Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

PENTING: Tidak Menerima Link Download Ebook?

Makluman kepada pembeli-pembeli ebuku (versi digital), sama ada membeli daripada saya atau mana-mana penjual. Perkara ini penting untuk difahami dan dipraktikkan bagi mengelak salah faham.

Kalau tidak menerima emel link download ebook atau apa jua produk berbentuk digital, cuba lakukan beberapa cara ini:

  1. Semak dalam folder SPAM. Kadang-kadang emel masuk ke situ. Kalau Ya, pastikan klik pada Not Spam pada bahagian atas emel itu agar di lain masa, emel daripada penjual terus masuk ke Inbox.
  2. Emel YAHOO. Elakkan guna emel Yahoo untuk urusan jual beli. Ia terkenal dengan masalah tidak menerima emel.
  3. Hubungi penjual: Emel, SMS atau Facebook (komen di status mereka, Wall atau Send Message).
  4. Jika URGENT dan perlukan “bantuan” atau saranan dengan segera, SMS penjual atau usahawan tersebut. Jangan malu dan segan untuk SMS.
  5. Komen di blog mereka (jika ada).
  6. Jika mereka tidak berjaya dihubungi, cari kenalan mereka. Beritahu masalah anda dan minta bantuan orang itu maklumkan kepada penjual (rakan mereka itu). Biasanya, mereka tahu No telefon dan juga emel peribadi rakan mereka.

Daripada pengalaman saya, ada pembeli yang menghubungi saya selepas seminggu menunggu. Kemudian memarahi saya dan menuduh saya menipu. Padahal, di laman selepas pembelian, telah dinyatakan “sila hubungi kami jika tidak menerima emel link download dalam tempoh 24-48 jam”.

Bagi saya sendiri, kalau saya Online, emel download akan dihantar paling lambat pun 24 jam. Tapi selalunya tidak sampai 3-6 jam untuk kami respon pembelian pelanggan. Pihak saya boleh dihubungi melalui emel dan juga SMS. No telefon akan diberikan selepas pembelian selesai dilakukan.

Bagi proses penghantaran link download secara manual, kadang-kadang penjual juga “terlepas pandang”. Sebab itu pembeli perlu hubungi dengan segera jika tidak menerima link download dalam masa 12-24 jam. Dan sebab itu PENTINGNYA penjual memberikan emel dan No. Tel (SMS) agar pembeli mudah untuk dihubungi. Seperti saya, saya juga boleh dihubungi melalui FB, termasuk emel dan SMS.

Customer Service

Seringkali saya melihat, ramai pembeli yang beremosi (bukan pembeli-pembeli saya), mereka menceritakan masalah mereka di forum-forum secara terbuka.

Padahal, mereka belum menghubungi pihak penjual. Ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan memburukkan pihak penjual.

Setiap masalah, sama ada disebabkan oleh penjual atau pembeli, kita mesti saling meredhai jika ia berlaku bukan atas sebab disengajakan. Jalan penyelesaian terbaik sentiasa ada. Dan sebagai pembeli, anda punyai hak untuk menghubungi pihak penjual pada bila-bila masa.

Kepada usahawan, peniaga dan penjual, bisnes kita akan menjadi GAGAL jika bahagian sokongan pelanggan diabaikan. Walaupun kita kaya-raya dan untung besar, namun ia adalah kejayaan kita sahaja, bukan kejayaan pelanggan. Perniagaan yang baik adalah sentiasa berusaha untuk memperbaiki bahagian sokongan pelanggan, dari semasa ke semasa.

“Dalam perniagaan, hanya 1/10 sahaja faktor kejayaan terletak pada jualan dan lain-lain faktor. Manakala 9/10 lagi terletak pada sokongan, layanan dan khidmat pelanggan.”

-

Incoming search terms:

  • download e_book perniagaan
  • langkah-langkah apakah yang dimaksudkan dengan sokongan pelanggan
  • masalah usahawan terhadap pembekal
  • pakarpromosi download
  • pelanggan teknikal
  • sokongan pelanggan teknikal

Layanan Pelanggan Bertahap Super

gunting-rambut

Pada hari Khamis lepas, saya pergi bergunting rambut di kedai gunting mamak. Saya dilayan oleh tukang gunting yang sama walaupun di sana ada ramai tukang gunting. Seperti sudah ditakdirkan saya mendapat tukang gunting tersebut (termasuk kerusi yang sama) setiap kali ke kedai itu. Kali ini adalah kali ketiga sebenarnya.

Kata tukang gunting itu kepada saya, “Sudah lama tidak nampak?”

Saya membalas, “Ya, sudah sebulan lebih.”

Dalam hati saya berkata, “Aku baru dua kali datang ke sini, dia sudah ingat muka aku. Kalau di kedai gunting lain, mereka akan ingatkah?”

Sebab itu perniagaan orang-orang mamak maju. Layanan mereka terhadap pelanggan adalah bertahap Super. Belum masuk kedai pun mereka sudah senyum dari jauh. Padahal mereka belum pasti pun saya mahu gunting rambut atau sekadar berhenti di hadapan kedai mereka.

Saya bukanlah mahu memperlekehkan kedai gunting bangsa lain. Malah saya tidak dapat apa-apa pun daripada perlekehan tersebut. Lagipun, bapa saudara saya juga seorang tukang gunting. Jadi buat saya mengutuk bangsa sendiri?

Namun, jika 10 buah kedai gunting saya pergi selama ini, 8/10 daripadanya amat tidak memuaskan hati layanannya. Saya pernah dimarah-marah. Saya pernah dikasari dengan kata-kata. Mengapa jadi begitu? Akibatnya, kedai-kedai gunting itu tidak akan saya jejaki kaki lagi…. Kini saya mula ‘bermanja-manja’ dengan kedai gunting mamak pula.

Tetapi saya tidak nafikan, ada kedai gunting orang Melayu yang bagus layanannya. Cuma, sedikit sukar untuk menemuinya. Mungkin ini hanya dari segi perspektif dan di persekitaran saya sahaja dan bukan di tempat lain.

Ini sebenarnya bukan masalah bangsa. Tetapi masalah individu. Tidak kisahlah apa pekerjaan kita, jika kita berusaha untuk melakukan secara profesional walaupun simple, insyaAllah orang akan suka.

Jangan sebab nila setitik, habis disalahkan satu bangsa. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti di dalam layanan terhadap para pelanggan kita.

*Gambar yang ditunjukkan di atas adalah gambar hiasan sahaja.
Kredit: http://www.sxc.hu/photo/728818

Incoming search terms:

  • tukang gunting rambut
  • Kedai Gunting Rambut
  • layanan pelanggan
  • perkhidmatan gunting rambut
  • layanan pelanggan smartusaha
  • perniagaan kedai gunting rambut
  • kerusi gunting
  • bisnes kedai gunting rambut
  • sijil pendaftaran perniagaan ssm
  • perkhidmatan gunting rambut kajian
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)