Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Lesen hak jualan VS Hakcipta

Apabila kita membeli sesebuah produk hak jualan seperti Master Resell Rights (MRR), Resell Rights (RR) dan juga Private Label Rights (PLR), ia tidak bermaksud kita telah memiliki hakciptanya. Sebaliknya, kita hanya berhak menjualnya sahaja, di samping beberapa perkara berkaitan.

Lesen hak jualan adalah berbeza dengan jual beli hakcipta. Melainkan apabila dinyatakan dalam transaksi itu bahawa ia adalah proses pertukaran hakcipta, maka barulah kita boleh menyatakan kita memiliki hakcipta ke atas produk itu.

Jadi, untuk kesemua produk jualan saya sebelum ini sama ada yang disertakan dengan RR, MRR ataupun PLR, ia hanyalah lesen hak jualan sahaja, dan bukan jual beli hakcipta. Hakcipta asal adalah tetap milik saya / smartusaha.com.

Bagi produk PLR, andaikata anda telah mengubah kandungannya sekurang-kurangnya 80% daripada kandungan asal, anda boleh ‘claim’ hakcipta produk itu di atas nama anda.

-

Incoming search terms:

  • blogger jualan
  • lesen hak cipta produk di malaysia
  • lesen hak cipta produk
  • artikel jualan produk tempatan
  • Jualan Hakcipta buku di Malaysia
  • kandungan hak cipta buku
  • keselesaan pembelian melalui internet
  • koleksi rr mrr plr bahasa melayu
  • laporan jualan hakcipta
  • laporan jualan produk tanpa lesen

Ebook Vs Buku

Secara asas, ebook dan buku adalah sama sahaja, tapi jika ditinjau lebih jauh, kedua-duanya mempunyai banyak perbezaan. Saya tertarik dengan ‘persoalan’ yang Sham nyatakan di blog beliau, adakah ebook boleh disebar-sebarkan, disalin atau dipinjam-pinjamkan seperti buku biasa?

Jawapannya bergantung kepada jenis ebook tersebut. Apa yang dapat saya katakan, ebook mempunyai beberapa jenis ‘hak’ atau ‘lesen’. Jadi, boleh atau tidak anda sebar atau jual ebook itu bergantung kepada lesen yang dinyatakan oleh penulis (pemilik asal) ebook tersebut.

1. Distribution Rights (Hak Edaran)

Jika anda memiliki ebook jenis ini, anda boleh mengedarkan ebook tersebut tanpa sebarang halangan dengan syarat tidak mengubah kandungan ebook. Hak yang anda miliki hanyalah hak mengedar, bukan memiliki hakcipta ebook tersebut.

2. Personal Use Only (Kegunaan Sendiri)

Dengan membeli sebuah ebook jenis ini, anda hanya boleh menggunakannya untuk kegunaan anda sahaja. Tidak boleh disebar kepada orang lain.

3. Resell Rights (RR)

Untuk mendapatkan lesen ini, anda perlu membeli atau mendapatkannya secara sah daripada pemilik asal ebook. RR bermaksud anda boleh menjualnya, tapi para pembeli anda tidak boleh menjualnya (hanya boleh guna sahaja).

4. Master Resell Rights (MMR)

Ebook jenis MRR bermaksud, anda boleh menjual ebook itu dan para pembeli anda pun boleh menjual ebook tersebut.

5. Private Label Rights (PLR)

Jika empat jenis lesen (hak) di atas tidak boleh diubah-suai isi kandungan ebook, PLR pula berbeza. Anda boleh mengurangkan, mengedit, menambah atau melakukan apa sahaja terhadap isi kandungan ebook. Pendek kata, anda mempunyai hak terhadap isi kandungan tersebut. Namun semuanya bergantung kepada garis panduan (syarat) yang diberikan oleh pemilik asal ebook.

Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak mengenai jenis ‘hak’ yang ada pada ebook. Untuk buku, saya tidak pasti perkara ini ada diaplikasikan atau tidak. Cuma yang pasti, buku bercetak boleh dipinjam-pinjamkan, dijual balik (buku terpakai) dan disebar-sebar. Yang tak bolehnya, mencetak rompak sahaja iaitu membuat salinan buku dan menjualnya. Ini jelas salah jika ia dilarang oleh pihak penerbit.

Tidak kisah buku atau ebook, ketahui dahulu apakah yang anda boleh lakukan untuk produk tersebut. Boleh disebarkan? Boleh dijual semula? Boleh difotostat? Boleh disalin semula? Jika boleh, boleh lah. Jika tak boleh, jangan melakukannya kerana ia jelas menggunakan hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Kita semua setuju dan tahu bahawa menyalahgunakan hak orang lain adalah SALAH di sisi Agama dan undang-undang.

Wassalam.

ps. Artikel menarik: Produk untuk perniagaan Internet? Klik di sini untuk mengetahuinya.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)