Apabila kita mengatakan salah satu cabang bisnes di internet adalah menjual ebook, maka ramai secara automatik akan memberikan alasan “saya tak tahu tulis ebook”. Malah mereka menganggap, bisnes ebook di internet ini hanya perlu tulis ebook sendiri sahaja. Silap tu..
Sebenarnya, kita tidak semestinya perlu tulis sendiri ebook untuk dijual di internet. Banyak cara sebenarnya untuk hasilkan atau memiliki ebook dengan mudah dan cepat.
Untuk tujuan ini, kita perlulah sedikit kreatif dan sentiasa mencari jalan keluar terhadap “kekurangan” yang kita miliki iaitu tidak tahu tulis ebook atau tiada masa untuk hasilkan ebook sendiri.
Hak Jualan
Salah satu cara untuk memiliki ebook bagi dijual di internet adalah ebook yang disertakan dengan lesen hak jualan.
Terdapat beberapa lesen hak jualan di internet seperti Resell Rights (RR), Master Resell Rights (MRR) dan Private Label Rights (PLR). Melalui ebook yang disertakan lesen hak jualan, anda boleh menjualnya dengan harga yang anda mahu. Ya, keuntungan 100% hanya untuk anda.
Saya melalui smartusaha.com sentiasa memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk sebegini. Biasanya, kebanyakan produk yang saya hasilkan disertakan dengan hak jualan (RR atau MRR). Contohnya adalah seperti Sistem EZSurvey dan Panduan Mudah FTP.
Saya lakukan sebegini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tiada masa atau kemahiran menghasilkan produk dapat memiliki produk dan terus dapat menjualnya. Syukur kepada Allah, rata-rata yang menjual produk Resell Rights saya sehingga kini terus menerus menjana pendapatan dengan mudah.
InsyaAllah, dalam masa terdekat ada lagi beberapa produk hak jualan yang akan saya keluarkan. Jadi, rajin-rajinlah datang ke blog ini untuk perkembangan semasa saya.
Kelebihan produk hak jualan ini adalah biasanya ia disertakan sekali dengan laman web, salesletter, bahan promosi dan juga ecover ebook. Bermaksud, anda tidak perlu lagi susah-susah untuk buat laman web, keluarkan kos untuk upah design ecover dan sebagainya. Semua sudah siap.
Kita hanya perlu edit laman web, upload ke server beserta dengan file ebook, dan siap! Dalam sehari malah sejam dua pun dah boleh siap. Kita patut berterima kasih kepada penyedia produk RR ini kerana mereka bertungkus-lumus siang dan malam menyiapkan produk, tapi kita sejam dua pun dah dapat jual malah dapat hasil pada hari yang sama.
NAMUN, saya tidak tahulah kalau cara mudah ini masih dianggap sebagai satu cara yang susah oleh kebanyakan orang. Umpan sudah diberi, pancing pun sudah di tangan..
Case Study: Ebook Panduan Mudah FTP
Bagi ebook Panduan Mudah FTP sebagai contoh, serius saya katakan, kalau anda tidak tahu membina laman web pun, anda boleh mulakan perniagaan internet (ebook) dengan amat mudah dan cepat. Tidak perlu menggunakan sebarang perisian bina laman web pun. Bunyi macam hype, tapi percayalah ia tidak hype.
Saya sehabis mungkin telah memerah fikiran saya bagaimana saya boleh membantu mereka yang tidak ada kemahiran internet yang tinggi, tapi boleh menjual ebook melalui laman web TANPA perlu sentuh sedikit pun apa-apa perisian laman web atau kod HTML.
Ya, ebook Panduan Mudah FTP adalah salah satu contoh terbaik daripada saya. Anda hanya perlu konfigurasikan satu file, upload ke server dan siap! Namun tak guna kalau ia semudah itu tapi tak berjaya menjualnya..
Daripada pemerhatian saya, mereka tidak dapat teruskan usaha kerana mereka tidak jelas konsep perniagaan internet itu sendiri dan juga tidak tahu cara promosi di internet. Memanglah.. Kalau tidak faham dan tidak tahu dua perkara tersebut, amat sukarlah untuk berniaga di internet walau sudah ada produk yang sudah siap pun.
Keunikan produk ebook Panduan Mudah FTP adalah pada Sistem EMS yang saya sertakan. Sistem ini adalah unik dan pertama seumpamanya di pasaran IM Malaysia. Saya cipta khas untuk newbie yang memang amat zero dalam pembinaan laman web.
Tidak cukup dengan itu, saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana melakukan konfigurasi file dan bagaimana cara upload ke server. Itu saja yang saya termampu lakukan buat masa ini walaupun masih ada lagi kekurangan. Tapi saya yakin, ia sedikit sebanyak telah membantu ramai orang sebagai langkah pertama dalam perniagaan internet.
InsyaAllah, saya akan gunakan lagi Sistem EMS tersebut untuk produk-produk Resell Rights saya pada masa akan datang. Jika anda mahu melihat komen, kritikan atau review mengenai ebook FTP dan juga sistem EMS tersebut di internet, sila klik link ini.
Kesimpulan
Jika kita diberikan pancing dan umpan, malah telah ditunjukkan di mana lubuk ikan, maka terserah kepada kita untuk memancing ikan ataupun tidak. Maksudnya, diri kita sendiri yang akan menentukan kita mahu berusaha, atau hanya mahu mencipta alasan.
Sekian.
ps. Jika anda mempunyai soalan berkaitan Resell Rights atau Master Resell Rights, sila hubungi saya dengan klik di sini. Saya akan menjawab segala kemusykilan anda. InsyaAllah.
Incoming search terms:
- cara tulis ebook
- cara nak tulis ebook
- kos untuk hasilkan ebook
Komen Terkini