Anda adalah seorang usahawan internet. Tatkala anda kurang bersemangat, anda tiada tempat mengadu, bahkan tiada sesiapa pun yang ambil tahu dan bertanya khabar.
Mengapa tiada sesiapa? Sebab…. Sebab anda individualistik dan tidak tahu dan tidak mahu berkomuniti. Tidak ada sahabat, tak ada rangkaian dan juga usahasama dengan usahawan internet yang lain. Anda suka buat kerja seorang diri anda tanpa berkawan dan bersosial dengan usahawan internet yang lain. Itulah sebabnya.
Namun, anda tetap ada kawan. Kawan serumah, kawan sepengajian, kawan jauh dan dekat, tetapi, mereka kebanyakkannya bukanlah seperti anda iaitu seorang usahawan. Malah mereka berfikiran negatif lagi dengan keusahawanan dan perniagaan internet. Lagi parah jika mereka seorang yang tidak bermotivasi, pemalas, kaki lepak, kaki disko atau yang sewaktu dengannya. Mereka tidak dapat memberikan anda semangat dan motivasi sebab mereka sendiri pun seorang yang negatif. Mereka tak dapat memberikan anda panduan berbisnes sebab mereka sendiri pun tidak tahu berniaga!
Begitu bahaya sebenarnya berseorangan dalam usaha keusahawanan. Anda tidak boleh bersendiri. Anda tidak boleh penting diri sendiri. Jalinkanlah hubungan persahabatan dengan usahawan internet yang lain. Tidak rugi, malah merekalah yang akan banyak membantu anda di saat yang memerlukan. Tatkala anda kebingungan, mereka akan memberikan panduan dan sinar harapan. Malah, anda juga boleh berusaha-sama dengan mereka. Tak cukup dengan itu, mereka juga mungkin akan berkongsikan rahsia-rahsia perniagaan mereka dengan anda!
Berusaha-samalah, berkomunitilah, dan janganlah anda dendam dan prasangka dengan usahawan internet yang lain. Jadilah seorang usahawan yang baik.
Ketahuilah, pemikiran satu orang TAK SAMA dengan pemikiran ramai-ramai.
Wassalam.
Komen Terkini