Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » jutawan internet

Duit: Berapa Banyak Yang Anda Mahu?
Hari ini tak ada tip atau artikel. Tapi kali ini saya inginkan pendapat anda semua pembaca blog ini.

Ramai yang berniaga di internet mahukan wang lebih, banyak atau dalam istilah yang lain, kekayaan. Soalnya, banyak mana tu?

Sejuta? Berjuta-juta? Beratus ribu? Berpuluh ribu? Atau berapa?

Apakah jumlah sebenar yang perlu dimiliki atau dihasilkan?

Atau soalan lainnya, berapa banyak yang anda mahu?

Saya bertanya sebab rata-rata kebanyakan orang mahukan sejuta atau lebih. Setiap kali ditanya, mereka akan jawab, “saya nak jadi jutawan”. Kenapa tidak ratus ribu dan kenapa sejuta? Siapakah yang memandai-mandai cipta ‘budaya wajib jadi jutawan’ ini? Adakah ia wajib bagi semua orang?

Dan ada juga prinsip “ala, cukup makan pun jadi laa”. Ini pun entah siapa yang memandai-mandai cipta hukum dan kepercayaan sebegini.

Soalnya, banyak mana duit yang anda mahu? Atau dalam soalan yang lebih tepat ialah, sebanyak mana yang anda perlukan?

Ini adalah soalan cepu panas emas dan saya yakin setiap orang ada pendirian masing-masing.

Jom berikan pendapat anda.

Terima kasih.

ps. Dapatkan panduan percuma buat duit dengan Adsense.

Incoming search terms:

duit banyak

duit yang banyak

ada duit semua jadi

saya nak duit banyak

nak diut banyak

mencari duit yang banyak

mahu duit banyak

macamana mahu dapat wang banyak

duit pasar malam

duit banyak mana mahu cari

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/buat-duit-di-internet-banyak-mana/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Dr. Irfan Khairi @ TV3
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=tCs31_mBI1Y]

*Rakaman TV3 sempena Gerak Usahawan 2007

ps. Dalam tu ada member kita [pada saat ke-56], Mohd Amirol Pakej Web Jualan. Kalau tak salah lah. Kalau salah bagitahu yer Amirol.

Incoming search terms:

usahawan irfan khairi

dr irfan khairi -maksud usahawan

kemana amirol menghilang

macam mana nak berniaga di internet by irfan khairi

usahawan dr irfan khairi

usahawan irfan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/irfan-khairi-tv3/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Sebelum Anda Menyertai Mana-Mana Bengkel, Seminar… + Oh MLM!
Dahulu, nak jumpa seminar perniagaan Internet di Malaysia punyalah susah. Kalau ada pun, course yang tak semua orang mampu untuk mengikutinya. Tapi berbeza dengan sekarang, kita dapat lihat bengkel, program dan juga seminar semakin bertambah.

Tetapi, di sebalik ‘keghairahan’ itu, adakah ia satu petanda yang baik?

Tidak sama sekali.

Kali ni saya nak kongsi dengan anda bagaimana nak selamatkan diri anda daripada program (bengkel, seminar…) yang menggunakan topeng dan tipu muslihat…

Di sebalik kemahuan dan minat kita semakin membara terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan Internet skala kecil ini (Niche Internet Marketing), rupanya ada juga mereka yang cuba menggunakan istilah-istilah tertentu untuk mengumpan orang yang mahu membina perniagaan Internet sendiri.

“Seminar Percuma E-Dagang!”

“Bengkel Usahawan Internet Gemilang”

“Ceramah Percuma Perniagaan Internet”

“Seminar eCommerce”

“Jadi Jutawan Internet Macam Irfan Khairi!”.

dan banyak lagi…

Indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya hanya menjadikan istilah-istilah yang baik itu sebagai topeng sahaja. Rupanya di sebalik perniagaan Internet yang mereka jaja itu adalah MLM dan ada juga skim cepat kaya. Sebelum saya menulis, ingin saya katakan, MLM itu tak salah, tapi cara individu tertentu telah mencemarkan nama industri itu. Dan cara mereka itu juga boleh mengotorkan industri perniagaan Internet.

Saya kadang-kadang rasa kelakar dan nak ketawa apabila orang yang buat MLM atau Skim Cepat Kaya mengatakan, “sertailah kami, jadi jutawan macam Irfan Khairi dan Bill Gates!”. Kalau ada orang kata macam tu kat anda, jawab macam ni, “weh, diaorang tu jadi jutawan bukan buat MLM!“. Pelajaran di sini, jika anda seorang ahli MLM, berilah contoh individu yang sebenar macam Dato’ Azman Chin ke, saper ke (saya tak tahu sangat). Pendek kata, berilmulah dulu sebelum berkata-kata.

Baru-baru ini, seorang sahabat kita telah tertipu dengan satu seminar yang kononnya dikatakan akan mengajar mengenai perniagaan Internet. Di dalam iklan, tiada diberitahu pun isi kandungan seminar adalah berkait dengan MLM. Belum seminar habis, mereka (peserta) yang rasa tertipu terus angkat kaki.

Pengajaran

Saya tak nak bagitahu nama seminar tersebut. Cuma sebagai pengajaran bagi kita semua, andaikata ada pihak yang menganjurkan sesuatu bengkel atau seminar, tak kisahlah perniagaan Internet atau apa-apa perniagaan, tanya dahulu mereka:

“Bengkel ni pasal apa?”.

Kalau mereka jawab, “alah, datang je lah dulu. Nanti tahulah”.

Biasanya, kalau dia jawab begitu, isi kandungan program itu mungkin lain dari khabar.   Cara begini biasanya digunakan oleh geng Skim Cepat Kaya dan juga ahli MLM (tak semua). Harap anda jangan salah sangka kepada saya. Biar saya ulang sekali lagi: MLM tidak salah, tapi yang salah adalah ahlinya. Mungkin artikel yang ditulis oleh Zamri Nanyan yang bertajuk “Taktik Jom Makan” boleh memahamkan anda mengenai teknik penajaan yang efektif untuk mencari ahli baru bagi bisnes MLM anda.

Jadi, jika anda seorang yang jujur, maka jujurlah dalam berkata-kata. Kalau seminar itu mengenai MLM, maka beritahulah yang sebenar. Kalau MLM tu guna Internet, bagitahulah, “seminar kami ni akan ajar bagaimana nak memasarkan produk MLM kita menggunakan Internet ke seluruh dunia”. Susah ke? Hasilnya, yang datang ke seminar itu adalah yang betul-betul berminat dengan MLM. Ingat pepatah Melayu, “buat baik berpada-pada, buat jahat JANGAN SEKALI”.

Hidup di dunia ni, janganlah suka sangat mencari musuh secara percuma. Lagi-lagi jika anda melakukan perniagaan, mencari musuh jangan sesekali. Jangan buat orang benci akan kita.

Cukup dulu setakat ni. Saya nak belajar untuk menulis pendek-pendek pulak. Tapi rasanya panjang juga tulisan ni. hehe..

Incoming search terms:

bengkel seminar internet

cara menarik orang ke seminar mlm

flyers mencari ahli mlm baru

maklumat salah misinformation

seminar bisnes internet malaysia tipu

strategi mlm untuk menarik orang menyertainya

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/sebelum-anda-menyertai-mana-mana-bengkel-seminar-oh-mlm/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Kesilapan Demi Kesilapan…
Apa khabar semua?

Pada sabtu lepas, saya telah ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu program. Pada petang selepas tamat program tersebut, saya telah ke sebuah restoran nasi kandar bersama dengan Jimiey dan dua orang lagi kawan.

Di sebelah malam pula selepas berehat di Hotel Seri Malaysia, saya pekena pula sup kambing di sebuah restoran dekat dengan Line Clear (malam tu keluar kat Majalah 3 TV3 mengenai Line Clear). Terima kasih tak terhingga kepada Jimieray sebab beliau telah membawa saya jalan-jalan di sana.

Bahagian luar Restoran Sup Hamed (Sabtu lepas)

Line Clear, Pulau Pinang (Saya ke situ April lepas)

*Hati-hati dengan makanan berlemak. Jaga kesihatan anda.

Baik, itu hanya mukadimah sahaja.   Mari kita ke topik yang utama.

Sepanjang saya melakukan perniagaan Internet, banyak juga kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan. Namun, ia adalah satu pelajaran yang amat berharga jika kita tahu menilai dan mengambilnya sebagai peringatan…

Jika anda mendaftar di http://www.internetmuda.com, anda akan menerima satu emel mengenai saya yang mana saya menceritakan salah satu kesilapan saya di awal pembabitan saya dalam bidang perniagaan Internet ini.

Kesilapan yang saya kongsikan adalah mengenai sifat mahu menjaga hati mereka yang tidak suka terhadap saya. Tak perlu saya ceritakan di sini sebab tak gunalah saya bagi cerita tu untuk emel InternetMuda tapi saya cerita kat sini pula.

Namun, banyak lagi kesilapan-kesilapan lain yang mahu saya kongsikan.

Kesilapan Lain…

Berikut adalah lima kesilapan lain yang telah saya lakukan dan tak mungkin akan saya ulangi lagi.

1. Terlalu Menumpu Pada Satu Produk atau Perkhidmatan

Jika anda telah mempunyai produk sendiri, pastikan ia lebih daripada satu. Mungkin dua, tiga, lima, sepuluh atau lebih. Maksudnya, satu laman web, satu produk. Perniagaan pertama saya adalah menjual sekeping CD (perisian) dan kemudian membuka satu perhidmatan membina laman web minisite. Kedua-dua perkhidmatan ini telah dihentikan sebab saya mahu menumpu kepada produk lain.

Anda pula bagaimana? Tiada apa-apa produk? Lebih baik anda bertindak cepat untuk memulakan perniagaan Internet sendiri. Bagi yang ada satu produk/laman web, sudah tiba masanya untuk anda menambah produk-produk lain.

Saya kini dalam proses mengemaskini Pakej Kit Blogger dan seterusnya akan menyiapkan beberapa produk lain. Banyak sebenarnya projek yang akan dilancarkan ni dan di antaranya tiada kaitan pun dengan ebiz.

Kepentingan mempunyai banyak produk adalah agar jika produk A tak banyak jualannya, mungkin produk B, C dan lain-lain boleh ‘cover’ untuk jumlah pendapatan bagi setiap bulan. Anda faham maksud saya bukan? Gambarannya begini. Andaikan ada empat produk (laman web) dan pendapatan setiap bulan adalah:

Produk A: RM300.00

Produk B: RM250.00

Produk C: RM500.00

Produk D: RM800.00

Total = RM1850.00

Bayangkan jika anda hanya ada produk A. Tidakkah ‘terseksa’ hidup anda?   Psst, RM1850 tu sedikit je tu. Kalau boleh, minimum pendapatan bulanan ada paling kurang RM2000 sebulan.   Jika lebih lagi Ok. Tapi, terserah kepada individu, orang lain tak layak nak menghakimi anda.

Tugasan matematik untuk anda: Katakan setiap produk di atas masing-masing mendapat jualan RM1000 setiap bulan. Berapakah jumlah keseluruhan pendapatan anda bagi satu bulan tersebut?

Tip: Selain daripada produk utama (A,B,C dan sebagainya), anda juga boleh menjana pendapatan dengan cara-cara yang lain (sampingan/one-time income). Kalau nak tahu, datang ler hari-hari ke blog ni.

2. Hanya Menumpu Satu Model Bisnes

Mungkin sudah tiba masanya anda cuba memasuki model perniagaan yang lain juga selain model yang anda lakukan sekarang.

Sebagai contoh, saya sehingga kini hanya menumpu kepada produk digital tetapi tidak melakukan produk fizikal atau memanfaatkan pasaran lelong seperti lelong.com.my atau ebay.com. Maksudnya di sini, saya perlu ada produk fizikal dan digital. Atau jika nak lagi, ada perniagaan berbentuk perkhidmatan.

Apa kelebihan mempunyai pelbagai model perniagaan? Ketahuilah, tak semua orang suka dengan produk digital seperti ebook. Hakikatnya, ramai yang sukakan produk fizikal kerana fitrah manusia sukakan barangan yang boleh disentuh, ada bau dan boleh dirasai. Atau secara mudah, produk fizikal mempunyai “value” tersendiri. Tak begitu Sabri?

Saya tak perlu menceritakan model-model bisnes Internet yang lain kerana anda boleh mendapatkan panduan daripada saudara Tazilan melalui Ebook Model Bisnes Internetnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Ebook tersebut.

3. Tidak Memanfaatkan Sepenuhnya Ebook dan Software yang Dibeli

Saya tak lah banyak membeli Ebook atau software di Internet, tetapi apa yang saya beli itu jika digunakan amat-amat baik untuk perniagaan saya. Katakan saya membeli satu perisian pada 4 bulan lepas dan saya tidak menggunakan sehingga kini, cuba anda bayangkan betapa ruginya saya. Perisian itu katakan mampu mendapatkan puluhan malah ratusan dan ribuan prospek (bakal pembeli) dalam tempoh tersebut. Rugi…

Sebagai pelajaran di sini, apabila anda telah membeli sesuatu seperti ebook dan perisian, pastikan anda menggunakannya dengan segera agar tidak membazirkan masa dan melepaskan bakal pembeli begitu sahaja. Jangan menangguh!

4. Terlalu Banyak Idea

Haha.. Pelik. Biasanya orang yang banyak idea ni orang kaya. Tapi sebenarnya, orang kaya adalah orang yang ‘banyak idea dan menjual ideanya itu’. Jual di sini bermaksud menjadikan idea itu sebagai satu produk atau perkhidmatan.

Tapi ini tidak, hari-hari senaraikan idea nak buat itu dan ini. Sebulan, dua bulan, 5 bulan yang lepas, tak terbuat-buat pun walau satu idea! Tidakkah begitu rugi??? Kan bagus buat satu idea demi satu idea dan menjual produk yang terhasil? Dah siap satu, buat lagi satu dan begitulah seterusnya.

Tip untuk anda, utamakan idea yang:

1. Mudah dan cepat untuk dihasilkan

2. Berkos rendah (lebih-lebih jika anda baru bermula)

3. Mudah untuk dijual dan diuruskan

Namun, pastikan produk anda itu ada permintaan (demand). So, kena buat market research dulu sebelum menentukan produk apa yang boleh dijual.

5. Tidak Yakin dan Terlalu Membanding-banding…

Saya yakin, kesilapan ini juga ramai yang melakukannya bukan? Apabila si A menghasilkan satu produk mengenai satu topik, maka kita terus mahu mengelak untuk tidak mengeluarkan produk yang lebih kurang sama dengannya.

Alasannya mudah, tak nak bersaing, sebab si A tu kawan dan takut produk tak laku. Ketahuilah saudara, sebenarnya setiap usahawan atau perniagaan mempunyai target dan bakal pembeli tersendiri. Dah adat perniagaan akan wujudnya persaingan.

Maka, usahlah takut untuk menghasilkan produk yang lebih kurang sama dengan orang lain tetapi dengan syarat, produk anda lebih baik daripada produk si A dan ada keunikan tersendiri.

Banyak lagi kesilapan-kesilapan yang ingin saya kongsikan dan saya berharap, anda tidak melakukannya. Berusahalah dengan bersungguh dan lakukan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Daftarkan diri anda di www.internetmuda.com (klik sahaja link ini) dan anda akan mendapat satu ebook percuma yang menyenaraikan banyak kesilapan yang jika boleh anda perlu elakkan dalam perniagaan Internet.

Akhir kata, pastikan anda sentiasa mempunyai momentum agar graf prestasi perniagaan Internet anda dan diri anda sendiri sentiasa menaik atau stabil.

Terima kasih.

PS. Satu Seminar Perniagaan Internet akan diadakan lagi di bahagian utara iaitu di Alor Setar, Kedah. Bertempat di Hotel Regent Alor Setar, pada minggu pertama Ogos 2007 (sabtu). Saya akan maklumkan kepada anda dalam masa terdekat apabila pihak penganjur sudah bersedia untuk menerima pendaftaran.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/rahsia-perniagaan-internet-kesilapan/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Usahawan Internet : Senyap Vs Bising
Jika disebut nama SaifulSham, Shuth, Alang, Sufian, Gobala, Patric Chan, Dr. Irfan dan 1001 nama lagi, memang anda mengenali diri mereka. Mereka banyak menulis dan memang terbukti mereka adalah usahawan Internet. Maksudnya, mereka jika bercakap atau menulis, mereka melakukannya…

Tapi, tahukah anda? Selain mereka, ada lagi yang berusahawan secara senyap-senyap tanpa ‘bising-bising’? Selain berusahawan dengan produk sendiri atau model ebiz tertentu, ada juga yang buat duit dengan cara lain seperti program Google Adsense dan mendapat hasil setiap hari dan bulan.

Mereka ini golongan yang senyap dan tak banyak bercakap. Mereka lebih banyak bertindak daripada bercakap atau senang cerita, fokus pada usaha mereka. Dalam diam-diam, mereka menjana pendapatan yang boleh tahan juga di Internet. Mereka tidak mengejar populariti atau nama atau ingin dipuji. Sebaliknya, mereka hanya mahu membuat duit melalui Internet, capai matlamat diri dan cukuplah itu bagi mereka.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, bukan mahu menyatakan tidak perlu banyak bercakap, tetapi sebaliknya adalah, contohilah mereka yang senyap-senyap itu. Mereka banyak berusaha dan bertindak. Tidak menangguh. Mereka fokus kepada kepakaran mereka dan sebaliknya bukan mengeluarkan produk cara buat duit di Internet semata-mata. Sama sekali tidak. Saya telah melihat banyak orang Malaysia melakukan perniagaan di Internet tetapi nama mereka tidaklah dikenali, namun nampaknya boleh tahan juga bisnes mereka.

Salah satu laman web yang saya temui semalam, mempunyai pelawat yang begitu ramai dan ‘niche’ yang beliau ceburkan diri adalah apa yang beliau ketahui, bukan buat ebook cara buat duit, bukan ajar orang cara buat duit… Begitu juga dengan laman web-laman web yang telah saya lawati, perniagaan mereka begitu kencang. Dalam senyap-senyap, mereka mungkin telah berjaya.

Sham RajaAdsense ada menceritakan kepada saya, ada sepasang suami isteri hanya duduk di rumah sahaja. Rumah, kereta dan harta, boleh tahan. Kata Sham, mereka ni menjual barang-barang yang simple sahaja di ebay.com. Namun, nama mereka tidaklah begitu dikenali di dalam industri perniagaan Internet di Malaysia ini. Mudah dikata, nama mereka tidaklah meniti di bibir-bibir dalam bidang perniagaan ini. Saya amat yakin, selain mereka ini, RAMAI LAGI di luar sana yang hanya fokus kepada usaha mereka.

Yang banyak bercakap macam mana? Golongan ini ada dua jenis:

Jenis 1: Hanya banyak membaca, bercakap dan menulis, tetapi tindakan kurang. Paling menyedihkan, asyik menangguh. Lagi sedih, sebab hanya banyak bercakap, satu sen pun tak terhasil. Usaha di sini maksudnya, ada usaha dan kesungguhan lah untuk melakukan ebiz.

Jenis 2: Banyak bercakap, tapi dalam masa yang sama banyak bertindak. Jenis ini lagi baik daripada yang pertama walaupun tiada hasil yang diperolehi, tapi mereka berusaha dan bertindak. Lain dengan jenis satu, entah bila nak bermula.

Tidak kisah anda ingin menjadi usahawan Internet senyap atau ‘bising’, kedua-duanya boleh. Tak salah. Tak ada undang-undang pun yang kata tak boleh.   Senyap atau bising, dua-dua ada kelebihan dan manfaat tersendiri.

Cuma yang dipersoalkan adalah mereka yang hanya tahu bising tapi tiada tindakan. Buatlah satu perkara sehari daripada tak buat langsung, sebab itu lebih baik. Sikit-sikit, lama-lama banyaklah hasilnya nanti.

Saya menulis hal ini bukanlah ingin mempersoalkan akan mengenai sesiapun yang belum bermula atau menangguh-nangguh atau bermain dengan alasan. Tetapi tujuan artikel ini ditulis untuk membuktikan selagi ada usaha, di sana ada hasilnya. Dikenali, terkenal atau tidak dikenali, itu BUKAN matlamat utama. Yang penting adalah pendapatan dan kewangan anda. Yang mana lebih penting?

Nak berjaya, tak terkenal pun tak apa. Biarlah orang tak kata kita pakar pun, janji kita berjaya. Setuju? Biarlah orang tak sebut-sebut nama kita, janji hidup kita senang. Setuju? Janji anda berjaya membina kepercayaan terhadap para pelanggan atau target market anda, itu sudah memadai. Dan itulah yang sepatutnya. Saya menyatakan hal ini sebab ada yang salah dan silap faham. Anggapan mereka kononnya kena famous dan terkenal dahulu baru boleh buat duit! Oh, itu anggapan dan salah faham yang silap besar!

Nak buat duit di Internet, tak perlu jadi macam selebriti atau dikenali ramai. Cukuplah memberikan khidmat dan servis yang berkualiti. Cukuplah tidak menipu. Cukuplah menjaga hati pelanggan. Cukuplah membina kepercayaan mereka kepada anda. Fokuslah kepada bidang (niche) anda sahaja. InsyaAllah berjaya.

Tak percaya cakap saya? Ok. Cuba jawab soalan saya ni. Mengapa usahawan Internet senyap yang saya ceritakan itu boleh berjaya walaupun mereka tak terkenal?

Wassalam.

ps. Psst, perlukah saya menulis satu ebook atau buku yang bertajuk: “Usahawan Internet Senyap”? hehe..

Incoming search terms:

bisnes senyap

ebook jutawan senyap

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/usahawan-internet-senyap-vs-bising/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Adakah Anda Bangga Menjadi Usahawan Internet?
Anda sudah memilih perniagaan Internet sebagai bidang menjana pendapatan, terutama yang melakukan secara sepenuh masa. Tidak kisah apa model perniagaan anda, itu semua tidak kisah. Penulis ebook ke, developer ke, servis ke, publisher ke, itu asasnya sahaja.

Tapi yang perlu dikisahkan di sini adalah, rasa bangga akan kerjaya ini lagi-lagi anda melakukannya secara sepenuh masa (seperti saya yg melakukan full time). Kerjaya saya sekarang adalah sepenuhnya online business secara full time.

Saya perhatikan, tidak ramai yang bangga. Sebaliknya, bidang lain (tak perlu saya sebut) yang selain dari Internet Marketing, mereka teramat bangga melakukannya. Sehinggalah saya melihat, seolah-olah dunia perniagaan Internet tak ada apa-apa. Nothing. Pernah tak anda rasa, perniagaan Internet ni kosong, atau hanya rasa ia buat duit semata-mata? Agak-agak kenapa ada rasa kosong itu?

Bukanlah bermaksud di sini kita perlu menunjuk-nunjuk, tidak sama-sekali. Bukan juga nak suruh orang lain jadi usahawan Internet. Tapi bangga di sini bermaksud, kita ada semangat dan motivasi untuk melakukan PERNIAGAAN INTERNET. Sehingga apabila orang lain tengok kita, sampai mereka bermotivasi dan KAGUM dengan usaha kita!   Kalau dalam bahasa yang hebatnya, seolah-olah ada aura yang kuat…

Tambahan lagi juga, daripada pemerhatian saya, ramai yang melakukan perniagaan Internet yang betul ni mudah sangat untuk berbalah sesama sendiri dek kerana berbeza pendapat walau sekecil perkara. Saya mengaku, saya dulu pun pernah melakukan kesilapan sebegini, tapi kini saya tersenyum apabila mengenangkan ‘kisah yang lalu’. Tapi jika kita lihat mereka yang melakukan pelaburan yang jelas salah, mereka bersepakat bukan main pula. Sepakat mereka sepakat dalam hal yang salah, tapi berbalah kita, berbalah hal yang kecil, hal yang boleh ditoleransikan.

So mana-mana yang mudah sangat tak senang dengan pendapat orang lain tu, belajar-belajarlah bertoleransi Ok. Dalam perniagaan Internet ni, ada macam-macam cara, tapi kalau kita nak orang lain terima cakap kita sahaja, susahlah. Pendek kata, selagi sesuatu pendapat orang tu betul, berlapang dadalah. Satu lagi, tak perlulah menyindir-yindir, dengki atau membenci. Sifat mazmumah tu… Kena jaga hati tu elok-elok agar tak ada sifat-sifat macam tu. That why saya jarang sertai perbincangan di forum wangcyber contohnya sebab mudah sangat berlaku pertelingkahan.

Anda semua perlu tahu, bidang perniagaan Internet di Malaysia ni tak begitu menarik hati lagi bagi rakyat Malaysia. Bukanlah nak tunjuk kat mereka yang kita ni buat duit ribu-ribu, tapi tujuannya agar mereka tahu yang bidang ebisnes ni pun ada ‘class’nya tersendiri, satu kerjaya yang terpuji juga. Lantas dari itu, mereka secara tak langsung akan yakin untuk membeli secara online.

Kemudian, berkembanglah bidang perniagaan Internet ini di Malaysia, malah mak ayah, family dan sedara mara akan kagum dengan anda yang berjaya sebagai usahawan Internet. Tak ada lah lagi pening-pening apabila orang asyik tanya, “apa kejadah kerja la kau buat ni yer…”. Sebabnya mereka tak tahu dan kenal apa itu usahawan Internet.

Kita perlu bangga dan kita perlu membina satu kelas identiti tersendiri dalam bidang Keusahawanan Internet ini. Jangan biarkan orang tak hormat akan usaha kita. Kadang-kadang, nak low profile sangat pun tak boleh juga. Itu pandangan saya lah. Cuba hayati dialog ini:

Dialog 1:

“Zul, kerja apa sekarang?”, tanya sorang member.

“Hmm, usahawan Internet”, jawab saya.

“Oh, apa tu?”, tanya dia kebingungan.

Dialog 2:

“Kau kerja apa Zul sekarang?”, tanya member.

“Aku buat bisnes Internet…”, jawab saya ringkas.

“Ooo, kau buat bisnes yang labur-labur tu yer…”, anggap dia begitu mudah.

Dialog 3:

“Zul, benda yang kau buat sekarang ni yang difatwakan haram tu ke?”, tanya seorang saudara saya kebimbangan…

“Tak lah, aku buat bisnes yang betul-betul. Tak terlibat benda-benda tu”, jawab saya ringkas.

Tambah dia lagi, “Ala Zul, carilah kerja tetap, kau tu anak lelaki”.

Darah saya tiba-tiba tersirap. Geram campur kecewa pun ada dengan kata-kata saudara saya itu yang seolah-olah kerjaya sekarang satu kerjaya yang hina…

Daripada tiga dialog tadi, apakah pandangan anda?

Apakah sebab mereka tak tahu apa itu perniagaan Internet dan apa itu usahawan Internet? Dan apa bezanya dengan pelaburan skim cepat kaya yang ^&@#$! tu? Bukan setakat orang kampung tak tahu, masa nak daftar perniagaan saya kat SSM pun mereka pening, apa kejadahlah perniagaan Internet ni. Bahkan yang ada PhD pun tak tahu apa kebenda la perniagaan Internet ni.

Bagi saya, hanya ada satu sebab. Kita terlalu low profile dan kita tak cuba mengangkat kerjaya usahawan Internet ke satu tahap yang membanggakan. Kita terlalu merendah diri dengan slogan “biarlah…” sehingga sampai satu masa kita sendiri akan tertekan dan terus tertekan dengan mereka yang tak tahu dan tak faham. Salah kita juga sebab kita low profile… Lainlah mereka yang kalau dah dijelaskan masih tak faham atau buat-buat tak faham, yang tu memang patut kena lekuk…

Itu bab low profile dan tak kaitkan lagi dengan usahawan-usahawan Internet yang mudah sangat berkelahi dan bermusuh sesama sendiri. Apa la nak jadi wahai saudaraku semua?   Benda yang kita buat ni betul dan banyak cabang-cabangnya, jadi berlapanglah dada Ok. Jangan ego sangat. Hal ini saya bukan saja ingatkan orang lain, malah saya sentiasa ingatkan diri saya sendiri.

Jadi bagi saya, low profile ada pro dan kontranya sendiri. Slogan “biarlah…” itu ada tempat dan masa tersendiri. Terserah kepada anda. Tapi bagi saya, low profile sangat-sangat kadang-kadang kurang sesuai lebih-lebih pada waktu sekarang. Bagi yang nak rendah diri tu, terserahlah. Bagi yang nak dedahkan diri, teruskan, saya amat menyanjung usaha anda.

Contoh di sini adalah seperti Dr. Irfan Khairi, SaifulSham, Alang dan lain-lain lagi. Hargailah jasa mereka, jangan kutuk-kutuk dan membenci mereka. Kalau mereka ada buat salah tu, normallah manusia biasa. Doa-doalah mereka sihat dan dilindungi daripada perkara yang tak baik. Kalau takder yang dedahkan diri macam mereka, agaknyalah, kita dah sampai tahap ni tak sekarang dalam bidang ni? Anda perlu tahu, dah ramai yang mula jana pendapatan di Internet ‘gara-gara’ adanya mereka yang sanggup ‘turun padang’. Berterim-kasihlah sikit paling kurang…

Anda tak tahu, mereka ni macam Dr. Irfan dan SaifulSham lebih banyak kena kutuk dengan bangsa sendiri daripada menerima pujian dan terima kasih. Pelik bukan? Mungkin sebab itulah ramai usahawan Internet mahu mendiamkan diri, takut kalau-kalau dikutuk dan tak mahu mengambil risiko. So di sini, mereka yang low profile tu tak salah, tapi yang salahnya mereka yang suka kondem dan kutuk-kutuk usaha murni orang lain.

Tapi seperti yang saya katakan, yang low profile tetap ada alasan tersendiri dan kita mesti menghormati pendirian mereka juga. Orang kata, tuntutan fardhu kifayah tu dah gugur untuk orang lain termasuk anda sebab dah ada yang pakar dan turun padang dalam bidang ebiz ni. Jadi tak ada paksaan untuk anda turut bersama ‘turun padang’.

Jika anda bertanya bagaimana untuk mengangat kerjaya usahawan Internet ini ke satu tahap yang membuatkan orang percaya, yakin, faham dan menghormati, hanya ada satu jalan sahaja…

Bukan menulis ebook percuma.

Bukan menulis artikel.

Bukan menulis buku.

Bukan buat seminar, bengkel atau ceramah.

Bukan bermaksud cara-cara di atas tak perlu, tapi ia tidak mencukupi.

Bagi saya satu faktor yang amat penting juga adalah:

Kita kena BANGGA dengan kerjaya ini, berusaha betul-betul dan bersungguh, sentiasa bermotivasi, jelas apa yang dilakukan (bisnes ini), buat sampai berjaya dan yang penting, gaya seorang bisnesman itu perlu ada. Jangan buat ala kadar dan tak ada nampak bisnes pun.

Berusahawanlah sehingga bila orang tengok, mereka akan berkata, “Huuh, kagum betul aku dengan usahawan ni, bersungguh betul, ada gaya!”. Bila ditanya, usahawan apa dia tu? Jawabnya dengan bangga, “Usahawan Internet!”.

Akhir kata kepada usahawan Internet sekalian…

Kita patut bangga…

Kita patut yakin…

Kita perlu ada ‘gaya’…

Kita perlu ada ‘passion’…

dengan kerjaya usahawan Internet ini.

Sekian, salam maju jaya.

Yang Ikhlas,

PS. Jika anda seorang usahawan siber full time, harapnya dapat meninggalkan komen di sini atau menghubungi saya terutama yang belum pernah berkomunikasi dengan saya melalui emel.   Yang saya tahu, usahawan Internet full time di Malaysia ni macam Alang, Kak Galadriel, Dr. Irfan, saya, Gobala Krishnan, Patric Chan, hmmm, saper lagi yer? Maaf kalau saya tak sebut kat sini, saya yakin ramai lagi.

Full time means, anda tak ada tanggungjawab lain macam kerja makan gaji dengan mana2 pihak. Full time here also means kalau boleh, all of your income adalah dari Internet. Maksudnya, kerjaya anda adalah usahawan Internet. Itu ‘tafsiran’ saya lah.   Anda jangan salah faham, kalau anda buat ebiz yang betul tapi makan gaji, anda TETAP usahawan Internet, cuma ia bukan kerjaya tetap anda sahaja.

PPS. Perbicaraan di sini adalah lebih kepada usahawan, jika boleh, anda mempunyai produk atau servis sendiri sebab itu adalah tafsiran tepat mengenai usahawan. Oh ya, bukan skim pelaburan cepat kaya atau yang main-main lot tu Ok!

Nota Kaki:

*Thanks to Jimie yang buat sedikit review mengenai seminar perniagaan Internet di Penang pada 29 April 07 yang lepas. Klik di sini untuk membaca review itu.

**Saya mula sibuk sedikit hari ini sebab ada empat projek JV yang perlu dilakukan persiapan sebelum pelancaran dilakukan. Dua peringkat Malaysia dan dua lagi International.

***Seorang anak muda yang SIBUK bekerja makan gaji 12 jam sehari (masih single) berjaya menjana jualan satu produknya sekitar RM3000 dalam 5 hari sahaja selepas menggunakan formula SmartZuL! Tak percaya tak apa. Nanti nanti sampai masanya saya akan dedahkan. Kepada beliau tu, jangan bising-bising lagi yer. hehe..

Terkini: Pastikan anda mengunjungi blog ini pada esok hari. Seperti yang dikatakan pada post Tragedi 15 Mei, saya akan umumkan apakah yang ‘istimewa’ tersebut.

Incoming search terms:

pertelingkahan di forum wangcyber

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perhatian-kepada-usahawan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Perniagaan Internet: Biar Slow Tapi Steady
Hari ni hari Ahad. Walaupun mungkin tidak ramai yang online, namun saya akan menulis juga sedikit.

Semalam petang, saya ke pantai Tanjung Balau bersama rakan serumah yang jaraknya dari Kota Tinggi lebih kurang 40km. Semua kawan-kawan satu rumah seramai 7 orang ke pantai tersebut. Huuh, apa lagi, kami mandilah. Dah lama tak mandi pantai sebenarnya.

*Salah satu pandangan ‘sisi’ pantai

*Monyet ni pun nak join mandi pantai juga

Oklah, itu hanya sekelumit aktiviti mingguan saya bersama kawan-kawan serumah. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah, jika anda melakukan bisnes di Internet, biarlah perlahan, tapi steady. Maksudnya di sini, walaupun income anda tidaklah sekencang orang lain, namun anda tidak akan risau jika anda mempunyai STRATEGI jangka pendek dan panjang.

Contoh saya sendiri adalah, jika anda perhatikan, saya tidak mengeluarkan apa-apa produk lagi selepas ebook saya yang pertama. Bukan mati akal, bukan malas, bukan tak boleh atau tak dapat, tetapi saya mempunyai strategi bisnes saya sendiri. Saya tak dapat nak kongsi apakah strategi saya kerana ia hanya sesuai untuk saya. Namun di sini secara mudahnya adalah, anda perlu ada perancangan jangka pendek dan panjang.

Tapi macam saya kata, kalau anda nak slow tak apa, TAPI biarlah steady. Salah satunya adalah modal dan duit yang anda perlu gunakan sehari-hari adalah mencukupi. Maksudnya di sini adalah kewangan anda.   Jika anda ingin belajar mengenai kewangan, saya bukanlah pakar, bahkan saya belajar juga daripada orang lain seperti Shuth dan Pakdi.

Saya tak dapat nak hurai panjang mengenai bab kewangan ni sebab saya sendiri pun masih belajar dan belajar. Cuma secara mudahnya, anda perlu ada perancangan kewangan yang baik dan dari situ, barulah anda boleh pakai pepatah “slow & steady”.

Program Affiliate SmartUsaha.com

Satu berita gembira untuk semua, saya akan menggunakan sistem affiliate yang lebih umpph selepas ini. Jika anda bertanya sebelum ini saya ada buat program affiliate atau tak, ya, ada. Tapi saya dah tutup penyertaan sebab saya nak setup dan guna sistem affiliate yang berbayar. Untuk makluman, saya telah membeli sistem IdevAffiliate setelah lama membanding-bandingkan dengan sistem-sistem yang lain. Harganya juga boleh tahan, USD99.99.

Jadi, saya berharap dengan penggunaan sistem tersebut, anda boleh menyertai saya untuk bersama-sama menjana pendapatan di Internet. Untuk pengetahuan anda lagi, sekarang saya mempunyai banyak produk-produk yang akan dilancarkan satu demi satu. Yang free ada, yang percuma pun ada. Macam-macam ada.   So di sistem affiliate itu, anda boleh pilih mana-mana produk yang anda nak promote. Maksudnya, di antara produk-produk itu akan dibuka program affiliate sekali dan anda hanya perlu daftar sekali dan boleh pilih apa sahaja produk yang anda ingin promosikan.

Oklah, badan saya ni pun keletihan sebenarnya sebab letih mandi pantai tadi, hehe.   Masa untuk berehat.

Biar slow, janji hati happy…. Jumpa lagi.

-SmartZuL

www.smartzul.com

PS. Tepat jam 11.59 malam ini, harga tawaran ebook BelajarCpanel akan TAMAT. Dapatkan ebook itu sebelum harganya dinaikkan. Klik di sini untuk tindakan dan maklumat selanjutnya.

Incoming search terms:

Pantai tanjung balau

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-biar-slow-tapi-steady/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pengumuman: Tragedi 15 Mei 2007!
Usah gusar, ‘tragedi’ yang saya ingin maksudkan di sini bukanlah krisis, peperangan atau bencana, tetapi sesuatu yang amat-amat mengejutkan akan berlaku.

Seramai 11 orang usahawan Internet Malaysia yang tidak asing lagi di minda anda akan mendedahkan sesuatu yang tidak ramai tahu iaitu KESILAPAN.

“11 orang Internet Marketers Malaysia membocorkan kesilapan mereka…”.

Anda…. Sebagai newbie atau usahawan Internet baru (hatta yang lama pun) mungkin akan bermanfaat dengan banyak perkara yang akan dibongkarkan oleh semua usahawan Internet yang dinyatakan tersebut. Bahkan saya sendiri tidak menyangka, masih banyak perkara yang saya tidak tahu! Inilah pentingnya perkongsian pengalaman yang amat bernilai, lebih bernilai daripada emas.

Anda…. Begitu istimewa dan bertuah.

Anda…. Begitu mudah kini mahu memulakan perniagaan Internet.

Tidak perlu mencari-cari sendiri. Tidak perlu meraih simpati. Tidak perlu pergi jauh.

Kami ada di sini, sudi membantu anda sedaya yang mungkin.

Mereka yang berpengalaman juga sudah memberikan panduan dan berkongsikan pengalaman mereka.

TETAPI…

Ia tiada guna JIKA anda hanya membaca sahaja.

Tiada guna jika anda HANYA menjadikan ilmu itu sebagai ‘hiasan’ atau sarapan untuk mata.

Tiada guna hanya tahu, tapi tiada TINDAKAN. Sebaliknya hanya banyak ALASAN.

Kami semua menulis adalah ikhlas untuk anda. Tetapi yang akan menentukan anda berjaya atau tidak adalah DIRI ANDA SENDIRI. Bukan kami.

Kami telah melaksanakan tanggungjawab kami untuk anak bangsa dan negara dalam bidang perniagaan Internet ini.

Menulis, berkongsi dan mendidik… Tidak kisah ia secara berbayar atau percuma, itu bukan persoalannya.

Nantikan 15 Mei 2007 (Selasa) ini. Pastikan anda menghayati panduan yang akan anda dapat itu dan mempraktikkannya agar masa anda tidak terbazir serta usaha anda dalam perniagaan Internet mendatangkan pendapatan yang sepatutnya.

Setelah anda mendapat maklumat yang amat berguna itu nanti, jangan lagi mengatakan kami tidak membantu dan berkongsi…

“Yang menentukan di manakah anda berada adalah diri anda sendiri!”. ALLAH tidak mengubah nasib seseorang jika tiada usaha oleh orang tersebut.

Wassalam.

PS. Saya akan umumkan “kejutan” ini pada 15 Mei ini. Sekali lagi, ia adalah percuma. Download, baca dan fahami. Jangan lupa, amalkannya… Kunjungi blog ini selalu terutama pada 15 Mei ini untuk mengetahui cerita sebenarnya…

PPS. Ada sesiapa yang belum dapatkan Pakej Kit Blogger?   Klik di sini untuk mendapatkannya.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pengumuman-tragedi-15-mei-2007/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Menjadi Jutawan Senyap | Berjumpa Dengan Jutawan!
Pada 26/4/07 yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh ITKAU (Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara) milik Dr. Rusly. Ya, sudah semestinya yang memberikan ucapan atau ceramah adalah Dr. Rusly sendiri.   Salah seorang yang saya anggap antara orang-orang yang berjaya di Malaysia. Oh, sudah tentu seorang usahawan.

Jika saya ingin ceritakan semula apa yang telah disampaikan oleh beliau, saya rasakan begitu panjang nanti. Jadi, jika anda ingin mengetahui apakah yang disampaikan olehnya dari pagi sampai ke petang, sertailah seminar jutawan senyap oleh Dr. Rusly. Pesan saya, sebelum menghadiri seminar, cukupkan tidur anda di sebelah malam sebelum seminar. Jika tidak, otak anda tidak larat menerima banyak input positif daripada Chef Li semasa seminar berlangsung.

*Masa ambil gambar ni, Dr. dalam nak cepat sebab beliau perlu ke KLIA untuk ke Tawau.

Di sini, saya ingin memetik beberapa kata-kata Chef Li daripada modul dan buku beliau:

“Manusia diberikan akal yang boleh merekacipta dan menambah nilai pelbagai benda dan sumber yang ada di sekeliling kita. Satu perkara yang hanya Allah berikan kepada kita ialah kebolehan untuk bertamaddun!”

“Setiap manusia dimotivasikan oleh Allah agar hari ini lebih baik dari hari semalam. Manusia sepatutnya menjadi makhluk yang dinamik dan progresif. Ia adalah makhluk yang sentiasa menuju kemenangan dan kecemerlangan…”.

Dr. Rusly bertanya, apakah definisi kecemerlangan manusia?

Jawabnya, “Yang terbaik di sisi Allah ialah yang paling taqwa. Yang terbaik di sisi manusia ialah yang paling banyak mendatangkan manfaat”.

*Dr. Rusly tengah bagi ceramah. Maaf gambar kurang cerah.

Di dalam modul seminar, Dr. Rusly ada menyatakan ‘formula’ bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Kalau nak tahu, kenalah ‘berguru’ dengan beliau yer. Saya tak boleh suka-suka letak formula orang lain kat sini tanpa kebenaran.

Cuma secara ringkasnya, kejayaan, kekayaan atau apa sahaja, ia bermula daripada kepercayaan yang kita tanam dalam minda dan fikiran kita. Ia bermula di situ. Kalau minda kita berkata “aku tak mampu”, “bisnes yang aku buat ni tak bagus”, “aku tak yakin”, maka usaha dan hasil bisnes sudah pasti akan sedikit atau terus lingkup. Sebaliknya, bagi mereka yang ada keyakinan kuat akan usaha yang dilakukan, insyaAllah mereka akan menjadi seorang yang pro-aktif, progresif dan akan berjaya.

Mudah ceritanya, ia berkaitan dengan kepercayaan terhadap usaha yang dilakukan dan sikap kita terhadapnya. Anda sendiri pun tahu, siapa yang usaha lebih, sentiasa bermotivasi, yakin, ada ilmu, maka mereka akan berjaya jua. Sebaliknya yang malas, takut-takut, malu tak bertempat, pasif, tak percaya yang dia buat itu boleh mendatangkan kekayaan, maka sudah pasti susah untuk dia berjaya.

Di dalam seminar, Dr. Rusly banyak menyentuh mengenai formula TNS x L. Sekali lagi, saya tak akan mengulas mengenai formula itu. Anda perlulah belajar terus daripada Dr. Rusly di seminarnya.   Cuma secara ringkas adalah, kebanyakan daripada kita tidak pandai menggunakan apa sahaja barang, bahan atau kemudahan yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual.

Kami para peserta terkejut apabila Dr. Rusly memberikan satu resepi yang bermodalkan RM10 tetapi dapat menghasilkan pendapatan sekitar RM200-RM300! Malah, kami juga seperti seorang yang jahil apabila Dr. Rusly bertanya “bahan apa yang digunakan untuk membuat aiskrim?”. Semua peserta diam dan kelu tidak dapat menjawab. Kemudian beliau terus menyatakan bahan-bahan untuk membuat aiskrim yang begitu simple, tetapi boleh memberikan hasil yang lumayan. Dari keadaan yang senyap, semua peserta menggeleng-gelengkan kepala sebagai isyarat, “sungguh aku tak percaya…”.

Tidak dapat saya ceritakan lain-lain input yang Dr Rusly berikan di seminar itu. Ruang ini amat terhad untuk saya menulis. Cuma kesimpulan yang dapat saya katakan adalah:

1. Usahlah banyak alasan lagi untuk anda tidak menjadi usahawan jika anda ingin menjadi usahawan.

2. Tak ada modal? Ia satu alasan yang tidak dapat diterima lagi jika anda mengamalkan formula TNS x L. Bisnes kecil itu tak bermakna hasilnya sedikit. Belum cuba belum tahu.

3. Gunakan apa sahaja yang anda ada sebagai permulaan bisnes anda.

4. Bisnes yang berjaya bermula daripada benak fikiran anda. Jika anda yakin, positif, maka hasilnya juga akan positif.

5. Ilmu, ilmu, ilmu. Guru, guru, guru. Siapa yang dapat menafikan akan perlunya ilmu dan juga seorang guru yang ‘mursyid’?

6. Anda perlu melakukan sesuatu sebelum mendapat sesuatu. Maksudnya di sini, anda perlu ada produk yang diniagakan dan anda akan mendapat wang daripada bayaran orang untuk produk anda. Jika anda malas, maka tiadalah hasilnya!

7. Ego. Tak perlulah anda ego. Tak perlulah anda kata anda hebat dan lebih tahu. Tak perlulah anda menolak sesuatu yang lebih benar daripada kata-kata anda. Tak perlulah semua itu. Yang perlu adalah, kita sama-sama berusaha. Inilah intipati dunia keusahawanan Islam.

Saya rasa, anda atau semua orang tahu perkara-perkara yang saya senaraikan di atas. “Ala Zul, benda yang kau cakap tu aku dah tahu…”. Tapi bila ditanya semula, “Dah buat ke? Dah amal ke benda-benda tu? Hasilnya sekarang?”. Lantas, kepalanya mula menjadi macam kepala kura-kura. Rupanya dia hanya sekadar tahu, tapi tak mengamalkannya. Itulah dia manusia yang ego… Tahu, tapi tak buat. Kata Dr Rusly, manusia macam ni adalah jenis tak ada sikap positif dan tak percaya sepenuhnya apa yang perlu dilakukan.

Setelah menghadiri seminar itu dan berjumpa dengan Dr Rusly, semangat saya untuk menjadi usahawan yang berjaya terus meningkat! Saya semakin bersemangat! Nampaknya, diri saya semakin susah untuk diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang menjadi penghalang usaha saya. Daripada membaca buku tulisan Dr Rusly, menghadiri seminarnya dan kelak saya akan mengikuti kursus beliau yang lain, kini saya sudah tahu akan hakikat keusahawanan yang sebenar!

Walaupun bidang kami berbeza, saya Bisnes Internet dan beliau masakan, tetapi input-input yang beliau berikan dan konsep TNS x L dapat diaplikasikan juga ke dalam perniagaan Internet. Oh ya, lagipun saya ni minat memasak! Siapa yang nak join saya ikut kursus memasak Chef Li nanti, angkat tangan. Kita pergi sama-sama.   Saya serius ni, tak gurau.

Oklah, saya rasa momentum saya sebagai usahawan kini semakin meningkat. Inilah kerjaya saya sampai akhir hayat. Tak ada sesiapa yang dapat mengubah haluan saya kecuali ALLAH sahaja. Cuma apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah, terus-menerus berusaha dengan gigih tanpa rasa putus-asa, percaya akan perniagaan yang saya lakukan dan perlu bersikap positif selalu. Anda pula bagaimana?

Kepada semua usahawan, semoga kita semua berjaya! Baik di sisi Allah dan baik juga di sisi manusia!

“Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang. Adalah lebih malang lagi kerana anda sebenarnya boleh memilih untuk menjadi kaya atau miskin… Malaysia menawarkan peluang yang sangat banyak…”. – petikan dari buku Menjejaki Jutawan Senyap.

Wassalam.

PS. Sertailah seminar jika anda mampu, banyak input positif yang akan anda dapat selain dapat menambah kenalan.

PPS. Kata Dr Rusly, selepas kaum Cina dan India yang banyak menyimpan di bank Malaysia ini, orang Indonesia pun banyak juga. Fikir-fikirkan…

PPPS. Saya juga ingin menjejak usahawan-usahawan yang telah berjaya. Usahawan ‘sederhana’ tetapi berjaya.

Incoming search terms:

itkau

jutawan senyap

www itkau edu my

jutawan senyap chef li

kursus masakan chef li 2012

kursus masakan chef li

kursus masakan chef li 2011

chef li jutawan senyap

kisah jutawan senyap

buku jutawan senyap

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/menjadi-jutawan-senyap-berjumpa-dengan-jutawan/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Perniagaan Internet : Sila Tanya Pakar Masing-Masing
Perniagaan konvensional ada banyak bidang seperti masakan, pembuatan, komputer, komunikasi, kewangan, khidmat automobil, perubatan, pembinaan dan sebagainya. Setiap bidang tersebut, sudah tentu ada pakar masing-masing. Begitu juga dengan perniagaan Internet, ia juga mempunyai banyak bidang atau model tersendiri seperti google adsense, program affiliate, resell rights, membership site, ebook (digital product), services, produk fizikal, drop ship, text link ads, blogging, adwords (PPC), SEO, web designing, copywriting, email marketing dan banyak lagi…

Amat mustahil jika semua usahawan Internet pakar semua perkara. Hal ini tidak pelik apabila seseorang usahawan Internet yang pakar dalam sesuatu bidang/model atau ilmu mendapatkan bantuan mengenai sesuatu yang mereka tidak tahu mengenai bidang tertentu daripada pakar bidang tersebut. Sebagai contoh, jika seorang usahawan Internet ini pakar dalam bidang ebook, tidak semestinya di tahu bagaimana cara untuk melancarkan produk beliau. Anda perlu tahu, ada beberapa orang di dunia perniagaan Internet ini mempunyai kepakaran untuk melancarkan sesuatu produk seperti Jeff Walker. Ramai internet marketer yang hebat-hebat mendapatkan ‘nasihat’ dan panduan daripada beliau untuk melancarkan produk-produk mereka. Lihat, Jeff Walker menjadi ‘hebat’ kerana beliau fokus kepada kepakarannya itu, sebaliknya tidak bersibuk-sibuk nak buat bidang lain. Pendek kata, dia ada kepakaran tersendiri.

Contoh lain, katakan seorang internet marketer itu pakar dalam bidang tertentu, tetapi tidak semestinya dia tahu bagaimana menggunakan blog dengan sebaiknya sebagai medium pemasaran yang efektif terutama perkara yang berkaitan dengan teknikal dan teknologi yang berkaitan.

Pokok pangkalnya, anda mesti berguru atau bertanya kepada mereka yang pakar. Saya? Bidang saya bukan google adsense, maka saya bertanya kepada Sham RajaAdsense.Com untuk mengetahui perkara yang berkaitan seperti trik dan tips. Saya tidak tahu sangat mengenai produk fizikal dan drop ship, maka saya ‘berguru’ dengan Team SaifulSham untuk mengetahu hal yang berkaitan. Dahulu, saya tidak tahu memulakan ebiz, maka saya mengikut seminar Dr. Irfan Khairi untuk lebih jelas bagaimana untuk bermula. Malah Dr juga pakar dalam bidang motivasi, maka saya akan rujuk beliau termasuklah sahabatnya iaitu Osman Affan. Saya tidak tahu pasal program affiliate, maka saya merujuk kepada mereka yang pakar seperti Tuah Emas dan Sufian. Begitu juga dengan PPC, SEO dan lain-lain yang saya tidak tahu sangat, maka saya merujuk mereka yang ada pengetahuan dan pengalaman. Mudah bukan?

Kita adalah manusia biasa, jika kita hidup seorang diri dan ego, maka kita tidak dapat pergi jauh. Dalam tak sedar termasuk dalam waktu kita ego, kita sudah menggunakan kepakaran orang lain. Masa kita lapar, kita akan ke kedai untuk membeli makanan atau paling kurang tunggu si ibu memasak untuk kita. Itu pakar memasak. Dalam tak sedar, kita guna jalan raya. Yang buat jalan itu adalah jurutera bertauliah. Juga dalam tak sedar, kita duduk dalam keselesaan ‘aircond’. Yang memasang dan membuat aircond itu adalah mereka yang tahu, bukan kita. Jelas, hidup kita saling berkaitan antara satu sama lain secara langsung dan tidak langsung. Usahlah kita ego. Jika kita tak tahu, maka katakan sahaja tidak tahu dan rujuk mereka yang tahu.

Saya sebagai contoh, hanya menumpu kepada beberapa perkara sahaja dan saya akan bantu orang lain apa yang saya tahu tersebut. Sebagai contoh, saya lebih menumpu kepada blog dan juga produk digital. Jika saya tidak fokus, sudah pasti saya tak dapat bantu orang lain, termasuklah diri saya sendiri. Tahukah anda? Jika saya tidak fokus dan tidak memaksa saya untuk fokus, saya rasa saya tidak akan mencapai tahap seperti sekarang. Ya, sudah tentu juga ini adalah kehendakNya, Rabb Yang Esa, tapi kita juga kena ada usaha. Sebagai realitinya, jika saya tidak membina kredibiliti melalui blog lebih kurang 1 tahun lebih yang lalu, siapa akan kenal saya? Maka, saya mula ber-blog sejak pertengahan 2005 lagi sehinggalah sekarang. Adakah anda sanggup berusaha dalam masa yang lama? Saya mengambil masa 1 tahun lebih untuk mengecapi hasil daripada blog ini. Alhamdulillah, kini matlamat dah tercapai, tetapi misi belum complete.

Saudara dan saudari, di sini saya senaraikan beberapa pakar dalam bidang yang tertentu yang mana saya kenal dan tahu (rujukan dalam BM). Rujuklah mereka kerana mereka lebih tahu, insyaAllah :

1. Pakar Google Adsense :

Sham RajaAdsense : http://blog.rajaadsense.com

Alang : http://szab.net/blog

* Alang juga expert dalam bidang text link ads

2. Cetakan Buku (terbit buku sendiri) & Juga Hosting

Mohd Suhaimy (Shuth) : http://mohdsuhaimy.com

* Shuth juga pakar dalam bidang google adsense

3. Blogging (trafik, teknikal dan teknik)

Robotys : http://robotys.com

RamzWatcher : http://rajablog.info

SmartZuL : http://blog.smartusaha.com –> ehem…

4. Produk Fizikal & Drop Ship

SaifulSham : http://saifulsham.com

5. Motivasi Perniagaan

Dr. Irfan : http://irfankhairi.com

6. Membership Site

Kak Marlina (Galadriel) : http://internetmelayu.com

7. Program Affiliate

Team Tuah Emas : http://tuahemas.com/blog

Mohd Sufian : http://mohdsufian.com

* Tuah Emas dan Sufian juga terlibat aktif dalam Google Adsense.

Lagi? Banyak lagi bidang yang belum terserlah lagi anak-anak bangsa kita yang pakar dalam bidang tersebut. Tak tahulah kot ramai yang senyap-senyap dan tak nak dedahkan diri.   Mana pakar copywriting? Mana pakar SEO? Mana pakar email marketing? Mana pakar PPC? Mana pakar resell rights? Mana pakar eBay? Mana pakar JV? Mana pakar viral marketing? Mana pakar Internet marketing software? Di mana mereka?   Mungkin tiada pun… Yang saya tuju adalah pakar, bukan hanya sekadar tahu sikit-sikit.

Saya akan tambah dari semasa ke semasa senarai ini, insyaAllah. Mana yang saya tak tersebut tu, saya minta maaf. Dan, dan… Terbuktilah bahawa, kita masih kekurangan rujukan ebiz dalam bahasa Melayu.   Saya tak akan letak sebarang link rujukan yang mana tulisannya dalam english, ini ‘polisi’ saya melainkan jika perlu baru saya letak. Bukan apa, kalau nak rujukan dalam BI, berlambak dah kat Internet. Anda mesti tahu, orang kita terutama Melayu, lebih suka baca rujukan dalam bahasa Melayu. Jika anda ingin buat blog mengenai Internet marketing, buatlah topik yang anda pakar (lebih tahu). Sesungguhnya, kita masih kekurangan pakar. Kepada yang tak suka mereka membuat blog ebiz, ketahuilah, banyak lagi ruang-ruang kosong yang perlu kita isi. Masih banyakkkk lagi….. Maka, kepada mereka yang nak jadi pakar tu, pilih satu bidang, dan TUMPU sepenuhnya. Buat kajian, jangan semata-mata statik dengan ilmu sedia-ada. Ilmu yang mantap adalah ilmu yang dinamik, bukan hanya berkata apa yang orang kata, tapi kita cuba sendiri, kaji, selidik, test, track dan ada data tersendiri. Ini baru namanya expert. Bukan hanya copy & paste.

Hidup bersatu, kita maju.

PS. Sahabat saya dari bijakniaga.com memberitahu saya, mereka akan kenakan yuran sebanyak RM70 kepada yang sudah bekerja dan RM56 untuk yang masih belajar (student) untuk seminar Perniagaan Internet pada 8 April 2007 (Ahad) nanti. Kepada 30 orang pendaftar awal, mereka akan menerima saguhati yang amat bernilai.   Jumpa di sana noo… Sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Di seminar nanti, saya akan tunjukkan anda satu cara yang amat mudah untuk anda mencari idea produk! Semua mungkin dah tahu, cuma saya akan bimbing anda lebih jelas dan berperancangan. Satu cara inilah yang paling direkemenkan dan memang telah terbukti daripada pengalaman saya sendiri dan juga beberapa orang kenalan usahawan saya. Nak tahu apa? Jumpa kat sana lah. InsyaAllah.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-sila-tanya-pakar-masing-masing/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />