Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Jom Main Bola Sepak!

“Jom main bola sepak?”.

“Minta maaf, saya tak suka main bola sepak”.

Dialog di atas ialah analogi untuk ‘targeted market’ produk anda. Katakan anda menjual satu produk A, anda tidak boleh mempromosikan kepada mereka yang tidak sukakan produk A tersebut. Mereka mungkin lebih sukakan produk B atau C.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah dua perkara:

1. Jangan salah promosi kepada mereka yang tidak sesuai dengan produk anda. Jika anda faham perkara ni, maka akan terjawab persoalan kenapa daripada ratusan orang, hanya seorang yang membeli. Yang tak membeli itu mungkin tidak memerlukan produk anda. Tumpuan anda ialah mereka yang perlu dan mahu sahaja.

2. Usah peduli dengan mereka yang tidak sukakan anda dan produk anda. Bagi perkara kedua ini, anda tidak perlu bersedih atau kecewa jika ada mereka yang memarahi anda. Sebab, mereka bukanlah orang yang sesuai dengan produk anda. Biarkan mereka pergi jauh-jauh sebab mereka “tak suka main bola, tapi mereka mungkin lebih suka main badminton”!

Jika anda memaksa juga mereka membeli, akibatnya akan timbul masalah yang lain pula seperti mereka tidak berpuas hati, meminta pulangan duit bayaran, marah-marah dan menyebarkan fitnah. Jadi, pandai-pandailah pilih pelanggan sebab tak semua orang sesuai untuk menjadi pelanggan kepada produk anda. Jangan sebab semata-mata nak buat duit, anda menjual kepada orang yang salah.

Teknik Pemasaran Emel

Jika anda mempromosi juga kepada mereka, sudah pasti mereka akan marah-marahkan anda. Namun kadang-kadang, ia bukan silap anda. Di dalam pemasaran Internet, email marketing adalah salah satu cara yang efektif untuk mendekati bakal pembeli. Caranya ialah dengan menyuruh mereka mendaftar (subscribe) ke mailing list.

Walaupun ia efektif, tetapi anda perlu tahu bahawa yang subscribe itu tidak semuanya memahami apa yang mereka lakukan tersebut (subscribe). Ada juga yang hanya mahu dapatkan barang percuma dan tidak mahu membeli atau mendengar apa-apa kata-kata kita yang lain. Akibatnya, apabila kita mempromosi kepada mereka sesuatu produk, mereka akan salah sangka..

“Boleh tak jangan hantar emel kepada saya lagi?”

“Ni apa promote promote ni?”

“Tak payah lah nak psiko kami dengan ayat-ayat pemanis kau tu”.

“Stop sending me your rubbish email!” –> ini ayat real. Saya yang kena. ;)

…dan seribu satu reaksi lagi.

Semua ini berlaku akibat beberapa faktor. Antaranya:

1. Pada opt-in page tidak dinyatakan yang mereka akan menerima emel daripada anda kelak.

2. Mereka yang mendaftar tersebut tidak tahu apa-apa mengenai email marketing. Akhirnya, orang lain yang disalahkan. Yang mereka tahu, daftar sahaja.

Pasaran Perlu Dididik

Apa yang saya perhatikan, usahawan-usahawan Internet semuanya hebat-hebat. Sudah cukup ilmu di dada. Tapi, pasaran yang ditarget itu terutama di Malaysia ini masih lagi belum bersedia sepenuhnya dengan kaedah-kaedah tertentu. Bagi mereka, ia sesuatu yang janggal, mengganggu dan sebagainya.

Jadi, saranan saya kepada para usahawan Internet semua, didiklah pasaran tumpuan anda dahulu sebelum menjual. Beritahu mereka apa yang patut. Untuk email marketing, beritahu mereka apa itu komunikasi melalui emel dan kenapa anda menghantar kepada mereka. Antara lain, kenapa mereka perlu sahkan pendaftaran ke mailing list iaitu double opt-in?

Pasaran tempatan ini masih lagi “mentah”. Tidak seperti pasaran luar yang sudah biasa dengan kaedah-kaedah tersebut. Di sini, kita bukan mencari siapa yang salah. Tapi apa yang kita mahu ialah apakah yang perlu kita tahu dan lakukan? Terkadang, memang sah kita yang salah, maka terima ia dan perbetulkan. Jika orang lain yang salah, kita cari apa penyelesaiannya.

Akhir kata, didiklah pasaran tumpuan anda sebaik-baiknya dahulu sebelum anda mula menjual. InsyaAllah, mereka pasti akan kurang karenah.

Salam maju jaya.

Incoming search terms:

  • artikel etika perniagaan
  • contoh etika perniagaan
  • etika dalam perniagaan
  • isu etika perniagaan
  • etika keusahawanan
  • artikel isu etika dalam perniagaan
  • artikel tentang etika perniagaan
  • etika perniagaan
  • etika dalam keusahawanan
  • permasalahan etika dalam perniagaan

Buat Duit: Antara Kepentingan Diri dan Etika Kemanusiaan

Buat duit. Bermacam-macam cara untuk kita buat duit di internet. Cara salah atau betul, beretika atau tidak, semuanya ada. Cuma apabila memilih jalan yang ‘hitam’, biasanya keberkatan hasil yang diperolehi juga adalah ‘hitam‘.

Jika kita seorang manusia yang berjiwa luhur dan menyintai rezeki yang berkat, maka amat perlulah kita memilih-milih dahulu sesuatu yang akan kita lakukan. Sebelum melakukan sesuatu, kita mesti melihat dan menilai adakah apa yang akan kita lakukan itu akan merosakkan hidup orang lain? Adakah perkara itu walau bagus untuk kita tetapi memberi kesan buruk kepada orang lain?

Jangan sesekali bersikap melepas tangan atau berprinsip “biarlah apa nak jadi, janji aku dapat duit”. Pegangan ini jelas menunjukkan yang hati itu tidak bersih dan duit (dunia) telah menguasai diri.

Etika atau sikap di dalam usaha mencari duit, pendapatan atau rezeki perlulah dijaga baik-baik. Salah satu sikap yang amat tidak patut ialah mengambil semua peluang yang datang tanpa meneliti dahulu dari segi etika kemanusiaan. “Yang penting duit. Yang penting aku dapat trafik. Yang penting adsense earning aku meningkat”. Sikap sebegini adalah sikap yang menunjukkan hati pelaku itu amat lemah sekali di dalam pertimbangan. Rakus.

Habis semua dilakukannya demi kepentingan diri semata-mata. Halal haram, salah atau betul, bukan lagi satu perkara yang utama baginya.

Perbuatan seperti spamming, mempergunakan aib orang lain untuk kepentingan diri, melanggar perjanjian, tidak jujur, dengki dan 1001 lagi sikap yang buruk adalah antara contoh sikap dan perbuatan yang tidak wajar dimiliki oleh manusia yang berjiwa luhur. Dalam sudut yang lain, ia adalah contoh etika perniagaan yang tiada nilai di sisi Agama mahupun di sisi manusia sendiri.

Berusahalah untuk memiliki hati, sikap dan etika yang luhur dan murni. Walaupun kita manusia biasa, tetapi jangan jadikan ia alasan utama untuk melakukan sesuatu kesalahan yang melanggar peraturan-peraturan di dalam kehidupan ini. Jika tidak tersengaja, itu cerita lain. Tetapi apabila sudah melakukannya dengan sengaja dan sedar, atau tidak mahu menilainya dahulu, maka tidak wajarlah sekali.

Ketahuilah, hidup kita bukan keseorangan, tetapi kita saling berhubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Maka di sinilah pentingnya etika kemanusiaan yang luhur dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

Semoga usaha kita mencari pendapatan di internet diberkati olehNya dan rezeki yang kita perolehi adalah dengan cara yang bebas daripada syubhah atau jalan yang jelas haram. Tak guna kaya harta tinggi menggunung tetapi sumber rezeki itu adalah daripada 1001 jalan-jalan yang hitam.

ps. Selamat tahun baru Islam (1429 H) kepada yang berAgama Islam. Mulakan tahun baru ini untuk kita ‘berhijrah’ kepada sesuatu yang lebih baik.

Incoming search terms:

  • definisi sikap kepentingan diri
  • kepentingan duit
  • kepentingan duit dalam kehidupan
  • kepentingan etika
  • apa itu kepentingan diri
  • kepentingan duit pada manusia
  • kepentingan duit dalam perniagaan
  • kepentingan duit dalam perniagaa
  • kepentingan duit dalam islam
  • kepentingan duit dalam hidup
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)