Usahawan Internet (Internet Entrepreneur – IE -) adalah pemilik bisnes yang meniagakan sesuatu produk di Internet. Mereka ini tidak semestinya perlu melakukan usaha promosi sendiri-sendiri. Mereka mungkin menggunakan staf sendiri atau freelancer. Atau dalam kata lain, mereka ini adalah usahawan (tidak perlu disebut Internet di belakangnya).
Internet Marketer (pemasar internet) pula adalah mereka yang melakukan sesuatu usaha promosi dan pemasaran di Internet, sama ada untuk produk sendiri atau produk orang lain. Mereka ini biasanya pakar atau fokus paling kurang pada satu teknik pemasaran.
Usahawan internet tidak semestinya seorang Internet Marketer, tetapi seorang Internet Marketer pula adalah seorang usahawan internet. Seseorang usahawan Internet boleh melakukan sendiri pemasaran di Internet, atau menggunakan khidmat oleh Internet Marketer yang lebih pakar dalam satu-satu teknik.
Usahawan internet biasanya tidak memfokus menjadi pakar dalam satu-satu teknik promosi atau pemasaran, atau langsung tidak tahu. Manakala Internet Marketer adalah sebaliknya. Mereka lebih kepada aktif dalam aktiviti perniagaan.
Akibat daripada salah faham kebanyakan orang, jika seseorang usahawan internet itu tidak pakar dalam satu-satu teknik promosi (seperti SEO dan copywriting), lantas mereka dikatakan “tidak hebat”. Bagi saya, perkara ini hanya berlaku dalam niche Internet Marketing (IM) sahaja dan tidak dalam niche lain.
Jika dalam niche IM, sudah pasti seseorang Internet Marketer itu perlu mahir walau tidak pakar sepenuhnya terhadap topik yang dibicarakan. Berbeza dalam niche lain, teknik promosi, pakar atau tidak, itu semua tidak akan diperbincangkan oleh orang lain terhadap usahawan internet itu.
Manakala, tidak semua Internet Marketer mampu mengajar atau membantu semua jenis usahawan. Ada Internet Marketer yang GAGAL dalam menjual produk fizikal, tetapi hebat dalam menjual produk digital, atau mengenai niche kepakaran mereka.
Jika menurut pengertian oleh Wikipedia, Usahawan Internet (Internet Entrepreneur) adalah mereka yang mencipta satu bisnes sama ada baru atau inovasi di Internet. Contohnya seperti Facebook, Myspace, Twitter, Digg, Youtube dan lain-lain.
Kesimpulan
Usahawan Internet adalah mereka yang lebih fokus kepada penjualan, membina empayar bisnes, keuntungan dan pengurusan perniagaan. Manakala Internet Marketer lebih fokus kepada pencarian dan pemerkasaan (menjadi pakar) dalam satu-satu teknik Internet Marketing.
Usahawan Internet tidak perlu menjadi pakar dalam satu-satu cara promosi, sebaliknya hanya perlu melakukan perkara yang betul dan berkesan. Internet Marketer lebih banyak menghabiskan masa untuk menghasilkan satu formula pemasaran yang berkesan, manakala usahawan pula hanya perlu menggunakan formula yang telah siap sahaja.
Di dalam dunia perniagaan internet, begitu banyak istilah-istilahnya. Ia hanyalah perkara remeh, tetapi dengan memahaminya, ia boleh memberikan kesan yang besar.
ps. Ada usahawan Internet yang bermula dengan menjadi Internet Marketer terlebih dahulu. Baca di sini.
Incoming search terms:
- keusahawanan wikipedia
- usahawan Internet vs Internet Marketer
- wikipedia fokus pemasaran usahawanan















Komen Terkini