Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » hakikat

Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?
Saya telah menulis 14 hakikat selama hampir 2 minggu tanpa henti. Tak tahulah, pembaca ambil serius atau tidak. Tapi banyak yang saya nyatakan, ia akan menentukan berjaya atau tak perniagaan Internet yang dilakukan. Kalau tak ambil serius, I’m sorry if you in trouble. Jangan datang kat saya dan minta bantuan sebab anda tak serius akan pesanan-pesanan saya.

Okay, saya akan tambah lagi hakikat ekstra (tambahan). Agak-agak anda, apakah sebab tak ramai orang Malaysia yang beli produk yang anda jual di Internet? Produk tak bagus? bukan… Laman web tak bagus? tidak… Anda tak buat promosi? Ermm, dah buat… Abis, apa lagi sebabnya yer? Oh ya, mungkin sebab tak ramai orang Malaysia yang melayari Internet kot… Jawapannya juga tidak sebab pengguna Internet terus meningkat setiap hari. Habis, apa sebabnya zul? Nak tahu ke jawapannya? Jawapannya, baca artikel ini sampai habis.

Senario Terkini:

Kita lebih menumpu kepada PERNIAGAAN INTERNET, tetapi kita tidak banyak melakukan sesuatu untuk menyedarkan atau mendidik rakyat Malaysia menggunakan online banking, kad kredit secara online atau payment processor seperti paypal.

Jika inilah senarionya, maka industri perniagaan Internet lambat berkembang kerana TANPA pembeli, perniagaan Internet tiada gunanya.

Maka, kita perlu mendidik rakyat Malaysia agar membeli sesuatu barangan melalui Internet dan juga mendidik mereka mengenai sesuatu perkara seperti produk digital seperti ebook (ada yang tak tahu apa itu PDF!) yang masih baru di pemikiran rakyat Malaysia.

Pengalaman saya sebagai usahawan Internet yang menumpu pasaran Malaysia mendapati, masih ramai yang tidak tahu menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMBClicks dan lain-lain. Malah, peratusan yang menggunakan kad kredit atau kad debit secara online masih juga di tahap yang rendah.

Saya menyeru semua usahawan internet agar melakukan sesuatu jika anda inginkan kesenangan dan kemudahan di dalam perniagaan masing-masing terutama jika anda menumpu kepada pasaran Malaysia. Tanpa kuasa beli rakyat Malaysia di Internet, kita sebagai usahawan Internet berniaga umpama mengharapkan hujan di musim kemarau.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mendidik rakyat Malaysia?

1. Jelaskan kepada mereka hakikat sebenar perniagaan Internet

2. Jelaskan kepada mereka, apa itu online banking, kad kredit/debit dan juga online processor seperti paypal, worldpay dan 2checkout

3. Yakinkan mereka bahawa transaksi melalui Internet adalah selamat dan merekalah yang sebenarnya menentukan pembayaran melalui Internet itu selamat atau tidak. Percayakah anda, ada para profesional bertaraf Dr, Profesor dan sebagainya masih TIDAK PERCAYA akan online banking? Saya bukan reka cerita, tapi mereka sendiri yang berkata begitu kepada saya.   Maka, mereka ini cerdik atau tidak, perlu dididik agar berani dan yakin membuat transaksi bayaran/pembelian melalui Internet.

4. Gunakan sedikit ruang di blog anda atau hasilkan ebook atau artikel mengenai hal yang berkaitan

5. Adakan seminar/ceramah ringkas atau edarkan pamplet dan sebagainya mengenai pembelian secara online

6. Fikirkan apa sahaja cara yang boleh dilakukan agar kadar pembelian melalui Internet di Malaysia terus meningkat

Ketahuilah, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu hasil yang tinggi jika TIADA golongan pembeli yang ramai di Internet. Maka, lakukanlah sesuatu. Jangan hanya membincangkan mengenai perniagaan, perniagaan dan perniagaan sahaja di blog anda atau lain-lain medium. Itu semua umpama mencurah air ke daun keladi jika tak ramai yang tahu membeli walaupun mereka mahu. Seimbangkanlah isi penyampaiannya kerana industri jual-beli di Internet Malaysia masih lagi di tahap rendah.

Usahlah kita bercakap mengenai duit puluhan atau ratusan ribu andaikata pembeli di Internet hanya 1% daripada rakyat Malaysia keseluruhan. Juga, usahlah kita bercakap teknik-teknik hebat perniagaan Internet ANDAIKATA di sana masih ada lagi mereka yang tidak faham bagaimana perniagaan Internet itu BOLEH DIPERCAYAI. Jangan ambil mudah, ia adalah tanggungjawab kita sebagai orang yang memahami. Pastikan mereka tahu dan akhirnya mereka juga mungkin akan menjadi salah seorang pembeli anda.

PS. Jika kita mengeluh tiada orang membeli produk kita, salah satu sebabnya bukan tiada

pembeli, tetapi mereka tidak tahu cara hendak membeli melalui Internet. Maka, didiklah mereka..

PPS. Artikel ini lebih fokus kepada pasaran Internet Malaysia.

“Jangan mengharap mimpi yang indah di siang hari..”.

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka
Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya.

Akhirnya, kita sudah sampai ke hakikat 14 mengenai perniagaan Internet. Daripada hakikat 1, saya telah banyak menyatakan hakikat-hakikat yang ada dalam perniagaan Internet sama ada dari segi pro dan kontranya. Mungkin tulisan saya nampak lebih kepada ‘berleter’ tetapi itulah hakikatnya, saya tak mahu simpan apa yang patut diberitahu.

Kali ini, saya akan ulangi lagi apa yang telah saya pernah sebut dahulu, perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Ye ker zul? Habis, kenapa ramai yang kata, “buat duit mudah dengan perniagaan internet!”?? Ya, betullah tu, mudah bagi mereka yang dah ada asas komputer, Internet dan juga pengetahuan ebiz.

Ingin saya tekankan, apabila saya kata belajar dan ambil tahu tentang sesuatu perkara, bukanlah bermaksud anda perlu belajar secara mendalam. Cukuplah dulu asas dan tahu guna, itu sudah memadai, dan teruskanlah belajar dan belajar… Orang kata, pandai-pandailah fikir apa yang patut, sebab anda perlu ukur baju di badan sendiri.

Perniagaan Internet memerlukan anda paling kurang ada asas ilmu perniagaan dan keusahawanan serta ilmu komputer dan Internet. Ramai yang terjun ke bidang keusahawanan Internet adalah semata-mata nak lari daripada kerja dengan bos yang garang, nak bebas, atau sebab nak cari duit tambahan. Ingin saya nyatakan bahawa, perniagaan bukanlah semata-mata jalan keluar untuk anda lari daripada semua masalah itu.

Jika anda bermasalah di tempat kerja, maksudnya anda ada masalah dengan kerja anda. Jika tak suka bos, cuba buat permohonan tukar ke Jabatan lain atau cari kerja lain. Tak semestinya perniagaan adalah jalan keluar dan sesuai untuk anda. Ramai yang gagal dalam perniagaan sebab mereka berniaga atas dasar nak kebebasan, padahal mereka tak pandai berniaga atau tak ada jiwa usahawan walaupun mereka tahu menggunakan Internet.

Saya berpesan akan hal ini kerana, ia adalah untuk masa depan anda. Tak semua orang sesuai berniaga, tetapi mereka lebih sesuai bekerja makan gaji. Ramai yang bermasalah dengan bekerja adalah kerana tak bekerja dengan baik. Anda jangan ingat, dengan berniaga anda akan bebas. TIDAK! Malah, anda perlu lebih kuat bekerja apabila melakukan perniagaan. Hal ini anda perlu tahu. Buat ebiz secara part time? Boleh. Tapi part time atau full time pun, anda tetap kena ada ilmunya.

Jika anda masih bekerja dan ada hasrat nak berhenti kerja, lupakan niat anda itu. Anda ada keluarga untuk disara, itu tak termasuk lagi nak sara diri sendiri, duit minyak, duit rumah, makan minum, duit kereta dan pelbagai lagi. Itu tak kira lagi kalau anda sudah beristeri dan beranak-pinak.

Jangan berhenti kerja kerana belum tentu dengan berniaga anda dapat lari daripada masalah dan kaya cepat. Bekerjalah dengan baik dan rancanglah apa yang patut anda lakukan untuk tambah pendapatan seperti melalui Internet. Syukur kepada Allah dengan teknologi Internet ini, anda boleh automasikan perniagaan Internet, malah hanya perlu luangkan sejam dua sahaja sehari di internet.

Anda mungkin tak perlu jual produk sendiri, tetapi sertailah program affiliate yang begitu banyak sekarang. Sebagai contoh, program affiliate Pakej Kit Blogger yang komisen untuk satu jualan ialah sebanyak RM20. Sekali lagi, ia nampak mudah, tapi anda tetap juga perlu belajar bagaimana nak melakukan program affiliate dengan berkesan dan berhasil.

Ok, tulisan di atas menjadikan contoh orang yang makan gaji yang nak berhenti kerja, pesan saya jangan berhenti kerja dan terus terjun dalam ebiz. Ia tak mudah disangka.

Tak kisahlah siapa anda, pastikan diri anda dah betul-betul bersedia nak berniaga baru buat. Dah ada motivasi, dah ada ilmu perniagaan (asas) termasuk keusahawanan, tahu guna komputer dan Internet dan sudah semestinya tahu cara nak buat perniagaan Internet.

Kebanyakan orang yang buat ebiz, mereka terus terjun. Mereka terus asyik bersibuk-sibuk belajar trik, taktik dan teknik, tapi mereka tak kisah motivasi, tak mendalami asas keusahawanan dan tak faham dulu asas perniagaan Internet. Akhirnya, taktik tinggal taktik, trik hanya tinggal trik. Apabila gagal, barulah mereka terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah sebab aku gagal?? Baru mereka sedar, tapak dan asas yang penting mereka tak pedulikan. Tak percaya apa yang saya cakap?

Ok, cuba anda belajar apa sahaja satu topik tentang taktik atau trik TANPA anda belajar bagaimana nak urus perniagaan. Buat dalam beberapa bulan dan lihat hasil perniagaan anda.   Ramai sangat yang saya lihat, usahawan Internet begitu fokus kepada taktik dan teknik sehingga mengabaikan erti perniagaan yang sebenar. Sebab apa ini terjadi? Siapa boleh jawab? Saya boleh jawab, tapi tunggu tulisan (artikel) saya yang akan datang.

Akibat satu faktor, ramai usahawan Internet menyangka apabila mereka buat duit ribu-ribu, maka mereka adalah usahawan Internet yang hebat… Kononnya… Saya telah pelajari satu pengajaran yang amat bermakna sekali akan hal ini. Saya akan kongsi kelak, bukan esok, bukan lusa. InsyaAllah, jika diizinkanNya, saya akan kongsi jika berkesempatan. Cuma pesan saya kepada bakal usahawan Internet dan juga kepada usahawan Internet sedia-ada, lakukan semakan, ADAKAH ANDA USAHAWAN YANG SEBENARNYA?

Akhir kata, jangan ingat perniagaan Internet itu hanya sekadar buat duit semata-mata dan jangan fikir ia semudah ABC.

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 13: Jika anda ‘newbie’, istilah 3 atau 7 hari mungkin mustahil
Jika anda amat baru dalam bidang perniagaan internet, istilah membina perniagaan internet dalam masa 3, 5 atau 7 hari mungkin ia mustahil bagi anda. Maksudnya, proses membina sebuah perniagaan internet dalam masa singkat sedikit sukar bagi anda.

Ok, jangan sedih dan kecewa dengan pernyataan saya ini. Tujuan hanya satu, ingin menyatakan kebenaran. Ramai orang termasuk saya, sering mengatakan perniagaan internet itu mudah, bahkan kami sering mengatakan buat itu dan ini, begitu mudah kami berbicara kan? Ia betul, bukan sebarang cakap, tetapi untuk anda yang baru nak berkecimpung, asas teknikal tak ada langsung, hosting dan domain pun tak tahu, nak guna komputer pun TAK TAHU, itu belum lagi internet, guna jarang-jarang sekali…

Maka, mustahil anda boleh membina perniagaan internet dengan mudah. Bahkan tak berguna pun anda tahu teknik-teknik advance ebiz (teori je laa..) kalau tak tahu sangat komputer dan internet.

Maka, sebab itulah saya nyatakan selalu, orang-orang yang tak tahu asas komputer dan internet, BELAJAR DULU perkara-perkara yang berkaitan agar tahu menggunakannya. Sebaliknya, BUKAN terus belajar atau nak bina perniagaan internet. Ramai yang berminat, bahkan sudah ramai yang bertindak untuk membuat duit di internet, tetapi sedih, teramat sedih, mereka tak tahu sangat guna komputer dan internet. LAGI SEDIH apabila mereka menunggu orang lain suapkan untuk mereka tanpa mereka tidak berusaha.

Namun, tidak semua begitu. Saya amat kagum dan mengucapkan syabas kepada mereka yang tak kenal putus-asa dalam mempelajari hal-hal teknikal (penggunaan perisian, internet dan yang berkaitan) untuk melakukan perniagaan internet sendiri. Sebagai contoh, ada pembeli-pembeli ebook saya mereka begitu cekal membina blog sendiri walaupun mereka begitu kekok dengan komputer dan dunia internet. Berkat kesabaran, mereka telah mendapat hasilnya. Anda? Adakah begitu juga seperti mereka? Jika ya, syabas. Jika hanya menunggu bulan jatuh ke riba, maafkan saya, saya tak dapat bantu!

Ramai yang bertanyakan kepada saya, zul, saya amat zero sangat-sangat tersangatlah pasal IT dan internet ni, tapi saya amat-amat teramat nak buat perniagaan internet. Jawapan kepada persoalan ini saya dah nyatakan banyak kali, satu sahaja jalannya yang perlu anda buat dahulu. BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET sebelum anda berkecimpung dalam dunia ebiz ini. Tak kisahlah anda nak buat adsense ke, affiliate, resell rights, produk sendiri, shopping cart ke apa, anda WAJIB tahu asas-asas komputer dan internet yang diperlukan.

Jika tidak, susah.. Sekali lagi saya ulangi kepada yang tak tahu atau masih kurang ilmu komputer dan internet, BELAJAR DAHULU komputer dan internet. Ketahuilah, ia adalah kunci pertama untuk pintu perniagaan internet. Tak tahu atau tahu sikit sangat perkara itu, anda amat sukar nak membuka pintu perniagaan internet. Percayalah…

Jadi, kalau anda nak tanya saya atau mengadu kat saya, “zul, saya tak tahu komputer”, “zul, saya tak pandai internet”, “zul, saya nak buat ebiz, tapi tak tahu buat laman web”… Maka, jangan emel saya dengan soalan-soalan sebegitu. Sebab saya dah bagitahu jawapannya di sini: BELAJAR. Tak ada cara lain selain belajar perkara teknikal tersebut, dan jalan untuk belajar yang paling efisyen adalah bukan hanya melalui buku, tetapi masuklah kursus komputer dan internet, saya rasa berlambak-lambak di seluruh Malaysia ni.

Kalau anda staf kerajaan, saya yakin, anda banyak peluang untuk memilih dan mengikut kursus-kursus teknikal sebegini (asas komputer, cara baiki komputer, bina laman web, dan lain-lain) secara percuma, siap makan minum lagi. Saya tahu, sebab saya pernah kerja kerajaan (part-time), kursus sebegini nak tak nak sahaja. Tapi sedih, ramai yang malas nak belajar walaupun percuma..   Kalau ambil pun, nak cukupkan syarat semata-mata. Mungkin anda yang kerja kerajaan tahu apa yang saya maksudkan.

Yang kerja swasta pula, saya tak tahu lah macam mana, tapi secara asas untuk semua orang, masuklah kursus berbayar atau kalau nak jimat sangat, beli buku yang begitu banyak di pasaran mengenai komputer dan internet. Atau cara lain, upah individu tertentu untuk latih anda secara personal.

Carilah student universiti yang ambil sains komputer atau yang tengah menganggur tu dan bayar mereka untuk ‘train’ (latih) anda guna komputer dan internet. Nah, nak 1001 jalan ada kan? Ada duit, beli lah buku, masuklah kursus, tak perlu membazir benda yang tak perlu untuk hidup kita. Jadilah orang yang pandai urus duit, bukan membazir duit.

Sedikit kisah saya, semenjak sekolah menengah lagi, saya teramat minat bidang komputer dan elektronik. Duit yang ada, saya simpan dan beli majalah komputer iaitu majalah pc terbitan karang kraf. Setiap hari Khamis, saya beli sisipan akhbar Megabait. Satu demi satu saya beli sehingga bertimbun di rumah sehingga saya bawa juga ke universiti! Saya ulang dan ulang baca tanpa jemu (tapi sedih, member pinjam tak pulang-pulang sampai sekarang!!).

Masa sekolah, saya tak ada komputer lagi di rumah. Kali pertama menggunakan komputer adalah semasa tingkatan 4. Itupun jarang-jarang, bergantung kepada kebenaran guru. Nak ikut kursus komputer, tak mampu. Di rumah, tak ada komputer atau internet. Tapi, sebab nak tahu sangat, saya hanya baca dan berangan-angan dalam kepala sahajalah seolah-olah saya ada komputer. Saya pernah buat lawak dengan ibu saudara saya, “nak beli pc tak mampu, tak apa lah, beli sikit-sikit lah, ada keyboard saja dulu pun takper!”.

Saya belajar komputer secara TEORI (baca sahaja), saya labur duit beli majalah pc dan… Pada suatu hari, saya terbaca satu tawaran kursus komputer secara percuma. Bayar RM5 jer kalau nak sijil. Apa lagi, saya rebut peluang itu dan saya belajar cara guna komputer terutama aplikasi komputer. Semasa di sekolah pula, saya guna komputer semasa kelas subjek Rekacipta (subjek SPM) dan curi-curi guna (tapi dengan izin laa) untuk aplikasikan apa yang saya tahu, apa yang saya baca, hehe..

Paling tak dapat lupa, saya tak mampu nak beli sebuah buku aplikasi komputer, ya laa, sekolah lagi. So, apa yang saya buat, saya hanya mampu belek-belek sahajalah buku tersebut di kedai buku berulang-ulang kali.   Di perpustakaan sekolah, satu buku pun tak ada pasal komputer..

Kini, saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya sudah ada komputer (bukan hanya keyboard ok!)  . Saya juga sudah tahu guna komputer dan internet. Cerita tadi adalah 10 tahun yang lepas!   Bila kenang kembali, rasa sedih dan gembira pun ada. Ia adalah usaha saya dan sudah semestinya atas kehendak Ilahi. Tapi Allah telah berpesan, hanya yang berusaha sahaja akan berubah (maju) dan mendapat hasilnya..   Adil bukan?

Yang rajin belajar, yang sabar, yang kuat usaha, Allah sentiasa bersama mereka. Persoalan di sini, adakah anda sanggup bersabar belajar dalam masa yang lama? Saya ambil masa hampir 10 tahun sejak saya kenal komputer untuk sampai ke tahap ini. Tapi…. Jika anda baru kenal komputer dan internet semalam dan terus nak pandai hari ini, fikirkan kembali kehendak anda itu.

Belajarlah dengan sabar dan jangan kedekut untuk membelanjakan duit untuk membeli buku atau masuk kursus. Jika ketika saya sekolah dulu boleh buat, anda yang bergaji beribu (lagi-lagi bujang!) kedekut nak beli buku atau nak jejak kaki ke kedai buku pun sekali-sekala, anda patut malu kepada seorang budak sekolah yang bukan dari keluarga yang senang —> saya la tu.   Kalau dia boleh usaha sikit-sikit dan sabar, mengapa anda tak boleh? Saya anak orang susah… Tapi saya nak ubah diri dan hidup keluarga saya. Sebab itu saya usaha kuat.

Ok, stop kisah saya, kita sambung kepada topik asal.

Jadi, selepas anda tahu asas-asas komputer dan internet terutama cara membina laman web, asas domain name dan hosting termasuk cara guna cpanel, cara upload file ke server, cara guna winzip dan sebagainya, maka barulah mudah kerja anda untuk melakukan aktiviti perniagaan internet… Saya bercerita ini berdasarkan pengalaman saya, bukan main cakap-cakap dan saya tujukan ini kepada individu ‘one-man-show’ iaitu si usahawan internet atau mereka yang buat semua kerja, tak upah orang atau tak ada rakan niaga.

Pesan saya kepada newbie, usahlah anda perhabiskan duit untuk beli ebook atau buku atau course yang tahapnya advance, TANGGUH DAHULU. Mahirkan diri anda dengan asas komputer dan internet dahulu. Mahirkan dahulu, fahamkan dahulu, cuba dulu, belajar, belajar, belajar….. Percayalah, kalau anda dah tahu guna komputer dan internet macam membina web, asas HTML dan perkara berkaitan, anda akan mudah membina dan menjalankan perniagaan internet.

Lebih kurang 90% (atau 100%?) kerja-kerja perniagaan internet akan melibatkan penggunaan perisian, komputer dan internet. Kalau tak tahu benda ni semua, anda susah untuk bergerak lebih jauh. Hmm, kalau boleh saya nak ulang 1000 kali, belajar, belajar dan belajar. Beli buku, masuk kursus intensif, cari coach/trainer dan lain-lain. Itulah sahaja cara yang efektif. Kalau hanya belajar melalui emel, tanya-tanya, ya, ia boleh, tetapi agak lambat dan susah untuk anda fahami. Belajar lah yer, jangan hanya fikir mudah.

Kebanyakan orang, hanya nak hasil cepat, tapi tak nak bersusah dahulu termasuk melaburkan sedikit wang untuk belajar.. Maafkan saya, jika anda seorang pemalas atau tak nak berusaha lebih, saya beritahu awal-awal, saya tak dapat bantu anda. Bahkan kadang-kadang, saya tak bersemangat nak membantu jika apa yang saya dah pesan banyak kali, anda endah tak endah. Selain itu, belajarlah cara bertanya dengan baik dan tanyalah soalan yang patut ditanya.

Jika soalan anda begini, “zul, macam mana nak guna cpanel?”, “bagaimana nak upload file?”. Saya kadang-kadang serba salah nak menjawab. Bagaimana lagi cara nak guna kalau tak dengan belajar? Lain jika anda bertanya, “zul, ada tak panduan atau laman web untuk saya rujuk cara guna perisian ni?”. Haa, yang ni saya tak kisah. Bahkan lagi pelik, benda yang sudah ada pun, masih ditanya lagi.

Sebab apa? Sebab nak cepat, rujukan yang kita bagi, tak dibaca. Jadilah seorang yang bijak dalam bertanya… Bukan apa, ia memudahkan anda, dan memudahkan orang lain juga. Bertanya untuk ilmu, tak sama memesan burger istimewa yang kita siap bayar sahaja (“bang, burger special satu!”). Ilmu itu perlu didatangi (kena usaha), bukan ia datang kepada kita.

Jika anda seorang yang newbie (oh, ada yang tak tahu apa itu maksud newbie??, ok ok, newbie ni secara mudah orang yang baru sangat-sangat nak buat sesuatu, banyak tak tahu..), maka datanglah selalu ke blog smartusaha.com ini. InsyaAllah, saya tak akan tulis sangat perkara-perkara teknikal dan begitu mendalam. Target saya adalah anda. Nak bantu mereka yang baru nak mula. Bantu buat ke? TIDAK. Tapi bantu dari segi panduan yang mudah difahami, insyaAllah.

“Yang akan merubah diri anda adalah diri anda sendiri… Allah hanya ubah nasib orang yang ada usaha sahaja. Ada usaha, anda akan melangkah lebih jauh. Tak ada usaha dan takder sabar, i’m sorry…”.

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 12: Anda perlu ada rangkaian usahawan, jangan bersendirian
Anda adalah seorang usahawan internet. Tatkala anda kurang bersemangat, anda tiada tempat mengadu, bahkan tiada sesiapa pun yang ambil tahu dan bertanya khabar.

Mengapa tiada sesiapa? Sebab…. Sebab anda individualistik dan tidak tahu dan tidak mahu berkomuniti. Tidak ada sahabat, tak ada rangkaian dan juga usahasama dengan usahawan internet yang lain. Anda suka buat kerja seorang diri anda tanpa berkawan dan bersosial dengan usahawan internet yang lain. Itulah sebabnya.

Namun, anda tetap ada kawan. Kawan serumah, kawan sepengajian, kawan jauh dan dekat, tetapi, mereka kebanyakkannya bukanlah seperti anda iaitu seorang usahawan. Malah mereka berfikiran negatif lagi dengan keusahawanan dan perniagaan internet. Lagi parah jika mereka seorang yang tidak bermotivasi, pemalas, kaki lepak, kaki disko atau yang sewaktu dengannya. Mereka tidak dapat memberikan anda semangat dan motivasi sebab mereka sendiri pun seorang yang negatif. Mereka tak dapat memberikan anda panduan berbisnes sebab mereka sendiri pun tidak tahu berniaga!

Begitu bahaya sebenarnya berseorangan dalam usaha keusahawanan. Anda tidak boleh bersendiri. Anda tidak boleh penting diri sendiri. Jalinkanlah hubungan persahabatan dengan usahawan internet yang lain. Tidak rugi, malah merekalah yang akan banyak membantu anda di saat yang memerlukan. Tatkala anda kebingungan, mereka akan memberikan panduan dan sinar harapan. Malah, anda juga boleh berusaha-sama dengan mereka. Tak cukup dengan itu, mereka juga mungkin akan berkongsikan rahsia-rahsia perniagaan mereka dengan anda!

Berusaha-samalah, berkomunitilah, dan janganlah anda dendam dan prasangka dengan usahawan internet yang lain. Jadilah seorang usahawan yang baik.

Ketahuilah, pemikiran satu orang TAK SAMA dengan pemikiran ramai-ramai.

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 11: Perniagaan internet bukan pelaburan singkat
Perkara ini, saya akan ulangi lagi. Sebab, begitu ramai yang masuk bidang perniagaan internet menganggap, inilah cara untuk cepat kaya. Dan perniagaan internetlah satu cara yang mudah untuk mendapat wang lebih! Ya lah, boleh diautomasi katakan.. You sleep, you walk ke apa, duit tetap masuk ke dalam akaun bank.

Hmm, memang perniagaan internet itu mudah. Ya, amat mudah! Tetapi, tidak bagi mereka yang baru nak bermula. Ini hakikatnya. Namun, ia akan menjadi mudah jika anda RAJIN, KUAT USAHA, MAHU BELAJAR, SABAR, FOKUS DAN KONSISTEN! Nah, itu dia beberapa perkara dalaman yang perlu anda ada. Hanya beberapa, bukan semua.

Saya sentiasa menulis soal sifat dalaman dan jarang menulis trik, tips dan teknik perniagaan internet. Sebab…. TAK GUNA kalau anda ada perisian yang hebat, ada modal yang besar atau produk yang killer, tapi kalau hati anda bersemangat kecil, pemalas, takut gagal, tak ada matlamat, tiada perancangan, GOPOH!, tak tahu bersabar, gelojoh, malas belajar, tak ada fokus, hanya fikir duit sahaja, maka semua itu tidak berguna untuk perniagaan anda. Ahh, banyak sungguh sifat negatif yang menghalang kejayaan seseorang ya? Itulah hakikatnya.

Saya telah berjumpa dengan ramai mereka yang melakukan pelaburan skim cepat kaya yang bermacam-macam sekarang. Semuanya main kaki dan labur-labur. Bahkan, dah ada yang dah jadi jutawan.. Jutawan? Ya, JUTAWAN SKIM CEPAT KAYA yang tak teriktiraf. Sorry to say, skim cepat kaya atau pelaburan yang entah apa-apa amat buruk di sisi mata agama.

Walau dah ada yang jadi jutawan, namun siapa peduli? Wang yang mereka dapat amat diragui. Ramai yang saya jumpa mengatakan, “kat sana (akhirat), tu diri sendiri punya badan laa..”. Mudahnya dia cakap tanpa rasa gentar dan takut pun di hari pengadilan kelak. Kalau macam tu, tak perlu la ulama atau ustadz berdentam-dentum atau menghabiskan air liur untuk berdakwah. Ya lah, masing-masing punya empunya badan..

Saudara dan saudari, banyak cara sebenarnya nak kaya. Tak semestinya kena berniaga (jadi usahawan) baru boleh kaya. TIDAK. Walau anda bekerja dengan orang pun, anda boleh jadi kaya. Jika anda tahu caranya, maka anda akan jelas dan sedar bahawa, pelaburan mengarut bukanlah satu cara sahaja. “zul, ye ker pelaburan tu mengarut? Diaorang bayar hari-hari!”.

Ye ker? Saya pun tanya balik, “sampai bila diaorang akan bayar hari-hari?”. Mereka jawab, “hmmmm….”. Ahaa, jelas, otai-otai skim pelaburan mengarut menyorok hal ini daripada orang ramai yang tertipu. Malah ada yang cakap, “tu semua risiko laa, kalau program tu tutup, tutuplah!”. Kesian saya dengan mereka yang berfikiran sebegitu. Risiko? Apa yang mereka faham dengan perkataan RISIKO tu yer?

Oklah, berbalik kembali kepada topik asal. Ramai juga yang masuk perniagaan internet sebab nak kaya cepat! Kalau saya seorang guru silat dan anda datang mengatakan “saya nak belajar jurus ke-7 dan nak terer malam ni jugak!”. Apa yang akan saya lakukan adalah, “nak tak rasa jurus ke-7 yang tak ada penawarnya?”. Anda mungkin tersedak. Ya, maksud saya di sini adalah, JANGAN GOPOH DAN TAMAK.

Jangan nak cepat kaya walaupun yang kita buat itu adalah benda yang betul. Pola pemikiran yang salah adalah meletakkan DUIT sebagai segala-galanya. Ia adalah amat merbahaya sebenarnya. Amat berbahaya. Tanyalah mereka yang telah berjaya, mereka akan kata, “saya melakukan usaha perniagaan sebab saya suka..”.

Mereka berniaga dan berusaha tanpa memikirkan wang, tetapi apa yang mereka lakukan adalah, mereka buat perancangan yang baik, usaha kuat, melakukan promosi dan sudah semestinya bertindak dengan sistematik. Akhirnya, wang akan datang dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-payah memikirkan wang, wang, wang dan wang!

Ketahuilah, perniagaan internet bukan cara atau platform nak cepat kaya.

PS. Automated business? Ramai yang salah anggap dengan automasi perniagaan. Mengautomasikan perniagaan bukan bermakna anda boleh bermalas-malasan, tidur lebih, jalan sana jalan sini, enjoy dan tidak bekerja. Kalau begitulah tujuan anda mengautomasikan perniagaan, kelak anda akan menyesal. Ermm, baru ku sedar.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 10: Anda tidak perlu mencipta formula baru untuk berjaya
Apa khabar semua? Moga sihat hendaknya.

Untuk berjaya dengan ‘mudah’ dan melakukan perniagaan internet dengan lancar, anda hanya perlu mengikut sahaja apa yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya.

Anda tidak perlu mencipta atau melakukan kajian tersendiri bagi memulakan perniagaan internet anda. Anda tidak perlu ada makmal dan alatan untuk membuat kajian tersebut.   Tetapi, cukuplah melakukan perniagaan internet dengan cara seperti yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya.

Biasanya, langkah asas dalam membina perniagaan internet adalah seperti berikut :

1. Menentukan produk yang ingin dijual

2. Membina laman web

3. Menerima bayaran

4. Promosi / Pemasaran

Ia adalah langkah yang asas, tetapi boleh digunapakai untuk menghasilkan pendapatan di internet. Atau, adakah cara lain selain cara di atas? Tidak. Atau, mungkin anda ingin menterbalikkan proses tanpa turutan seperti di atas? Jangan, walaupun anda seorang yang genius. Orang yang bijak, dia tidak membazirkan masa untuk mereka-reka teknik terbaru. Orang yang bijak, dia akan melakukan cara yang sudah terbukti boleh diikuti.

Ok, anda sudah mahu ikut cara mereka yang telah berjaya bahkan sudah melakukannya.

Tetapi, anda masih belum berjaya atau tidak berjaya. Apakah sebabnya?

Saudara/i, antara sebab mengapa kita rasa kita belum berjaya walaupun sudah mengikuti dan mempelajari daripada mereka yang telah berjaya adalah kerana :

1. Diri kita sendiri. Kita tidak ada sabar, nak hasil yang cepat dan melakukan langkah-langkah pembinaan perniagaan internet secara GOPOH dan tiada perancangan!

Nah, inilah sebabnya. Ramai yang tahu produk apa yang perlu dijual dan ramai yang tahu buat itu dan ini, tetapi, ramai yang TIDAK TAHU bersabar dan ramai juga yang TIDAK MERANCANG dengan baik sesuatu projek. Buat bila rasa nak buat, mati segan hidup tak mahu. Macam mana nak berjaya kalau begitu cara dan perangainya?

2. Tidak faham secara mantap setiap proses. Sebagai contoh, pada langkah menentukan produk yang ingin dijual, ada proses-prosesnya yang tersendiri. Ada faktor-faktor yang perlu diambil kira dan perlu dilakukan secara terancang dan sedar. Ramai yang elakukan sesuatu langkah atau proses, mereka masih belum faham sepenuhnya. Dalam kefahaman yang masih kabur dan meraba-raba, mereka terus melakukannya. Inilah sebab mengapa ramai yang gagal membina perniagaan internet yang berjaya. Maka, belajar dan fahami dahulu sebelum memulakan!

3. Tiada bimbingan. Melakukan seorang diri di saat pertama kali kita menceburkan diri dalam perniagaan internet adalah salah satu punca mengapa ramai yang gagal, tertangguh atau lambat. Anda memerlukan bimbingan daripada mereka yang tahu. Tiada mentor? Carilah kawan yang tahu dan sudah berjaya. Susah? Ya, ia tak mudah.

Namun, nak seribu daya, anda berusahalah mendapatkan pembimbing dengan apa cara sekalipun. Tukang komen pun dah kira ok walau mereka tidak membimbing anda secara langsung. Pendek kata, jangan syok sendiri, jangan terseksa sendiri. Tanya pendapat orang lain dan minta bimbingan daripada mereka yang tahu.

Akhir kata, tidak perlulah anda mencipta formula yang baru. Berpada-padalah dan bersederhanalah untuk melakukan sesuatu. Lainlah jika anda sudah berjaya, cipta 1001 formula, maka ia sudah tidak kisah sebab anda sudah berjaya. Tetapi, jika anda baru nak bermula, usahlah bersusah-payah memerah otak untuk mencipta cara melakukan perniagaan internet. Tak perlu semua itu sebab yang ikut cara yang sudah terbukti pun ada yang gagal, inikan pula nak cuba formula yang baru.

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 9: Anda perlu sanggup melabur (keluar modal)
Ehem, melabur kat sini bukan melabur dalam skim pelaburan menipu yang banyak bersepah-sepah sekarang macam cari dua kaki, tak perlu produk, sekali bayar dan yang seantero dengannya. Tetapi melabur di sini bermaksud, keluar duit, masa dan tenaga untuk memajukan diri dan perniagaan.

Tanya diri anda dahulu, adakah anda nak berjaya? Jika ya, adakah anda sanggup mengeluarkan sedikit atau banyak wang untuk mendapatkan ilmu, membeli perisian (tools), peralatan seperti komputer, buku, seminar, bengkel, consultation, hosting, domain name dan sebagainya? Jika anda tidak sanggup, jawapan yang sebenar untuk soalan tadi adalah, anda tidak mahu berjaya.

Ya, tanyalah sesiapa yang telah berjaya, mereka sanggup berhempas-pulas siang dan malam tanpa kenal penat dan lelah.. Dalam aspek ini, mereka laburkan masa mereka untuk usaha perniagaan mereka. Soalan saya lagi, adakah anda sanggup berusaha dengan rajin, tak putus-asa dan tak kenal penat lelah di awal perniagaan anda? Jika anda sanggup melaburkan sedikit atau banyak masa untuk membina empayar perniagaan anda, syabas, anda akan berjaya, insyaAllah. Tetapi jika anda tidak kenal erti sabar, nak cepat, rakus, tamak, kedekut, malas berfikir dan berusaha, kuat tidur, kuat makan, malas belajar, maka tiada jaminan untuk anda berjaya!

Jelas, melabur di sini bukan hanya wang, tetapi juga masa dan juga tenaga. Di saat awal penceburan bidang perniagaan internet, musuh utama adalah DIRI-SENDIRI. Kalau ada pun orang lain yang menyibuk atau tidak suka usaha anda, mereka bukan musuh sebenar sebab mereka boleh dikawal bahkan ditolak sama-sekali. Tetapi musuh utama dan paling dekat adalah diri sendiri.   Jika anda asyik mengeluh, cepat putus-asa, tak reti nak bersabar (tahu makna sabar pun jadi laa.. tapi kalau tak tahu, ermm, teruk tuu..), dan lain-lain sifat negatif, maka anda jangan persalahkan orang lain jika anda gagal atau tak berjaya.

Di saat awal perniagaan internet, ikhlas saya beritahu, anda perlu banyak memberikan masa dan tenaga kepada usaha perniagaan internet anda. Lagi-lagi jika anda buat seorang diri dan lagi-lagi anda bermula dari ‘zero’. Buat website tak tahu, pasal domain name dan hosting tak tahu, nak upload file tak tahu, bahkan perisian laman web (macam Frontpage) pun tak pernah tahu… Maka, lagi-lagilah anda perlu memberikan banyak masa di peringkat awal, perlu guna banyak tenaga dan mengerah akal fikiran. Bahkan sampai satu masa, anda akan bersengkang mata tak cukup tidur semata-mata serius akan usaha anda.

Tapi, saya tak galakkan begitu. Lakukan secara terurus dan langkah demi langkah. SABAR… Mulakan dengan belajar perkara teknikal dahulu, asas pun dah ok, tak perlu advance atau sampai pakar… Saya cakap sebab saya sendiri pun hanya tahu asas-asas walau saya seorang budak sains komputer! Kalau ada orang kata anda kena pakar dulu dalam sesuatu perkara teknikal, jangan percaya mereka.

Di sini, saya lebih suka bercakap mengenai wang.. Ya, pelaburan dari aspek wang. Ramai yang kedekut nak keluarkan duit untuk beli buku. Ramai yang berkira-kira nak beli perisian yang amat berguna. Mesti ada yang cakap, yang free kan ada. Ketahuilah, tak semua benda adalah free, bahkan tak ada! Sebagai contoh, saya telah membeli satu perisian berharga USD67 yang mana anda carilah kat internet ni, TAK ADA YANG PERCUMA!

Saya beli untuk memajukan usaha perniagaan saya dan ia memang berguna untuk jangka masa panjang dan ya, ia melipat-gandakan strategi promosi dan pemasaran produk saya! Bukan setakat balik modal USD67 tu, bahkan berkali-kali ganda. Labur sekali, dapat lebih dari sekali. Maka terbukti, kalau ada orang kata membazir sahaja beli, mereka silap.

Dan mesti ada yang kata, “kau takper la zul, banyak duit”. Saya tanya balik, “saper kata saya banyak duit??”. Saya tak banyak duit, tetapi di tahap awal pembinaan perniagaan saya, saya kena ikat perut, kena berjimat cermat untuk perkara yang kurang penting. Sebaliknya, duit yang ada saya beli buku, saya naik-taraf komputer, beli aksesori komputer, beli perabot untuk SOHO, printer dan sebagainya sedikit demi sedikit.

Saya kurang shopping sakan, saya jarang jalan-jalan, tetapi saya sering ke kedai buku. Sebut pasal buku, kalau saya masuk sahaja ke kedai buku, paling kurang saya akan bawa balik satu buku. Saya bukan nak riak (moga Allah jauhkan sifat ini), tetapi saya nak kongsi sesuatu yang baik.

“zul, saya takder duit laa”. Ermm, saya tak nak ulang kali menyatakan itu hanya alasan. Kita sering beralasan begitu, tetapi kita JARANG bertanya kepada diri sendiri, “BAGAIMANA NAK DAPATKAN DUIT NI YER?”. Ada tak yang bersifat sebegitu? Tukarkan pola atau cara pemikiran kita. Sama juga semasa menghadapi masalah, kita jangan mengeluh, sedih dan duka (tapi tak salah bersedih, sebab ia normal, dengan syarat tak berlebih-lebih), kita jangan kata, “mengapalah masalah datang bertimpa-timpa, hmmm..”.

Mengeluh panjang dan merenung jauh ke langit. Cara itu tak menyelesaikan masalah, sebaliknya kita perlu berani menghadapi masalah dan tanya diri kita, “bagaimana nak selesaikan masalah ini?”. Saya tahu, kita manusia biasa, kadang-kadang semangat jatuh mendadak. Bukan maksud saya anda perlu hebat setiap masa dan dengan segara, tidak. Bagi saya ia mustahil sebab kita ada hati dan perasaan. Tetapi maksud saya ialah, nak selesaikan sesuatu, itulah caranya.

Kalau anda sedang berduka, tenang-tenangkan dulu hati dan fikiran. Kemudian, fikirlah cara menyelesaikannya. Saya juga begitu, saya tak perlu ego untuk mengatakan saya sentiasa bermotivasi. Saya juga adalah manusia! Tetapi sampai satu masa selepas kecewa atau sedih, saya bangkit untuk melawan masalah yang datang!

Maka jelas, kita jangan hanya tahu memberi alasan, tetapi tukar pemikiran kita kepada sifat bertanya bagaimana nak selesaikan sesuatu masalah atau kekangan seperti tiada duit tadi. Apakah jalannya? Apakah sumbernya?…. Maka, selepas kita bertanya, kita akan dapat jalan keluar. Kalau kita beralasan, semua pintu akan tertutup.

Ok, kita tinggalkan dahulu pasal alasan itu tadi. Change our mindset ok. Usaha sikit demi sikit untuk berubah.

Akhir kata, kalau anda nak berjaya, anda kena sanggup berbelanja untuk menambah ilmu. Jangan berkira-kira sangat! Beli buku, masuk seminar, bengkel, beli perisian atau tools untuk perniagaan internet anda dan lupakan domain dan hosting yang free, tetapi beli hosting dan domain berbayar. Ini semua mudah dilakukan JIKA anda serius.   Soalan saya, adakah anda serius? Jika ya, maka anda tidak akan mudah beralasan. Tetapi kalau anda ada berderet-deret alasan, jawapan yang betul adalah, anda tidak serius.

Sekian.

Tambahan: Pencabulan Kesucian Perniagaan Internet!

Tajuk gempak tak? Tak kisahlah.. Yang penting, apa yang saya nak sampaikan ni..

Pernahkah anda menerima emel atau ditawarkan dengan apa-apa produk seperti ebook dan sebagainya yang mana kata mereka, “saya hasilkan RM10,000 dalam masa 7 hari sahaja!”. Atau, “Saya jana pendapatan RM24,000 dalam masa 24 jam sahaja!”. Mereka betul, dan mereka tak tipu. Tapi, mereka sorok cerita belakang tabir, tak semua, tapi ramai…

Mereka hanya cerita apa yang mereka dapat dan mereka beritahu cerita-cerita yang indah belaka. Hakikatnya, mereka tak cerita berapa kos pengiklanan? Mereka tak cerita apa mereka buat sebelum mereka lancar jualan.. Mereka juga tak cerita apa halangan-halangan dan kesusahan untuk dapat pendapatan cepat dan banyak itu. Mereka tak cerita faktor-faktor lain yang berkaitan.

Akhirnya… Ramai yang tertipu. “Ambik kau, RM10,000 dalam masa 1 hari konon!”. Rupanya, nak dapat RM10,000 tu, kena bina list dahulu, kena buat laman web, kena buat produk yang killer dulu (tak time!), kena buat pre-launch dulu, kena itu dan ini.. Ingatkan lepas beli ebook tu terus dapat RM10,000 dalam sehari., rupanya kena ambil masa berbulan juga yer sebelum tiba hari yang satu tu, hehe.. Ya la, dalam laman jualan tak cakap pun kena buat benda-benda tu semua!!

Ketahuilah, perniagaan internet bukan pelaburan cepat kaya!! Jika anda sebagai usahawan internet, jujurlah dalam memberikan cerita kejayaan, jangan sorok jalan cerita susah atau senang.   Lambat laun, orang akan tahu juga dan tak mustahil anda akan dituding dengan lima jari sekaligus oleh pembeli produk anda. Anda akan dipersalahkan! Jagalah ‘kesucian’ bidang perniagaan internet terutama apabila kita membicarakan mengenai bidang ini melalui apa sahaja medium. Jangan terlampau over-hype, jangan terlampau berlebih-lebih, sebaliknya besederhanalah.

Saya menyatakan hakikat ini sebab saya perhatikan, salah satu sebab mengapa orang benci ebook pasal internet marketing dan mengapa orang benci perniagaan internet, sebab… sebab… sebab usahawan internet itu sendiri yang mencabuli kesucian perniagaan internet! Sebab itulah saya tak takut berterus-terang atau ‘strict’ dalam emel, forum support atau penulisan di blog, sebab saya nak semua orang tahu apa sahaja cerita yang benar.

Saya cakap apa hakikat sebenar yang patut semua orang tahu. Saya akan terus tulis dan tulis. Ketahuilah, tak semua cerita adalah indah belaka dalam perniagaan internet, tetapi semua jenis cerita ada. Dan itulah yang akan saya kongsi bersama. InsyaAllah.

“Kalau anda sudah termasuk ke lubang biawak sekali, nak masuk lagi tak?”. Persoalan ini mengakhiri tulisan saya kali ini. Kalau tak faham soalan tu, abaikan jer lah..

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 7: Anda perlu usaha kuat, konsisten dan fokus
Perkara ini telah banyak kali juga saya tulis di blog ini. Namun, perkara baik tak salah untuk diulang-ulangi.

Saya, mengambil masa setahun untuk benar-benar merasa pendapatan yang memuaskan (bagi diri sendiri lah.. lain orang, lain..). Kebanyakan usahawan internet banyak mengatakan, mereka ambil masa paling kurang 3 bulan untuk benar-benar mendapat pendapatan yang baik, namun itu pun masih banyak perlu diperbaiki. Nampak susah je kan perniagaan internet ni. Tidak, ia tidak susah.

Ia tidak akan susah bagi mereka yang tak kenal putus-asa dan ada usaha yang kuat. Saya, di saat awal menceburkan diri dalam perniagaan internet, banyak masa saya digunakan menghadap komputer dan internet untuk mengkaji, belajar dan mencuba. Malah, masa untuk saya tidur juga dikorbankan termasuklah masa untuk berehat.

Kini, saya sudah mula dapat rentak dan sudah jelas apa yang saya mahu dan apa yang patut saya lakukan. Alhamdulillah, usaha yang kuat memang akan memberikan ganjaran di akhirnya..Tetapi awas, berjaya mana sekali pun kita, usaha perlu diteruskan, jika tidak empayar yang dibina akan roboh.

Namun, usaha kuat siang dan malam memerlukan konsisten dan fokus. Ahaaa, fokus lagi. Zul ni tak habis-habis dengan fokusnya yer.. Percayalah, kalau tak ada fokus, tak jadi kerja.. Kalau tak konsisten usaha anda, terganggu usaha tersebut bukan? Kejap itu dan kejap ini. Bahkan dalam Islam sendiri pun mendidik kita agar biarlah beramal baik sedikit-sedikit secara konsisten daripada buat banyak, tapi sekejap-sekejap.

Konsistenlah pada apa yang anda lakukan. Fokuslah pada usaha yang dilakukan. Jika anda sudah memilih model perniagaan tertentu seperti drop ship ke, affiliate ke, ebook ke, adsense ke, maka fokus betul-betul pada usaha anda itu. Kaji, belajar, try & error, buat penyelidikan, track prestasi dan sebagainyalah sampai anda berjaya. Ingat, anda perlu fokus pada apa yang anda buat. Jangan tamak untuk melakukan semua perkara secara serentak.

Tengoklah mereka yang telah berjaya.. Joel Comm dengan google adsensenya, Mike Filsaime dengan viral marketingnya, Jim Edwards dengan ebook dan multimedianya, Armand Morin dengan produk softwarenya.. Eh, orang kita pun ada juga…   SaifulSham dengan model drop ship dan produk fizikal, Dr. Irfan Khairi dengan khidmat design grafiknya, En. Suhaimy (Shuth) dengan buku bercetak (maskahwin) dan webhosting murahnya, Alang dengan bidang publishernya dan ramai lagilah tak tersebut di sini.

Lihat dan hayatilah, mereka fokus pada pilihan utama mereka secara konsisten dan usaha dengan sepatutnya.

Saya? Anda? Ya, kita juga perlu fokus dan usaha secara konsisten agar kita juga berjaya. Saya ulangi…. Fokus dan usahalah secara konsisten samada smart work atau hard work.

Nota kaki: Apa yang anda ada sekarang? Komputer ‘buruk’? Internet dial up? Usah kecewa dengan apa yang anda ada, gunakan sepenuhnya fasiliti yang anda ada dan usahalah untuk mendapat hasil yang baik. Manfaatkannya. Kemudian belilah sesuatu untuk kegunaan perniagaan.

Saya bermula dengan sebuah komputer yang berusia 5 tahun dan menggunakan talian internet percuma di universiti dan di kolej kediaman di kampus, saya sewa talian internet. Manfaatkan juga perkara percuma dengan sebaiknya kerana ia dapat menjimatkan wang ringgit anda.. Jangan salah faham, perkara percuma dan berbayar, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Wassalam.

* Siapakah anda? Tukang masak? Ada restoran? Atau ada perniagaan offline di serata negara? Jika ya, anda memerlukan blog untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda jangan ingat blog hanya untuk perniagaan internet sahaja, tetapi blog adalah untuk sesiapa sahaja. Pasang blog anda sendiri dengan panduan yang mudah diikuti. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 6: JANGAN target pendapatan besar dalam masa singkat
Apa khabar semua? Moga sihat di sana.

Saya masih dalam percutian, namun tidak semestinya saya tak buat kerja. Dan post ini adalah automatik yang mana saya dah tulis banyak-banyak artikel dan set tarikh bila ia akan keluar satu semi satu.

Ok, tulisan kali ini simple sahaja sebab perkara ni saya rasa semua dah tahu, tapi apa yang saya perhati, ramai juga masih tak faham atau tak mahu mengamalkannya.

Prinsipnya mudah, tapi sedikit susah untuk dipegangi dan difahami : Jangan mengharap pendapatan besar atau tidak realistik dalam masa yang singkat. Ramai yang baru memulakan perniagaan internet mengharapkan akan berlaku keajaiban di esok pagi selepas bangun daripada tidur. Percayalah, kadang-kadang teramat sukar untuk mendapatkan jualan pertama di internet. Namun kadang-kadang, cepat pula mendapat pendapatan yang tak disangka-sangka, rezeki adalah masing-masing.

Tapi, mengapa tidak boleh mengharapkan hasil yang besar dalam masa yang singkat? Sebab, sebab… Apa perasaan anda di saat baru bermula, anda tak dapat hasil seperti yang diidamkan? “Ermm, aku nak RM1000 dalam satu minggu..”. Cukup satu minggu selepas laman web jualan dilancarkan, hasil hanya satu jualan sahaja atau mungkin RM20.

Maka mulalah perasaan sedih melanda, kekecewaan mula menguasai diri, jari akan mula menuding kepada orang lain. “Ni salah dia la ni tak ajar aku betul-betul!”, “ni salah bengkel ni la ni yuran mahal tapi benda yang diajar tak menjadi!”..  Kononnya itulah sebab musababnya yang utama.. Hmm…

Ketahuilah, bukan sebab salah orang lain, bukan salah produk (dengan syarat produk ok lah..), bukan salah laman web jualan, bukan salah apa-apa.. Yang salah adalah DIRI-SENDIRI. Diri anda akan cepat kecewa jika target tidak realistik. Baru je bermula, dah target RM1000 dalam 5 hari. Tak mustahil kan? Saya tiada jawapannya sebab saya tidak tahu rezeki anda.. Cuma, pokok pangkalnya ialah, target besar dalam masa yang singkat terutama di peringkat awal, adalah AMAT MERBAHAYA.

Samalah juga jika anda melakukan sesuatu seperti baru belajar membina laman web, kalau anda nak pakar (expert) dalam masa semalaman dengan diri yang masih terkial-kial, tapi jika keesokannya satu laman web pun tak menjadi, anda akan kecewa lebih-lebih lagi jiwa dan semangat anda tidak kuat. Akhirnya yang tinggal hanyalah mimpi semata-mata.

Teringat dahulu di pertengahan tahun 2005, ia merupakan tahun yang tak dapat saya lupakan. Sebelum Irfan Khairi muncul, saya sudah mula belajar berniaga di internet dengan kawan-kawan di satu forum komuniti. Saya teringin sangat nak ada paling kurang satu laman web jualan. Akhirnya saya nekadkan diri dan menjual satu produk dengan matlamat ingin mempelajari berniaga di internet dan mendapat pengalaman.

Saya tidak letakkan sasaran tinggi dan bukan ingin membuat keuntungan, tetapi saya niat untuk belajar dan ‘trial & error’. Pada saat tersebut, nama SaifulSham, Irfan Khairi, Shuth WangCyber dan lain-lain masih tidak dikenali ramai, rujukan dalam bahasa Melayu teramat susah untuk diperolehi (malah tak ada!).. Saya nekad juga untuk bermula, dan akhirnya saya mendapat pelajaran daripada pengalaman sendiri..

Namun kini, buku, bengkel, seminar, blog dan forum sudah banyak di pasaran dan di internet. Sudah ramai yang munculkan diri untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin bermula… Ok, apa yang saya ingin nyatakan adalah, jika anda baru bermula, jangan target pendapatan yang besar dan letakkanlah matlamat untuk belajar sebagai niat no. 1.

Setelah anda tahu menerima bayaran di internet, menguruskan pesanan produk, mengemaskini laman web dan lain-lain, maka pertingkatkan perniagaan internet tersebut seperti meningkatkan mutu laman web jualan, menambah-baik mutu servis jualan dan lain-lain lagi. Di manakah anda mendapat cara dan ilmu itu semua? Ya, bukan sekadar daripada buku, malah pengalaman di saat awal anda bermula iaitu dalam proses pembelajaran. Begitulah saya bermula.

Produk pertama saya hanya untung kurang dari RM2 sahaja. Saya tidak kisah ia sikit, tetapi saya amat gembira mendapat pengetahuan melalui pengalaman dan sikap mahu mencuba tanpa jemu, kini saya banyak idea yang boleh direalisasikan untuk menghasilkan duit.

Kini, kesilapan sudah banyak boleh dielakkan kerana sudah ramai usahawan internet yang berkongsikan pengalaman mereka, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dilakukan dalam perniagaan internet. Orang putih kata, “don’t reinvent the wheel” atau maksudnya jangan cuba mencipta formula yang baru.

Orang yang berpengalaman sudah merasa terlebih dahulu daripada orang yang baru nak bermula, tapi jika hati anda degil dan ego, anda laluilah apa yang akan berlaku dengan formula ciptaan anda sendiri. Rujuklah buku, rujuklah tulisan usahawan-usahawan internet yang berpengalaman dan telah berjaya kerana mereka tahu apakah jalan-jalan kegagalan dan kejayaan.

Salah satu yang dinyatakan oleh Dr. Irfan dalam bukunya adalah meletakkan matlamat pendapatan. Bermula daripada RM100, kemudian RM1000 dan seterusnya dalam masa yang tertentu.. Matlamat dalam 3 bulan pertama, ada satu perniagaan internet dan hasilnya dalam tempoh itu adalah RM500. Anda yakin boleh mendapat hasil begitu? Ketahuilah, saya target 3 bulan, tapi selepas 5 bulan baru saya banyak belajar.   Hasil pula kurang daripada RM100.

Alhamdulillah, niat saya untuk projek pertama saya bukan DUIT, tetapi ILMU. Saya tahu menerima pesanan produk, saya tahu cara menghantar produk menggunakan khidmat Pos Malaysia, saya tahu melayan pelanggan dan paling penting saya tahu menyemak bayaran.   Malah saya juga tahu, apakah sepak terajang dalam perniagaan internet. Dengki, marah, kata sumbang, makian, perbalahan, pelanggan yang cerewet, semuanya saya telah lalui dalam tempoh pembelajaran tersebut…

Banyak dan banyak betul yang telah saya pelajari. Pengalaman adalah segala-galanya jika kita sedar dan tahu apa yang sedang kita buat. Jika anda tidak sedar dan mahu duit besar dalam masa yang singkat, anda mudah jatuh, anda mudah lemah semangat, anda cepat mendapat musuh (hmm??) dan akhirnya anda akan berkata : “perniagaan internet bukan untuk aku..”.

Ahaa, perniagaan internet tidak berdosa tuan puan, yang salah adalah kita tidak tahu dan tidak sedar apa yang kita nak, tak tahu apa yang kita buat dan apa yang patut kita lakukan. Kata mudahnya, main hentam jer…   Akarnya adalah, ILMU, bukan DUIT. Jika duit no 1, ilmu dan kewarasan akan menjauhi anda sedikit demi sedikit… Bacalah mana-mana buku motivasi atau kejayaan, semuanya berbicara mengenai sikap, sikap dan sikap, sebaliknya duit akan menyusul kemudian..

Apa yang saya tulis di atas memfokus kepada satu tujuan, kurangkan kesilapan di saat awal, namun jika berlaku kesilapan, ia adalah pengalaman yang amat bermakna, ia adalah guru yang terbaik. Namun, semua elemen tersebut bukan satu pemberi laluan untuk anda membuat target yang besar dalam masa yang singkat. Pelajarilah, laluilah, selamilah dan seriuslah terhadap pelajaran-pelajaran yang anda perolehi melalui pengalaman.

Orang yang bijak, mereka mencatatnya di dalam buku nota apakah pelajaran-pelajaran tersebut walaupun ia mudah kerana walaupun mudah, mungkin ia memberi kerugian sebanyak 80% kepada perniagaan anda. Ehem, termasuk apa yang saya tulis di blog ini juga, anda perlu salin point yang penting sebagai pengingat diri.. Mana tahu blog ini hilang dalam sekelip mata?

Jadi, seriuslah dalam perniagaan, ia bukan satu permainan, kerana dalam perniagaan, ia umpama peperangan, musuh yang nyata, musuh dalam selimut, musuh mengendap, musuh menyerang, musuh bermuslihat dan segala-galanya ada. Di kala anda leka, di saat itulah anda akan dipintas oleh pesaing-pesaing anda. Perniagaan adalah peperangan: “bisnes adalah bisnes, kawan adalah kawan..”, yang kuat akan mengatasi yang kalah.

Maka titik tolak terawal adalah: ILMU.

Oklah, sebelum saya melalut jauh dari tajuk asal, baik saya ikat dan simpulkan dahulu topik yang saya bawa kali ini:

1. Jangan target hasil yang besar dalam masa yang singkat, jika tidak anda akan kecewa dan berjauh hati dari perniagaan internet.

2. Perniagaan internet pertama anda adalah medan pembelajaran anda, hasil yang diperolehi adalah bukan matlamat utama, tetapi yang penting adalah PENGALAMAN DAN ILMU.

3. Anda perlu membina sifat serius dalam perniagaan agar berjaya untuk projek-projek yang seterusnya serta membina empayar di internet dan mungkin juga membina perniagaan yang lebih serius (start small, finish big). Pelajarilah dan tuntutlah ilmu sampai bila-bila sehingga ke nafas terakhir..

4. Utamakan ilmu dan pengalaman, usaha tanpa jemu, dan duit akan datang menyusul.

Ohh, indahnya menjadi usahawan..   Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tuntutlah, pelajarilah ilmu dan pengalaman daripada mereka yang telah melalui. Jangan ego, jangan malu, jangan segan… Yang untungnya adalah diri anda sendiri.

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

Hakikat 5: Anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang negatif
Untuk berjaya, anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang berfikiran negatif dan suka melemahkan semangat anda. Jika di dunia biasa, amat mudah untuk kita ‘larikan diri’ daripada mereka yang sebegitu, namun di dunia internet, tidak semudah di sangka. Dunia maya, semua orang berani berkata dan melakukan apa sahaja kerana diri mereka tidak dapat dilihat, maka mereka akan mudah melakukan sesuatu agar semangat kita jatuh. Hatta budak kecik yang masih sekolah rendah pun boleh memaki-hamun orang dewasa di internet!

Tetapi, nak seribu daya. Orang-orang negatif sebegini mudah sahaja untuk dilawan balik. Tak perlu senjata api, tak perlu ‘side kick’, tak perlu pedang samurai, tak perlu M16 atau tak perlu nak tengking-tengking dan marah-marah. Caranya ialah, SENYUM.

Apa sahaja yang mereka lakukan agar anda sedih, kecewa, sakit hati atau berhenti daripada apa yang anda lakukan, anda hanya perlu senyum dan jangan hiraukan mereka. Anda terus lakukan apa yang anda sedang lakukan selagi ia baik, halal dan tidak menganggu orang lain. Lakukan sampai berjaya kerana kejayaan anda itulah yang akan melemahkan kejahatan mereka.

Ada yang memandang sebelah mata usaha kita yang ingin berniaga di internet, kononnya satu kerjaya yang tidak teriktiraf. Malah ada yang tidak suka akan usaha kita kerana kita telah berjaya dan sedikit sebanyak membuatkan mereka tercabar (ni kes dengki laa – tak payah pergi jauh, saya dah kena).

Orang yang negatif ini mungkin terdiri daripada orang terdekat kita (keluarga, sedara mara, adik beradik, ermm, mak dan ayah?) atau mungkin juga sahabat handai. Di satu pihak lagi ialah benar-benar lawan (musuh) kita yang kita tak jemput pun, mereka datang sebab tak suka kita berjaya dan tak suka akan kebenaran yang kita sebarkan. Pelik, tapi benar. Kita tak usik, tak kacau, mereka pula sibuk-sibuk nak ganggu kita.. Sakit mental betul diaorang ni..

Kedua-dua kategori pihak yang negatif ini sentiasa cuba melemahkan diri kita. Hal ini lebih-lebih lagi jika anda ingin bekerjaya sepenuh masa dengan perniagaan internet. Hatta si isteri tersayang pun (mungkin?) akan tidak menyukai keputusan anda untuk berkarier sebagai usahawan sepenuh masa. Namun tak kurang juga yang melakukan secara part time, ada juga mereka yang negatif akan memperlekehkan usaha anda.

Di peringkat awal iaitu anda masih baru dalam bidang ini, semangat dan motivasi adalah aspek yang amat penting. Tak cukup jika anda pakar dalam ebiz, namun jika motivasi anda di tahap yang lemah, anda akan mudah jatuh.

Orang yang negatif akan berkata macam-macam: “Kau ni, dari dok bazir duit masuk seminar, baik masuk program ni. Bayar sekali jer, pastu goyang kaki..”. “Haa, kau tengok aku ni, baru sebulan masuk program XXXX ni, aku dah dapat income 10,000 dah tau. Ni nak buat ebiz? Haha, buang masa jer..”. “Apa lah kau buat depan pc ni zul? Orang lain kerja kerajaan, kau entah apa-apa. Pergi la cari kerja tetap…..”.

Kata-kata terakhir itu adalah benar, saya pada mulanya dipandang negatif oleh keluarga sendiri, tetapi kini dan insyaAllah kelak, mereka akan tahu apa yang saya buat. Mereka akan terkesima dengan kejayaan yang akan saya raih..   InsyaAllah. Ini adalah dunia saya, USAHAWAN. Mereka yang negatif tesebut terbahagi kepada dua jenis, mereka tahu apa yang kita buat dan satu lagi tak tahu benda yang kita lakukan. Mak dan ayah kita, mungkin tak tahu usaha kita, maka tak apalah, diam diri sahajalah, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka yang tahu tu, merekalah yang patut anda tangani sebaik mungkin.

Yang tahu tu pula terbahagi kepada dua. Satu yang bukan usahawan internet (mungkin kaki pelaburan XYZ, atau kaki penyibuk) dan satu lagi, ehem, ni yang sakit jiwa sikit ni.. Merekalah ialah usahawan internet seperti anda.   Jika anda berjaya atau berkata sesuatu yang membuat mereka rasa tercabar (kita takder niat pun), mereka akan lakukan sesuatu agar usaha anda terbantut. Mereka dengki atau mereka gusar akibat anda berjaya, mereka akan tenggelam! Usahawan internet sebegini juga adalah golongan yang negatif..

Sorry to say, kalau dengki dengan kejayaan orang lain dan cuba perbaiki diri, itu tak apa. Tapi kalau dah dengki dan cuba nak susahkan mereka yang dah berjaya tu, itu dipanggil kerja yang tak cerdik (tak boleh guna perkatan bodoh, kasar sangat. Opss, hehe, terguna juga..).   Itulah hakikatnya, usahawan yang negatif suka lemahkan atau suka lihat kegagalan usahawan lain hatta kenalan sendiri. Sepatutnya saling bekerjasama, tapi ni, ermm, susah menyusahkan pula. Apa kes ni?

Tatkala anda sedang berusaha dalam ebiz, income pun zero atau baru seringgit, datanglah si kaki cepat kaya. Anda janganlah terpedaya dengan mereka. Ya, memang cepat kaya, tetapi tahukah anda? Skim cepat kaya ini lebih layak dipanggil sebagai skim tipu-menipu? Anda ditipu dan kemudian anda akan menipu orang lain. Lepas tu, orang yang anda tipu itu akan menipu orang lain.

Sebagai seorang Islam, anda tahu akibatnya bukan? Mudah katanya: dosa.   Berniaga adalah cara halal untuk dapatkan rezeki dan kenapa belum buat apa-apa telah dikatakan berniaga tu susah? Kita kena ubah mentaliti, cuba dulu berniaga, baru kata susah ke tak. Ni belum buat apa-apa, dah menyerah kalah. Usah terpengaruh dengan mereka yang berfikiran negatif dan tahu nak mudah, lakukan sahaja perniagaan internet anda sampai berjaya.

Kesimpulannya, untuk berjaya di dalam bidang ebiz ini, jauhi mereka yang tak faham atau tidak mahu memahami akan usaha anda. Jauhi diri daripada perdebatan yang tak berkesudahan, sebaliknya tumpu sepenuhnya pada usaha anda. Perdebatan akan tiada akhirnya, percayalah. Usah buang masa dengan mereka yang dengki akan usaha anda, usah buang masa melayan kata-kata negatif mereka dan usah buang masa memikir-mikirkan bagaimana untuk mengatasi mereka. Sebaliknya, BUAT KERJA ANDA! FOKUS…

Tapi zul, kalau kita tak cakap benar, siapa lagi? Ya, saya tahu. Tapi usah risau, yang benar tetap benar, yang salah, tetap salah. Lambat laun, yang salah itu akan jatuh juga. Allah itu Maha Adil.. Kalau mereka itu merancang 1001 kejahatan, rancangan Allah itu lagi hebat.. Berdoalah dan usahalah sebaik mungkin agar anda dilindungi dan diberikan semangat yang kuat dalam usaha seharian.

Eh zul, kalau dah jauhkan mereka, nak dekat dengan saper pulak?

Berkawanlah dengan mereka yang satu usaha dengan kita iaitu usahawan internet yang lain. Berkomunitilah di forum yang ada, ikutilah seminar/bengkel/kursus atau program yang berkaitan. Berhubunglah dan bekerjasamalah di antara satu sama lain. InsyaAllah, anda akan berjaya dan jika semangat sedang jatuh, mereka akan memberi semangat kepada anda.

InsyaAllah, saya amat yakin, industri perniagaan internet di Malaysia akan lebih meriah di masa-masa hadapan. Saya di pihak smartusaha.com kelak akan menganjurkan beberapa program bersama agar ramai yang mendapat faedah. Kelak juga saya berharap, orang Malaysia akan anti dan benci dengan skim cepat kaya, mereka akan terdidik dengan hakikat penipuan skim-skim yang begitu banyak bercambah sekarang. Sebaliknya, mereka akan mengiktiraf industri perniagaan internet.

Saya begitu bangga dengan Dr. Irfan Khairi. Walaupun ramai yang tidak menyukai beliau (saya peduli apa diaorang tak suka), Dr. Irfan telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung akan menyedarkan rakyat Malaysia akan “the real internet business”. Ramai yang mengutuk beliau, ramai yang asyik bincang pasal beliau, semuanya yang negatif-negatif. Tetapi saya bangga dengan beliau, walau ramai yang berkata sumbang, tapi beliau terus berjaya dan terus berjaya.

Mengapalah kita suka melihat kepada secebis kelemahan manusia daripada menyebut-nyebut kebaikan yang ada? Sedarlah, kalau benda buruk tu betul, itu ngumpat namanya, kalau benda yang kita cakap tu salah, fitnah namanya.. Faham tak? Haa, tu ustaz zul bagi tazkirah sikit. Kalau tak tahu benda tu betul ke tak, tak payah cakap bukan-bukan pasal orang lain. Aib orang no 1, aib sendiri disorok-sorok.. Buruk orang cepat dikritik, tapi perangai sendiri, masih di takuk lama.

Apa kes saya cakap pasal Dr. Irfan ni? Sebenarnya saya nak kaitkan dengan tajuk tulisan saya ni. Lihatlah dan teladanilah beliau dalam menangani tohmahan negatif daripada bangsa dan umat seAgama sendiri! Lihatlah, hayatilah, dia semakin jatuh atau semakin berjaya?? Ya, dia semakin berjaya, sebab beliau tak layan orang-orang yang negatif, malah beliau sentiasa senyum, senyum dan senyum.

Kesian, kesian dan amat kesian saya dengan mereka yang bercakap negatif mengenai beliau, mereka banyak buang masa bercakap yang bukan-bukan, mengarut itu dan ini (saya ketawa seorang diri ni..).   Kepada yang negatif-negatif tu, gunakanlah masa yang ada untuk bercakap benda yang baik-baik dan memberi semangat kepada orang lain ok. Kita ni hidup sekejap jerrr… Tak rasa bersalah ke dalam hati bila kita lemahkan orang lain? Fikirkan…

Oklah, cukuplah dulu kali ini. Jumpa lagi.

“Kejayaan itu tetap milik mereka yang berusaha gigih, kuat dan rajin. Malah kejayaan juga milik mereka yang sentiasa berfikiran positif dan bijak menangani anasir-anasir yang negatif..”.

PS. Ada yang bertanya, ke manakah saya bercuti? Adakah saya berputus-asa? Adakah saya kecewa? Ermm, saya tiada jawapan untuk diberikan buat masa sekarang.

PPS. Jauhkan diri terutama yang dekat BUKAN bermaksud putuskan hubungan persaudaraan. Bukan sesekali, tetapi kurangkan masa dengan mereka. Just that..

Wassalam.

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.