Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

[Siri 2] Ebook Panduan Mudah FTP, Bukan Sebarangan Ebook!

Berikut adalah sambungan untuk tulisan saya semalam:

Selamat membaca..

————————————-

Kesimpulan mudah untuk Ebook Panduan Mudah FTP dan juga item yang berkaitan ialah:

1. FTP, hanya tajuk Ebook, tapi kandungannya, lebih daripada itu.

2. Pertama di Malaysia untuk model Resell Rights. Tidak perlu sentuh perisian laman web seperti Frontpage untuk mula menjual. Perlu ’setting’ sedikit sahaja, upload dan mula promosi!

3. Anda dapat Ebook + Sistem + Laman Web. Kos untuk anda hanya RM20.00.

4. Versi demi versi sistem akan dihasilkan selepas ini yang akan men’double’kan income anda melalui jualan Ebook ini. ;) Kepada yang telah dan akan membeli tu, tunggu versi demi versi akan datang. ‘Yang pasti, saya akan janjikan sesuatu yang hebat!

Nota: Versi 0.2 sistem dijangka keluar pada minggu hadapan. Get ready ya!

Kos ‘fizikal’ keseluruhan projek ini menjangkau RM300 tambah tolak. Tapi anda hanya perlu membayar RM20.00 sahaja (harga minimum). Saya bila-bila masa sahaja boleh menaikkan harga atau meletakkan polisi untuk semua Reseller agar meletak harga yang tinggi. Tapi, saya mahu memberikan peluang kepada semua orang. Itupun, jika anda mahu mencuba tanpa perasaan was-was.

Tak ada orang nak beli topik Ebook macam ni?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Ebook Panduan Mudah FTP, Bukan Sebarangan Ebook!

Mungkin ada sebahagian orang yang masih mempersoalkan akan kandungan Ebook Panduan Mudah FTP. Biar saya ceritakan sedikit kandungan Ebook tersebut agar tidak berlaku salah tanggapan.

Walaupun Ebook tersebut bertajuk “Panduan FTP”, namun di dalam Ebook ini saya juga menyentuh beberapa perkara yang tidak ramai orang menerangkan secara mudah. Antara perkara yang saya terangkan ialah apa itu Internet, Server, HTML, domain name dan juga Hosting. Selama ini, kebanyakan orang hanya tahu guna sahaja.

Dalam mana-mana buku atau Ebook, apa yang biasanya diterangkan hanya pada permukaan sahaja mengenai perkara-perkara itu, tetapi tidak diterangkan “how it works”. Atau mungkin hanya menyuruh pembaca membeli Hosting dan menyuruh mereka Upload. Hanya itu..

Tapi di dalam Ebook FTP saya ini, saya terangkan tanpa menggunakan banyak istilah teknikal yang amat menakutkan pembaca yang bukan golongan teknikal. Sebaliknya, saya gunakan konsep analogi. Apabila menyebut nama domain dan Hosting, saya bagi analogi untuk memudahkan pemahaman mereka. Apabila saya menerangkan apa itu Internet dan bagaimana ia berfungsi, saya juga terangkan dengan cara analogi dan bergambar.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

“Projek RM20.00″: Apa Kata Mereka?

Hari ini hari Sabtu, tapi saya mahu juga menulis.

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua pembeli Ebook Panduan Mudah FTP atau kalau nak ringkaskan panggilan, anda boleh panggil Ebook FTP.

Pada Post kali ini saya akan kongsikan apa kata mereka yang telah membeli, membaca Ebook tersebut dan juga yang telah menggunakan sistem EMS yang saya sediakan. Apa yang dapat saya simpulkan, Projek ini amat memberansangkan. Saya tidak mahu mengatakan ia sudah berjaya kerana saya akan sentiasa melihat mana-mana kekurangan dan akan memperbaikinya.

Jika anda ingin tahu, Projek RM20.00 ini bermula 3 bulan yang lepas. Tapi all the things saya siapkan dalam masa satu minggu. ;) Untuk bahagian Ebook sahaja, saya menulis ‘tanpa henti’ selama dua hari. Untuk Sales Letter, saya hanya menulis dalam masa SATU HARI dan untuk ’sistem laman web’ pula, saya pun lupa berapa hari saya buat. :D

Jika ikutkan, Projek ini dah lari datelinenya, tapi saya ‘push’ juga diri saya agar menyiapkan Projek ini. Hmm, Projek RM20.00? Saya namakan ini projek RM20.00 sebab harganya RM20.00. Oh ya, sebelum saya terlupa, saya akan setupkan satu blog khas untuk Projek ini dan saya akan kongsikan perkara berkaitan.

Baiklah, apa kata kita baca apa kata mereka…. ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)