Melihat kisah Mark Zuckerberg membina empayar Facebook bermula tahun 2006, sehingga syarikat itu mempunyai aset lebih daripada 1 bilion dolar, merupakan satu kisah yang menakjubkan. Meskipun Mark Zuckerberg memperoleh gelaran sebagai bilionair termuda di dunia, pada beliau wang bukan menjadi ukuran kejayaan.
Pasti kita hairan mengapa rata-rata pemula yang memulakan bisnes, kerana mahu memperoleh wang semata-mata sering mengalami jalan kebuntuan atau kegagalan. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh pihak Forbes, individu yang melakukan bisnes demi mengejar wang akan mengalami tiga situasi iaitu:
Akan menemui jalan buntu meskipun empayar bisnes sudah berkembang.
Sanggup melakukan perkara-perkara kotor, demi mendapatkan wang.
Tidak mempedulikan apa jenis bisnes selagi ia menguntungkan.
Dalam mana-mana bisnes, pegangan, disiplin dan konsep untuk berjaya tidak lari jauh. Salah satu daripada kajian Bill Murphy dalam bukunya The Intelligent Entrepreneur menyatakan, hampir 90% daripada usahawan yang lahir dari Universiti Harvard mempunyai persamaan yang ketara iaitu:
Tidak pernah mengaku kalah.
Minat adalah punca menjalankan bisnes, wang hanya bonus untuk menyara kehidupan.
Tidak kisah jenis kaedah pemasaran yang dilakukan, salah satu prinsip yang perlu dibawa sentiasa adalah profesional. Begitu juga di Facebook. Untuk memastikan pemasaran di Facebook berkesan, kita perlu mengutamakan prinsip profesional tersebut.
Berikut adalah 10 perkara yang akan menentukan kita menjadi seorang usahawan yang profesional di Facebook:
1. Tidak memaksa-maksa orang lain menyertai kita, sama ada menyokong kita, menyertai seminar yang dianjurkan, membeli produk yang kita jual atau apa sahaja. Memaksa orang lain akan menyebabkan kita tidak disukai dan akhirnya mereka akan lari daripada kita.
Memaksa di sini termasuklah penggunaan ayat promosi yang berkali-kali meminta pengguna Facebook (sasaran) membeli tawaran kita. Sebaiknya, gunakan pendekatan yang lebih persuasif, penceritaan atau perkongsian informasi dari semasa ke semasa.
Menggunakan kaedah yang ‘keras’ di Facebook tidak berkesan. Ia hanya mengundang ketidakselesaan orang lain. Sebahagian besar pengguna Facebook adalah inginkan keadaan yang santai dan relaks. Jadi gunakan kaedah yang selari dengan ciri-ciri tersebut.
Contohnya, gunakan imej-imej dan video-video yang menarik untuk dilihat dan ditonton. Secara tidak langsung, mereka berminat untuk membeli produk kita, menyertai program yang dianjurkan dan sebagainya.
Artikel ini ditulis khas untuk pembaca blog saya yang tidak mengikuti perkembangan semasa saya melalui Facebook. Saya akui, saya adalah salah seorang pengguna tegar Facebook buat masa ini. Dan saya juga akui, Facebook adalah lebih hebat daripada Twitter.
Di Facebook, saya begitu aktif. Boleh dikatakan, saya menulis post-post ringkas minima tiga kali sehari. Itu adalah minimum. Kadang-kadang, ia lebih daripada itu. Segala yang saya lakukan dan ke mana saya pergi, semuanya saya tulis di Facebook. Mengapa Facebook? Kerana kita boleh menulis seringkas mungkin dan dapat dibaca dengan segera oleh ahli Facebook yang lain.
Jadi, jika para pembaca blog saya ini ingin tahu aktiviti saya terkini, di mana saya dan apa yang saya buat, maka saya boleh ‘diakses’ di Facebook.
Akaun Personal Facebook Telah Cukup Kuota
Akaun personal saya telah pun dipenuhi kuotanya, iaitu 5000 ahli sahaja. Saya tidak pasti adakah had ini sudah tiada atau masih wujud. Namun buat masa ini, saya tidak dapat Add Friend atau menyertai mana-mana Fan Page. Namun saya masih boleh menerima Invitation atau Request.
Untuk itu, maka saya telah mewujudkan satu Fan Page khas untuk peribadi saya. Sebelum ini, saya sudah ada Fan Page iaitu Page untuk Smartusaha.com. Namun untuk yang baru ini, ia adalah khas untuk saya secara peribadi.
Berkaitan perkataan ‘Fan’ ini, sebenarnya saya kurang menyukai perkataan Fan kerana saya ini adalah orang biasa sahaja, bukan public figure. Tetapi sudah itu yang digunakan oleh Facebook, maka terima sahajalah.
* IM = Internet Marketing dan Inspirasi Maya (nama perniagaan)
Status Projek
Saya tahu, ramai yang menunggu beberapa projek saya yang telah diumumkan dahulu. Jangan risau, kerana saya masih di sini. Saya sama sekali tidak akan keluar dari bidang ini, atau melepaskan tanggungjawab, janji dan amanah begitu sahaja.
Doakan saya agar dapat menyiapkan beberapa buah projek yang belum siap. Segalanya ada hikmah dan saya banyak belajar daripada beberapa kesilapan. Sebaik sahaja projek tertentu siap, saya akan umumkan satu persatu.
Menambah Bidang
Di antara beberapa bidang yang telah saya mula terokai sedikit demi sedikit buat masa ini adalah penulisan buku, menjadi kolumnis majalah dan bidang training. Dan insyaAllah, saya akan melakukan kembali beberapa perkhidmatan Online yang pernah saya lakukan dahulu.
InsyaAllah, sedikit demi sedikit dalam beberapa tahun ini, saya cuba untuk memasuki pasaran yang lebih besar (baca: korporat). Dengan bimbingan beberapa orang mentor buat masa sekarang, semoga saya berjaya memasuki pasaran yang lebih menguntungkan itu berbanding pasaran yang saya ceburi sekarang.
Joint Venture?
Seperti yang saya maklumkan dahulu, saya menutup seketika sebarang bentuk kerjasama terutama bagi sebarang pelancaran sesebuah produk baru di Internet. Artikel tersebut boleh dibaca di sini: Ruang JV Ditutup. InsyaAllah, saya masih boleh bantu promosi melalui satu kaedah yang bakal saya umumkan dalam masa terdekat.
Kita sedia maklum, manusia mempunyai pelbagai kumpulan atau kelompok. Jadi, untuk memastikan proses marketing di Facebook (FB) mencapai matlamatnya, kita perlu mengenali sasaran atau setiap kelompok tersebut yang menyertai kita di FB.
Berikut adalah sebahagian kumpulan atau kelompok (jenis) pengguna-pengguna Facebook. Dekati setiap kumpulan dengan cara yang sesuai dengan mereka:
1. Pembeli
Mereka ini telah membeli produk kita, dan mempunyai potensi besar untuk terus membeli produk-produk kita. Bagi anda yang telah lama berniaga atau mempunyai senarai pelanggan sendiri, pastikan pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Facebook, menyertai anda di Facebook.
2. Usahawan
Mereka ini memiliki tiga kegunaan untuk kita. Satu, sebagai kenalan usahawan untuk bertukar-tukar idea, pengetahuan dan pengalaman. Kedua, memberi perkhidmatan atau membekalkan produk kepada mereka. Ketiga, bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang disepakati bersama.
Facebook… Jika ia dilihat sebagai satu wadah pemasaran semata-mata, maka sempitlah kefahaman kita terhadapnya. Selain ia boleh dijadikan alat pemasaran perniagaan, ada lagi kelebihan lain Facebook (FB) seperti:
1. Berinteraksi dengan lebih rapat dengan usahawan yang lain. Semenjak saya menggunakan Facebook, kenalan saya terutama kalangan usahawan semakin bertambah. Kenalan ini bukan sahaja berinteraksi di FB, malah kami telah berjumpa beberapa kali.
2. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di FB. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.
3. Boleh bertanya soalan yang tertentu. Contohnya jika kita mahu mencari sesuatu tempat yang belum pernah kita pergi, kita boleh bertanya di FB. Jika mahu cari hotel yang berdekatan di tempat tertentu, boleh tanya di FB. Ramai yang akan memberikan cadangan dan maklumat.
Contoh yang lain, saya pernah bertanya cadangan tempat untuk saya berpindah ke KL nanti. Ramai yang memberikan cadangan, termasuklah oleh agen-agen rumah sekali.
4. Dorongan dan motivasi. Sebahagian besar rakan-rakan di FB akan terus menerus menulis sesuatu yang positif. Dan ini amat bagus untuk minda dan motivasi kita.
5. Mendapat perhatian pihak tertentu. Sebagai contoh, saya telah mendapat jemputan untuk memberi ceramah, sesi khidmat runding dan banyak lagi peluang yang tidak terjangka.
Saya pun sudah tidak ingat, sudah berapa lama saya ber-marketing di Facebook. Cuma saya lihat, pemasaran di sana mempunyai corak dan keunikan tersendiri.
Setakat ini, sebahagian trafik ke blog ini datang dari Facebook. Soalnya, bagaimana mereka boleh sampai ke sini?
Sebenarnya saya melakukan promosi di sana bukanlah kerana mahu mereka melawat ke blog saya. Keutamaan saya di sana adalah membina komuniti tersendiri di sana, selain komuniti melalui blog ini. Saya juga mahu membina jenama melalui FB, seperti mana saya menggunakan blog dan juga forum.
Apa yang saya dapat katakan, Facebook bukanlah tempat terbaik untuk mendapatkan pembeli sekiranya tidak kena pada caranya. Saya melihat bahawa, Facebook sama seperti web sosial yang lain di mana ia adalah tempat orang berehat, mengisi waktu yang terluang dan saling berkomunikasi satu sama lain.
Di Facebook (FB), saya tidak target jualan atau mahu menjual. Di sana, saya banyak berkongsikan informasi sama ada tip, panduan, berita semasa dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang perniagaan saya (niche). Matlamat utama saya adalah mahu mempromosikan jenama perniagaan saya di sana dengan menggunakan kaedah “soft selling” yang jauh lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang.
Jika anda mempunyai akaun Facebook, bolehlah Add saya sebagai Friend:
Berikut saya senaraikan 7 cara promosi, teknik atau kaedah yang boleh anda cuba di Facebook. Kesemuanya memerlukan masa dan ingin saya tekankan bahawa, pemasaran di laman web sosial seperti Facebook sudah semestinya mengambil masa. Maka, ruangkanlah masa sebaik mungkin agar tidak hilang fokus.
Berikut adalah 7 teknik yang boleh anda lakukan untuk marketing di FB:
1. Kumpul “friend” & berkomunikasi
Utamakan kualiti berbanding kuantiti. Keberkesanan promosi di FB hanya apabila anda dan “friend” sudah berkomunikasi dan kenal satu sama lain, atau mereka telah mengenal diri anda atau perniagaan anda.
Cara untuk berkomunikasi dengan mereka ada pelbagai cara sama ada melalui mesej Inbox dan juga menggunakan Wall mereka. Ingat, jangan spam atau promosikan apa-apa. Cukup memperkenalkan diri atau memberikan informasi yang berguna untuk mereka.
Pengenalan diri juga boleh dilakukan pada Wall kita sendiri menggunakan fungsi Status. Contoh yang saya lakukan:
2. Bahagian profile diri yang jelas dan lengkap
Isi semua maklumat yang diperlukan pada bahagian profile seperti nama perniagaan anda, laman web, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bagi memastikan “friend” dapat mengenali anda dengan mudah dan jelas.
3. Memberikan status berbentuk informasi yang berkaitan dengan produk dan perniagaan atau sebarang aktiviti yang dilakukan.
Contoh status:
4. Membuka Page atau Group sendiri
Jika anda telah Add saya di FB, anda boleh membaca tip ke-4 ini di sini:
6. Selain menulis, anda juga boleh berkongsikan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jadikan rakan-rakan FB anda semakin ‘dekat’ dengan anda.
Contoh yang saya lakukan:
Contoh video pula adalah seperti video di atas.
Selain informasi berbentuk tulisan, imej atau video juga biasanya lebih menarik perhatian rakan-rakan anda di FB.
7. Jangan SPAM
Ya, jangan spam! Ramai orang yang melanggar pantang larang ini. Mereka ingat, FB itu milik mereka kah mahu spam sesuka hati? Jangan sampai privasi orang lain terganggu dengan teknik spam, yang bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa atau marah, malah ia salah di sisi peraturan pihak FB.
Kesimpulan
Pemasaran di Facebook mengambil masa, melainkan anda bijak menggunakan strategi dan juga automasi seperti menggunakan teknik Application seperti aplikasi berbentuk game atau kuiz. Teknik ini saya tidak dapat menerangkannya kerana saya belum melakukannya lagi.
Bagi diri saya sendiri, saya telah mendapat kenalan yang ramai di FB yang selama ini amat mustahil untuk saya mengenali atau merapati mereka melalui blog atau kaedah lain. Malah yang mengembirakan, banyak perkara yang saya tidak jangkakan, telah pun saya raih. Ini semua kerana saya telah membina ‘hubungan’ dengan mereka di FB yang saya lihat ia amat sukar untuk dilakukan dengan kaedah lain seperti blog atau forum.
Maka saya melihat pemasaran FB dari sudut yang berbeza, bukan sekadar untuk mempromosi produk, tapi ia melangkaui lebih daripada itu…
Pokok pangkalnya, dalam apa jua usaha promosi atau pemasaran, kita mesti ada matlamat, jelas apa yang perlu kita lakukan dan mesti dilakukan sebaik mungkin (beretika) serta dengan penuh sabar.
Komen Terkini