Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Makluman: Kuasa Forum Versi Terkini

TELAH TERBIT!

kuasa forum

1. Ebook ini telah diurus dan diterbitkan semula oleh Educattic Mind Resources, iaitu sebuah penerbit ebook dan produk digital.

2. Bagi pembeli ebook ini sebelum ini (melalui smartusaha sahaja), pihak penerbit bersetuju untuk memberikan kemaskini secara percuma (personal use).

3. Tiada sokongan untuk persoalan berkaitan forum marketing ini sama ada oleh pihak penulis mahupun penerbit. Namun jika penulis berkesempatan, soalan akan dijawab, tetapi ia bukan kewajipan. Pihak penerbit akan menganjurkan program seperti bengkel dan seminar dari masa ke semasa.

4. Harga tetap: RM30.00

5. Program Affiliate akan dibuka. Kepada mereka yang telah menjadi affiliate bagi ebook ini sebelum ini, maka perlu mendaftar semula.

Layari http://kuasaforum.com untuk maklumat sepenuhnya.

-

Incoming search terms:

  • cara promosi perniagaan
  • cara promosi blog
  • cara mempromosikan blog
  • iklan perniagaan percuma
  • teknik promosi blog
  • blog iklan percuma
  • iklan percuma blog
  • cara mudah promosi blog
  • mengiklan perniagaan
  • iklan percuma di blog

Kenali Kumpulan Pengguna Facebook

Kita sedia maklum, manusia mempunyai pelbagai kumpulan atau kelompok. Jadi, untuk memastikan proses marketing di Facebook (FB) mencapai matlamatnya, kita perlu mengenali sasaran atau setiap kelompok tersebut yang menyertai kita di FB.

Berikut adalah sebahagian kumpulan atau kelompok (jenis) pengguna-pengguna Facebook. Dekati setiap kumpulan dengan cara yang sesuai dengan mereka:

1. Pembeli
Mereka ini telah membeli produk kita, dan mempunyai potensi besar untuk terus membeli produk-produk kita. Bagi anda yang telah lama berniaga atau mempunyai senarai pelanggan sendiri, pastikan pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Facebook, menyertai anda di Facebook.

2. Usahawan
Mereka ini memiliki tiga kegunaan untuk kita. Satu, sebagai kenalan usahawan untuk bertukar-tukar idea, pengetahuan dan pengalaman. Kedua, memberi perkhidmatan atau membekalkan produk kepada mereka. Ketiga, bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang disepakati bersama.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

7 Cara Mudah Membuat Rakan Facebook Suka Dan Selesa Dengan Kita

Pemasaran menggunakan Facebook atau laman web sosial yang lain, adalah sedikit berbeza dengan cara-cara yang lain. Ini kerana, pemasaran sosial sebegini adalah lebih kepada bentuk ‘komuniti’. Kita tidak boleh ikut suka hati sendiri sahaja atau hentam keromo.

Di Facebook, terdapat banyak cara untuk membuatkan orang sukakan kita atau dalam sebutan yang lebih enak, orang amat selesa dengan diri kita. Perkara ini amat penting di dalam bisnes iaitu seboleh mungkin, kita mahu elakkan seseorang ‘terluka’ akibat cara yang kita gunakan.

Happy!

Di sini, saya senaraikan 7 cara yang boleh membuatkan rakan-rakan di Facebook selesa, suka, tersenyum, gembira dan sayangkan kita:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • rakan facebook
  • cara buat orang suka kita
  • facebook rakan
  • status terbaik di facebook
  • gambar orang gembira
  • cara buat muka dalam fb
  • cara buat orang ketawa
  • cara nak buat orang gembira
  • cara-cara nak buat orang ketawa
  • cara membuat muka di facebook

7 Cara Promosi di Facebook

Saya pun sudah tidak ingat, sudah berapa lama saya ber-marketing di Facebook. Cuma saya lihat, pemasaran di sana mempunyai corak dan keunikan tersendiri.

Setakat ini, sebahagian trafik ke blog ini datang dari Facebook. Soalnya, bagaimana mereka boleh sampai ke sini?

stats fb smartusaha

Sebenarnya saya melakukan promosi di sana bukanlah kerana mahu mereka melawat ke blog saya. Keutamaan saya di sana adalah membina komuniti tersendiri di sana, selain komuniti melalui blog ini. Saya juga mahu membina jenama melalui FB, seperti mana saya menggunakan blog dan juga forum.

Apa yang saya dapat katakan, Facebook bukanlah tempat terbaik untuk mendapatkan pembeli sekiranya tidak kena pada caranya. Saya melihat bahawa, Facebook sama seperti web sosial yang lain di mana ia adalah tempat orang berehat, mengisi waktu yang terluang dan saling berkomunikasi satu sama lain.

Di Facebook (FB), saya tidak target jualan atau mahu menjual. Di sana, saya banyak berkongsikan informasi sama ada tip, panduan, berita semasa dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang perniagaan saya (niche). Matlamat utama saya adalah mahu mempromosikan jenama perniagaan saya di sana dengan menggunakan kaedah “soft selling” yang jauh lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai akaun Facebook, bolehlah Add saya sebagai Friend:

http://facebook.com/mohdzulfadli

Berikut saya senaraikan 7 cara promosi, teknik atau kaedah yang boleh anda cuba di Facebook. Kesemuanya memerlukan masa dan ingin saya tekankan bahawa, pemasaran di laman web sosial seperti Facebook sudah semestinya mengambil masa. Maka, ruangkanlah masa sebaik mungkin agar tidak hilang fokus.

Berikut adalah 7 teknik yang boleh anda lakukan untuk marketing di FB:

1. Kumpul “friend” & berkomunikasi

Utamakan kualiti berbanding kuantiti. Keberkesanan promosi di FB hanya apabila anda dan “friend” sudah berkomunikasi dan kenal satu sama lain, atau mereka telah mengenal diri anda atau perniagaan anda.

Cara untuk berkomunikasi dengan mereka ada pelbagai cara sama ada melalui mesej Inbox dan juga menggunakan Wall mereka. Ingat, jangan spam atau promosikan apa-apa. Cukup memperkenalkan diri atau memberikan informasi yang berguna untuk mereka.

Pengenalan diri juga boleh dilakukan pada Wall kita sendiri menggunakan fungsi Status. Contoh yang saya lakukan:

promosi facebook smartzul

2. Bahagian profile diri yang jelas dan lengkap

Isi semua maklumat yang diperlukan pada bahagian profile seperti nama perniagaan anda, laman web, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bagi memastikan “friend” dapat mengenali anda dengan mudah dan jelas.

3. Memberikan status berbentuk informasi yang berkaitan dengan produk dan perniagaan atau sebarang aktiviti yang dilakukan.

Contoh status:

promosi facebook smartusaha

4. Membuka Page atau Group sendiri

Jika anda telah Add saya di FB, anda boleh membaca tip ke-4 ini di sini:

http://www.facebook.com/notes/mohd-zulfadli/contoh-guna-fungsi-page

*Perlu jadi “friend” saya dahulu baru dapat baca nota tersebut…

5. Tulis Notes (nota) dengan menggunakan fungsi Notes. Rakan-rakan anda di FB pasti menghargainya.

Apa itu Notes? Notes lebih kurang saja dengan penulisan di blog, malah artikel di blog kita boleh dimasukkan secara automatik ke bahagian Notes di FB.

Mungkin ramai yang bertanya bagaimana cara memasukkan artikel dari blog secara automatik ke bahagian Notes tersebut. Caranya ada dalam video berikut:

Link video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=167304069593

*Video di atas tanpa suara…

Anda boleh melihat senarai artikel yang saya tulis terus di FB dan juga berasal dari blog ini, di sini:

http://www.facebook.com/notes.php?id=817509593&style=1

6. Selain menulis, anda juga boleh berkongsikan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jadikan rakan-rakan FB anda semakin ‘dekat’ dengan anda.

Contoh yang saya lakukan:

imej facebook

Contoh video pula adalah seperti video di atas.

Selain informasi berbentuk tulisan, imej atau video juga biasanya lebih menarik perhatian rakan-rakan anda di FB.

7. Jangan SPAM

Ya, jangan spam! Ramai orang yang melanggar pantang larang ini. Mereka ingat, FB itu milik mereka kah mahu spam sesuka hati? Jangan sampai privasi orang lain terganggu dengan teknik spam, yang bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa atau marah, malah ia salah di sisi peraturan pihak FB.

Kesimpulan

Pemasaran di Facebook mengambil masa, melainkan anda bijak menggunakan strategi dan juga automasi seperti menggunakan teknik Application seperti aplikasi berbentuk game atau kuiz. Teknik ini saya tidak dapat menerangkannya kerana saya belum melakukannya lagi.

Bagi diri saya sendiri, saya telah mendapat kenalan yang ramai di FB yang selama ini amat mustahil untuk saya mengenali atau merapati mereka melalui blog atau kaedah lain. Malah yang mengembirakan, banyak perkara yang saya tidak jangkakan, telah pun saya raih. Ini semua kerana saya telah membina ‘hubungan’ dengan mereka di FB yang saya lihat ia amat sukar untuk dilakukan dengan kaedah lain seperti blog atau forum.

Maka saya melihat pemasaran FB dari sudut yang berbeza, bukan sekadar untuk mempromosi produk, tapi ia melangkaui lebih daripada itu…

Pokok pangkalnya, dalam apa jua usaha promosi atau pemasaran, kita mesti ada matlamat, jelas apa yang perlu kita lakukan dan mesti dilakukan sebaik mungkin (beretika) serta dengan penuh sabar.

Selamat berjaya.

Incoming search terms:

  • cara promosi di facebook
  • cara promosi
  • teknik promosi di facebook
  • cara mempromosikan perniagaan
  • perniagaan facebook
  • cara promosi di internet
  • cara promosi perniagaan internet
  • bisnes di facebook
  • promosi di facebook
  • facebook perniagaan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)