Apakah itu Misi dan Visi Perniagaan?

Apakah itu visi dan misi?

Apakah maksud visi dan misi? Apakah pengertiannya? Apakah contoh visi dan misi? Soalan ini sentiasa ditanya oleh kebanyakan orang. Berikut adalah perkongsian ringkas daripada saya.

Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang IT. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).

Misi pula adalah bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga bermaksud mengapa kita (perniagaan) perlu wujud? Contohnya adalah seperti memberikan nilai pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui teknologi IT yang diniagakan.

Berikut adalah contoh visi dan misi blog SmartUsaha.com yang sedang anda layari ini:

Visi: Menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati bagi topik perniagaan internet.

Misi:

  • Menulis artikel yang berkualiti secara konsisten.
  • Mengutamakan artikel berkaitan keusahawanan dan pemasaran.
  • Mencadangkan produk yang benar-benar berkualiti dan patuh syariah sahaja.
  • Menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang sempurna.
  • Menyebarkan ilmu perniagaan dan pemasaran internet yang betul kepada rakyat Malaysia.
.