Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Hukum Menjual Ebook

Khas untuk mereka yang berminat untuk menjual ebook, atau sedang melakukan perniagaan ini, mungkin pernah tertanya-tanya apakah status hukum menjual produk sebegini. Pertanyaan ini sama ada didasari ingin tahu oleh diri sendiri, atau mungkin tekanan oleh pihak lain yang meragui usaha perniagaan ini.

Berikut adalah tiga jawapan daripada pihak yang berbeza:

Soalan: Bagaimana hukum menjual e-book?

Jawaban:

Alhamdulillah, shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hukum memperjual-belikan e-book adalah halal, selama e-book tersebut tidak mengandung hal-hal yang diharamkan dalam syari’at, sebagaimana halnya program komputer atau buku cetak biasa atau barang lainnya. Karena hukum asal setiap perniagan barang yang bermanfaat adalah halal.

Sumber: PengusahaMuslim.com

Soalan: ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari perniagaan itu seperti menjual e-book yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Jawapan:

Jika perniagaan yang dijalankan memenuhi syarat-syarat jual-beli yang ditetapkan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Syarak (seperti gharar, riba, penipuan, menjual barangan/produk haram dan sebagainya), Insya Allah haruslah perniagaan internet itu.

Sumber: Ilmu & Ulamak

Soalan: What is the fatwa about selling ebooks on Internet?

Dear Sir, Please consider my entire situation. I have a weight loss info website and I sell a weightloss ebook cum a complete plan which I have written using information from various ebooks and plans (All the info in my ebook is general info that falls in public domain and is not patented so there is no unique information that’s ‘owned’ by someone Plus I have rewritten the content in my words so original writers’ copyright is not violated either Plus I mention wherever needed that so and so books were used to write this plan).

I tell people that they’ll lose weight with it & it’s very useful ebook. I get regular sales. Then there are some people who might already know most things in my ebook. Then for some it might not work or some who don’t use it properly or honestly. For such people, I offer 100% money back guarantee and stick by it whenever anyone asks for it. (Only 15% ask for refund so most people like it) Is everything OK with this business or should I correct something to make my earning Halal? Pls reply soon. I’m very concerned about this issue..Thanks

Jawapan:

Your business is Halaal and Allah Ta’ala Knows Best.

Mufti Bilaal Cassim
FATWA DEPT.

CHECKED AND APPROVED CORRECT: Mufti Ebrahim Desai

Sumber: http://www.islam.tc

2) Hukum jual beli hak cipta atau harta yang tidak berjisim (hak ma’nawi) seperti hak pemikiran kritis, hak cipta tulisan, hak nama syarikat terpelihara dan lain-lain yang sepertinya. – Setelah kajian dibuat, mendapati bahawa Islam mengiktiraf hak ini sebagai suatu jenis harta yang boleh diperdagangkan, dan Islam juga mengiktiraf ianya suatu hak yang tidak harus dicerobohi oleh pihak lain.

Kebanyakan ulama kontemporari Islam telah berbincang berkenaan hal ini, dan mereka bersepakat tentang hukum Haram keatas jualan setiap barangan cetak rompak, sama seperti larangan menisbahkan sesuatu pandangan (dalam hal kajian ilmiah) kepada diri sendiri sekiranya ia adalah disadur dan dipetik dari pandangan penulis lain.

Bab ini juga mendedahkan bantahan beberapa ulama dan penulis berkenaan hak cipta di dalam Islam yang pada pandangan mereka tidak wujud. Dalil-dalil yang mereka bawakan juga dinilai dalam buku ini.

Manakala, Hikmah Syariah dalam pengiktirafan hak ini antara lain adalah, memaparkan pengiktirafan Islam terhadap perkara-perkara yang membawa manfaat besar, juga menunjukkan bagaimana Islam memandang serius hal pencerobohan hak individu kerana ia adalah suatu kezaliman yang jika tersebar boleh mengakibatkan pengaduhan, pertambahan sikap malas dalam diri, kerana boleh bersenang lenang dengan hasil usaha orang lain dan lain-lain.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/780/63/

Kesimpulan:

1. Menjual dan meniagakan ebook adalah HALAL selagi mana kandungan ebook itu adalah perkara yang tidak haram di sisi syari’at Islam.

2. Hukum halal tidak bermaksud kita boleh berwenang-wenang atau meremehkan di dalam menghasilkan ebook yang berkualiti.

3. Ebook juga adalah sejenis barang. Di dunia ini, setiap barang atau benda ada sifatnya masing-masing. Bagi ebook, sifatnya tidak dapat disentuh, tetapi tetap mempunyai NILAI.

4. Menjual ebook sama sahaja seperti menjual produk lain, di mana kita perlu menjaga etika, akhlak, tidak menipu daya dan lain-lain yang dilarang oleh Agama.

5. Disebabkan ia diiktiraf oleh Agama, maka mencuri ebook, menyebarkannya secara percuma, plagiat dan menjual tanpa kebenaran adalah haram di sisi syari’at. Antara dalil yang digunakan oleh ulama adalah firman Allah SWT,

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 188)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah An-Nisaa: Ayat 29)

Semoga bermanfaat.

PS. InsyaAllah, jika ada kesempatan, kita bincang pula pandangan dari sudut ilmiah dan industri mengenai perniagaan informasi. Asasnya adalah: Informasi mempunyai nilainya tersendiri. Ia dianggap sebagai “currency” atau jenis komoditi terbaru di zaman ini. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih ketinggalan jauh dalam perkara ini dan masih tersangkut pada perkara-perkara ranting.

-

Incoming search terms:

  • hukum perniagaan affiliate
  • hukum menjual ebook
  • artikel hukum perniagaan internet
  • internet dari sudut pandangan islam
  • hukum tentang pembelian melalui internet
  • hukum bisnes di internet
  • hukum syariah perniagaan affiliate junktion
  • hukum syariah buy back guarantee
  • hukum syarak keuntungan perniagaan
  • hukum riba jual barang berganda

Hukum Perniagaan Internet

Ramai yang masih beranggapan perniagaan melalui internet itu adalah haram di sisi Islam. Sebenarnya, perniagaan melalui internet adalah sama sahaja dengan perniagaan lain seperti melalui telefon, faks, melalui pesanan orang tengah dan juga melalui pos.

Begitu juga urusniaga melalui Internet, kita menggunakan pelbagai kaedah seperti emel, laman web, forum, blog dan pelbagai kaedah lagi. Konsep asas perniagaan di dalam Islam adalah halal, kecuali jelas nyata apa yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum hakam seperti menjual barang yang haram.

Begitu juga dengan kaedah yang dilakukan, ia juga akan menentukan hukumnya jatuh haram atau halal. Jika berniaga dengan menipu, trik yang memperdayakan, tidak jujur dan lain-lain lagi, maka hukumnya boleh jatuh haram.

Kesimpulan di sini, perniagaan internet adalah halal (harus) dan tiada apa-apa masalah melainkan seseorang itu menjual sesuatu yang haram dan melakukan cara berniaga yang salah di sisi syariat.

Di sini saya petik beberapa pendapat para ahli ilmu Agama yang berkelayakan untuk berbicara mengenai hukum perniagaan internet.

Biarpun kini banyak urusan perniagaan lebih cenderung dilakukan menerusi internet sama ada untuk membuat pelaburan atau promosi kerana ia lebih menjimatkan dan memudahkan, namun secara umumnya perniagaan internet ini adalah harus, tetapi sebagaimana biasa ia mesti memenuhi beberapa syarat untuk perlu dipatuhi bagi kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Pertama, dalam syarat jual beli mesti ada penjual, pembeli, lafaz kontrak atau akad, ‘sighah’ (isi kontrak) dan aset (benda yang hendak dijual). Kelima-lima syarat-syarat ini mesti dipatuhi terlebih dahulu.

Keduanya, penjual mestilah memiliki barang tersebut ataupun mampu untuk mewujudkan barang tersebut yang hendak dijual contohnya tukang kasut walaupun kasut itu tidak wujud lagi hanya berpandukan gambar atau katalog, namun sekiranya dia boleh menghasilkan kasut, itu sudah dikira boleh dalam sudut syariah. Penjual juga mestilah orang yang telah baligh ( tidak semestinya Islam), cukup umur, barang-barang yang hendak dijual mestilah barang-barang yang halal yang bukan bersifat lucah, arak, atau perjudian.

Syarat yang seterusnya ialah akad, iaitu akad boleh dibuat melalui internet dengan menggunakan borang pesanan yang jelas menyebut perincian barangan bagi mengelakkan ‘jahalah’ dan ‘gharar’; Cuma ‘tick’ pada item yang ingin dibeli dan hantar, itu sudah dikira akad dan diterima dalam syariah.

Seterusnya ialah sighah iaitu setiap maklumat yang terkandung dalam isi kontrak telah lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selain itu, perkara lain yang perlu dijaga ialah sah atau tidak sah sesuatu pelaburan itu bergantung kepada cara bayaran iaitu cara bayaran yang dibuat secara ansuran atau cash yang menggunakan kad kredit. Sekiranya menggunakan kad kreadit mestilah kad kredit Islam dan bagi mereka yang menggunakan kad kredit konvensional, maka wajib menyelesaikan hutang kepada pengelaur kad itu dalam tempoh yang dibenarkan agar tidak dikenakan faedah. Jika tidak, pembelian yang dibuat itu telah melibatkan riba dan ianya haram.

Sumber: Zaharuddin.Net

Artikel berkaitan daripada beliau: Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

PERNIAGAAN DALAM INTERNET

Soalan; ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari perniagaan itu seperti menjual e-book yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Jawapan;

Jika perniagaan yang dijalankan memenuhi syarat-syarat jual-beli yang ditetapkan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Syarak (seperti gharar, riba, penipuan, menjual barangan/produk haram dan sebagainya), Insya Allah haruslah perniagaan internet itu. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang ciri-ciri perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam, sila baca dalam kupasan saya tentang MLM; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-haram.html).

Komisyen dari hasil jualan atau dengan menjadi orang tengah -antara penjual dan pembeli- adalah harus dan halal jika produk yang dijual adalah halal dan bermanfaat dan urus-niaga yang dijalankan juga halal. Khusus bagi yang terlibat menjadi orang tengah, ada tiga syarat yang perlu diberi perhatian;

1. Hendaklah ia memberi syor (kepada penjual atau pembeli) berdasarkan pengalaman, pengetahuan atau kajiannya, bukan hanya memandai-mandai atau mereka-reka (yakni berlagak pandai) hingga merugikan penjual/pembeli yang berurusan dengannya.

2. Hendaklah ia jujur dan amanah; tidak menipu penjual atau pembeli yang menaruh kepercayaan kepadanya. Ia hendaklah memberi maklumat tentang barangan/produk yang dijual dengan benar, tanpa menipu dan tanpa melebih-lebih.

3. Ia tidak menjadi orang tengah dalam perkara/benda yang tidak halal dijual, dimiliki dan dimanfaatkan mengikut hukum Syarak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sail Wa al-Faqih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, hlm. 22.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com

Dan berikut adalah satu kertas kerja lama mengenai urusniaga secara Online, yang dihasilkan oleh Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Klik di sini untuk membacanya.

Kesimpulan

1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.

2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.

3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.

Incoming search terms:

  • hukum perniagaan internet
  • hukum berniaga
  • hukum perniagaan online
  • perniagaan internet yang halal
  • hukum perniagaan
  • hukum bisnes online
  • hukum internet marketing
  • perniagaan internet dalam islam
  • hukum berniaga online
  • hukum bisnes internet

Isu: Keuntungan Maksimum Dalam Islam

Ada tiga persoalan yang biasanya dibangkitkan oleh individu yang dengkikan seseorang yang melakukan perniagaan Internet, dengan harapan usahawan itu berputus-asa dan bisnes itu berhenti (gagal). Perkara-perkara itu adalah:

  1. Harga tinggi (keuntungan berganda-ganda).
  2. Menjual ebook adalah haram.
  3. Hukum perniagaan Internet adalah haram.

Semalam, saya menerima satu komen yang menyatakan saya telah melakukan ketiga-tiga kesalahan di atas. Namun sadisnya komen individu itu, semua pendapatnya salah dan bertentangan dengan pendapat kebanyakan ahli ilmu Agama.

Pemberi komen itu mengatakan:

  • Haram meletak keuntungan lebih daripada tiga kali ganda.
  • Mengapa tidak bagi percuma sahaja ebook padahal kos penghasilan ebook adalah rendah.
  • Perniagaan Internet adalah haram. Di manakah akadnya?

Ada lagi beberapa perkara berkaitan yang dibangkitkan seperti pengadaptasian idea dan konsep daripada hasil kerja orang lain. Yang ini akan dibicarakan kemudian pada entri akan datang.

Di entri ini, saya letak satu penerangan yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin dan juga petikan daripada penerangan ringkas seorang pakar kewangan yang lebih dikenali dengan panggilan PakDi.

Peratusan Maksimum Untung Jualan Menurut Shariah

assalamualaikum.

boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli islam.

JAWAPAN :

wa’alaikumussalam,

tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.

cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.

Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )

Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 )

Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelancong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, justeru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harga 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harga biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan “Ghabnun Fahisyh” yang terkeji.

Sekian

ust zaharuddin
15 Jan 07
25 Zulhijjjah 1427 H

Tambahan daripada ruang komen blog beliau:

Assalamualaikum !

Rizal72 ( item 16 ) dipetik berkata ” Saya dengar ceramah kat masjid sorang ustaz tu cerita bahawa nabi muhammad s.a.w bila berniaga dia hanya ambil profit atau keuntungan bersih tidak melebihi 30% sahaja… ” TAPI SEBALIKNYA PULA…..

Ust Zaharuddin / WC Founder ( item 17 ) dipetik berkata… ” ….. tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market. “.

Persoalan saya :

( 1 ) Yang mana satu betul Ustaz Zaharuddin ? nanti confuse pulak si Rizal72 dan kami semua ni ! Lebih-lebih lagi kepada IM-IM seperti kami ini untuk jualan e-book kami yang akan datang. Jelasnya, kalau Rizal 72 tersilap, dia boleh beritahu Ustaz di masjidnya tentang hal ini untuk diperbetulkan.

(2 ) Apa pula komen Ustaz tentang komen saya ( item 19 ) diatas yang ada kaitan dengan penjualan e-book RM100 oleh saudara Munawar ? Kami semua tak sabar untuk mendengar response Ustaz balik. Penting untuk dicari penyelesaian tentang harga e-book ini supaya segala hujah dapat dinilai oleh pembaca. Assalamualaikum !

UZAR : ITU PEMBOHONGAN DI ATAS NAMA NABI.

*Ustaz Zaharuddin (UZAR) memberi respon terhadap kenyataan bahawa Nabi Muhammad mengambil untung bersih tidak melebihi 30%. Ia tiada dalil yang sahih, maka kenyataan itu adalah pembohongan di atas nama Nabi.

Dan berikut penerangan ringkas daripada Pakdi:

Bila dilihat balik mereka yang menyatakan tidak boleh untung lebih 100% dan sebagainya adalah mereka yang salah terjemah ayat riba dalam surah ali-Imran ayat 130.

Mereka menyatakan riba itu adalah kenaikan dan ambil terjemahan literal sahaja. Sedangkan ayat-ayat riba dalam Quran adalah jelas mengikut ulama tafsir adalah riba jahiliyyah yang berlaku secara meluas dalam masyarakat, iaitu usury.

Barangkali mereka tidak baca kitab tafsir dan cross-refer dengan hadis riba yang lain.

1. Nilai pasaran / market price adalah benchmark sahaja. Kontrak sebenar hanya berlaku bila harga yang ditawarkan oleh satu pihak diterima oleh pihak satu lagi.

2. Shariah hanya melihat valid offer and acceptance, manakala economist ada teori market price. Discount, par, premium. Yang mana beli at very very very discount / premium sekalipun tidak lah menjejaskan validity sesuatu kontrak jual beli selagi mana harga dipersetujui bersama secara rela.

3. Mengenai beli rumah / kereta, panjanglah sikit nak hurai perbezaan yang ada dalam pasaran hari ni. Umumnya, perbankan Islam banyak guna al-Ijarah Thumma al-Bai (AITAB) untuk beli kereta. AITAB ini sebenarnya kontrak sewa, distrukturkan agar ada pembelian pada penghujung kontrak sewa.

4. Rumah pula, Bai Bithaman Ajil (BBA). Credit sales.

5. Sebenarnya konsep AITAB, kita tak beli kereta lagi pun, cuma janji nak beli di hujung tempoh sewa. Kereta tu bank punya.

6. BBA, rumah tu dah kita punya. Cuma rumah tu dicagarkan kembali kepada bank sebagai security of debt.

Teorinya, bila dah dapat izin pemilik kereta, atau izin yang pihak yang menerima cagaran itu tadi, kita boleh je jual berapa-berapa. Kalau ada pembeli yang bersetuju dengan harga yang kita offer, maka tidak ada isu Shariah walaupun price itu jauuuuuuhhhhhhhh dari harga market sekalipun.

*Penerangan ringkas Pakdi ini boleh dibaca di Wall Facebook saya.

_______

Mengenai hukum menjual ebook, hukum perniagaan Internet dan juga pengadaptasian idea daripada hasil kerja orang lain, tunggu entri-entri akan datang yang akan saya publish nanti.

Pandangan Saya:

1. Jangan mencari salah orang lain semata-mata mahu memuaskan hati sendiri kerana dengki.

2. Jika nampak orang lain melakukan kesalahan, tegur dengan hikmah. Bukan dengan memburuk-burukkannya, menjatuhkan semangatnya, memfitnah dan membuat provokasi. Itu bukan cara orang Islam.

3. Jangan memandai-mandai meletak hukum haram atau halal terhadap sesuatu perkara, lagi-lagi kerana hati yang dengki terhadap orang lain.

4. Tiada manusia yang sempurna, termasuk saya. Saling nasihat menasihatilah dengan baik. Jika tidak mampu melakukan dengan hikmah, berdiam diri adalah pilihan terakhir.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • keuntungan dalam islam
  • keuntungan perniagaan dalam islam
  • ustaz zaharuddin
  • untung dalam islam
  • peratus keuntungan perniagaan dalam islam
  • untung perniagaan dalam islam
  • hukum perniagaan dalam islam
  • keuntungan yang dibenarkan dalam islam
  • cara berniaga mengikut islam
  • peratus keuntungan dalam islam
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)