Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kenapa Suka Salahkan Orang Lain dan Sifat Buruk Si Blogger

Saya perhatikan, apabila seseorang itu (bukan semua orang) sudah sampai kepada peringkat ‘berjaya’ (ye ke?), maka mereka akan mula memperkatakan sesuatu mengenai orang lain yang mereka tidak suka. Mereka perasan dalam perasan iaitu mereka tak perasan yang mereka sedang perasan. Erm, mungkin saya juga melakukan hal ini tapi rasanya tak ada atau kurang kot. ;)

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.

Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cerita ghairah
  • salahkan orang lain
  • kenapa orang suka mengutuk
  • pendapatanajaib forum
  • apakah kes buruk blog terhadap islam
  • suka salahkan orang lain
  • salahkan orang
  • riak disisi islam
  • pendapatanajaib com
  • model tetingkap johari

Panas Panas! ;)

Apa khabar pembaca blog smartusaha semua? Moga sihat selalu dan ehem, puasa baik-baik.. ;)

gulai pucuk paku

Baiklah, kali ini saya ingin bercerita mengenai kek coklat yang lazat dan berkrim, yang baru sahaja keluar daripada ketuhar. Panas, harum dan menyelerakan.. Ditambah lagi dengan masak lemak pucuk paku dan ikan goreng, sungguh menyelerakan sekali di waktu berbuka puasa… ;) Kalau orang kelantan, lagi sedap ditambah dengan budu.. hohoho.. Teruskan membaca..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

Kali ni, saya nak menulis beberapa perkara serentak dan penulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapapun, ini adalah sesuatu yang umum. Jika anda terasa, maafkan saya. Diharapkan anda dapat menghayati apa yang saya ingin ‘bebel’kan pada kali ini.

Teruskan membaca….

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • iklan berkesan
  • cara iklan berkesan
  • adakah sesuatu iklan itu berkesan?
  • pengiklanan berkesan untuk perniagaan internet
  • PROMOSI PENGIKLANAN MALAYSIA

E-book ‘DOSA’..

Assalamu’alaikum kepada yang muslim dan salam sejahtera.

Hari demi hari, bulan puasa begitu cepat berlalu dan berlalu. Manfaatkan bulan ini untuk menyucikan hati kita dan seterusnya menjadikan kita lebih berjati diri dan beriman.

Baiklah, pada kali ini, saya ingin kembali menulis mengenai satu perkara yang dulunya saya sudah tulis. Tapi, pesan-memesan perlu setiap masa bukan? ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk – Wajib Baca ;)

*Contoh yang diberikan di dalam artikel ini mungkin sudah tidak ‘relevan’ lagi pada masa ini. Ambil isi artikel ini iaitu mengenai mencari pasaran/permintaan. 

Kali ini, saya akan membawakan satu kaedah mudah untuk kita menentukan produk apa yang boleh kita jual di internet. Ingat keypoint utama di dalam menentukan produk:

ADA PERMINTAAN

Ya, pastikan produk yang anda ingin jualkan di internet itu ada sambutan atau permintaan yang tinggi. Dalam bahasa orang putihnya dipanggil demand. Ya lah, jika anda jual sesuatu yang tak ada atau sikit orang yang memerlukannya, maka sudah pasti sales (jualan) anda sikit bukan? Maka, pastikan anda mengikut ‘peraturan’ utama ini jika anda ingin betul-betul membuat wang di internet dengan menjual produk atau servis.

Ok, produk di sini tidak kisah samada fizikal ataupun digital mahupun perkhidmatan, ia dapat ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan masalah atau permintaan para pengguna internet. Salah satu cara untuk kita mengenalpasti apakah perkara yang dihadapi oleh kelompok orang yang tertentu adalah menggunakan forum. Bagaimana?

Mudah sahaja. Anda masuk ke forum-forum tertentu dan anda lihat, apakah masalah yang paling banyak dibincangkan oleh forumers (ahli forum) tersebut. Banyak di sini bermaksud, perbincangan bagi topik tersebut sentiasa diulang-ulang atau sudah lama dibincangkan. Inilah lubuk emas anda. Betul ke lubuk emas? Hmm, tak percaya tak per. Mari kita tengok satu contoh mudah..

Masalah mengeluarkan duit dari paypal!

Anda masuklah ke ruangan forum ebay Malaysia atau di forum wangcyber.com, topik mengenai masalah ini terus menerus dibincangkan sampai sekarang. Sebelum wujudnya beberapa penyelesaian, masalah ini begitu memuncak, duit di akaun paypal tak dapat atau susah untuk dikeluarkan. Tetapi, mereka yang tahu cepat mengambil peluang baik ini, maka mereka mewujudkan produk atau perkhidmatan mereka sendiri seperti:

1. Ebook Chapter-M, oleh Gobala Krishnan. Ebook yang ringkas, tetapi praktikal menerangkan beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari paypal

2. Accent Card. Di Malaysia hanya ada satu agen (jika saya tak salah). Mereka mengeluarkan kad debit yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus di mesin ATM.

*Nota terkini 1: Perkhidmatan Accent Card sekarang ramai yang mengadu mempunyai masalah. 

3. Khidmat mendaftarkan akaun bank US. Ini adalah cara penyelesaian pertama jika tidak silap saya untuk masalah ini sebelum wujud produk lain.

*Nota terkini 2: Paypal telah pun menyediakan kemudahan mengeluarkan wang terus ke kad debit/kredit (Visa card).

Dan lain-lain lagi produk atau servis yang telah wujud dan AKAN wujud untuk PENYELESAIAN bagi MASALAH ini. Hmm, anda ada cara lain lagi untuk mengeluarkan duit dari paypal?? ;)

Nampak dan faham dengan jelas? Cuba anda masuk ke forum / ruang komuniti ebay.com.my, dalam banyak2 topik, masalah paypal inilah yang banyak dibincangkan.

Kenapa? Sebab RAMAI yang memerlukan PENYELESAIAN kepada MASALAH mereka!

Sekali lagi, masalah!

Maaf, dalam bahasa yang ‘jahat’ sedikit, mereka (termasuk saya dan kita lah, hehe) yang memerlukan penyelesaian terhadap paypal itu, umpama di dalam keadaan tersangat LAPAR! Hungry kalau kalau dalam bahasa inggerisnya.. Perumpamaan ini tidak pelik jika anda tahu, sebab, sebagai pencari peluang, kita mesti melihat mereka yang sedang amat-amat memerlukan sesuatu untuk memudahkan mereka.

Jadi, selepas anda membaca tulisan saya ini, cuba masuk ke beberapa forum dan lihat, apakah masalah atau perkara yang selalu dibincangkan atau perbincangan itu dah lama dibincangkan tetapi solusinya belum lagi ada. Atau jika dah apa pun, masih diperlukan penyelesaian yang lebih efektif, tersusun dan mudah.

Ehem, saya sekarang dalam proses menyiapkan satu produk yang mana ‘idea’ ini diperolehi daripada forum. Ramai yang memerlukan ‘penyelesaian’ terhadap masalah mereka, maka insyaAllah saya cuba memenuhinya. Masalah mereka sering dibincangkan di forum dan kadang-kadang topik baru dibuka, terutama newbie. Tak cukup di forum, ada juga yang menghantar emel kepada saya memohon bantuan.

Nota terkini 3: Produk itu ialah Pakej Kit Blogger.

Dipendekkan cerita, jika anda dah jumpa lubuk emas tu, jangan menangguh, tetapi rebutlah dengan segera dengan menyediakan produk/perkhidmatan kepada yang memerlukan itu.

Sekian, wassalam.

PS. Ada beberapa cara lagi untuk menentukan ‘hot product’ yang ada demand atau apa yang boleh anda jual di internet.

Incoming search terms:

  • lubuk emas
  • lombong emas gobala
  • di mana lubuk emas
  • gobala krishnan lubuk emas
  • lubok luas enterprise
  • lubuk emas gobala
  • produk yang mendapat permintaan tinggi di internet
  • vidio sempadan lubuk antu
  • www lubuk emas

Bisnes VS Program : Anda Wajib Faham

Kebelakangan ini, industri ‘buat duit di internet’ heboh mengenai satu report khusus yang membicarakan tentang kematian adsense (the death of adsense). Sehubungan dengan itu (macam karangan lak), ramai yang takut dan gelisah terutama di kalangan newbie kerana tak dapatlah mereka merasa pendapatan melalui program adsense. Atau sekurang-kurangnya dapat hidu sekali bau cek adsense pun jadilah. :lol: Baru jer nak start, adsense dah nak mati lak!! Hohoho.. Relaks.. Relaks..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Usahawan Internet : Klik-Klik, Tekan-Tekan..

Apa yang klik-klik, tekan-tekan tu? Haa, kalau nak tahu, klik dulu link berikut ;) : Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • apa itu program incubator
  • apa itu program usahawan inkubator
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)