Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Panggil saya “Mr. Newbie” atau “Mr. Overdeliver” :) + Cerita MENTOR

Apa khabar semua,

Semoga sihat di sana dan jika kawasan anda banjir terutama di Johor dan Negeri 9, saya doakan anda tabah dan selamat di sana. Walaupun saya di Johor, alhamdulillah, tempat ini tidak dinaiki air, jauh sekali. :)

Ok, berbalik kepada tajuk, mungkin saya ni nak angkat bakul sendiri, tapi tak kisahlah apa orang nak kata. ;) Dalam dunia ni, setiap orang ada gelaran masing-masing dengan merujuk kepada sesuatu aspek. Jadi, saya juga nak begitu. :) Bila disebut internet marketer yang begini-begini, maka semua orang akan tahu, “oh, kalau nak banyak ebook free dalam bahasa Melayu, pergilah ke blog dia ni…”. Anak saper lah tu yer, baik betul tulis dan bagi banyak ebook percuma. :D

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • contoh ayat kalau takut dilambung ombak
  • ebook percuma bahasa melayu-panduan newbie mrr

Rangkaian Kita | Kukuhkan Kerjasama

** masih automatik post, mungkin saya sedang kat pantai kot, bersama dengan……. Dengan siapa yer.. Dengan angin yang sempoi.. ;) (bukan sempoihosting ekk..)

Network? MLM ke zul? Ops, bukan, tapi apa yang saya nak cerita lebih kurang sama macam MLM yang sebenar ( keyword sebenar is very important to me.. ;) ). Konsep asas MLM atau nama lainnya adalah network marketing adalah saling tolong menolong di antara satu sama lain. Jika anda betul-betul memahami MLM yang sebenar, anda akan nampak apa yang saya nyatakan. tetapi, jika anda melihat kepada skim piramid dan binari, anda tidak akan nampak perkara yang saya sebutkan.

Ok, bukan nak bercerita mengenai MLM, tetapi rangkaian usahawan internet Malaysia. Saya sering menyebut kerjasama dan kerjasama bukan? Jadi, pada kali ini, saya ingin menyenaraikan beberapa laman web atau blog usahawan-usahawan internet di Malaysia ini samada mereka menumpu kepada pasaran Malaysia ataupun luar negara. Jika laman web anda tidak tersenarai, maafkan saya, mungkin saya terlupa atau terlepas pandang.

1. http://www.saifulsham.com

Mereka adalah ‘sahabat karib’ saya di internet. Blog merekalah blog pertama yang saya jumpa pertama kali di dalam bahasa Melayu. Terima kasih kepada mereka berdua, Syazwan dan Sabri, kerana banyak juga ilmu yang telah saya pelajari. Tak segan dan silu saya nyatakan, mereka adalah guru saya. :) Mereka amat pakar di dalam model drop ship dan produk fizikal di dalam perniagaan internet ini. Walau umur masih muda, namun jiwa keusahawanan mereka amat mantap!!

2. http://tip.irfankhairi.com

Juga adalah guru saya. Sudah semestinya juga guru bagi anda yang lain.. Kali pertama jumpa, beliau tidak mengenali saya. Hanya bersalaman.. Tapi kini, saya salah seorang di dalam senarai beliau yang beliau kenali. Blog Dr Irfan banyak memberikan input positif kepada rakyat malaysia, sehinggakan membuatkan ramai juga yang cemburu kepadanya. Teruskan usahamu Dr.. Kami sentiasa menyokong anda! Saya amat yakin, andalah salah seorang yang memastikan bangsa dan ummat ini akan terus mempertahankan jati diri yang masih wujud sekarang.

3. http://www.mohdsuhaimy.com

Yosh! Hohoho.. Inilah trademarknya. Sehingga ramai yang berjangkit melakukan trademark ini di kebanyakan orang. Sampai meminta ubat penawar kepada saya agar hilang penyakit mereka tu.. Ho! ho! ho! Gurau jer yer.. Shuth, bisnes durian kita macam mana yer? Hehe.. Ok, nama glamer pemilik blog ni semua tahu, shuth namanya. Nama atas IC card, Mohd Suhaimy. Cool, steady dan relaks jer orangnya (dah jumpa). Jika anda ingin tahu, shuth lah orang pertama yang menjadi kawan dan sahabat saya di dalam bidang perniagaan internet ini. Asbabnya, buku maskahwin beliau yang memang best.

Dari situ, kami berkenalan dan bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain sehinggalah bergabung tenaga secara tidak langsung di wangcyber.com. Tanpamu shuth, diriku kesunyian.. ho! ho! ho! ho!. Lain macam jer bunyinya… :lol: Relaks relaks semua, ini bukan cerita ghairah kelolaan shuth ok.. ;) Pendek kata, apa yang beliau tulis di blognya adalah apa yang beliau lakukan, itulah prinsipnya. Tak gitu shuth?

4. http://www.zamrinanyan.com

Saya berharap suatu hari nanti saya akan bertemu dengan orang ini. Low profile orangnya, namun anda perlu tahu, dalam diam beliau juga adalah orang yang telah berjaya. Dia pernah bercerita di dalam newsletternya, hasil pertama beliau di internet adalah selepas 3 bulan bermula. Anda? Nak dapat hasil sebaik sahaja siap laman web? Saya sendiri mengambil masa hampir setengah tahun. Namun usah gusar, kita kita ada segalanya, tidak mustahil untuk mendapat income dalam masa seminggu selepas bermula. Pokoknya di sini, KESABARAN.

5. http://www.rajablog.info

Nickname siber pemilik blog ini adalah ramzwatcher. Saya juga merujuk kepada blog ini. Walaupun masih baru, namun maklumat yang disampaikan adalah praktikal untuk anda pelajari. Blog ini banyak memberikan tips penting kepada blogger yang memiliki blog bisnes. Kata pemilik blog ini, beliau ingin menjadi raja blog di Malaysia! Nak seribu daya, moga tercapai hendaknya.. Psst, saya nak jadi Laksamana blog boleh? ;)

6. http://www.theblogrevenue.com

Nama panggilan manja, Sham. Nama glamer, Raja Adsense. Ya, ramai yang ingin compete dengannya di dalam penulisan ebook mengenai adsense, namun saya perhatikan, ramai yang gagal ‘menjatuhkan’ raja ini. Memang hebat! Blog beliau ini adalah di dalam bahasa inggeris. Ya, english wajib jika anda ingin turut serta di dalam making money with adsense. Setelah membaca tulisan-tulisan beliau di blog tersebut, tiada kata-kata yang terselindung, segala ilmu yang dia tahu, semuanya ditulis. Good luck Sham!

7. http://www.tuahemas.com/blog

Orangnya juga low profile, tapi banyak ilmunya. Katanya, ingin menerbitkan 12 siri ebook mengenai ebiz secara percuma dan siri satu telah keluar. Anda boleh dapatkan di http://myusahawan.com. Tidak cukup menulis di blog, beliau juga mewujudkan forum tersendiri di http://www.tuahemas.com/forum. Nickname siber nya adalah antradun, atau juga kadang-kadang dikenali sebagai tuahemas.

InsyaAllah, di lain kali saya akan menyatakan lagi link-link yang berguna untuk anda. Jika blog anda tidak tersenarai, jangan risau dan kecewa, saya mempunyai perancangan tersendiri selain menulis di post seterusnya.

Sekian, moga bermanfaat.

Incoming search terms:

  • rangkaian kerjasama

Kursus 3dalam1 : Padat, Ringkas dan Mudah Difahami

osman affan 3dalam1Tidak terlambat untuk saya menulis sedikit review bagi bengkel milik Osman Affan dan Irfan Khairi ini, 3dalam1.com.

Pada 19 Ogos 06 lepas, saya telah ke bengkel ini dan menyertai dari awal sampai akhir. Sebelum saya menulis sedikit review, ringkasan untuk bengkel itu adalah, ia memang asas dan memang SESUAI untuk mereka yang tersangat blurr sangat-sangat. hehe..

* Gambar: Osman Affan sedang menyampaikan isi pelajaran bengkel kepada para peserta

Di dalam bengkel ini, saya jamin anda tidak akan mengantuk. Ya, saya rasa inilah bengkel ini bengkel pertama yang saya tak mengantuk walaupun saya berjalan jauh dari JB. :) Mengapa? Kerana bengkel ini begitu interaktif dan berlakunya komunikasi dua-hala di antara speaker dan peserta.

Selain itu, terdapat sesi aktiviti berkumpulan dan ini bukan sahaja dapat menjana idea perniagaan internet, malah merapatkan perkenalan antara para peserta sendiri.

Di dalam penyampaian Osman, beliau memang seorang pakar. Kekuatannya adalah mengawal semua peserta agar memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang disampaikan olehnya.

Mengenai isi pelajaran, ia memang padat dan ringkas. Hanya 3 langkah seperti yang dinyatakan pada laman web 3dalam1.com:

1. Mencari Produk atau Perkhidmatan

2. Membina Laman Web yang berkesan (teori)

3. Membina Komuniti Pelawat

ketiga-tiga topik tersebut diulas dengan begitu mudah oleh Osman agar para peserta yang zero kefahaman dia mengenai perniagaan internet akan dapat memahami. Pelbagai tip yang mantap dan berguna sudah semestinya ada di dalam bengkel ini.

smartusaha irfan khairi

Irfan Khairi sedang memberikan tips berkesan hampir 1 jam

Bengkel ini bagi saya teramat asas kerana menurut kata Osman sendiri, ia adalah jambatan kepada bengkel jutawan internet Irfan Khairi. Bengkel 3dalam1 ini diwujudkan agar mereka yang “zero” dapat memahami perkara-perkara yang asas dahulu tanpa perlu memeningkan kepala. :) Walaupun asas, kata Osman sendiri, sudah ada antara bekas peserta bengkel ini melancarkan laman web niaga sendiri tidak kurang dari 1 bulan.

Antara kelebihan bengkel ini adalah, anda sebagai peserta akan diberikan beberapa bonus seperti email coaching (personal) selama satu tahun.

Kepakaran Osman adalah pada penyampaiannya, penggunaan masa yang tepat dan interaktif.

Mesti anda tertanya, mengapa Osman Affan? Apa ebisnes beliau? Ramai yang tidak tahu konsep asas bengkel 3dalam1 ini, iaitu Dr Irfan Khairi merupakan ‘coach peribadi’ kepada Osman sendiri sudah hampir dua tahun lebih (jika tidak silap saya). Maka, sudah pasti seorang pelatih yang dilatih oleh seorang pakar, akan memahami sesuatu ilmu itu bukan? Osman juga menyatakan, beliau dan Irfan sentiasa duduk semeja untuk menghasilkan perniagaan internet bersama di dalam tempoh beliau bersama Dr Irfan.

Seperti yang saya katakan, konsep asas bengkel ini adalah penyampaian yang jelas dan mudah difahami. Mengapa Dr Irfan begitu yakin terhadap Osman, kerana Osman memiliki kepakaran tersendiri di dalam motivasi dan penyampaian seperti yang saya nyatakan di atas. Jadi kesimpulan asas bengkel ini adalah:

1. Untuk merungkai keserabutan pemikiran mereka yang newbie. Maka, Osman dengan kepakarannya insyaAllah mampu menguruskan keserabutan peserta tadi. ;)

2. Osman mampu menyampaikan isi pelajaran dengan mudah difahami. Ia jarang dan susah dimiliki oleh ramai orang. Maka sebab itulah Irfan begitu yakin dengan Osman. Jika anda seorang yang expert dalam ebiz, tidak semestinya anda pandai mengajar orang lain bukan? Buat boleh, tapi untuk menulis, bagi talk, punyalah susah.. Setuju? :)

3. Bengkel ini merupakan jambatan kepada workshop jutawan internet Irfan Khairi. Ehem, siapa yang jadi peserta 3dalam1, dia akan dapat ‘something’ untuk ke bengkel Irfan. ;)

4. Bestnya bengkel ini, anda akan berpeluang mendengar beberapa tip dan teknik daripada Irfan Khairi sendiri.

5. Mendapat bonus seperti ebook Corey Rudl

6. Email Coaching selama setahun

7. Makan minum 4 kali kot. :lol:

8. Sijil diberikan

Rasanya cukup sampai di sini sahaja review saya. Mungkin anda berkata, “alah zul ni, mesti kroni Irfan ni.. Semuanya cakap yang baik-baik jer..”.

Oh tidak, saya bukan kroni mereka. hehe.. Ikhlas saya katakan dengan sejujurnya, cakaplah mana bengkel dan seminar atas muka bumi ni, berikan saya SATU sahaja bengkel/seminar yang 100% sempurna! Boleh? Saya yakin tak ada kan? Bahkan seminar Robert Kiyosaki pun ramai yang komen -ve, inikan pula kita yang tak setahap dia.

Ketahuilah, kita manusia biasa, dan kita jangan hanya melihat pada aspek yang kurang sahaja. Kadang-kadang yang kurang itu hanya 5% sahaja, tapi sebab kita TERLAMPAU melihat dan tidak puas hati dengan yang 5% tu, maka 95% yang baik dilupai dan tidak di-maksimakan penggunaannya. Jangan jadikan ia satu habit atau sikap kita seharian. Sikit-sikit nak tengok dan nak tahu kekurangan. Apa anda dapat? Hanya alasan yang anda dapat bukan?

Harga? RM297.00. Wahh, mahal nya. Saya no komen. Kadang-kadang geli telinga saya mendengar alasan begini. Maaf saya berleter sikit, orang kita kebanyakkannya kalau untuk hiburan atau untuk benda yang sekejap jer nikmat dia rela dan tak mempersoalkan wang yang dihabiskan untuk itu. Tapi untuk menuntut ilmu, berkira sakan sangat-sangat. Kenapa yer? Mudah jer jawapan dia, orang kita tak pandai menilai erti ilmu itu sendiri dan tidak meletak ilmu sebagai satu harta yang begitu bernilai pada diri mereka. Setuju?

Saya mempunyai beberapa kawan yang ringan jer tangan melabur beribu-ribu untuk satu skim pelaburan yang tidak tahu hujung pangkalnya nanti, tapi dia asyik kata: “mahal giler bengkel seminar diaorang tu..”. Apa komen anda terhadap kawan-kawan saya ni? ;)

“Takder duit la zul, bukan tak nak pergi”. Alasan ni boleh diterima lagi. Tapi nak seribu daya. Bengkel 3dalam1 menyediakan program affiliate di laman webnya. Satu peserta berdaftar melalui link affiliate anda, komisen RM30 anda dapat. 10 orang berdaftar melalui anda, RM300 anda dapat. Dengan komisen berkumpul tu anda bolehlah guna untuk ke bengkel ini. So? Usaha! Jangan hanya memberikan alasan. Banyak cara boleh anda dapatkan wang untuk ke bengkel sebegini bukan?

Awas kepada yang dah expert, saya bukan tak galakkan anda pergi, takut anda banyak mencemuh jer nanti. :) Tapi bagi saya tak salah nak sertai sebagai percambahan ilmu. Nasihat saya, pergilah ke bengkel atau seminar mana, tinggalkan ilmu yang ada pada anda kat rumah dulu, jangan bawa sekali ke bengkel. ;) Menuntut ilmu pun ada adab dia.
Oklah, sebagai penutup, anda boleh mendaftar bengkel asas perniagaan internet 3dalam1 ini dengan klik link di bawah ini:

Incoming search terms:

  • kursus perniagaan internet
  • kursus usahawan internet
  • 3dalam1 com
  • kursus keusahawanan internet

Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..

Menjadi satu impian dan kesukaan saya untuk bertemu dan berkongsi pandangan bersama dengan usahawan-usahawan internet Malaysia. Selama ini saya hanya menanamkan impian sahaja, tetapi sekarang sedikit demi sedikit beberapa cita-cita sudah tercapai.

Apabila kita berjumpa dan berkongsi idea, pendapat dan berbincang dengan usahawan lain, diri kita akan semakin bersemangat umpama bateri yang baru dicaj. Itulah yang berlaku kepada saya. Bermula dengan bertemu saifulsham pada seminar mereka, kemudian bertentang mata dengan Osman Affan, Dr Irfan Khairi dan Shuth Wangcyber di bengkel 3 dalam 1, dan yang lepas betemu dan bergabung tenaga dengan Sham RajaAdsense.

Sukar untuk mempercayai, tetapi itulah hakikatnya. Jika kita banyak bersabar dan jelas dengan matlamat serta kemahuan kita, kita akan mencapainya. Walaupun diri saya terasa begitu kerdil berbanding mereka yang lain, tetapi perasaan itu saya lontar jauh-jauh kerana untuk berjaya kita perlu berani melakukan sesuatu yang selama ini kita takut. Jangan jadi seperti anjing yang takut bayang-bayangnya sendiri.

Berbalik kepada topik, menjadi satu impian saya untuk berada sebaris dan sepentas bersama dengan mereka yang telah berjaya dan menempa nama di persada bidang keusahawanan internet. Bukan tujuan untuk terkenal, mengejar populariti atau lain-lain tujuan yang tidak sihat, sebaliknya apa yang saya mahu adalah erti kejayaan itu sendiri. Jika anda bertanya apakah tahap kejayaan saya sekarang, suka saya berterus-terang tanpa berselindung, pendapatan saya di internet tidaklah sampai berpuluhan ribu, tetapi bolehlah digunakan untuk menyara kehidupan seharian.

irfan khairi smartusaha

Saya dan Dr Irfan, di bengkel 3dalam1

shuth smartusaha

Shuth WangCyber (Suhaimy) yang memang sempoi gitu.. ;)

saifulsham smartusaha

Saya dan Sabri Saifulsham di seminar saifulsham

saifulsham

saya, syazwan, jimmy dan sabri

cheapestcovers smartusaha

Bersama team cheapestcovers.com di seminar saifulsham Julai 2006

osman affan

Bersama Osman Affan 3dalam1 di seminar saifulsham Julai 2006

rajaadsense smartusaha

Bersama Sham RajaAdsense

Jika anda melihat saya ke sana ke mari, ke bengkel itu dan ini, saya mengamalkan prinsip menuntut ilmu sampai ke mati. Semua mereka yang ada sekarang seperti saifulsham dan Dr Irfan adalah guru saya. Banyak yang telah saya pelajari daripada mereka. Walaupun saya sendiri sebagai usahawan internet, soal persaingan di antara satu sama lain saya jadikan perkara kedua, sebaliknya persahabatan, kerjasama, itu yang saya utamakan.

Setelah bertemu dengan beberapa usahawan internet Malaysia yang berjaya, diri saya kini semakin mendapat rentak tersendiri di dalam bidang ini. Inilah bidang ataupun medan perjuangan saya… Masih ramai lagi yang akan saya temui dan menjadi satu habit orang-orang yang berjaya untuk bertemu dengan mereka yang telah berjaya. Saya juga mahu begitu. Sesungguhnya bertemu dan bergaul dengan orang berjaya dan berfikiran +ve akan memberikan caj +ve juga kepada kita.. Diri kita akan terus bersemangat, kental dan tidak mudah putus asa. Malah komuniti atau rangkaian kita akan terus mantap dan bertambah.. Hidup kita bukan keseorangan, sebaliknya yang ringan sama dipikul, yang berat sama dijinjing.

Apalah yang saya merapu ni yer. Harap-harap tak merapulah..

Kesimpulannya, bukan saya mahu anda melakukan seperti apa yang saya buat, tetapi isi yang saya mahu sampaikan adalah:

TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS

Sudah ada matlamat yang jelas, pastikan anda tahu bagaimana untuk mencapainya dan seterusnya lakukan dengan sabar dan tidak berputus-asa.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)