia menyuruh orang lain melakukan langkah ‘menyeksakan’ dengan mencari sendiri di Internet (ilmu ebiz dan keusahawanan).

Saya mengaku, saya sendiri pun bermula dengan mencari sendiri di Internet, TAPI 4 tahun pencarian saya sebelum bertemu the real guides. Adakah anda ingin melalui tempoh yang begitu menyeksakan itu? Jadi, jika ada orang kata mentor itu tak perlu, anda ketawalah depan dia.   Mentor amat diperlukan ok!

3. Tak faham konsep eBiz. Ada yang anggap, ebiz ni mudah. Ya, memang mudah. Tapi, sebagai usahawan Internet, ia adalah lebih daripada sekadar jual dan beli. Jika anda berpegang kepada konsep auto-pilot seperti produk digital, anda perlu tahu bahawa, jika anda tiada pengawalan terhadap diri sendiri, ia boleh membuatkan anda malas.

Auto-pilot adalah satu alat atau kelebihan semata-mata, bukan bermakna kita boleh bersantai di tepi pantai (maksudnya bermalas-malasan). Sebaliknya, dengan adanya auto-pilot, kita boleh menumpu lagi kepada perkara yang penting seperti R&D, peningkatan jati-diri, perancangan ebiz dan sebagainya. Maka, jangan terpengaruh dengan gaya hidup mereka yang hanya buat duit semata-mata, sebaliknya bukan buat bisnes. Ia berbeza.

Tak faham ebiz juga bermaksud, ramai mereka yang tak faham konsep asasnya seperti “halalkah jual beli melalui Internet”? Ada yang ragu akan hal ini padahal sudah ada fatwa akan bolehnya berjual-beli melalui Internet. Terkini, Ustaz Zaharuddin pun mengatakan, Internet itu neutral, maka boleh berjual-beli melaluinya, tak ada apa-apa masalah. Lainlah pelaburan yang jelas haram atau transaksi jual-beli yang terlarang.

Juga ada yang menganggap, menerima bayaran melalui Internet seolah-olah menipu pembeli kerana kita tidak berhadapan dengan mereka. Ia membuatkan badan tidak selesa. Betul kah? Kalau mereka faham, online payment itu adalah satu alat semata-mata, ia tak bersalah. Yang salah adalah, JIKA usahawan Internet tadi TIDAK berinteraksi dengan para pelanggannya, tak memperkenalkan siapa dirinya, tak mengenali pembeli-pembelinya dan yang lebih bahaya adalah, TIADA SUPPORT (lepas tangan!).

Support? Saya yakin, ramai usahawan Internet pening dan malas memberi support bukan? Ya lah, 1001 jenis perangai pembeli yang ada. Tapi nak buat macam mana, mereka adalah pembeli kita, maka WAJIB kita membantu mereka. Jangan dah dapat duit, terus lesap dan tak nak melayan persoalan mereka.

Tak baik tu sebab mereka bayar kita. Berilah support tak kira lambat atau cepat. Pembeli pun manusia, mereka faham situasi kita. Jadi, perasaan bersalah menerima bayaran melalui Internet itu akan tiada jika anda (usahawan Internet) berinteraksi dengan pelanggan. Jadikan mereka seperti kawan-kawan anda ok. Jangan anggap mereka orang asing.

4. Motivasi Tak Kuat. Motivasi lagi. Kenapa? Bosannya yer dengan motivasi? Jangan bosan, anda perlu memperkuatkan motivasi diri anda. Tingkatkan jati-diri anda sebagai seorang Usahawan. Saya dulu di saat awal menceburkan diri dalam ebiz, saya mudah sensitif. Kalau ada orang ‘cuit’ sikit jer, saya dah putus-asa.

Jika di bisnes offline pun ada ‘sepak terajang’, di bisnes online pun ada sepak-menyepaknya juga. Fitnah, dengki, tak puas hati, dan banyak lagi. Dah nama dunia maya, hmm, maka sebab tak nampak itulah maka mudahnya fitnah ditaburkan sepertimana pengalaman usahawan ke-4 tadi iaitu beliau menerima fitnah yang tak benar. Jika anda tiada kekuatan jiwa, kuatkanlah agar jika anda menerima komen negatif yang membunuh, cacian dan fitnah, anda tetap dalam kesabaran dan dapat mengawal diri.

Saranan saya untuk kekal dan tingkatkan motivasi adalah seperti berkomuniti di forum, join perjumpaan, sertai mana-mana persatuan, bersosial (jangan bersendiri), wujudkan kumpulan mastermind sendiri, baca buku motivasi, sertai seminar-seminar motivasi atau perniagaan dan banyak lagi cara.

5. Buat sendiri-sendiri. Saya pernah menulis akan hal ini. Jika anda ingin berjaya dan mudah kekal dalam perniagaan Internet, buatlah dengan ‘partner’ sama ada secara jangka pendek atau jangka panjang. Buat sorang-sorang ni bahaya (macam saya).   Tatkala semangat lemah, perniagaan akan terbiar dan tak ada yang memahami untuk membangkitkan kembali semangat kita. Tiada kumpulan perbincangan seperti mastermind group dan tak aktif berkomuniti menyebabkan kita keharuan seorang diri dan perniagaan Internet boleh hancur begitu saja…

Saya rasa, cukuplah perkongsian panjang saya pada kali ini. Kisah yang saya ceritakan di atas adalah KISAH BENAR. Saya tak mahu anda hanya membaca sahaja tanpa mengambil iktibar terutama anda yang masih baru dan baru hendak mula. Ia adalah kenyataan kerana sesiapapun akan mengalami hal ini. Saya bukan nak menakutkan tetapi saya mahu anda bersiap-sedia sahaja. Sebab itu saya mahu anda SERIUS. Kita bercakap mengenai perniagaan, keusahawanan dan bisnes. Bukan cakap-cakap kosong.

Jika anda serius, tahniah. Bagi yang tak serius dan ego dengan diri sendiri, saya tak tahu nak kata apa.

Jika anda rasa andalah seorang daripada 4 orang yang saya ceritakan itu, maafkan saya kerana berkongsi kisah anda di sini. Semoga kisah anda itu memberikan manfaat kepada orang ramai. Empat usahawan yang gagal kekal dalam ebiz, gagal menerima tentangan, gagal meneruskan perniagaan Internet dan gagal berusaha kerana tidak cukup ilmu atau aspek tertentu. Namun, gagal itu ada yang sementara kerana yang gagal itu ada yang bangkit kembali dan berjaya.

Persoalannya di sini: Adakah anda serius dalam perniagaan Internet? Suka-suka? Cuba-cuba? Sekadar isi masa lapang? Mencuba nasib? Berharap 100% kepada orang lain? Ada duit tapi kedekut untuk membeli buku/ebook? Ada tak usaha untuk belajar ebiz dan asas IT? Anda faham konsep asas ebiz sebenar? Ada asas bisnes? Rela menerima komen negatif atau anda seorang yang manja (mudah merajuk, sedih..)? Dan yang paling penting, UNTUK apa anda lakukan perniagaan Internet? Apa matlamat anda? Ada perancangan atau tidak? Atau, hanya $$$$$ yang ada di dalam kepala?

Cukuplah dahulu dengan persoalan-persoalan tersebut. Anda jawablah untuk diri sendiri…

Wassalam.

Nota Kaki: Sudahkah anda membaca panduan yang saya bertungkus-lumus menyiapkannya? Atau hanya membaca sambil lewa? Seriuslah dalam melakukan sesuatu untuk kejayaan anda. ‘I’m not the best’, tapi saya mahu membantu anda semampu yang ada:

1. Panduan 4 Langkah 3 Hari. Klik di sini.

2. 14 Hakikat Perniagaan Internet yang WAJIB Anda Tahu

Yang Ikhlas,

PS. Saya betul-betul mahu melihat anda berjaya…

PPS. Artikel ini untuk usahawan Internet yang ada produk/servis sendiri (ada proses jual beli dan interaksi pelanggan) dan bukan untuk mereka yang buat program affiliate, Adsense atau program-program buat duit seperti reviewMe, Chitika, TextLinkAds dan lain-lain yang tak perlu berhadapan dengan pelanggan dan karenah manusia.

Terkini: Lesen Reseller masih tinggal 14 kekosongan lagi. Siapa cepat dia dapat. Layari http://bloggingsteps.com/kit untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

kisah kejayaan usahawan

kisah orang berjaya

cerita kejayaan usahawan

kisah orang yang gagal

kisah kejayaan usahawan melayu

Usahawan yang gagal

kisah kejayaan usahawan malaysia

KISAH PENGUSAHA YANG GAGAL

kisah orang yang berjaya

kisah pengusaha gagal

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kisah-4-orang-usahawan-internet-yang-gagal/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Hakikat 6: JANGAN target pendapatan besar dalam masa singkat
Apa khabar semua? Moga sihat di sana.

Saya masih dalam percutian, namun tidak semestinya saya tak buat kerja. Dan post ini adalah automatik yang mana saya dah tulis banyak-banyak artikel dan set tarikh bila ia akan keluar satu semi satu.

Ok, tulisan kali ini simple sahaja sebab perkara ni saya rasa semua dah tahu, tapi apa yang saya perhati, ramai juga masih tak faham atau tak mahu mengamalkannya.

Prinsipnya mudah, tapi sedikit susah untuk dipegangi dan difahami : Jangan mengharap pendapatan besar atau tidak realistik dalam masa yang singkat. Ramai yang baru memulakan perniagaan internet mengharapkan akan berlaku keajaiban di esok pagi selepas bangun daripada tidur. Percayalah, kadang-kadang teramat sukar untuk mendapatkan jualan pertama di internet. Namun kadang-kadang, cepat pula mendapat pendapatan yang tak disangka-sangka, rezeki adalah masing-masing.

Tapi, mengapa tidak boleh mengharapkan hasil yang besar dalam masa yang singkat? Sebab, sebab… Apa perasaan anda di saat baru bermula, anda tak dapat hasil seperti yang diidamkan? “Ermm, aku nak RM1000 dalam satu minggu..”. Cukup satu minggu selepas laman web jualan dilancarkan, hasil hanya satu jualan sahaja atau mungkin RM20.

Maka mulalah perasaan sedih melanda, kekecewaan mula menguasai diri, jari akan mula menuding kepada orang lain. “Ni salah dia la ni tak ajar aku betul-betul!”, “ni salah bengkel ni la ni yuran mahal tapi benda yang diajar tak menjadi!”..  Kononnya itulah sebab musababnya yang utama.. Hmm…

Ketahuilah, bukan sebab salah orang lain, bukan salah produk (dengan syarat produk ok lah..), bukan salah laman web jualan, bukan salah apa-apa.. Yang salah adalah DIRI-SENDIRI. Diri anda akan cepat kecewa jika target tidak realistik. Baru je bermula, dah target RM1000 dalam 5 hari. Tak mustahil kan? Saya tiada jawapannya sebab saya tidak tahu rezeki anda.. Cuma, pokok pangkalnya ialah, target besar dalam masa yang singkat terutama di peringkat awal, adalah AMAT MERBAHAYA.

Samalah juga jika anda melakukan sesuatu seperti baru belajar membina laman web, kalau anda nak pakar (expert) dalam masa semalaman dengan diri yang masih terkial-kial, tapi jika keesokannya satu laman web pun tak menjadi, anda akan kecewa lebih-lebih lagi jiwa dan semangat anda tidak kuat. Akhirnya yang tinggal hanyalah mimpi semata-mata.

Teringat dahulu di pertengahan tahun 2005, ia merupakan tahun yang tak dapat saya lupakan. Sebelum Irfan Khairi muncul, saya sudah mula belajar berniaga di internet dengan kawan-kawan di satu forum komuniti. Saya teringin sangat nak ada paling kurang satu laman web jualan. Akhirnya saya nekadkan diri dan menjual satu produk dengan matlamat ingin mempelajari berniaga di internet dan mendapat pengalaman.

Saya tidak letakkan sasaran tinggi dan bukan ingin membuat keuntungan, tetapi saya niat untuk belajar dan ‘trial & error’. Pada saat tersebut, nama SaifulSham, Irfan Khairi, Shuth WangCyber dan lain-lain masih tidak dikenali ramai, rujukan dalam bahasa Melayu teramat susah untuk diperolehi (malah tak ada!).. Saya nekad juga untuk bermula, dan akhirnya saya mendapat pelajaran daripada pengalaman sendiri..

Namun kini, buku, bengkel, seminar, blog dan forum sudah banyak di pasaran dan di internet. Sudah ramai yang munculkan diri untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin bermula… Ok, apa yang saya ingin nyatakan adalah, jika anda baru bermula, jangan target pendapatan yang besar dan letakkanlah matlamat untuk belajar sebagai niat no. 1.

Setelah anda tahu menerima bayaran di internet, menguruskan pesanan produk, mengemaskini laman web dan lain-lain, maka pertingkatkan perniagaan internet tersebut seperti meningkatkan mutu laman web jualan, menambah-baik mutu servis jualan dan lain-lain lagi. Di manakah anda mendapat cara dan ilmu itu semua? Ya, bukan sekadar daripada buku, malah pengalaman di saat awal anda bermula iaitu dalam proses pembelajaran. Begitulah saya bermula.

Produk pertama saya hanya untung kurang dari RM2 sahaja. Saya tidak kisah ia sikit, tetapi saya amat gembira mendapat pengetahuan melalui pengalaman dan sikap mahu mencuba tanpa jemu, kini saya banyak idea yang boleh direalisasikan untuk menghasilkan duit.

Kini, kesilapan sudah banyak boleh dielakkan kerana sudah ramai usahawan internet yang berkongsikan pengalaman mereka, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dilakukan dalam perniagaan internet. Orang putih kata, “don’t reinvent the wheel” atau maksudnya jangan cuba mencipta formula yang baru.

Orang yang berpengalaman sudah merasa terlebih dahulu daripada orang yang baru nak bermula, tapi jika hati anda degil dan ego, anda laluilah apa yang akan berlaku dengan formula ciptaan anda sendiri. Rujuklah buku, rujuklah tulisan usahawan-usahawan internet yang berpengalaman dan telah berjaya kerana mereka tahu apakah jalan-jalan kegagalan dan kejayaan.

Salah satu yang dinyatakan oleh Dr. Irfan dalam bukunya adalah meletakkan matlamat pendapatan. Bermula daripada RM100, kemudian RM1000 dan seterusnya dalam masa yang tertentu.. Matlamat dalam 3 bulan pertama, ada satu perniagaan internet dan hasilnya dalam tempoh itu adalah RM500. Anda yakin boleh mendapat hasil begitu? Ketahuilah, saya target 3 bulan, tapi selepas 5 bulan baru saya banyak belajar.   Hasil pula kurang daripada RM100.

Alhamdulillah, niat saya untuk projek pertama saya bukan DUIT, tetapi ILMU. Saya tahu menerima pesanan produk, saya tahu cara menghantar produk menggunakan khidmat Pos Malaysia, saya tahu melayan pelanggan dan paling penting saya tahu menyemak bayaran.   Malah saya juga tahu, apakah sepak terajang dalam perniagaan internet. Dengki, marah, kata sumbang, makian, perbalahan, pelanggan yang cerewet, semuanya saya telah lalui dalam tempoh pembelajaran tersebut…

Banyak dan banyak betul yang telah saya pelajari. Pengalaman adalah segala-galanya jika kita sedar dan tahu apa yang sedang kita buat. Jika anda tidak sedar dan mahu duit besar dalam masa yang singkat, anda mudah jatuh, anda mudah lemah semangat, anda cepat mendapat musuh (hmm??) dan akhirnya anda akan berkata : “perniagaan internet bukan untuk aku..”.

Ahaa, perniagaan internet tidak berdosa tuan puan, yang salah adalah kita tidak tahu dan tidak sedar apa yang kita nak, tak tahu apa yang kita buat dan apa yang patut kita lakukan. Kata mudahnya, main hentam jer…   Akarnya adalah, ILMU, bukan DUIT. Jika duit no 1, ilmu dan kewarasan akan menjauhi anda sedikit demi sedikit… Bacalah mana-mana buku motivasi atau kejayaan, semuanya berbicara mengenai sikap, sikap dan sikap, sebaliknya duit akan menyusul kemudian..

Apa yang saya tulis di atas memfokus kepada satu tujuan, kurangkan kesilapan di saat awal, namun jika berlaku kesilapan, ia adalah pengalaman yang amat bermakna, ia adalah guru yang terbaik. Namun, semua elemen tersebut bukan satu pemberi laluan untuk anda membuat target yang besar dalam masa yang singkat. Pelajarilah, laluilah, selamilah dan seriuslah terhadap pelajaran-pelajaran yang anda perolehi melalui pengalaman.

Orang yang bijak, mereka mencatatnya di dalam buku nota apakah pelajaran-pelajaran tersebut walaupun ia mudah kerana walaupun mudah, mungkin ia memberi kerugian sebanyak 80% kepada perniagaan anda. Ehem, termasuk apa yang saya tulis di blog ini juga, anda perlu salin point yang penting sebagai pengingat diri.. Mana tahu blog ini hilang dalam sekelip mata?

Jadi, seriuslah dalam perniagaan, ia bukan satu permainan, kerana dalam perniagaan, ia umpama peperangan, musuh yang nyata, musuh dalam selimut, musuh mengendap, musuh menyerang, musuh bermuslihat dan segala-galanya ada. Di kala anda leka, di saat itulah anda akan dipintas oleh pesaing-pesaing anda. Perniagaan adalah peperangan: “bisnes adalah bisnes, kawan adalah kawan..”, yang kuat akan mengatasi yang kalah.

Maka titik tolak terawal adalah: ILMU.

Oklah, sebelum saya melalut jauh dari tajuk asal, baik saya ikat dan simpulkan dahulu topik yang saya bawa kali ini:

1. Jangan target hasil yang besar dalam masa yang singkat, jika tidak anda akan kecewa dan berjauh hati dari perniagaan internet.

2. Perniagaan internet pertama anda adalah medan pembelajaran anda, hasil yang diperolehi adalah bukan matlamat utama, tetapi yang penting adalah PENGALAMAN DAN ILMU.

3. Anda perlu membina sifat serius dalam perniagaan agar berjaya untuk projek-projek yang seterusnya serta membina empayar di internet dan mungkin juga membina perniagaan yang lebih serius (start small, finish big). Pelajarilah dan tuntutlah ilmu sampai bila-bila sehingga ke nafas terakhir..

4. Utamakan ilmu dan pengalaman, usaha tanpa jemu, dan duit akan datang menyusul.

Ohh, indahnya menjadi usahawan..   Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tuntutlah, pelajarilah ilmu dan pengalaman daripada mereka yang telah melalui. Jangan ego, jangan malu, jangan segan… Yang untungnya adalah diri anda sendiri.

Wassalam.

Incoming search terms:

cerita mengghairahkan

target masa depan dalam perniagaan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/hakikat-6-jangan-target-pendapatan-besar-dalam-masa-singkat/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

“Tak ok ke kalau buat blog pasal ebiz?”
Apa khabar anda semua? Moga sihat di sana yer.

Baiklah. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menulis satu artikel susulan untuk tajuk sebelum ini iaitu “Jangan buat blog pasal internet marketing boleh tak?“. Ramai yang memberikan pelbagai respons, terima kasih kepada yang memberikan komen.

Baiklah. Persoalan sekarang adalah, ok ke kalau buat blog pasal internet marketing atau perniagaan internet? Atau blog pasal buat duit? Jawapan saya, boleh. Tak ada masalah, yang mana dah buat, teruskan, yang mana baru nak buat, “just proceed”.

“eh zul ni, sebelum ni cakap lain, hari ni cakap ok pulak”. Ya, saya tahu. Tapi hakikat yang sebenarnya, tulisan saya sebelum ini atau mana-mana tulisan saya hanya sebagai pandangan peribadi semata-mata, bukan satu paksaan atau hakikat yang mesti diikuti. Perkara ini kita perlu jelas sangat-sangat, TETAPI….

Apa yang saya tulis biasanya yang saya alami sendiri, atau apa yang diperkatakan oleh mereka yang lebih tahu. Maka, seeloknya kita ikut mereka yang tahu dan dah makan asam garam lebih dulu daripada kita. Di dalam membina blog, kita mesti ada topik yang berbeza daripada orang lain atau menjadi yang terawal. Kalau orang lain sibuk-sibuk bercerita mengenai ebiz, maka anda pula buat blog pasal perkara lain.

Jadi zul, bagaimana dengan blog perniagaan internet? Jawab saya, buatlah. Bahkan saya galakkan seorang usahawan internet memiliki satu blog peribadi yang mana beliau berkongsikan ilmu pengetahuan dan pengalamannya dalam perniagaan internet. Jika kita perhatikan, boleh dikatakan semua usahawan internet di dunia ini mempunyai blog peribadi untuk usaha mereka iaitu perniagaan internet. Dan kita juga sedia maklumi, setiap usahawan internet ada kepakaran masing-masing (SEO, affiliate, trafik, resell rights, copywriting, blogging dan sebagainya) dan mereka utamakan iaitu fokus apa yang mereka lebih tahu dalam penulisan di blog. Apa gunanya blog peribadi ni zul?

1. Membina rangkaian dengan usahawan internet yang lain

2. Mempromosikan projek-projek ebiz niche kita yang ada termasuk blog-blog yang lain

3. Sebagai satu platform untuk membuktikan kita adalah the real netpreneur

4. Berkongsi teknik-teknik yang digunakan untuk perniagaan internet

Dan banyak lagi kot kegunaan adanya blog perniagaan internet. Maka jelas, anda wajib ada satu, tapi….

Anda juga mesti ada blog lain yang niche untuk apa-apa projek ebiz anda yang niche.

Maka apa yang saya ingin sampaikan adalah:

BUKANNYA anda tidak boleh mempunyai blog perniagaan internet, tetapi YANG BERMASALAH ialah ada satu blog sahaja iaitu topik perniagaan internet TANPA ada blog-blog lain yang niche. Ketahuilah, berapa banyak blog-blog mengenai perniagaan internet sekarang terutama di dalam bahasa inggeris? Berjuta-juta banyaknya. Blog dalam bahasa Melayu terus menerus bertambah. Persoalannya, bagaimanakah anda nak menyelit di celah-celah kehebatan blog-blog sedia-ada? Ya, saya tidak sangkal, setiap blog ada pengunjung dan peminat tersendiri. Tetapi seperti yang saya katakan, kalau anda tumpu pada satu topik umum dan hanya pada satu blog sahaja, maka anda mungkin akan melalui jalan yang sukar sedikit.

Apapun, itulah pandangan saya. Wujudkan keseimbangan pada apa yang anda lakukan termasuk dalam mewujudkan blog anda sendiri. Buat satu blog perniagaan internet dengan tujuan seperti yang saya nyatakan di atas tu, dan wujudkan juga beberapa buah blog lain yang niche untuk projek ebiz anda.

Kisah Ali:

“Ali sedar, blognya tidak niche. Dia tidak dapat seperti Ahmad, sebab dia bukanlah penternak ayam atau kambing, tapi dia amat sangat minat dengan dunia perniagaan dan pemasaran internet. Setelah dikaji balik, rupanya blog internet marketing dia terlalu umum, semua ada.. Apa-apa jer lah, sebut jer benda yang berkaitan, semua ada. Akhirnya, Ali mengambil keputusan untuk menstrukturkan balik blognya dan juga perancangan perniagaan internetnya. Apa yang Ali buat? Pertama, dia tukar topik internet marketing kepada topik “bagaimana menarik trafik ke website atau blog menggunakan web 2.0″. Mungkin tajuk blognya “Web 2.0 Traffic Generation” kot..

Dan yang lain, dia telah membina satu lagi blog mengenai nasi lemak ayam. Walaupun dia bukan penternak ayam, tapi Ali adalah anak kepada seorang tukang masak yang tekenal di daerahnya bagi masakan turun temurun iaitu nasi lemak ayam. Cina, India dan Melayu, semua menjadi pelanggan mereka. Ali bina satu blog untuk berkongsi cerita mengenai perniagaan keluarganya itu, berkongsi resepi-resepi yang berkaitan dan apa sahaja yang membuatkan para pelawat blog rasa nak sangat merasa nasi lemak ayam yang sedap tu! Dimasukkannya gambar restoran mereka, dimasukkan cerita-cerita pelanggan mereka dan sebagainya.. Akhirnya, usaha Ali membuahkan hasil, bukan takat orang-orang biasa datang ke restoran mereka (dari seluruh Malaysia), bahkan orang-orang yang terkenal pun turut datang!

Kini, Ali bina satu lagi blog mengenai kereta. Oh ya, Ali ni mekanik bertauliah! Lupa nak bagitahu, hehe.. Bab-bab kereta, anda tak perlulah uji Ali ni, segenap segi kereta dia tahu, jenis-jenis kereta, tipu-daya mekanik yang cekik darah, security kereta, aksesori kereta (yang ni dia minat giler), semualah dia tahu. Dah nama mekanik kan.. Jadi, di blognya, dia hanya menulis mengenai beberapa perkara sahaja (kalau nak sentuh semua tak niche la pulak! hehe). Apa lagi, blognya mendapat ribuan pengunjung dalam sehari sebab anda fahamlah sendiri, kat Malaysia ni ramai peminat kereta termasuk yang perlukan panduan tertentu. Ali mula dikenali oleh serata orang di Malaysia dan kini Ali dalam proses menyiapkan beberapa projek yang berkaitan dengan kereta seperti Ebook dan juga video panduan. Mampukah Ali menjual?? Ya, sebab beliau sudah ada ribuan prospek!

Bagaimana dengan blog internet marketingnya? Seperti yang saya nyatakan, blog personal membolehkan kita membina rangkaian dengan usahawan lain. Takkanlah kita nak berikan link blog nasi lemak kepada rakan usahawan yang lain, jadi blog personal yang menulis mengenai perniagaan internet adalah lebih sesuai! Haa, senyumlah tu zul dah bagi signal boleh untuk blog ebiz. Buatlah je lah, janji anda bahagia. Tapi blog-blog niche lain jangan diabaikan ok. Jika boleh, blog ebiz anda itu ada fokus tersendiri, tapi kalau nak cakap apa-apa sahaja pasal ebiz pun, ermm, tak ada masalah sebenarnya. Apa yang saya maksudkan dengan tulisan semalam adalah, JANGAN TERLALU FOKUS PADA SATU BLOG PADA SATU TOPIK EBIZ YANG UMUM.

Berbalik kepada Ali, kini dia bukan sahaja ada blog mengenai cara menarik trafik guna web 2.0 (squidoo, myspace, friendster, dan macam2 lagi lah), malah dia sudah ada beberapa blog niche yang amat menguntungkan! Nak tahu Ali dapat trafik macam mana? Sebab, dia guna web 2.0 lah yang dia dok kaji dan tulis kat blog ebiz dia tu.   Dia kaji, buat dan tulis… Eh, web 2.0 hanya satu cara, Ali juga buat cara-cara lain untuk tarik trafik ke blog. Web 2.0 tu cuma fokus dia sahaja, yang lain-lain pun dia turut kaji dan buat juga. Cuma dia mahu blog ebiz dia tu ada perbezaan dan fokus sahaja.” – tamat cerita Ali –

* Cerita Ali dan Ahmad ini hanya rekaan sebagai contoh untuk anda faham, tapi restoran nasi lemak ayam tu memang ada kat tempat saya ni.. Semua kaum berpusu-pusu, kedainya penuh tiap kali buka. Murah dan sedap! Pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.   Kalau diaorang ada blog kan bagus.. hehe..

Oklah. Kesimpulannya di sini adalah, SEIMBANG. Anda bukan hanya ada blog ebiz (kalau boleh fokus), malah anda juga ada beberapa blog yang niche terutama apa yang anda tahu, minat (hobi?) dan juga kepakaran anda atau apa yang anda sedang lakukan sekarang. Sila rujuk tulisan saya sebelum ini untuk tahu contoh-contoh blog yang niche. Jadi, terhurailah sudah segala persoalan.

PASTIKAN ANDA ADA BLOG YANG NICHE + BLOG EBIZ PERIBADI = SEIMBANG!

Nota Kaki: Untuk pasaran Malaysia hakikatnya, memang banyak blog pasal ebiz, tetapi masih kurang yang betul-betul berisi. Maka, kepada yang nak buat blog ebiz tu, buatlah dengan syarat penulisan anda memberikan manfaat kepada pembaca. Buatlah, saya amat galakkan untuk memeriahkan bidang ini di Malaysia. Biar penuh dan terhimpit blog-blog lain yang kosong macam blog-blog geng pelaburan. Kita tulis dan didik rakyat Malaysia mengenai peluang sebenar di internet dan kita ‘ganggu-gugat’ mereka yang menipu orang ramai dengan skim-skim yang entah apa-apa. Eh, mereka pun banyak guna blog juga untuk promote skim-skim mereka tu! Dengan adanya banyak blog pasal ebiz yang sebenar, rakyat Malaysia akan sedar dan tahu perkara yang baik-baik. Jadi, apa yang saya maksudkan di artikel sebelum ini ialah untuk blog bagi tujuan bisnes sahaja (make money using blog). Jika anda tumpu pada topik yang umum dan banyak persaingan, anda susah untuk bersaing dan mendapat keuntungan. Itu hakikatnya.. Moga semua faham apa yang saya ingin sampaikan.

Wassalam.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/tak-ok-ke-kalau-buat-blog-pasal-ebiz/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Konvensyen Perniagaan Internet SaifulSham : Penat, tapi berbaloi!
Memang letih, penat! Baru balik jer 2 hari dari KL, saya pergi ke KL semula untuk mengikuti konvensyen alumni saifulsham. Sedikit info perjalanan, saya berhenti di Pudu untuk berjumpa dengan Sham RajaAdsense dan kemudian bersama-sama ke tempat program tersebut yang pertama kali saya menjejak kaki di situ.

Sampai di sana, saya terus bertentang mata dengan dua orang para peserta yang selama ini kami SELALU berkomunikasi dan telah lama kenal, iaitu En. Tazilan dan juga Kak Galadriel. Kami sempat berborak sementara menunggu kehadiran para peserta lain kerana kami sampai lebih awal di sana.

Dalam pukul 9 pagi, program dimulakan oleh Sabri SaifulSham yang terus masuk kepada topik yang  berkaitan dengan pembinaan komuniti perniagaan internet. Sabri menyatakan bahawa, pentingnya satu komuniti dibentuk dan dilakukan satu perjumpaan berkala dalam tempoh tertentu. Atau, para peserta boleh membentuk kumpulan sendiri untuk saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Dalam program ini juga, sesi perkenalan di antara satu sama lain juga dilakukan dan masing-masing cuba untuk mendapatkan rakan JV dan sebagainya.

Kemudian, sesi Syazwan pula dan beliau menyampaikan mengenai tips-tips hebat bagaimana sebuah laman web jualan boleh memiliki ‘conversion rate’ yang tinggi. Dan ya, ilmu saya mengenai hal ini bertambah dan hal yang saya pandang sebelah mata selama ini rupanya juga memberikan kesan terhadap aspek conversion rate ini. Kira-kira 15 point atau tips yang telah Syazwan berikan dan ia begitu bermanfaat untuk meningkatkan hasil jualan melalui laman web.

Selepas sarapan pagi, En Irwan Dahnil dari SMSWang.Com telah menceritakan mengenai projek beliau iaitu ebook buat duit dengan SMS. Memang hebat! Pengalamannya selama 7 tahun lebih terbukti daripada gaya penyampaian beliau yang begitu berkesan. En Irwan berkongsikan bagaimana beliau bermula, apa yang dilakukan, proses yang dilalui dan juga strategi yang digunakan untuk meraih hasil jualan lebih kurang RM8K dalam masa 3 bulan sahaja untuk projek ebook ini.   Dan yang pasti, beliau menjelaskan mengapa ebook dan bukan terus menjual teknologi? Beliau juga banyak mendedahkan akan peluang menjana pendapatan dengan SMS dan boleh dikatakan semua peserta mula menaruh minat yang mendalam untuk mencuba SMS sebagai medium pemasaran untuk perniagaan internet. Dan… En Irwan telah membocorkan beberapa rahsia projek beliau dan hanya peserta sahaja yang tahu. Apapun, SMS boleh boleh buat duit! Jika berminat untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dengan SMS, sila klik di sini untuk ke laman web ebook tersebut. Pendek kata, saya banyak belajar daripada pembentangannya terutama strategi yang beliau gunakan untuk projek tersebut!

Dah habis en Irwan berkongsi pengalamannya, kami semua berehat untuk makan tengahari di tingkat 16 hotel tersebut. Semasa makan, macam-macam topik perbualan yang dibincangkan di antara satu sama lain. Ya la, bukan mudah nak jumpa kawan-kawan seangkatan ni. Contohnya saya, En Tazilan dan kak Galadriel, kami selalu berhubungan melalui emel contohnya dan dah kenal lama, tapi itu la kali pertama kami bertemu. Satu perkara yang dipersoalkan oleh Shuth (datang juga tau!), “mengapa rakyat Malaysia lebih peka kepada pelaburan mengarut? Dan mengapa mereka tidak mengenali sangat perniagaan internet yang sebenar? Apa yang patut kita lakukan?”. Inilah persoalan terbesar yang akan menentukan perkembangan bidang ebiz ini di Malaysia.. Shuth tidak dapat lama di program ini, kerana beliau ada urusan keluarga di sebelah petang. Apapun, shuth bukan calang-calang orang tau!

Tak cukup dengan badan yang letih, mata mula mengantuk, tetapi saya tahan agar ilmu yang disampaikan dapat difahami. Selepas lunch dan solat zuhur, Sabri sekali lagi menyampaikan sesuatu yang amat amat berharga seperti bagaimana menjadi seorang usahawan internet yang dapat mengatasi masalah tertentu dan apakah yang patut dilakukan oleh seorang newbie. Ya, just a simple tips, kalau newbie melakukan apa yang sabri sarankan, mereka tak lagi pening-pening. Sabri juga berkongsikan, apakah topik-topik yang hot untuk tahun 2007 ini yang boleh dicuba oleh para peserta dan daripada hot trends tersebut, pelbagai jenis cabang bisnes (produk) boleh dihasilkan.

Habis sahaja sabri bercakap, JUTAWAN dropshipper mara ke hadapan untuk berkongsi pengalaman beliau dalam menjadi dropshipper iaitu pihak yang menawarkan harga borong untuk produk yang tertentu dan melakukan urusan drop ship. Banyak yang beliau kongsikan dan di antaranya, beliau mengatakan salah satu produk yang hot adalah kamera digital dan ada individu tertentu membuat income bersih dalam 12K sebulan.   Beliau berpesan, elakkan menjual produk handphone sebab margin untungnya rendah dan ada masalah **** sedikit (saya tak dapat nyatakan sebab ia sensitif). Kehadiran beliau memudahkan para peserta yang ingin melakukan model drop ship dan boleh menjadi reseller beliau. Ini kerana, company beliau memang sudah berpengalaman dan mempunyai cawangan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong..

Selepas jutawan bercakap, ehem, ‘bakal’ jutawan pula bercakap di hadapan peserta. Nama dia, SmartZul (saya la, saper lagii..).   Hehe.. Saya menyampaikan perkara sepertimana yang saya nyatakan di post sebelum ini iaitu mengenai projek ebook kit blogger terutama strategi yang saya gunakan untuk meraih pendapatan RM1000 dalam masa seminggu dengan HANYA SATU CARA.   Kepada yang dah tahu teknik ni, jangan tak buat ok..

Selepas habis saya bercakap tung tang ting tang, tiba masa untuk jamuan petang pula. Selepas menjamu hidangan terakhir itu, Kak Galadriel atau nama sebenarnya Marlina dari internetmelayu.com, membentangkan kajian beliau mengenai model membership site. Rumusan beliau begitu mudah, “apa yang penting untuk model ini adalah NICHE, sistem membership yang baik, serta ia tidak semudah yang disangka..”. Just that..   Dan beliau juga mendedahkan salah satu projek beliau yang menggunakan model membership site ini. Daripada penjelasan beliau tersebut, saya semakin faham apakah yang perlu diambil kira untuk mewujudkan sebuah membership site sendiri kelak..

Dengan pembentangan beliau itu, maka program ini secara asasnya telah selesai. Sabri kemudian memberikan sepatah dua ucapan dan meminta para peserta memberikan komen, pandangan dan idea untuk menambah-baikkan program sebegini.. Selepas program tamat, kami para peserta sekali lagi berborak panjang lebar sebelum menjejak kaki keluar dari tempat program dan menuju ke destinasi (rumah) masing-masing dan yang paling jauh adalah Sham (tganu..).   Saya, galadriel dan beberapa orang lagi bersama-sama menaiki monorel dan akhirnya masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing.

Sesungguhnya, perjumpaan ini amat-amat memberikan kesan yang mendalam kepada saya bukan sahaja dari segi ilmu (teknik dan strategi) yang dikongsi oleh peserta dan team saifulsham, malah, hubungan secara online selama ini didekat-dekatkan lagi dengan perjumpaan sebegini. Ia merupakan satu ‘kenangan’ yang sukar dilupakan sampai bila-bila.. Bayangkan, sekumpulan usahawan yang memiliki kepakaran masing-masing bergabung dan berkongsi idea = apakah hasilnya?? Ya, anda tahu betapa mendalam dan hebat hasilnya bukan? Inilah komuniti, inilah satu pasukan dan inilah namanya kumpulan.. Ia lebih baik daripada berseorangan dalam usaha perniagaan sebegini…

Susah untuk diucapkan dengan kata-kata, satu hari suntuk pada hari program ini penuh dengan input yang amat ampuh untuk diguna-pakai dalam perniagaan internet dan dalam usaha menjadi seorang usahawan internet yang sejati! Jumpa lagi kawan-kawan seperjuangan. Semoga bidang ebiz ini akan dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia pada suatu masa nanti..

Wassalam.

Nota perjalanan balik ke JB:

Bertolak dari KL jam 9.00 malam, dan sampai pukul 1 pagi di Skudai, Johor. Sampai je di rumah, saya berehat sekejap dan kemudian terus masuk ke blog untuk menulis komentari ini. Selagi apa yang nak ditulis masih lagi segar dalam ingatan, saya akan terus menulisnya..

Saya pakar blog?

Ehem, ye ker saya ni pakar blog seperti yang Sabri katakan? Dan anda nak tahu, setelah mengikuti program ini, saya telah dapat senaraikan beberapa tajuk artikel yang akan saya tulis nanti di blog ini (sebenarnya ada lebih 20 tajuk lain siap-sedia untuk ditulis dan telah di-simpan dalam blog ini sebelum ini).. Sabri, saya memang tidak akan kehabisan idea.. InsyaAllah. hehe.. (erkk, riak nampak!).

Travel (perjalanan)

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Saya suka travel, maka letih atau penat, ia bukan masalah bagi saya. Travel yang saya suka adalah perjalanan mendapatkan ilmu.. Kebanyakan tempat yang saya pergi, adalah pertama kali saya jejakkan kaki dan ia satu pengalaman yang amat berharga! Sebenarnya, pada hari program konvensyen ini saya sakit perut + kurang sihat, sebab itu kurang ‘aktif’ sedikit terutama semasa membuat presentation (sorry kalau kualiti tak bagus ekk). Mungkin salah makan sebelum travel.. Jadi, jagalah pemakanan anda dalam perjalanan terutama jika anda menjadi speaker atau tetamu khas kerana ia menentukan kualiti penampilan anda..   Sabri, Syazwan dan Bitol juga demam dan tidak sihat.. Jaga kesihatan anda semua ok!

Rasanya tu jer kot dulu apa yang saya nak kongsi. Apa yang saya nak buat lepas ni? Apa lagi kalau tidak zzZZzZZZ..

Sekian satu catatan yang panjang. Jumpa lagi semua.

Wassalam.

PS. Ramai juga peserta konvensyen ini ingin mendapatkan pakej ebook kit blogger saya yang terkini. Begitu juga orang lain. Pastikan datang ke blog saya ini setiap masa dan hari untuk mendapatkan info terkini ok. Proses kemaskini sedang dilakukan dan ‘kelewatan’ amat dikesali atas sebab tidak dapat dielakkan.

PPS. Saya tanya Shuth, “bila nak buat gathering wangcyber.com?”. Haa, insyaAllah kita semua boleh bertemu nanti jika projek gathering wangcyber.com (WC) berlangsung kelak. Pastikan anda daftar dan jadi ahli WC ok. InsyaAllah.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/konvensyen-perniagaan-internet-saifulsham-penat-tapi-berbaloi/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Berbisnes Di Rumah aka SOHO : Sudah Sampai Masanya
Small Office Home Office (SOHO) atau dalam bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ni istilah saya) adalah melakukan kerja atau perniagaan hanya di rumah. Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan. Apa yang akan saya bincangkan di sini adalah bisnes dan bukan telekerja iaitu bekerja dengan orang lain dari rumah.

Perkembangan perniagaan secara SOHO ini begitu maju dan terus meningkat bilangannya di luar negara, tetapi di Malaysia, ia masih sedikit baru dan agak sedikit ‘jengkel’ atau janggal bagi kebanyakan orang.

Pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga sudah mula sedar akan peluang dan kelebihan SOHO ini yang amat sesuai untuk para kaum ibu dan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sebab itulah, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melakukan banyak aktiviti dan program untuk memastikan konsep SOHO ini sedikit demi sedikit akan diambil peluang oleh kaum ibu atau suri rumah yang ingin mendapatkan pendapatan, di samping menjalankan tanggungjawabnya di rumah.

Selain itu, di dalam rancangan Malaysia ke-9 pun, ‘isu’ SOHO ini juga ada disentuh secara umum dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Malah, SOHO ini juga dibahaskan di dewan rakyat dan mendapat reaksi positif kebanyakan pihak.

Di antara petanda yang SOHO ini akan menjadi satu style di masa hadapan adalah, wujudnya teknologi komunikasi yang semakin canggih dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Komputer, telefon, talian internet, jalur lebar, telefon selular, 3G, GPRS/Egde, faks dan lain-lain lagi semakin bertambah maju dan harganya turut menjadi murah.

Di dalam buku daripada KSE kepada KBE tulisan Billi P.S. Lim, beliau menyatakan antara jenis perniagaan di zaman millenium atau di abad ini dan mendatang adalah e-dagang, francais, rangkaian pemasaran dan pendidikan. Kenyataan beliau ini juga ramai dinyatakan oleh pakar-pakar di dunia akan jenis perniagaan yang akan ‘meledak’ dan menguntungkan. Tiga daripada jenis perniagaan itu iaitu e-dagang, pendidikan dan rangkaian pemasaran adalah termasuk dalam SOHO iaitu boleh dilakukan hanya di rumah. Beliau juga mengatakan dalam buku itu, konsep SOHO adalah pilihan terbaik manusia di abad ini dan juga mendatang.

Sudahlah, usah lagi kita bercakap banyak akan kelebihan dan peluang SOHO ini atau hanya memikirkan kekangannya sahaja tanpa sebarang usaha memajukannya, kerana ia sudah terbukti dan memang terbukti banyak manfaatnya. Kita di sini masih ramai yang mahu mempertikaikan dan membincangkan soal yang kecil-kecil, namun akhirnya tiada apa-apa hasil. Malah, masih ramai yang meremehkan usaha perniagaan secara SOHO ini. “No class” dan tak professional katanya..

Saya amat berharap, melalui kerjasama pihak kerajaan, swasta dan juga NGO, bidang SOHO ini akan berkembang pesat suatu hari nanti. Pandangan saya kepada pihak kerajaan, adakan kerjasama dengan pihak yang pakar dalam bidang ini agar bidang SOHO ini juga akan maju di Malaysia termasuk perniagaan internet. Apa yang saya lihat, tiada kertas kerja atau panduan hitam putih mengenai SOHO ini yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui Kementeriannya yang boleh dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia. Namun, saya amat yakin, pihak kerajaan begitu komited akan hal ini dan saya pasti, sesuatu anjakan akan berlaku kelak.

Bercakap mengenai SOHO ini, anda perlu tahu, ia bukan hanya perniagaan internet, malah lebih daripada itu. Contohnya ialah seperti perniagaan mail order yang kini sudah lama dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia secara serius dan sudah ada yang berjaya. Membuka kelas tuisyen, servis komputer, membina laman web, pengaturcara, menulis, menjahit pakaian, membuat kuih-muih dan sebagainya, semuanya boleh dilakukan di rumah. Dan, dengan adanya internet, maka anda boleh mendominasi dua pasaran sekaligus iaitu kawasan perniagaan anda (offline) dan juga global (melalui internet). Samada berniaga di internet sepenuhnya atau menggunakan internet sebagai medium pemasaran perniagaan offline anda.

Banyak aspek yang perlu diperbincangkan lagi mengenai SOHO ini dan sebab itulah sedikit lambat ia diimplementasikan di Malaysia oleh pihak kerajaan seperti kaitannya dengan undang-undang perniagaan. Jangan hanya menunggu usaha pihak kerajaan, kita juga perlu bersama melakukan sesuatu. Antaranya, jangan memutar-belit dan menyalah gunakan istilah SOHO. Jika tidak, tanggapan orang yang tidak tahu akan serong terhadap bidang ini. Saya perhatikan, orang yang menganjurkan skim cepat kaya juga menggunakan istilah SOHO ini. Tidakkah ia akan memburukkan bidang ini? Selain itu, kita sebagai ‘usahawan SOHO’ juga perlu melakukan gerak kerja yang profesional walaupun hanya bekerja di rumah. Kelak, orang akan meletakkan bidang ini juga setaraf dengan perniagaan yang lain.

Akhir kata, SOHO adalah satu bidang perniagaan kecil yang amat sesuai kepada sesiapa sahaja. Kita perlu tahu, sumbangan perniagaan kecil (IKS) adalah satu industri yang banyak memberikan sumbangan ekonomi yang amat besar juga kepada negara ini malah di lain-lain negara pun, dan adalah sesuatu yang amat merugikan jika bidang ini tidak dipandang serius oleh pihak kerajaan. Sesungguhnya, ia memberikan impak yang amat besar kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Anda pula bagaimana? Ingin menjadikan perniagaan internet sebagai salah satu perniagaan SOHO anda? Teruskan setia dengan blog smartusaha.com ini untuk mendapatkan pelbagai informasi, panduan dan teknik perniagaan internet samada untuk pasaran tempatan ataupun global. Saya di sini, akan terus membantu anda dengan menulis semampu dan sedaya yang mungkin. InsyaAllah.

Salam sukses untuk semua.

Nota:

Saya di SmartUsaha.Com begitu komited akan bidang perniagaan internet ini dan bidang perniagaan di rumah. InsyaAllah, beberapa perancangan telah dilakukan untuk masa terdekat, tahun ini dan seterusnya agar bidang ini berkembang maju di Malaysia. Nantikan perkembangan usaha ini…

TERKINI:

Bengkel Perniagaan Internet seterusnya akan diadakan di UKM Bangi pada 27/1/2007 ini. Sila ke http://ebizmalaysia.com/bengkel untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

perniagaan di rumah

perniagaan dari rumah

berniaga dari rumah

jenis perniagaan di rumah

jenis perniagaan dari rumah

bisnes soho

perniagaan dirumah

contoh perniagaan dari rumah

sumber perniagaan dari rumah

peluang perniagaan di rumah

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/berbisnes-di-rumah-aka-soho-sudah-sampai-masanya/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

101MelayuBoleh di-indeks Dalam Masa 17 Jam Sahaja
Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.

Hmm, di Johor ini, hujan kembali datang dan tak henti-henti, maksudnya begitu kerap hujan. Saya di rumah tidak merasa apa-apa kesan, tetapi mereka yang bekerja di luar sudah pasti sedikit terpaksa meredah hujan. Juga, diharapkan beberapa tempat tidak kembali banjir. Wallahu ‘alam.

Baik, tulisan kali hanya ingin menyatakan blog yang baru saya create untuk pertandingan SEO wangcyber.com telah pun di-indeks oleh Google hanya dalam masa lebih kurang 17 jam sahaja. Tempoh ini bertentangan dengan kenyataan orang lain bahawa untuk masuk ke database google atau yahoo, masa yang diperlukan adalah berminggu-minggu atau berbulan lamanya.

Saya tidak akan berkongsi apakah cara mudah yang saya gunakan pada tulisan ini tetapi semua apa yang saya lakukan untuk pertandingan ini akan saya kongsikan nanti.   InsyaAllah.

Sekali lagi, di-indeks bukan bermaksud sudah naik ranking top 100, tetapi ia baru hanya masuk ke database google sahaja. Matlamat saya adalah ingin memastikan sekurang-kurangnya blog melayu boleh saya itu berada di kedudukan top 100 di google atau yahoo. Dan jika boleh, top 10.

Pertandingan ini sedikit ‘rumit’ apabila saya menggunakan blog yang bermula dari ‘zero’. Kalau saya gunakan blog smartusaha ini, adalah satu perkara mudah untuk dapat naik ke top 10, lagipun sekarang blog smartusaha ini sudah pun berada di kedudukan top 50 di google untuk keyword melayu boleh. Namun begitu, saya tidak mahu mengambil jalan mudah dalam pertandingan ini kerana seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya mahu mencuba dari asas. Melakukan pelbagai teknik SEO untuk menaikkan ranking blog melayu boleh saya itu ke kedudukan yang lebih baik.

Diharapkan blog melayu boleh ini bukan hanya naik ke ranking yang baik, malah ia akan berkekalan dengan tulisan-tulisan yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Wassalam.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/101melayuboleh-di-indeks-dalam-masa-17-jam-sahaja/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pertandingan SEO WangCyber.Com : Melayu Boleh
Mungkin belum terlambat untuk saya menyatakan hal ini. Bermula 1 Januari hingga 30 Januari 2007 ini, pihak wangcyber telah membuka satu cabaran SEO kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Cabaran ini akan menilai blog/website yang paling tinggi kedudukannya di enjin carian google.com dan juga yahoo.com.

Untuk itu, keyword yang digunakan untuk cabaran ini adalah: melayu boleh

Untuk bulan November 2006, carian yang dilakukan untuk keyword melayu boleh adalah sebanyak 14,220 mengikut tools overture.com dan ini biasanya sekitar itu juga bagi setiap bulan (tinggi carian):

Daripada sedikit kajian saya, didapati ramai pengguna internet menggunakan kata-kunci ini untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan sesuatu yang kurang baik seperti gambar porno, seks dan juga skim cepat kaya. Mengapa digunakan kata kunci melayu boleh yang baik ini untuk perkara yang negatif? Saya tiada jawapannya.

Maka, disebabkan oleh hal itu juga, pertandingan ini selain mahu mengasah kemahiran SEO peserta pertandingan, ia juga bertujuan untuk ‘compete’ dengan blog atau website yang tidak baik itu yang menggunakan keyword melayu boleh.

Saya juga turut serta di dalam pertandingan ini dan tidak kisah kalah atau menang, tetapi apa yang saya mahu ialah:

1. Mengaplikasikan pengetahuan SEO yang ada

2. Membina sebuah blog yang membincangkan mengenai bangsa melayu dan menggunakan keyword melayu boleh sebagai intisari utama blog. Saya mahu blog yang dibina itu dapat compete dengan blog atau website lain yang menyalah-gunakan keyword melayu boleh.

3. Berkongsi dengan orang lain mengenai teknik dan taktik SEO yang saya gunakan

Blog Melayu Boleh Saya: http://101melayuboleh.blogspot.com

Saya tidak akan menggunakan blog smartusaha.com ini untuk pertandingan SEO ini kerana:

1. Matlamat saya mahu membina satu blog khusus mengenai “melayu boleh”

2. Ingin mempraktikkan teknik SEO dari scracth (zero) untuk blog baru. Dan dari situ, saya dapat berkongsi dengan orang lain apakah langkah demi langkah yang dilakukan

3. Tidak mahu blog smartusaha.com ini hilang fokus. Blog ini adalah mengenai ebiz dan tidak mahu berlebih-lebih membincangkan perkara lain seperti ‘isu’ melayu boleh

4. Blog ini mempunyai PR5, selalu di-index oleh google dan yahoo dan mudah mendapat kedudukan tinggi atau dalam maksud lain, sudah memiliki ciri-ciri SEO yang membolehkan saya mudah untuk mendapat ranking.   Maka, dengan menggunakan blog baru, bukan sahaja dapat mengasah dan mengulangkaji kembali teknik-teknik SEO yang digunakan sebelum ini, malah saya dapat berkongsi dengan orang lain apa yang saya lakukan untuk blog yang baru.

Harapan saya pertandingan ini memberikan manfaat dari segi ilmu SEO itu sendiri dan matlamat utamanya iaitu berkongsi ilmu dengan semua peserta dan orang lain mengenai teknik yang telah digunapakai.

Anda? Apa kata gunakan ilmu SEO yang ada di dada anda itu untuk menyahut cabaran ini.

Sumber: SEO Contest WangCyber.Com

Incoming search terms:

melayuboleh

blog melayu boleh blogspot com

melayu boleh blog terbaru

melayuboleh com

wangcyber

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pertandingan-seo-wangcybercom-melayu-boleh/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />