Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Jual Ebook = Pendapatan Pasif

Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu pendapatan dengan bekerja kuat, membanting tulang, pergi kerja balik kerja dan bersesak di jalan raya (ini paling tension). Begitulah sampai tiba hari persaraan. Ia dinamakan sebagai “active income”. Maksudnya, kalau tidak kerja, maka tidak dapat gaji/duit.

Satu lagi jenis pendapatan (income) yang jika boleh wajib setiap orang ada adalah pendapatan pasif (passive income). Ia adalah di mana kita buat kerja sekali dan mendapat pendapatan berterusan tanpa melakukan lagi kerja yang sama berulang kali.

Contoh sumber pendapatan pasif yang boleh dilakukan melalui Internet adalah:

  1. Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.
  2. Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.
  3. “Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.
  4. Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.

*Sudah pasti promosi termasuk sekali dalam usaha di atas. Promosi juga boleh disetkan secara ‘automatik’. Itulah kelebihan Internet.

Sebagai contoh, salah satu ebook saya iaitu Pakej Kit Blogger, ia mula dijual pada tahun 2006. Kini jualannya hampir genap 4 tahun! Dan masih ada yang membelinya dari hari ke hari. Saya tidaklah kerap melakukan “hard selling”, tetapi sebaliknya secara ‘automatik’ daripada hasil usaha promosi awal yang dilakukan.

Usaha awal itu adalah seperti menulis artikel, membuat “backlink”, ebook viral dan program affiliate.

Promosi automatik boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:

Adalah amat rugi jika tidak memanfaatkan “kuasa internet” ini. Sebahagian besar perkara boleh berlaku secara automatik walaupun kita sedang tidur dengan nyenyaknya.

Contoh paling mudah adalah laman web jualan. Ia umpama pekerja kita (salesman) yang bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Berterusan tanpa rehat! Pelanggan dapat membuat pembelian walaupun pada waktu tidur kita. Inilah ia pendapatan pasif. Sedang tidur pun dapat duit.

Perniagaan Ebook

Kita masih lagi berada di era informasi. Segala maklumat boleh dicapai dengan hujung jari sahaja. Semakin pantas manusia, semakin cepat manusia mahukan sesuatu maklumat. Mereka tidak kisah jika perlu membayarnya.

Di sinilah tugas kita untuk memenuhi keperluan mereka ini iaitu dengan menjual (membekalkan) maklumat itu kepada mereka dalam bentuk yang tersusun, jelas, padat dan boleh diguna-pakai.

Bagi anda yang mahu belajar perkara-perkara asas yang penting dari cara mendapat idea ebook sehingga kaedah promosi, Pakej Pakar Ebook boleh membantu. Boleh dapatkan pakej tersebut sebelum harga dinaikkan atau mungkin jualan akan ditutup selama-lamanya.

“Skeptikal (ragu-ragu) berpanjangan hanya merugikan diri sendiri. Bertindaklah untuk mewujudkan sumber pendapatan yang pelbagai, terutama melalui Internet yang kebanyakannya tidak memerlukan modal yang besar.”

-

Incoming search terms:

  • ebook untuk dijual
  • menjual ebook di facebook
  • berniaga e-book
  • perniagaan online yang laris di malaysia
  • perniagaan di ipt yang paling laris
  • pendapatan ebook
  • produk ebook untuk dijual
  • membuat dan berniaga e-book
  • kelebihan promosi secara viral
  • jual ebook secara automatik

Ketahanan Perniagaan Ebook di Pasaran Malaysia?

Kini semakin ramai orang yang buat duit dengan ebook, malah menjadikan ia sebagai tonggak utama untuk perniagaan internet mereka.

Mungkin kita pernah tertanya-tanya, sejauh manakah daya tahan bidang perniagaan ebook di pasaran Malaysia ini? Berapa lamakah hayatnya? Adakah akan berlakunya ketepuan pasaran?

Jawapan:

1. Segala benda di dunia ini ada jangka hayatnya. Hidup dan kemudian mati. Hanya ALLAH SWT sahaja yang kekal abadi. Bertitik tolak dari kefahaman ini (amat penting bagi seorang Muslim), maka kita perlu redha bahawa ebook juga salah satu benda yang ada jangka hayatnya.

Dengan kefahaman ini juga, maka kita perlu tenangkan hati agar tidak terlalu sakitkan kepala mengenai soal jangka hayat atau pasaran yang tepu. Yang penting, berusaha sebaik mungkin dan lakukan sahaja.

2. Penulis perlu konsisten dalam usaha. Jika kita menulis hari ini dan kemudian senyap, malas dan sebagainya, maka ebook juga akan turut perlahan geraknya, bahkan akan mati. Ebook adalah umpama anak yang dilahirkan. Ia perlu dijaga, diurus dan sebagainya dengan sebaik mungkin.

Ebook yang tidak dikemaskini atau diberi nafas baru pada setiap masa tertentu, biasanya mudah ketinggalan. Jadi, kemaskinilah dari masa ke semasa. Berikan ia nafas baru jika sudah mendapat sambutan yang dingin.

perniagaan ebook

3. Ebook adalah satu permulaan. Daripada ebook, akan terbuka peluang-peluang yang lain. Contohnya boleh adakan bengkel, seminar, konsultasi dan juga personal coaching. Ebook juga boleh dijadikan buku, modul atau manual yang dicetak. Atau boleh juga di-CD-kan. Malah, boleh ditukar kandungan statik itu kepada bentuk video atau audio.

4. Pasaran Ebook di Malaysia masih belum menjadi sebuah industri. Sesuatu bidang hanya akan dikatakan menjadi sebuah industri jika pihak-pihak besar turut menyertai bidang ini. Kita masih tiada banyak penerbit yang membuka peluang untuk para penulis ebook menzahirkan tulisan mereka kepada bentuk komersil.

5. Pasaran berbahasa Melayu bukan bermaksud hanya untuk penduduk di Malaysia, tetapi ia juga untuk mereka yang memahami bahasa Melayu walaupun tidak berada di Malaysia. Orang-orang Malaysia juga ramai di luar negara.

6. Persaingan yang sihat. Semua usahawan ebook perlu menjaga pasaran dengan baik. Salah satunya tidak merosakkan pasaran dengan menjatuhkan harga yang tidak wajar seperti yang berlaku di pasaran luar.

Selain itu, elakkan mengeluarkan ebook yang tidak berkualiti, dan jangan menyokong pengedaran ebook secara haram.

7. Dan ini fakta yang pasti mengembirakan semua pihak penerbit dan penjual ebook. Kadar penggunaan ebook reader (contoh: Kindle) di Malaysia masih lagi rendah. Bermaksud, ia pasti akan meningkat sedikit demi sedikit. Dengan itu, pasaran ebook juga akan terus bertahan lama selaras dengan kadar peningkatan penggunaan alat itu.

Disediakan oleh,
Mohd Zulfadli,
Pengasas Group,
Usahawan Ebook Malaysia.

Incoming search terms:

  • ebook malaysia
  • perniagaan ebook
  • ebook in malaysia
  • penerbit ebook malaysia
  • usahawan ebook malaysia
  • penggunaan ebook di malaysia
  • malaysia ebook
  • facebook perniagaan ebook
  • e-book malaysia
  • ebook

Hukum Menjual Ebook

Khas untuk mereka yang berminat untuk menjual ebook, atau sedang melakukan perniagaan ini, mungkin pernah tertanya-tanya apakah status hukum menjual produk sebegini. Pertanyaan ini sama ada didasari ingin tahu oleh diri sendiri, atau mungkin tekanan oleh pihak lain yang meragui usaha perniagaan ini.

Berikut adalah tiga jawapan daripada pihak yang berbeza:

Soalan: Bagaimana hukum menjual e-book?

Jawaban:

Alhamdulillah, shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hukum memperjual-belikan e-book adalah halal, selama e-book tersebut tidak mengandung hal-hal yang diharamkan dalam syari’at, sebagaimana halnya program komputer atau buku cetak biasa atau barang lainnya. Karena hukum asal setiap perniagan barang yang bermanfaat adalah halal.

Sumber: PengusahaMuslim.com

Soalan: ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari perniagaan itu seperti menjual e-book yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Jawapan:

Jika perniagaan yang dijalankan memenuhi syarat-syarat jual-beli yang ditetapkan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Syarak (seperti gharar, riba, penipuan, menjual barangan/produk haram dan sebagainya), Insya Allah haruslah perniagaan internet itu.

Sumber: Ilmu & Ulamak

Soalan: What is the fatwa about selling ebooks on Internet?

Dear Sir, Please consider my entire situation. I have a weight loss info website and I sell a weightloss ebook cum a complete plan which I have written using information from various ebooks and plans (All the info in my ebook is general info that falls in public domain and is not patented so there is no unique information that’s ‘owned’ by someone Plus I have rewritten the content in my words so original writers’ copyright is not violated either Plus I mention wherever needed that so and so books were used to write this plan).

I tell people that they’ll lose weight with it & it’s very useful ebook. I get regular sales. Then there are some people who might already know most things in my ebook. Then for some it might not work or some who don’t use it properly or honestly. For such people, I offer 100% money back guarantee and stick by it whenever anyone asks for it. (Only 15% ask for refund so most people like it) Is everything OK with this business or should I correct something to make my earning Halal? Pls reply soon. I’m very concerned about this issue..Thanks

Jawapan:

Your business is Halaal and Allah Ta’ala Knows Best.

Mufti Bilaal Cassim
FATWA DEPT.

CHECKED AND APPROVED CORRECT: Mufti Ebrahim Desai

Sumber: http://www.islam.tc

2) Hukum jual beli hak cipta atau harta yang tidak berjisim (hak ma’nawi) seperti hak pemikiran kritis, hak cipta tulisan, hak nama syarikat terpelihara dan lain-lain yang sepertinya. – Setelah kajian dibuat, mendapati bahawa Islam mengiktiraf hak ini sebagai suatu jenis harta yang boleh diperdagangkan, dan Islam juga mengiktiraf ianya suatu hak yang tidak harus dicerobohi oleh pihak lain.

Kebanyakan ulama kontemporari Islam telah berbincang berkenaan hal ini, dan mereka bersepakat tentang hukum Haram keatas jualan setiap barangan cetak rompak, sama seperti larangan menisbahkan sesuatu pandangan (dalam hal kajian ilmiah) kepada diri sendiri sekiranya ia adalah disadur dan dipetik dari pandangan penulis lain.

Bab ini juga mendedahkan bantahan beberapa ulama dan penulis berkenaan hak cipta di dalam Islam yang pada pandangan mereka tidak wujud. Dalil-dalil yang mereka bawakan juga dinilai dalam buku ini.

Manakala, Hikmah Syariah dalam pengiktirafan hak ini antara lain adalah, memaparkan pengiktirafan Islam terhadap perkara-perkara yang membawa manfaat besar, juga menunjukkan bagaimana Islam memandang serius hal pencerobohan hak individu kerana ia adalah suatu kezaliman yang jika tersebar boleh mengakibatkan pengaduhan, pertambahan sikap malas dalam diri, kerana boleh bersenang lenang dengan hasil usaha orang lain dan lain-lain.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/780/63/

Kesimpulan:

1. Menjual dan meniagakan ebook adalah HALAL selagi mana kandungan ebook itu adalah perkara yang tidak haram di sisi syari’at Islam.

2. Hukum halal tidak bermaksud kita boleh berwenang-wenang atau meremehkan di dalam menghasilkan ebook yang berkualiti.

3. Ebook juga adalah sejenis barang. Di dunia ini, setiap barang atau benda ada sifatnya masing-masing. Bagi ebook, sifatnya tidak dapat disentuh, tetapi tetap mempunyai NILAI.

4. Menjual ebook sama sahaja seperti menjual produk lain, di mana kita perlu menjaga etika, akhlak, tidak menipu daya dan lain-lain yang dilarang oleh Agama.

5. Disebabkan ia diiktiraf oleh Agama, maka mencuri ebook, menyebarkannya secara percuma, plagiat dan menjual tanpa kebenaran adalah haram di sisi syari’at. Antara dalil yang digunakan oleh ulama adalah firman Allah SWT,

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 188)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah An-Nisaa: Ayat 29)

Semoga bermanfaat.

PS. InsyaAllah, jika ada kesempatan, kita bincang pula pandangan dari sudut ilmiah dan industri mengenai perniagaan informasi. Asasnya adalah: Informasi mempunyai nilainya tersendiri. Ia dianggap sebagai “currency” atau jenis komoditi terbaru di zaman ini. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih ketinggalan jauh dalam perkara ini dan masih tersangkut pada perkara-perkara ranting.

-

Incoming search terms:

  • hukum perniagaan affiliate
  • hukum menjual ebook
  • artikel hukum perniagaan internet
  • internet dari sudut pandangan islam
  • hukum tentang pembelian melalui internet
  • hukum bisnes di internet
  • hukum syariah perniagaan affiliate junktion
  • hukum syariah buy back guarantee
  • hukum syarak keuntungan perniagaan
  • hukum riba jual barang berganda

Komuniti Usahawan Ebook Malaysia (K.U.E.M)

Mari sertai kami di Facebook: http://bit.ly/usahawanebook

Sebarkan informasi ini di blog, forum dan juga Facebook. Ia adalah untuk semua. Tiada kepentingan individu di K.U.E.M.

Ada beberapa tujuan komuniti tidak rasmi ini ditubuhkan. Cuma yang utamanya adalah:

  • Memayungkan semua pihak yang terlibat di bawah satu bumbung. Mereka seperti pihak hosting, copywriter, penterjemah, penulis, pihak pengiklanan, designer dan banyak lagi mengusulkan idea, pandangan dan saranan mereka.
  • Saling bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman di antara ahli.
  • Dengan adanya komuniti ini, ia dapat menguatkan lagi bidang ini.
  • Memelihara kualiti penerbitan ebook dengan membuat resolusi tersendiri. Hanya ahli yang mematuhi ‘resolusi bersama’ ini sahaja yang wajar dibantu oleh komuniti (para ahli). Kita semua sedia maklum, penerbitan ebook yang tidak berkualiti telah mencalarkan bidang ini. Hal ini tidak boleh dipandang ringan.

Setakat ini kita di dalam proses mengumpulkan ahli dahulu. Sebarang agenda akan dilaksanakan kemudian. Sebarang idea amat dialu-alukan.

Pengasas Komuniti: SMARTZUL

Incoming search terms:

  • usahawan ebook
  • komuniti e-book malaysia
  • usahawanebook

Produk Informasi Dalam Bahasa Inggeris?

Sekadar pertanyaan ringkas di sini:

Adakah anda tidak kisah jika diberikan bahan pelajaran atau produk informasi di dalam Bahasa Inggeris, sama ada secara percuma atau berbayar?

Mengapa perlu menggunakan bahan pelajaran dalam Bahasa Inggeris?

1. Untuk menghasilkan sebuah produk di dalam Bahasa Melayu, ia sudah pasti mengambil masa.

2. Salah satu kelebihan menggunakan bahan pelajaran di dalam Bahasa Inggeris adalah, secara tidak langsung kita telah cuba menyesuaikan diri dalam pasaran bahasa Inggeris (lebih global).

3. Tidak semua produk informasi boleh dihasilkan di dalam bahasa Melayu, terutama bahan kandungan yang dihakmilik oleh pihak luar. Jadi mahu tidak mahu, kita perlu menggunakan bahan yang asal.

4. Begitu banyak produk berbahasa Inggeris yang telah diterbitkan. Tidak perlu menunggu keluar produk di dalam Bahasa Melayu untuk mempelajari sesuatu.

Namun begitu, ini tidak bermakna produk berbahasa Melayu akan dikemudiankan. Jika dilihat sekarang, sudah banyak ebook atau produk informasi yang berbahasa Melayu. Cuma sahaja sebagai nilai tambah, produk informasi berbahasa lain juga amat penting.

Mohon pendapat semua.

Perniagaan Produk Informasi Digital

Menjual produk informasi terutama berformat digital di Internet mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Pengalaman saya selama hampir 4 tahun melakukan bisnes ini sendiri telah merasai kelebihan-kelebihan tersebut. Apakah contoh produk informasi digital?

  1. Ebook
  2. Video
  3. Audio

Di antara kelebihan melakukan bisnes produk digital adalah:

  • Kos penghasilan produk yang amat minima atau rendah.
  • Mudah dan cepat dihasilkan.
  • Tidak perlu menyimpan stok atau gudang simpanan yang besar.
  • Margin keuntungan yang besar.
  • Boleh melakukan perniagaan di mana-mana sahaja!
  • Mudah diuruskan.
  • Rendah risiko. Peratus kerugian yang amat kecil.
  • Mudah dikemaskini tanpa kos tambahan.
  • Tidak perlukan kos penghantaran. Hanya download melalui Internet sahaja.
  • Boleh diautomasikan sepenuhnya.

Perniagaan produk informasi digital telah memberikan saya kebebasan untuk bergerak. Sebagai contoh, walaupun saya balik ke kampung, saya masih boleh melakukan bisnes saya. Walaupun saya ke luar daerah (outstation), saya masih boleh berniaga. Ini kerana, ‘kedai’ saya adalah laman web di Internet dan proses perniagaan juga hanya berlaku di Internet.

Walaupun penerimaan orang ramai terutama di Malaysia masih rendah terhadap produk digital seperti ebook, namun peningkatan terus berlaku. Malah setiap kali saya memberi ceramah, saya pasti akan menerangkan model dan konsep perniagaan produk informasi digital ini kepada peserta. Dengan harapan, walau mereka tidak mahu berniaga cara ini, mereka positif dan dapat menerimanya atau menjadi pembeli.

Peredaran masa dan zaman juga semakin ke arah dunia maya untuk sesetengah perkara. Sebagai contoh, album seseorang artis di Malaysia sudah mula dipasarkan secara digital. Pendengar hanya perlu memilih lagu yang diminati dan mereka perlu membayar untuk lagu itu sahaja, kemudian download terus ke komputer mereka. Jika dahulu zaman kaset dan CD, kini ia mula merudum.

Manakala kebanyakan peralatan gajet, menyokong file-file digital seperti audio, video dan juga dokumen seperti PDF. Ini sudah pasti membuatkan sambutan terhadap produk-produk digital terus meningkat.

Model Terbaik?

Bisnes Produk Digital adalah bisnes yang terbaik pernah saya lakukan dan saya tidak akan sama sekali meninggalkannya. Walaupun ada sesetengah usahawan Internet atau Internet Marketer bersara dari bidang ini, namun bagi saya, kita perlu melihatnya dari sudut bisnes dan bukan dari suka atau tidak. Bagi saya, bidang produk digital ini akan terus meningkat grafnya.

Sedikit tip di sini, jika mahu mudah, hasilkan produk digital yang tidak perlu dikemaskini selalu. Hasilkan produk yang ‘evergreen’ iaitu topik yang umum dan diperlukan sepanjang masa (tidak mudah lapuk). Sebagai contoh, ebook Pakej Kit Blogger saya perlu dikemaskini setiap kali ada versi terbaru oleh pihak WordPress.org. Ia amat meletihkan dan memakan masa yang banyak setiap kali dikemaskini.

Contoh ebook yang evergreen adalah seperti motivasi, agama, pengurusan diri, komunikasi perhubungan dan perkara-perkara yang tidak kerap berubah.

Menjual Produk Digital Menggunakan Online Store

Saya dalam usaha untuk membangunkan sebuah laman web jualan berbentuk Online Store dengan menggunakan Sistem NiagaKit. Saya akan umumkan nanti apabila ia telah siap. Salah satu sebab saya mahu menggunakan Online Store adalah kerana ia memudahkan kerja saya memasukkan produk baru, tanpa membina laman web dari scratch. Lagi pun, tidak semua orang membaca salesletter yang panjang lebar.

Keduanya, saya menggunakan Sistem NiagaKit kerana yakin dan berpuas hati dengan sistem ini yang amat simple, kemas dan mudah digunakan berbanding sistem lain. Jika dibandingkan dengan sistem berbayar yang lain, NiagaKit tiada had atau limit tertentu. Nantikan ulasan saya mengenai sistem ini yang mana ia adalah sistem yang dibangunkan oleh anak-anak muda kita sendiri.

Kesimpulan

Seperti yang saya katakan di atas, menjual produk digital di Internet adalah salah satu model bisnes terbaik bagi saya. Saya pernah menjual produk fizikal, namun ia memerlukan kaki dan tangan yang lebih. Tidak cukup seorang diri melakukannya. Lagi-lagi saya yang tidak duduk diam di rumah (kerap outstation).

Saya juga pernah melakukan bisnes perkhidmatan melalui Internet. Ia memerlukan masa yang banyak dan perlu melayan pelbagai karenah pelanggan. Akhirnya, saya melakukan bisnes produk digital yang mana ia amat sesuai dengan diri saya. Bak kata pepatah, “sudah bertemu cinta yang sejati, dari mata jatuh ke hati.”

Saya tidak mengatakan model bisnes ini adalah yang terbaik untuk semua. Masing-masing mempunyai kemampuan dan keselesaan tersendiri. Pilih bentuk perniagaan yang serasi dan sesuai, kemudian lakukan sahaja. Bagi diri saya buat masa ini, model bisnes informasi digital ini akan terus saya lakukan selain sumber-sumber pendapatan yang lain dan juga bidang-bidang lain yang akan saya terokai.

smartzul

Mohd Zulfadli (SmartZul)
Usahawan Internet.

.

Incoming search terms:

  • informasi digital
  • kelebihan produk digital ialah
  • contoh blog wordpress produk terbaik
  • kelebihan produk digital audio

Panduan Membeli Ebook di Internet

Di zaman yang serba canggih ini, penggunaan teknologi semakin hari semakin berkembang dengan pesat, sampai tidak terkejar oleh kita. Kini, salah satu penggunaan teknologi yang boleh dikatakan ‘wajib’ adalah penggunaan internet. Dengan memaksimakan penggunaan internet, pelbagai urusan boleh dilakukan. Pemindahan dan pertukaran maklumat, kaji selidik dan urusan jual beli di internet adalah antara sebahagian dari manfaat teknologi yang sering diguna-pakai oleh kita semua.

Berkisar tentang penggunaan jual-beli di internet, ia telah mewujudkan pelbagai ruang dan peluang buat sesiapa sahaja. Ia telah menjadi satu lubuk emas dan sesetengahnya memanggilnya sebagai “medium mencetak wang”. Maka atas pemahaman tersebut, tidak hairanlah saban hari ramai usahawan internet yang lahir dalam pelbagai bidang.

Fenomena “usahawan internet” ataupun “I.M” yang dahulunya dianggap asing di Malaysia, kini telah menjadi buah mulut dan ikutan oleh sesiapa sahaja. Sekarang, tiada apa yang mustahil tidak dapat dijual di internet, dari produk fizikal seperti kain, cover handphone hinggalah ke produk digital seperti lagu, permainan video hinggalah ke ebook.

Berkenaan dengan produk digital, atau lebih khusus lagi adalah ebook, antara persoalan utama yang sering bermain di fikiran, adakah ebook yang dijual tersebut benar–benar boleh memberikan manfaat untuk kegunaan harian/perniagaan atau sekadar ebook yang boleh menyebabkan anda rasa nak marah, geram atau menyesal tak sudah. Akibatnya, masa terbuang begitu sahaja dan jika tersilap percaturan, wang yang boleh digunakan untuk tujuan lain boleh ‘hangus’ begitu sahaja..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cara-cara pengguna e-book
  • contoh panduan pembelian pengguna syarikat di malaysia
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)