Akaun Paypal adalah keperluan asas untuk para usahawan yang meniagakan barangan mereka di internet. Tidak memilikinya umpama ada satu kekurangan. Kegunaannya adalah untuk menerima bayaran melalui kad debit atau kad kredit.

Mengapa perlu memiliki akaun PaypalTM?
- Pada asasnya, tiada masalah dari segi syariat Islam. Baca di sini.
- Membuka akaun Paypal adalah percuma sahaja. Dan caj hanya akan dikenakan jika ada transaksi sahaja (menerima bayaran) dan memindahkan wang ke akaun bank atau kad debit.
- Boleh membeli barangan di Internet seperti di Ebay dan kebanyakan laman web lain. Hampir sebahagian besar laman jualan di Internet menyediakan kemudahan bayaran melalui Paypal.
- Rekod transaksi yang lengkap. Ini amat penting untuk pengurusan kewangan terutama bagi perniagaan.
- Perniagaan akan pergi lebih jauh dan global berbanding hanya menyediakan bayaran melalui akaun bank sahaja.
- Paypal akan membuka cawangan kedua di Asia iaitu di Malaysia. Mungkin kita tidak nampak apa yang pihak Paypal nampak sehingga mereka memilih Malaysia.
- Penggunaan kad debit dan kad kredit di Malaysia sentiasa meningkat. Mereka ini boleh membeli di Internet. Jadi, kita sebagai usahawan perlu menyediakan kaedah untuk memproses kad debit/kredit itu. Salah satu caranya adalah melalui Paypal.
Ya, walaupun Paypal juga ada masalah dan kekurangan tersendiri, namun tiada yang sempurna di dunia ini. Maka dengan itu, kita perlu merancang untuk mengurangkan sebarang risiko yang wujud dengan belajar daripada pengalaman orang lain.
Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…
Incoming search terms:
- credit card payment gateway terbaik malaysia
- kad debit maybank
- apakah kegunaan paypal
- kenapa perlu mempelajari perakaunan
- kenapa perlu guna paypal
- kekurangan paypal tidak verify
- kenapa paypal
- kenapa paypal perlu kad kredit
- kenapa perlu ada paypal
- kegunaan paypal malaysia















Komen Terkini