Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Dr. Irfan Khairi @ TV3

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=tCs31_mBI1Y]

*Rakaman TV3 sempena Gerak Usahawan 2007

ps. Dalam tu ada member kita [pada saat ke-56], Mohd Amirol Pakej Web Jualan. Kalau tak salah lah. Kalau salah bagitahu yer Amirol. ;)

Incoming search terms:

  • usahawan irfan khairi
  • dr irfan khairi -maksud usahawan
  • kemana amirol menghilang
  • macam mana nak berniaga di internet by irfan khairi
  • usahawan dr irfan khairi
  • usahawan irfan

Adakah Anda Bangga Menjadi Usahawan Internet?

p_009.jpgAnda sudah memilih perniagaan Internet sebagai bidang menjana pendapatan, terutama yang melakukan secara sepenuh masa. Tidak kisah apa model perniagaan anda, itu semua tidak kisah. Penulis ebook ke, developer ke, servis ke, publisher ke, itu asasnya sahaja.

Tapi yang perlu dikisahkan di sini adalah, rasa bangga akan kerjaya ini lagi-lagi anda melakukannya secara sepenuh masa (seperti saya yg melakukan full time). Kerjaya saya sekarang adalah sepenuhnya online business secara full time.

Saya perhatikan, tidak ramai yang bangga. Sebaliknya, bidang lain (tak perlu saya sebut) yang selain dari Internet Marketing, mereka teramat bangga melakukannya. Sehinggalah saya melihat, seolah-olah dunia perniagaan Internet tak ada apa-apa. Nothing. Pernah tak anda rasa, perniagaan Internet ni kosong, atau hanya rasa ia buat duit semata-mata? Agak-agak kenapa ada rasa kosong itu?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • pertelingkahan di forum wangcyber

Perniagaan Internet : Sila Tanya Pakar Masing-Masing

Perniagaan konvensional ada banyak bidang seperti masakan, pembuatan, komputer, komunikasi, kewangan, khidmat automobil, perubatan, pembinaan dan sebagainya. Setiap bidang tersebut, sudah tentu ada pakar masing-masing. Begitu juga dengan perniagaan Internet, ia juga mempunyai banyak bidang atau model tersendiri seperti google adsense, program affiliate, resell rights, membership site, ebook (digital product), services, produk fizikal, drop ship, text link ads, blogging, adwords (PPC), SEO, web designing, copywriting, email marketing dan banyak lagi…

Amat mustahil jika semua usahawan Internet pakar semua perkara. Hal ini tidak pelik apabila seseorang usahawan Internet yang pakar dalam sesuatu bidang/model atau ilmu mendapatkan bantuan mengenai sesuatu yang mereka tidak tahu mengenai bidang tertentu daripada pakar bidang tersebut. Sebagai contoh, jika seorang usahawan Internet ini pakar dalam bidang ebook, tidak semestinya di tahu bagaimana cara untuk melancarkan produk beliau. Anda perlu tahu, ada beberapa orang di dunia perniagaan Internet ini mempunyai kepakaran untuk melancarkan sesuatu produk seperti Jeff Walker. Ramai internet marketer yang hebat-hebat mendapatkan ‘nasihat’ dan panduan daripada beliau untuk melancarkan produk-produk mereka. Lihat, Jeff Walker menjadi ‘hebat’ kerana beliau fokus kepada kepakarannya itu, sebaliknya tidak bersibuk-sibuk nak buat bidang lain. Pendek kata, dia ada kepakaran tersendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Hakikat 6: JANGAN target pendapatan besar dalam masa singkat

Apa khabar semua? Moga sihat di sana.

Saya masih dalam percutian, namun tidak semestinya saya tak buat kerja. Dan post ini adalah automatik yang mana saya dah tulis banyak-banyak artikel dan set tarikh bila ia akan keluar satu semi satu.

Ok, tulisan kali ini simple sahaja sebab perkara ni saya rasa semua dah tahu, tapi apa yang saya perhati, ramai juga masih tak faham atau tak mahu mengamalkannya.

Prinsipnya mudah, tapi sedikit susah untuk dipegangi dan difahami : Jangan mengharap pendapatan besar atau tidak realistik dalam masa yang singkat. Ramai yang baru memulakan perniagaan internet mengharapkan akan berlaku keajaiban di esok pagi selepas bangun daripada tidur. Percayalah, kadang-kadang teramat sukar untuk mendapatkan jualan pertama di internet. Namun kadang-kadang, cepat pula mendapat pendapatan yang tak disangka-sangka, rezeki adalah masing-masing.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cerita mengghairahkan
  • target masa depan dalam perniagaan

Hakikat 4: Anda perlu ke seminar atau bengkel

* Ini adalah post automatik

Apa khabar semua? Semoga sihat di sana.

Baik, adakah anda sudah membaca 3 hakikat perniagaan internet sebelum ini? Jika belum, bacalah dulu yer. Apapun komen dan pandangan anda, apa yang saya tulis, itulah pandangan saya. :) OK, untuk hakikat ke-4 pula ialah: Anda perlu ke seminar atau bengkel perniagaan internet untuk memulakan perniagaan internet.

Ok ok, saya tahu, ada yang tak suka mendengar perkataan seminar atau bengkel ni, bagi mereka ia hanya membazir duit sahaja. Tak apa lah, simpan duit tu yer.. ;) Tapi kepada yang suka dengan pasal benda ni, haa, ni yang saya nak bawa cerita ni. Tapi kalau yang tak suka tu nak dengar dan baca juga cerita ni, dipersilakan. :)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • kenapa perlu kepada bengkel motivasi
  • perkara yang perlu dilakukan sebelum masuh ke bengkel

Hakikat 2: Anda perlu tahu bagaimana berniaga di internet

Baiklah, mungkin ramai yang panas telinga dengan hakikat 1 semalam. Saya terpaksa meluahkan apa yang saya simpan sebab saya sudah lama menyatakan, anda perlu tahu asas komputer dan internet, belajar dan mahirkan walaupun yang asas sebelum nak mula ebiz.

Tapi masih ramai yang datang kepada saya dengan kosong dan berharap 100% bantuan saya. Minta maaf, saya tidak dapat bantu. Ia adalah tanggungjawab anda sendiri, saya hanya tunjuk jalan, bukan mengajar caranya satu-persatu.. Ringkasan hakikat 1: Belajar asas komputer dan internet.

Ok, hakikat yang ke-2 pula. Setelah anda tahu guna komputer, faham hosting dan domain name tu apa, cpanel tu apa, ftp tu apa, forum tu apa, PHP tu apa, HTML tu apa (tahu dan faham pun dah memadai), maka seterusnya barulah kita boleh memulakan perniagaan internet. Eh, silap. Belajar dahulu baru mula. :)

Ramai yang melakukan langkah songsang dalam permulaan, sebab itu tak jadi-jadi dan tertangguh niatnya nak ada perniagaan internet sendiri. Sebelum memulakan ebiz, yang perlu adalah belajar dahulu, BUKAN mula sambil belajar. Cara ni silap dan songsang. Percayalah, kalau anda MULAKAN ebiz sambil belajar (baca dan buat), anda akan keluh-kesah, berkerut dahi, mudah kecewa dan sebagainya. Dalam bahasa modennya, tak sistematik.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • berniaga di internet
  • macam mana nak berniaga online
  • cara berniaga di internet
  • berniagadalaminternet
  • teknik berniaga di internet
  • rosli jamal
  • sape bole ajar berniaga online
  • tak tahu cara nak berniaga
  • ebook belajar asas komputer
  • ceocyber rosli jamal

Ebook Asas Blog WordPress. Versi Terkini..

Apa khabar semua..

Jika anda belum memiliki pakej kit blogger di laman web http://bloggingsteps.com/kit, maka anda jangan membelinya lagi.. :) Ini kerana, saya sedang menyiapkan versi terkini yang lebih bertambah nilainya. Untuk itu, pastikan anda menyemak emel anda setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini daripada saya.

Versi kali ini memang ‘hebat’ dan penuh dengan item-item yang amat membantu anda membina blog dan menggunakannya untuk sebarang tujuan anda. Versi terkini ini juga akan didatangkan bersama dengan satu PELUANG yang amat RUGI jika anda melepaskannya begitu saja, kerana ia dibuka secara TERHAD.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ebook asas wordpress
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)