Kad Debit Terbaru: Maybankcard Visa Debit

Pihak Maybank telah pun mengeluarkan kad debit Visanya sendiri dan telah dilancarkan beberapa yang hari lepas. Kad ini sama seperti kad-kad debit lain, namun disebabkan ia masih baru, saya belum pasti sama ada ia boleh digunakan secara meluas secara Online terutama untuk verified akaun paypal (termasuk transfer duit paypal ke akaun kad debit).

kad debit visa maybankNamun, daripada senarai penggunaan kad debit ini, didapati ia boleh digunakan secara Online untuk pembelian apa-apa produk.

Accepted Everywhere

Maybankard Visa Debit is accepted in as many as 26 million VISA merchant locations worldwide. You can also make online purchases and mail/telephone orders (MOTO) from the convenience of your home or wherever you are”.

Satu perbezaan ketara kad debit ini dengan kad debit lain ialah (daripada apa yang saya faham), ia tidak dikenakan caj keahlian tahunan seperti mana yang dilakukan oleh Public Bank sebanyak RM24 setahun.

Fee Free

No more annual fees, monthly interest rates or late charges to worry about with the Maybankard Visa Debit”.

Untuk memohon kad debit ini, anda mestilah mempunyai akaun simpanan atau semasa di Maybank, dan mesti berumur 18 tahun ke atas. Anda akan mendapat kad debit ini pada hari yang sama anda memohonnya:

“How long does it take to receive a Maybankard Visa Debit?
You will get your Maybankard Visa Debit card on the spot when you apply.”

Andaikata kad ini boleh digunakan betul-betul secara Online terutama untuk sahkan akaun paypal, maka ini adalah satu berita baik untuk mereka yang masih belum mempunyai kad debit. Ini kerana, Maybank adalah di antara bank yang paling ramai memiliki akaun simpanan. Jadi, tak perlu lagi ke bank-bank lain kerana anda hanya perlu memohon terus sahaja di Maybank.

Cara untuk memohon ialah anda perlu ke cawangan Maybank yang terdekat dan akaun kad ini boleh disambungkan bersama dengan akaun simpanan anda. Jadi, mudah untuk transfer duit ke akaun kad debit anda.

Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai kad debit ini kerana ia masih baru dan belum ada lagi rakan-rakan kita yang memohon dan mencubanya. InsyaAllah, ada masa dan ruang, saya akan mohon juga kad debit ini kelak.

Kepada anda yang ada masa dan mahu mencuba, anda boleh ke cawangan Maybank terdekat untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan pelbagai kemudahan yang semakin bertambah sekarang, tiada lagi alasan untuk tidak melakukan perniagaan melalui Internet. Bagi yang mahu berniaga di Internet, kad debit adalah wajib. Anda amat memerlukannya.

Rujukan: Kad Debit Maybankcard Visa

BCB –> CIMB = :)

Sekadar makluman untuk anda semua, mungkin masih ada yang belum mengetahui bahawa, bank commerce berhad (BCB) kini telah dikenali sebagai CIMB.

Maka, jika dulu laman web bank BCB adalah di http://www.bcb.com.my, maka kini anda sudah boleh mengakses laman web dan sistem yang berkaitan di http://www.cimbbank.com.my.

Bagi pengguna channel-e, kini ia dikenali sebagai CIMBClicks. Anda boleh mengakses sistem ini di http://www.cimbclicks.com.my. Apa yang saya perhatikan, hanya interface / design laman web sahaja yang berubah, tetapi sistem cimbclick lebih kurang sama dengan interface sebelum ini di channel-e.

Ada yang bertanya, bagaimana dengan kad debit mastercard sebelum ini? Adakah ada perubahan polisi atau sebagainya? Saya belum mendapat tahu lagi akan hal ini dan jika saya dah tahu, saya akan maklumkan di sini.Wassalam.

PS. Jangan lupa tukar nama bank BCB kepada CIMB di form order produk anda. 😉

Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk – Wajib Baca ;)

*Contoh yang diberikan di dalam artikel ini mungkin sudah tidak ‘relevan’ lagi pada masa ini. Ambil isi artikel ini iaitu mengenai mencari pasaran/permintaan. 

Kali ini, saya akan membawakan satu kaedah mudah untuk kita menentukan produk apa yang boleh kita jual di internet. Ingat keypoint utama di dalam menentukan produk:

ADA PERMINTAAN

Ya, pastikan produk yang anda ingin jualkan di internet itu ada sambutan atau permintaan yang tinggi. Dalam bahasa orang putihnya dipanggil demand. Ya lah, jika anda jual sesuatu yang tak ada atau sikit orang yang memerlukannya, maka sudah pasti sales (jualan) anda sikit bukan? Maka, pastikan anda mengikut ‘peraturan’ utama ini jika anda ingin betul-betul membuat wang di internet dengan menjual produk atau servis.

Ok, produk di sini tidak kisah samada fizikal ataupun digital mahupun perkhidmatan, ia dapat ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan masalah atau permintaan para pengguna internet. Salah satu cara untuk kita mengenalpasti apakah perkara yang dihadapi oleh kelompok orang yang tertentu adalah menggunakan forum. Bagaimana?

Mudah sahaja. Anda masuk ke forum-forum tertentu dan anda lihat, apakah masalah yang paling banyak dibincangkan oleh forumers (ahli forum) tersebut. Banyak di sini bermaksud, perbincangan bagi topik tersebut sentiasa diulang-ulang atau sudah lama dibincangkan. Inilah lubuk emas anda. Betul ke lubuk emas? Hmm, tak percaya tak per. Mari kita tengok satu contoh mudah..

Masalah mengeluarkan duit dari paypal!

Anda masuklah ke ruangan forum ebay Malaysia atau di forum wangcyber.com, topik mengenai masalah ini terus menerus dibincangkan sampai sekarang. Sebelum wujudnya beberapa penyelesaian, masalah ini begitu memuncak, duit di akaun paypal tak dapat atau susah untuk dikeluarkan. Tetapi, mereka yang tahu cepat mengambil peluang baik ini, maka mereka mewujudkan produk atau perkhidmatan mereka sendiri seperti:

1. Ebook Chapter-M, oleh Gobala Krishnan. Ebook yang ringkas, tetapi praktikal menerangkan beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari paypal

2. Accent Card. Di Malaysia hanya ada satu agen (jika saya tak salah). Mereka mengeluarkan kad debit yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus di mesin ATM.

*Nota terkini 1: Perkhidmatan Accent Card sekarang ramai yang mengadu mempunyai masalah. 

3. Khidmat mendaftarkan akaun bank US. Ini adalah cara penyelesaian pertama jika tidak silap saya untuk masalah ini sebelum wujud produk lain.

*Nota terkini 2: Paypal telah pun menyediakan kemudahan mengeluarkan wang terus ke kad debit/kredit (Visa card).

Dan lain-lain lagi produk atau servis yang telah wujud dan AKAN wujud untuk PENYELESAIAN bagi MASALAH ini. Hmm, anda ada cara lain lagi untuk mengeluarkan duit dari paypal?? 😉

Nampak dan faham dengan jelas? Cuba anda masuk ke forum / ruang komuniti ebay.com.my, dalam banyak2 topik, masalah paypal inilah yang banyak dibincangkan.

Kenapa? Sebab RAMAI yang memerlukan PENYELESAIAN kepada MASALAH mereka!

Sekali lagi, masalah!

Maaf, dalam bahasa yang ‘jahat’ sedikit, mereka (termasuk saya dan kita lah, hehe) yang memerlukan penyelesaian terhadap paypal itu, umpama di dalam keadaan tersangat LAPAR! Hungry kalau kalau dalam bahasa inggerisnya.. Perumpamaan ini tidak pelik jika anda tahu, sebab, sebagai pencari peluang, kita mesti melihat mereka yang sedang amat-amat memerlukan sesuatu untuk memudahkan mereka.

Jadi, selepas anda membaca tulisan saya ini, cuba masuk ke beberapa forum dan lihat, apakah masalah atau perkara yang selalu dibincangkan atau perbincangan itu dah lama dibincangkan tetapi solusinya belum lagi ada. Atau jika dah apa pun, masih diperlukan penyelesaian yang lebih efektif, tersusun dan mudah.

Ehem, saya sekarang dalam proses menyiapkan satu produk yang mana ‘idea’ ini diperolehi daripada forum. Ramai yang memerlukan ‘penyelesaian’ terhadap masalah mereka, maka insyaAllah saya cuba memenuhinya. Masalah mereka sering dibincangkan di forum dan kadang-kadang topik baru dibuka, terutama newbie. Tak cukup di forum, ada juga yang menghantar emel kepada saya memohon bantuan.

Nota terkini 3: Produk itu ialah Pakej Kit Blogger.

Dipendekkan cerita, jika anda dah jumpa lubuk emas tu, jangan menangguh, tetapi rebutlah dengan segera dengan menyediakan produk/perkhidmatan kepada yang memerlukan itu.

Sekian, wassalam.

PS. Ada beberapa cara lagi untuk menentukan ‘hot product’ yang ada demand atau apa yang boleh anda jual di internet.

Ebook Percuma : Panduan Pengaktifan PayPal

Sekadar mengulangi, sudahkah anda memindah-turun (download) ebook percuma panduan pengaktifan paypal?

ebook percuma smartusaha

Ebook ini mengandungi:

1. Cara mendaftar paypal langkah demi langkah

2. Proses menambah kad kredit / kad debit kepada akaun paypal anda

3. Proses pengesahan kad debit / kredit (expanded used number)

4. Proses Naik taraf akaun personal kepada akaun premier

Walaupun isi kandungan ebook ini nampak mudah seperti petik jari bagi sesetengah orang, namun bagi para newbie yang tersangat baru, insyaAllah ebook ini sedikit-sebanyak membantu mereka. Kelebihan ebook ini adalah ia menggunakan pendekatan langkah demi langkah dan bergambar. Ketahuilah, ramai yang mengeluh bermasalah semasa ingin mengaktifkan akaun paypal mereka iaitu semasa proses menambah kredit atau debit card ke dalam akaun paypal mereka.

Klik link berikut untuk mendapatkan ebook percuma ini:

http://smartusaha.com/news

ikhlas,

zulfadli.

PS. Versi ke-2 ebook percuma ini akan dihasilkan dan lebih bertambah isi kandungannya. Daftar sekarang di laman web yang diberikan tersebut untuk mendapatkan versi ke-2 yang lebih up-to-date dan lebih ber-informasi. Sudah pasti ia percuma. 😉

Tak ada kad kredit? Ruginya…

Ops, saya betulkan balik tajuk tu, tak rugi jika anda tak ada kad kredit, malah lebih bagus jika anda seorang yang tidak dapat mengawal perbelanjaan seharian. Tetapi, untuk menjadi usahawan internet yang global, anda perlu mempunyai kredit kad. Apa? Tak mampu? Tak layak? Tak berani? Berisiko tinggi? Hehe, samalah saya pun. Maka, apa penyelesaiannya?

Tidak lain dan tidak bukan, kad debit adalah penyelesaiannya. Di tulisan ini dan di tulisan akan datang, saya akan kongsi mengenai hal ini dan apakah tujuan ianya dipakai bagi kita sebagai usahawan internet. Bagaimana memohonnya dan perkara berkaitan.

Secara mudah, kad debit atau kredit amat penting kerana di luar sana pelbagai peluang yang anda boleh dapatkan serta memerlukannya bagi aktiviti keusahawanan anda. Nak tak nak, anda perlu ada salah satu jenis kad ini. WAJIB!

Sebelum saya menulis panjang, saya ingin bertanya dua soalan.

1. Adakah anda mempunyai kad debit atau kad kredit? Jika tak ada, kenapa? Tak tahu nak mohon? Modal? Belum bersedia?
2. Apakah pendapat anda mengenai kepentingan mempunyai kad ini?

Atau berilah apa-apa pendapat pun.

Jumpa di tulisan seterusnya nanti. 🙂