Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Fakta ‘Tersembunyi’ Mengenai Iklan Banner

Tiada orang klik iklan banner anda?

Usah kecewa jika iklan banner anda tidak diklik oleh pelawat laman web di mana iklan anda berada. Kenapa? Bukankah perkara penting iklan banner ialah agar orang klik? Ya, betul. Tapi tahukah anda, iklan banner juga amat membantu di dalam membina kredibiliti?

Jika iklan banner anda dilihat berkali-kali oleh sesiapa sahaja yang sebelum ini berkali-kali juga tidak klik pada iklan banner anda itu, paling kurang mereka akan membaca “ayat-ayat” pada banner tersebut.

Sebab itu di dalam ebook Panduan Iklan Banner Berkesan saya ada menyatakan pentingnya untuk kita tidak mengubah terlalu kerap design banner yang digunakan. Mahu ubah boleh, tetapi di peringkat awal sahaja yang mana di dalam usaha (testing & tracking) menentukan banner mana yang lebih berkesan.

Sebaik sahaja anda mengetahui iklan banner yang lebih bagus kadar CTRnya, maka gunakan banner itu secara konsisten. Satu lagi ialah, jika boleh kekalkan iklan anda itu di laman web yang anda iklankan dan pada ruang yang sama. Lakukan iklan di situ berkali-kali dan jangan hanya sekali sahaja. Sebabnya, kita mahu membina “promosi” kepada pelawat-pelawat tetap laman web tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Ruang Iklan : Bonus + Special Event

Info: Post kali ini 80% adalah bercirikan komersil

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang telah merebut peluang untuk beriklan di blog smartusaha dengan membayar sebanyak RM35 untuk 35,000 impression. Satu harga yang teramat murah berbanding harga standard iaitu USD25 untuk 10,000 impression (harga secara purata, tak percaya, cuba research sendiri).

Mengapa saya ucapkan tahniah kepada mereka, kerana mereka sanggup untuk mencuba sesuatu, lebih-lebih lagi setelah membaca special report saya yang percuma mengenai pengiklanan banner. Mereka melakukan sesuatu untuk laman web jualan mereka, mereka tidak duduk diam. Saya suka golongan sebegini yang sanggup melakukan ‘apa sahaja’ (tapi dengan ilmulah) untuk bisnes mereka.

Sebenarnya, ada satu perkara yang saya ‘rahsiakan’ kepada anda semua mengenai ruang iklan banner, iaitu BONUS. Bahkan yang telah membeli ruang iklan tersebut pun belum mengetahui apakah ‘hadiah’ tersebut. Setakat ini, saya sudah menyenaraikan bonus untuk mereka sebagai tanda tahniah kerana merebut peluang dan satu lagi, memang saya ingin membantu bisnes mereka (visi smartusaha iaitu membantu netpreneur). Bagaimana? Hehe, saya tak akan beritahu di sini kerana tidak adil kepada mereka yang telah membeli ruang tersebut. Namun yang pasti, RM35 yang mereka bayar amat amat berbaloi kerana bonus-bonus yang saya berikan itu adalah untuk jangka masa panjang. Saya ‘ambil’ duit mereka, tapi saya akan bantu mereka lebih daripada apa yang mereka bayar.. ;)

Kalau anda kata RM35 amat mahal, tepuk dada, tanya selera. Special Report saya pasal iklan banner tu dah menjawab segalanya kalau anda BACA dan fahamlah.. ;)

Oh ya, maaf. Kali ini tiada benda free. Ada yang minta, “Zul, letaklah link affiliate aku kat blog kau.”. Pohon seorang sahabat baik saya. Tapi saya tidak mengendahkannya kerana prinsip saya, “tiada jalan mudah untuk berjaya..”. Saya tetap ‘berkeras’ dengan prinsip, “bisnes adalah bisnes, kawan adalah kawan”, dua keadaan yang berbeza dan kita mesti membezakannya. ;)

Selain itu, saya mahu dia berusaha sendiri kerana saya amat tidak suka memanja-manjakan, kena ada usaha, jangan hanya tahu goyang kaki. Saya tak akan bantu sama-sekali mereka yang malas berusaha dan tahu nak mudah. Ya, saya amat tegas dalam hal ini, i’m sorry. Saya hanya akan membantu jika anda sentiasa berusaha gigih, maka tiada sebab untuk saya tidak membantu anda. Adil bukan?

Jadi, kepada pembeli ruang banner di blog ini, iklan anda bukan hanya berkelip-kelip di sini semata-mata, tapi ‘lebih daripada itu’.. hehe.. Mengapa saya baik sangat? Kerana saya suka orang yang cepat merebut peluang dan serius. :) Oh ya, yang tak ada laman web jualan tu tak apa lah, saya tuju kepada mereka yang ada website jualan jer..

Bukan paksaan, tapi saya suka mereka yang cepat mengambil peluang.. Apakah 3 bonus itu? Hanya saya yang tahu buat masa sekarang dan mereka yang telah membeli ruang banner di blog ini akan merasai hadiah-hadiah istimewa daripada saya. Yang pasti, saya akan pastikan mereka dapat lebih daripada apa yang patut. Ingat, saya bukan seperti pihak penyedia iklan yang lain.. hehe.. Saya terpaksa merahsiakan dulu bonus-bonus tersebut sebab saya hanya mahukan mereka yang serius sahaja, BUKAN sebab bonus.

Oh ya, hanya 9 tempat (ruang) sahaja lagi yang ada untuk iklan banner. Habis sahaja, anda kena beratur, ikut giliran. Stop dulu pasal iklan, dan kalau nak tahu lebih, sila ke http://smartusaha.com/iklan :) Dan kalau anda belum dapatkan special report mengenai “pengiklanan banner berkesan”, hanya perlu klik di sini.

===========
SPECIAL EVENT
===========

Jika anda belum mendaftar newsletter smartusaha dan mahu mendapatkan 4 buah ebook percuma, sila daftar segera di http://smartusaha.com/news. Saya akan umumkan satu special event KHUSUS untuk subscriber newsletter saya sahaja.. Ya, event itu amat special.. Hanya mereka yang akan tahu dan orang ‘luar’ sama-sekali tak akan diberitahu. ;)

Apakah event ini? Ya, event ini hanya terhad kepada subscriber saya sahaja dan terhad dalam tempoh tertentu sahaja. Pastikan anda adalah salah seorang yang mengetahuinya..

PS. Ada-ada ajer Zul ni yer.. Ya, ada-ada ajer.. ;)

PPS. Saya suka mereka yang serius, tidak banyak soal dan suka merebut peluang yang ada jika mereka mampu..

Tip: Kalau anda dapat banyak klik pada banner, pastikan laman web anda OK dari segi salescopy (conversion rate) dan jangan lupa capture their name & email (mailing list). Jika tidak, sia-sia sahaja.. Just do it, jangan ‘banyak’ soal.. hehe.. :)

Wassalam.

Forum : Bukan Tempat Berjual-Beli @ Iklan

‘Tips’ kali ini biasa sahaja. :) Semua orang dah tahu, tetapi mungkin ada buat-buat tak tahu dan tak nak ambil tahu, atau dalam bahasa yang mudah, “aku peduli apa..”. ;)

Hehe, peduli apa yer.. Tak apa.. Teruskan membaca. :)

Baiklah. Sebelum ini, saya ada menulis mengenai membina ‘kredibiliti’ dan menarik trafik dari forum ke laman web kita dan itulah salah satu ‘kekuatan’ saya selama ini. Namun, ramai yang tersilap langkah dan ingin mencari jalan mudah untuk mempromosikan produk mereka ataupun sesuatu untuk hasil $$$$.. Bagaimana? SPAM!! Ya, forum mempunyai pelbagai topik atau dikenali sebagai thread. Mereka si kaki spam ini, melakukan post (tulisan) yang sama di beberapa ruangan thread samada dalam ayat mempromosi atau tersirat. Bagaimana tersirat??

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

Kali ni, saya nak menulis beberapa perkara serentak dan penulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapapun, ini adalah sesuatu yang umum. Jika anda terasa, maafkan saya. Diharapkan anda dapat menghayati apa yang saya ingin ‘bebel’kan pada kali ini.

Teruskan membaca….

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)