Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pengenalan Lelongan Online

Artikel kali ini disediakan oleh penulis buku Rahsia Raja Lelong, iaitu saudara Eruwan Gerry Norsen mengenai perniagaan lelongan Online.

Semoga bermanfaat.

—————————————————————

Terdapat pelbagai model perniagaan internet pada masa kini. Di antara yang utama adalah seperti berikut:

  • Blog
  • Adsense
  • Lelongan online
  • Pemasaran email
  • Laman web keahlian (membership)
  • Laman web penjualan (menjual barangan atau perkhidmatan)
  • MLM
  • Program Affiliate

Setiap model perniagaan internet mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

Di dalam kesempatan yang diberikan oleh sahabat saya Zul di dalam blog beliau, saya ingin berkongsi mengenai model perniagaan internet lelongan online.

Ramai rakyat Malaysia yang masih kurang mendapat pendedahan terhadap model perniagaan internet ini. Cuma semenjak akhir-akhir ini ia semakin mendapat perhatian ramai.

Saya sendiri sudah berada di dalam bidang ini selama hampir 5 tahun. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan yang saya miliki.

Apabila kita bercakap mengenai lelongan online, portal lelongan online #1 di Malaysia pada masa kini adalah www.Lelong.com.my. Manakala portal lelongan online #1 di dunia adalah www.eBay.com. Saya mempunyai kedai online di kedua-dua Lelong.com.my dan eBay.com.

Walaupun terdapat laman web eBay untuk negara Malaysia iaitu di www.eBay.com.my, ia tidak dapat menandingi jumlah trafik (pengunjung) yang diterima Lelong.com.my.

Berdasarkan ranking yang dibuat oleh Alexa.com, portal Lelong.com.my terletak di ranking ke-30 untuk 100 laman web paling ramai pengunjung di Malaysia. Ia merupakan laman web perniagaan yang mendapat kedudukan paling tinggi berbanding kesemua laman web perniagaan lain di Malaysia.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa portal lelongan online semakin mendapat perhatian:

Tidak perlu mereka laman web

Berbanding model perniagaan internet yang lain, lelongan online tidak memerlukan anda mereka laman web sendiri. Ini seterusnya akan menjimatkan masa dan wang anda untuk memulakan perniagaan internet.

Tidak perlu mencari pembeli

Portal Lelong.com.my menerima purata pengunjung seramai 1 juta orang pada setiap bulan manakala portal eBay.com menerima purata pengunjung melebihi 2 juta orang pada setiap hari!

Apabila anda memulakan perniagaan di dalam portal tersebut, anda sudah boleh menjimatkan masa dan wang untuk mendapatkan trafik kerana pembeli memang sudah berada di situ dengan tujuan untuk membeli barangan yang dijual oleh penjual.

Berbanding memulakan laman web sendiri yang memerlukan anda untuk meluangkan masa dan wang untuk mendapatkan trafik, dengan menggunakan portal lelongan online ternyata ianya adalah lebih mudah.

Tidak memerlukan pengalaman penjualan internet

Walaupun menjalankan perniagaan internet lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan konvensional. Namun demikian, anda masih memerlukan pengalaman untuk mengendalikan perniagaan internet yang berjaya.

Kelebihan lelongan online adalah anda tidak perlu terlalu mengetahui perkara-perkara teknikal berkenaan perniagaan internet seperti hosting, mereka laman web dan mendapatkan kedudukan carian yang lebih baik. Portal lelongan online telah memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya.

Kos permulaan yang rendah

Portal lelongan online cuma memerlukan anda untuk menjadi ahli untuk membolehkan anda menjual di dalam portal tersebut. Sebagai seorang ahli, anda boleh terus menjual barangan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Bayaran cuma dikenakan apabila anda ingin melakukan promosi tambahan untuk lelongan anda.

Namun demikian, bayaran tersebut masih dianggap lebih murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan untuk perniagaan internet konvensional.

Di samping memiliki kedai lelongan online di portal Lelong.com.my dan eBay.com, saya juga memiliki laman web sendiri. Saya telah mendapati bahawa portal lelongan online dan laman web mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Namun demikian, kepada mereka yang baru sahaja ingin menceburi dunia perniagaan internet, ternyata portal lelongan online boleh membantu untuk mempercepatkan perjalanan ke arah mencapai impian kewangan anda.

Kita berjumpa lagi di kesempatan yang lain.

Salam kejayaan!

Eruwan Gerry Norsen,
Pakar Lelongan OnlineTM
www.RahsiaRajaLelong.com

************************************************************
Dapatkan newsletter bulanan PERCUMA yang mengandungi
tip-tip terkini mengenai lelongan online dengan mendaftar
di laman web www.RahsiaRajaLelong.com

************************************************************

Incoming search terms:

  • ebay com my
  • www ebay com my
  • business model of lelong com my
  • lelong online
  • lelongan online
  • lelong business model
  • pengenalan laman web lelong
  • pengenalan perniagaan internet
  • www e-lelong com my
  • pengalaman lelong com my
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)