Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

“Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”

Apa khabar para pembaca semua, moga sihat yer.

Saya tahu, ramai yang balik ke kampung, bahkan 5 orang kawan serumah saya pun balik ke kampung juga (1 Terengganu, 4 Kelantan). Tapi, saya tak balik sebab ada komitmen dengan perniagaan. Kalau saya balik, nescaya pelanggan ebook saya tak selesa dan panas punggung sebab ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan.. Lagipun, saya perlu bersiap-sedia untuk beberapa perkara lain (bisnes juga) dan nak siapkan laman web pelanggan.

Huuh, seperti yang saya katakan sebelum ini, menjadi usahawan internet (lagi-lagi jika seorang diri!), amat-teramat mencabar. Kewangan, pesanan, bayaran, layan pembeli yang 1001 karenah, urus jualan, dan lain-lain lagi semuanya dilakukan oleh dua tangan sahaja! Ke ada yang ada 3 tangan? Ada banyak tangan kan susah lak.. ;) Apapun, demi mencapai apa yang dihajati (berjaya dalam bisnes), seorang usahawan perlu banyak bersabar dalam segenap perkara, tiada alasan bagi mereka..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • blog forum malaysia
  • kalau saya jadi usahawan apa yang akan saya buat

Perniagaan Internet : Kesalahan 1 dan Merugikan

Assalamu’alaikum semua, semoga sihat hendaknya.

Kali ini, saya ingin menulis ringkas sahaja. Bukan tak ada idea untuk menulis, tetapi cukuplah sikit-sikit. Nanti banyak-banyak tersedak pula kan?

Apa yang saya ingin bawakan pada kali ini adalah salah satu kesalahan yang banyak dilakukan oleh usahawan internet, dan kesalahan ini begitu merugikan. Amat amat merugikan. Ia berdasarkan juga kepada pengalaman saya. Berharap, agar anda tidak melakukan ‘kesalahan’ ini agar masa yang ada digunakan sebaik mungkin untuk perkara yang memberikan manfaat untuk perniagaan anda.

Kesalahan tersebut adalah: BERCAKAP BANYAK, TINDAKAN KURANG. :)

Ya, ramai yang hanya tahu cakap itu dan ini. Orang lain kalah dengan dia dari segi teori, boleh dikatakan dia tahu banyak teknik-teknik pemasaran internet. Paling kurang pun dia tahu asas-asasnya. Tapi, kesian, pendapatannya tidak seimbang dengan penggunaan masanya. Dalam 24 jam, dia banyak habiskan masa untuk membaca dan menulis semata-mata, TAPI tiada tindakan. Pengalaman saya, antara sebab mengapa tiada tindakan atau kurangnya aktiviti yang ‘menguntungkan’ adalah sifat menangguh dan tidak yakin diri serta tiada perancangan yang rapi.

Ada seorang internet marketer Malaysia begitu low profile. Nampak biasa sahaja dan ‘tiada’ kredibiliti. Namun, siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Kini dia sudah mula mempunyai peminat tersendiri kerana dia berjaya di dalam perniagaan internet. Pendapatannya di internet mengalahkan gaji bulanan kerja tetapnya. Tip mudah beliau, “Utamakan tindakan dan jangan hanya tahu cakap sahaja..”. Betul sekali apa yang dikatakannya itu. Katakan dalam sehari kita gunakan 8 jam untuk aktiviti perniagaan kita, tetapi 7 jam untuk ‘menghabiskan’ masa di forum atau menumpu pada blog, anda telah menempah kerugian yang amat besar!

Pendek kata di sini, gunakan masa yang ada sebaik mungkin dan jangan sesekali menumpu kepada satu dua perkara sahaja untuk jangka masa yang lama. Saya sendiri telah melakukan kesilapan ini dan melihat, banyak masa ‘terbuang’, dan pendapatan tidak seimbang dengan masa yang dihabiskan. Jika anda sudah ada kredibiliti, sudah dikenali, masa untuk anda terus membina nama sudah boleh dikurangkan. Inilah yang saya lakukan sekarang. Saya akan menumpu kepada penghasilan produk dan juga menambahkan lagi networking dengan usahawan yang lain serta menajamkan lagi skill internet marketing sedia ada. :)

Anda pula bagaimana? Hanya mahu bercakap dan menulis sahaja tanpa mahu membuat duit dengan jumlah yang sepatutnya? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Tip:

1. Untuk membina ‘nama’, anda boleh gunakan blog, forum dan teknik viral marketing seperti artikel dan ebook. Untuk cepat dikenali, pastikan anda ada keunikan tersendiri samada dari segi gaya atau dari segi topik niche anda.

2. Jika anda sudah dikenali, usah buang masa lagi. Create your own product or services and start making money! :)

Wassalam.

Forum : Bukan Tempat Berjual-Beli @ Iklan

‘Tips’ kali ini biasa sahaja. :) Semua orang dah tahu, tetapi mungkin ada buat-buat tak tahu dan tak nak ambil tahu, atau dalam bahasa yang mudah, “aku peduli apa..”. ;)

Hehe, peduli apa yer.. Tak apa.. Teruskan membaca. :)

Baiklah. Sebelum ini, saya ada menulis mengenai membina ‘kredibiliti’ dan menarik trafik dari forum ke laman web kita dan itulah salah satu ‘kekuatan’ saya selama ini. Namun, ramai yang tersilap langkah dan ingin mencari jalan mudah untuk mempromosikan produk mereka ataupun sesuatu untuk hasil $$$$.. Bagaimana? SPAM!! Ya, forum mempunyai pelbagai topik atau dikenali sebagai thread. Mereka si kaki spam ini, melakukan post (tulisan) yang sama di beberapa ruangan thread samada dalam ayat mempromosi atau tersirat. Bagaimana tersirat??

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)