Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » Buat Duit

Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL?
Kita sering mendengar, si “A” berjaya buat berpuluh-puluh ribu dalam masa 24 jam dan beberapa hari sahaja. Ia bukanlah satu rahsia atau perkara mustahil. Saya telah terangkan di sini ‘rahsia’ tersebut.

Ia tidak salah. Itu adalah rezeki dan usaha mereka. Cuma apa yang ingin saya nyatakan pada kali ini adalah mengapa tidak semua orang mendapat hasil sebegitu? Kalau kita perhati elok-elok, hanya segelintir sahaja yang meraihnya. Si A, B, C dan D. Dan kemudian mereka menyatakan sesiapa sahaja mampu meraihnya. Adakah ia benar?

Setakat ini, saya tidak pernah lagi melakukan pelancaran besar-besaran untuk mana-mana produk saya. Sebaliknya sahaja hanya lakukan pelancaran biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai alasan dan target tersendiri.

Pro dan Kontra Pelancaran Besar-Besaran

KONTRA:

Mengambil masa yang banyak untuk persediaan. Sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum pelancaran.

Dalam tempoh itu, anda perlu berpantang dengan tidak mempromosi (menjual) secara agresif kepada List anda.

Bahagian sokongan pelanggan perlu sentiasa bersiap-sedia sepanjang tempoh pelancaran.

Pakej hosting biasa tidak sesuai. Perlu gunakan pakej hosting yang lebih besar size bandwidth. Kalau ada modal, gunakan terus ‘dedicated server’.

Sebahagian pembeli bertindak (membeli) bukan kerana minat atau mahu, tetapi kerana ‘terpaksa’ akibat tawaran terhad. Ini ada pro dan kontranya. Kekurangannya adalah kita mendapat pembeli yang tidak berkualiti.

Pembeli-pembeli sebegitu akhirnya akan menyusahkan kita kerana kelak mereka akan mengatakan produk kita tidak berkualiti. Ini kerana mereka membeli kerana ‘terpaksa’, bukan kerana menilai dengan berfikir dahulu.

Selain perkara ke-4 di atas, pembeli juga lebih mahukan bonus yang ditawarkan oleh rakan JV berbanding produk utama. Saya telah lalui di mana pelanggan mahukan bonus tawaran saya, dan bukan kerana produk utama yang dipromosikan. Jadi penjual produk utama itu akan mendapat pembeli yang kurang berkualiti.

PRO:

Mendapat hasil yang besar dengan cepat. RM10,000 dalam masa 12-24 jam adalah perkara biasa.

Kita hanya perlu menguruskan rakan JV sahaja dari segi bahan-bahan promosi dan memberi informasi semasa perkembangan pelancaran produk. Mereka yang akan ‘bekerja’ untuk kita.

Akan mendapat liputan yang meluas di segenap sudut Internet seperti di blog, emel dan forum.

Produk berkualiti atau tidak, orang akan tetap beli kerana tawaran terhad dan juga bonus menggiurkan oleh rakan-rakan JV. Berbeza dengan pelancaran biasa, mereka ada masa untuk menilai berdasarkan pendapat pembeli lain dahulu.

Tetapi, Mengapa Ramai Yang GAGAL?

GAGAL adalah perkataan negatif. Walaupun ia tidak enak didengar, namun dalam satu-satu masa, kita perlu menelan pahitnya. Mengapa ramai yang gagal melakukan pelancaran besar-besaran?

Pernahkah anda terfikir, mengapa setiap kali anda menjemput mana-mana Internet Marketer untuk ber-JV dengan anda, mereka langsung tidak membalas emel anda? Mengapa? Adakah kerana mereka sombong? TIDAK. Itu bukan sebabnya. Adakah mereka tidak cukup masa? Itu salah satu, tapi bukan sebab utama.

Jadi, apakah sebab utamanya?

Tahukah anda, rahsia utama dan terakhir Joint Venture dalam pelancaran sesuatu produk terutama produk digital adalah email marketing? Apakah perasaan anda menerima emel promosi produk yang terlalu kerap berkali-kali pada setiap hari atau jarak yang dekat? Sudah pasti ia amat memualkan membosankan bukan?

Jadi, Internet Marketer itu sudah pasti tidak akan menerima banyak jemputan JV dalam satu-satu tempoh masa kerana kekangan tersebut. Mereka tidak akan mempromosikan pelbagai produk untuk subscribers mereka dalam satu jarak masa yang sama. Paling lebih pun, hanya dua produk.

Mudah ceritanya di sini, dalam ramai-ramai Internet Marketer (pemilik produk), siapa cepat, dia dapat. Siapa yang dahulu mendapat persetujuan Internet Marketer itu, maka yang lain sudah pasti jemputan akan ‘ditolak’.

Selain itu, mereka para IM hanya mempunyai senarai emel (List) untuk kategori (niche) tertentu sahaja. Jadi kalau anda mahu melancarkan ebook mengenai masakan, agaknya sesuai atau tidak untuk List bagi kategori “buat duit?” Ia memang boleh, tetapi amat kurang sesuai.

90% Internet Marketer di Malaysia lebih berfokus kepada membina senarai emel (List) bagi kategori (niche) Internet Marketing dan juga buat duit.

Itulah sebenarnya di antara punca utama mengapa ramai Internet Marketer baru (bahkan yang otai pun) GAGAL melakukan pelancaran besar-besaran. Formula pelancaran ‘big launch’ hanya sesuai dalam satu-satu masa sahaja dan boleh saya katakan sebagai “NASIB“.

Cuba perhatikan, dalam setahun dua ini, produk Internet Marketer manakah sahaja yang sering dipromosikan? Bukan 10 orang, tetapi hanya segelintir. 1, 2, 3 dan 4 orang mungkin. Soalnya, mengapa hanya mereka? Saya telah siapkan satu artikel untuk menjawab soalan ini. Saya akan terbitkan nanti.

Penyelesaian? Lakukan sahaja pelancaran yang ‘biasa-biasa’. Contohnya pelancaran ebook Panduan Asas Paypal saya pada 25 Jun 2010 yang lepas, sehingga kini telah mendapat pembeli lebih daripada 100 orang. Tanpa pelancaran besar, tanpa bantuan ‘big IM’ dan tanpa promosi yang desperate ‘gila-gila’.

Dan sehingga ke hari ini, boleh dikatakan saya mendapat jualan pada setiap hari untuk produk tersebut. Ok lah tu kan? Saya bukanlah seorang yang terlalu ‘desperate’kan cepat kaya dan mahu duit yang besar dalam masa yang singkat. Prinsip saya adalah berniaga sampai mati dan kekayaan itu adalah satu proses. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jadi cadangan saya kepada orang-orang baru dalam dunia Internet Marketing, usah terlalu mendambakan dan terlalu desprate mengharapkan bantuan daripada para Internet Marketer sedia ada. Siapalah anda pada pandangan mereka, melainkan anda mempunyai ciri-ciri atau usaha tertentu seperti yang saya tulis di sini.

Kalau anda sekadar mahu mereka promosikan, dan anda datang dengan ‘selamba dan sempoi’ tanpa perkenalan, hubungan, ‘pencapaian’ dan komunikasi yang baik, usah terlalu berharap, kerana anda PASTI KECEWA. PASTI.

Sebab itulah dari dulu bertahun-tahun saya sering mengulang: BINALAH LIST & BLOG SENDIRI. Tapi ramai yang tidak ambil pusing, malah bertangguh dan memberi pelbagai alasan (maafkan saya jika ada yang terasa). Selepas siap produk sendiri, barulah terkial-kial mahu melakukan promosi. Blog tiada, autoresponder pun tiada. Forum apatah lagi langsung tidak aktif.

Pengalaman Saya…

Saya berkata berdasarkan pengalaman saya pada tahun 2006 semasa melancarkan produk Pakej Kit Blogger. Pada masa itu, boleh dikatakan hanya beberapa orang Internet Marketer sahaja yang memiliki LIST. Nama-nama yang hebat sekarang belum lagi ‘wujud’. Lantas atas kesedaran itu, saya bina List sendiri beberapa bulan sebelum pelancaran Kit Blogger.

Hasilnya, saya berpuas-hati dengan usaha saya sendiri dan hasil yang diperolehi itu tanpa bantuan daripada sesiapa. Bukti? Saya hanya membuka program affiliate untuk Kit Blogger pada bulan Februari 2007.

Jadi saya mahu mana-mana Internet Marketer baru melakukan begitu juga. Usahlah terlalu berharap dengan bantuan orang lain. Sampai bila mahu begitu? Kita perlu berdikari dan kurangkan meminta-minta. Berusahalah di atas kaki sendiri (berdikari). Tiada jalan mudah untuk sampai ke puncak gunung. Kalau ada orang mahu membantu, sudah pasti ia satu peluang yang terbaik.

Wassalam.

Incoming search terms:

manfaat hubungan usahawan dengan komuniti

apa maksud joint dalam bahasa malaysia

pemasaran joint venture

malaysia internet marketer jv

maksud kemahiran teknikal yang perlu ada pada seorang usahawan

maksud jv dalam akaun

maksud joint

kata-kata hikmah dalam keusahawanan

joint venture dalam bahasa

jenis perniagaan pasif di malaysia

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kegagalan-pelancaran-besaran/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate
“Bisnes Affiliate? Err, bukankah Affiliate itu sebuah program dan bukan bisnes?”

Jawab saya, “Ya, memang betul. Tapi kita juga perlu tahu, bisnes yang sebenar pun boleh menjadi sebuah program jika tidak kena caranya.”

Yang bertanya tadi mula buntu dan keliru.

Saya mula menjelaskan, “Apa sahaja kaedah di dunia ini yang ada produk untuk diniagakan dan ada penjual serta pembeli, maka itulah sebahagian daripada perniagaan. Maka begitulah juga dengan program affiliate, kalau kita serius dan betul-betul merancang, ia boleh menjadi sebuah bisnes yang amat menguntungkan.”

Tiba-tiba dengan spontan beliau bertanya, “Habis, bagaimana pula dengan bisnes sebenar yang boleh menjadi program?”

Saya menjawab ringkas, “Bagaimana tidak begitu, jika empunya bisnes bermalas-malasan sehingga hasilnya amat kecil berbanding mereka yang melakukan ‘program affiliate’ yang mendapat hasil yang amat besar. Sesuatu yang pelik jika bisnes sebenar dikalahkan oleh ‘kaedah picisan’.”

Tambah saya lagi, “Dan jika bisnes sebenar dijalankan dengan kaedah skim cepat kaya, maka jadilah ia sebuah program jana duit, bukan lagi bisnes sebenar.”

Individu tadi mula menampakkan minat. Tanpa sempat beliau berkata-kata, saya menambah lagi, “Walaupun kita hanya digelar sebagai agen affiliate, tetapi jika kita serius dan berfikiran seorang usahawan, kita boleh menjalinkan kerjasama yang utuh dengan pemilik produk yang kita promosikan itu. Lantas kita sudah bergelar rakan niaga, dan bukan lagi agen biasa-biasa. Malah boleh pergi jauh daripada itu jika kita kreatif.”

“Sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan mendefinisikannya iaitu dengan bagaimana kita melakukannya. Ia boleh menjadi sebuah program atau bisnes sebenar. Jika buat secara ala kadar, maka itulah sekadar buat duit. Jika buat bersungguh-sungguh dan berimpian besar, itulah sebuah empayar perniagaan.”

Beliau terus bangkit berdiri, “Wah, jika begitu saya berminat!”

Entah mengapa beliau begitu teruja. Namun dari kotak pengalaman saya, tindakan sebegitu biasanya berlaku kerana mereka melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, malah terlalu unik bagi mereka.

“Saya mahu bermula kembali dan menjadikan affiliate sebagai sebuah bisnes yang menguntungkan!”

Dalam hati saya, “Eh, macam ayat aku saja?”

-Cerita Tamat-

Begitulah kisah ‘ciptaan’ saya. Namun ia tidak mustahil boleh berlaku di dunia sebenar. Ya, selama ini kita mendengar di sana sini bahawa program affiliate hanyalah sekadar program affiliate semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Ia sekadar picisan yang tidak dapat menandingi bisnes sebenar.

Tetapi, pandangan saya mula berubah apabila melihat para Internet Marketer luar negara begitu serius dalam bidang ini. Mengapa mereka memiliki pasukan sendiri, menubuhkan syarikat untuk mempromosikan produk orang lain dengan serius, mengadakan konferens besar-besaran seperti Affiliate Summit dan pelbagai lagi aktiviti ‘ilmiah’? Dan ya, mereka melakukannya sepenuh masa.

Keyakinan saya mula mendadak naik apabila melihat perkembangan perniagaan internet di pasaran Malaysia terutama produk digital. Jika dahulu pendapatan affiliate seseorang Internet Marketer hanyalah ratusan ringgit atau ribuan ringgit, tetapi itu semua telah tinggal sejarah. Kini, individu yang membuat pendapatan affiliate untuk satu produk, lebih daripada RM10,000 pun sudah ada!

Saya ada menulis di Facebook mengenai affiliate ini:

Ya, saya ‘menyesal’ sebenarnya kerana saya bermula dengan cara yang ‘susah’ iaitu menjual produk sendiri *(awal tahun 2005). Tatkala orang lain hanya perlu mengasah parang (ilmu promosi), saya pula terpaksa membuat parang; mencari dan menyediakan bahan-bahannya dan pelbagai lagi proses membuat sebilah parang sebelum mula dapat mengasahnya.

Tatkala “agen affiliate” boleh mempromosikan bila-bila masa sahaja apa jua produk dalam masa sesingkat 24 jam atau beberapa jam sahaja, usahawan lain (yang fokus pada produk sendiri) masih sakit kepala dan tidak tidur malam menyiapkan produk sendiri.

Saranan Saya

Jika anda mahu melibatkan diri dalam bidang bisnes affiliate dan tidak mahu melakukan ia sebagai ‘program picisan’ semata-mata, ini cadangan saya:

Bentuk kepercayaan yang baru. Affiliate adalah satu cabang bisnes yang amat menguntungkan. Selagi ada produk dikeluarkan, selagi itu peluang bisnes akan tetap ada. Ia BUKAN program picisan dan bukan pilihan terakhir. Ia sama hebat seperti mana kaedah lain (Ebay, produk sendiri, blogging dan lain-lain).

Kumpul LIST (list building) dan asah kemahiran “email marketing” (cara promosi yang betul melalui emel). Percayalah, email marketing adalah salah satu cara promosi yang cepat, mudah dan jimat kos.

Bentuk satu pasukan sendiri. Ia sama ada rakan niaga atau barisan staf atau freelancer. Mereka ini akan bersama-sama dengan anda menjalankan bisnes affiliate secara serius dan menyasarkan pendapatan yang BESAR.

Belajar dengan sekurang-kurangnya seorang yang telah berjaya. Jadikan mereka sebagai mentor. “Taklid” sepenuhnya kepada mazhab mereka dahulu sebelum mengikuti “ajaran” yang lain. TAPI… Pastikan mereka mengamalkan cara yang HALAL dan BERETIKA.

Dalam bisnes affiliate, jangan fokus kepada satu niche sahaja. Bebaskan diri kita daripada bergantung kepada satu bakul sahaja. Ia amat merugikan.

Lakukan secara profesional dan terurus. Mesti rajin dan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar melepas batuk di tangga atau bermusim-musim.

Gunakan apa sahaja yang memudahkan kerja kita seperti bahan-bahan PLR yang boleh kita ubahsuai menjadi pelbagai bentuk. Dalam kata lain, LEVERAGE sehabis mungkin.

Apa pun keadaan, pertimbangkan buruk dan baik, dosa dan pahala. Jangan perkara haram pun dibuat walaupun ia kecil. Contohnya, mempromosikan produk yang haram di sisi Agama.

“Bisnes Affiliate Memang Syok!”

Mampu memiliki masa yang bebas.

Boleh bergerak ke mana sahaja tanpa kekangan.

Tidak perlu pening kepala menguruskan produk dan karenah pelanggan.

Ia boleh diautomasikan sebahagian atau sepenuhnya.

Jumlah pendapatan tanpa had! Malah anda boleh tentukan sendiri jumlah yang anda mahukan.

Mempunyai banyak pilihan produk untuk dipromosikan.

Tidak perlu menyimpan stok! Ya, saya ulang sekali lagi; tidak perlu menyimpan stok walaupun produk yang anda promosikan itu adalah produk fizikal!

TIDAK PERLU TERGESA-GESA BERHENTI KERJA. Anda MAMPU mendapat pendapatan lumayan tanpa perlu berhenti kerja, seperti mana Cikgu Fizik ini.

Memerlukan kemahiran teknikal yang minima.

Jangka hayat bisnes adalah selari dengan kadar pertumbuhan bisnes. Bermaksud, selagi ada produk, selagi itu bisnes affiliate akan terus bertahan.

Kos dan risiko yang amat rendah!

Saya yakin anda mula tidak duduk selesa. Malah gelisah hampir menguasai diri. Fikiran pula melayan-layan memikirkan sesuatu yang sungguh membuai diri.

TETAPI percayalah. Kesemua kelebihan di atas tidak akan dimiliki jika kita hanya menjadi penonton semata-mata. Kita perlu BERTINDAK. Belajar, buat betul-betul dan kemudian dapat hasilnya. Dan semuanya mesti di dalam tempoh masa yang ‘pantas’, tanpa bertangguh-tangguh.

Akhir kata, bisnes affiliate adalah salah satu jalan yang dapat membantu kita memiliki hidup yang kaya (senang) dan berjaya.

PS. Sesiapa pun mampu mendapat ribuan ringgit walaupun secara ‘part time’, jika betul kaedahnya. Caranya, belajar daripada mereka yang tahu dan telah mendapat hasilnya.

Incoming search terms:

bisnes affiliate

affiliate berjaya

affiliate bisnes

bisnesaffiliate

program affliate berjaya

kaya dengan internet

kaya dan berjaya

cara menulis cek dengan betul

bisnes yang pelik yang berjaya

bisnes affliate

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kaya-berjaya-bisnes-affiliate/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Apakah Posisi Kita?
Artikel ini adalah khas untuk mereka yang sedang menceburkan diri di dalam arena Internet Marketing. Bagi yang bukan, artikel ini juga boleh dibaca oleh anda sebagai pengetahuan tambahan..

Di dalam bidang perniagaan internet atau Internet Marketing, terdapat banyak cabang atau model atau cara buat duit. Antaranya:

1. Lelongan seperti Ebay dan Lelong.com.my

2. Menjual produk Fizikal

3. Perkhidmatan

4. Produk digital seperti ebook

5. Affiliate seperti Clickbank

6. Blogging

Persoalan saya di sini, apakah posisi anda?

Jika anda seorang usahawan produk digital, anda lebih tahu apa yang anda buat itu berbanding mereka yang melakukan model lain.

Jika anda seorang blogger, anda lebih tahu daripada orang lain.

Jika anda seorang ebayer, anda lebih tahu apa yang anda buat itu.

Blogger tidak akan tahu sangat mengenai ebay. Usahawan ebook tidak tahu sangat mengenai blogging. Blogger tidak akan tahu sangat mengenai perniagaan produk informasi. Dan begitulah seterusnya…

Begitu juga dengan pelbagai teknik Internet Marketing. Jika anda buat email marketing, anda lebih tahu apa yang anda buat. Mereka yang mengkritik biasanya hanya pada pendapat emosi semata-mata. Padahal, anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jika anda melakukan teknik Social Marketing, anda lebih tahu daripada mereka yang tidak melakukannya. Begitulah seperti yang lain…

Seperti saya sendiri sebagai seorang usahawan produk informasi, saya tidak tahu perniagaan melalui ebay dan juga buat duit melalui blogging. Teknik marketing pula saya lebih kepada email marketing, blog, social marketing (Facebook), pengiklanan dan juga forum marketing. Yang lain-lain saya tidak tahu.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah:

1. Jangan terlalu mempersoalkan posisi orang lain yang tidak kita terlalu tahu. Kadang-kadang, kita merasakan ia salah, tidak perlu atau tidak betul, padahal hakikatnya ia tidak ada apa-apa masalah. Itulah bahayanya apabila kita cuba mengkritik sesuatu di luar bidang pengetahuan kita.

2. Fokus pada posisi kita. Setiap orang mempunyai matlamat yang sama iaitu membangunkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Cuma cara sahaja yang berbeza. Maka, laksanakan posisi kita dengan terbaik tanpa cuba mempersoalkan posisi orang lain yang tidak kita tahu menahu sangat.

3. Hormat menghormati satu sama lain walaupun rambut tidak sama hitam (lain cara usaha).

4. Kita adalah satu Agama, bangsa dan negara. Tiada sedikit pun manfaat jika kita bertelagah sesama sendiri.

5. Berikan peluang kepada mereka yang telah melakukan kesilapan untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Tiada manusia yang sempurna. Jika ALLAH memberi peluang untuk hambaNya bertaubat, apatah lagi kita. Mana tahu, esok lusa giliran kita pula terbuat kesalahan..

6. Selain mengkritik orang yang melakukan kesilapan, DOAkan kebaikan untuk mereka.

7. Mengkritik itu boleh, memberi teguran itu boleh. Tapi JANGAN sampai memutuskan persahabatan atau persaudaraan atau gembira melihat mereka jatuh tersungkur.

8. Selepas mengkritik, berikan cadangan yang terbaik untuk mereka. Jangan hanya pandai mengkritik!

Kita di dalam industri Internet Marketing ini adalah sebuah keluarga besar walaupun terdapat pelbagai cabang usaha. Andaikata kita saling memberikan semangat dan dorongan satu sama lain yang berbeza cara usaha, itulah sebaik-baik amalan dan perilaku..

Secara ikhlas, saya menulis artikel ini adalah selepas memerhatikan ada mereka yang cuba mengganggu-gugat posisi orang lain padahal mereka tidak tahu menahu sangat bidang orang lain tersebut. Apalah salahnya jika berikan dorongan dan semangat. Asyik mahu mengkritik sahaja mengapa?

Bagi diri saya sendiri, saya sentiasa berlapang dada dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun mereka sama sekali berbeza cara usaha mereka. Saya boleh bersahabat dengan blogger, ebayer, affiliater dan sesiapa sahaja. Saya suka untuk duduk semeja, bertukar-tukar pengalaman dan mendengar apa saja cerita… Tetapi, saya sedikit sukar untuk duduk semeja dengan mereka yang ego untuk tidak meninggalkan sesuatu yang jelas salah dan haram sama ada di sisi undang-undang atau Agama.

Kesimpulan

Jangan terlalu mempersoalkan cara orang lain, lagi-lagi jika mereka tidak melakukan kesalahan yang jelas salah. Mungkin pada kita ia tidak betul, sebaliknya kemungkinan besar anggapan kita itu yang salah, bukan mereka. Fokus pada posisi kita sebaik mungkin dan nasihat menasihatilah dengan hikmah agar semua kita dapat melaksanakan posisi masing-masing dengan terbaik.

Jika kita mahu mempersoalkan juga, ajak mereka berbincang dan tanya mereka lebih lanjut. Mungkin di situ kita akan memahaminya. Tetapi jika kita cuba menghurai sesuatu yang tidak kita faham dan tanpa bertanya, kita akan mudah dicop sebagai orang yang berlagak pandai atau umpama ‘si luncai terjun dengan labu-labunya’ atau seperti kata pepatah “pandai tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar”.

Jika kita hanya mengganggap pendapat kita sahaja yang betul dan menolak mentah-mentah apa yang orang lain lakukan (yang baik) termasuk pendapat mereka, maka itulah yang dikatakan sebagai sifat ego, tidak ikhlas dan lupa diri sudah menguasai diri.

Apakah posisi anda? Laksanakan sebaik mungkin dan anda tidak perlu ambil peduli dengan komen dan kritikan orang lain yang tidak tahu menahu apa yang anda lakukan. Selagi ia betul, baik dan halal, lakukan saja!

Yang menulis,

SmartZul

www.SmartUsaha.com

ps. Salah satu perancangan saya adalah, saya mahu mengadakan satu program yang mengumpulkan pengamal-pengamal Internet Marketing daripada pelbagai model dan cabang usaha. Jika orang Barat boleh duduk semeja walau tidak sama cabang usaha, mengapa tidak kita?

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/apakah-posisi-kita/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Buat Duit Dengan Ebook Percuma
Artikel ringkas berikut saya petik daripada komuniti (Page) SmartUsaha.com di Facebook. Anda dijemput sama untuk menyertai saya di sana andaikata anda aktif di Facebook. Selain menulis di blog ini, saya juga menulis tip-tip ringkas di sana..

http://facebook.com/smartusaha/

Tajuk Artikel: Buat Duit Dengan Ebook Percuma

Menghasilkan ebook percuma amat berguna kepada mereka yang berminat untuk membaca. Informasi yang diberikan biasanya pelbagai iaitu bergantung kepada topik utama.

Untuk menampung kos atau memberi sedikit ‘upah’ kepada usaha murni anda itu, anda sebenarnya boleh membuat duit daripada ebook percuma tersebut.

Terdapat beberapa cara untuk buat duit dengan ebook percuma. Antaranya:

1. Mencadangkan sesuatu produk berkaitan yang boleh membantu pembaca. Produk itu mestilah ada menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai. Letakkan link affiliate di dalam penerangan cadangan anda tersebut.

2. Selain produk orang lain, anda juga boleh mencadangkan produk anda sendiri jika ada. Seboleh yang mungkin, biarlah produk yang berkaitan dengan isi kandungan ebook percuma itu.

3. Membuka ruangan iklan kepada usahawan atau individu yang berminat untuk mengiklankan produk mereka. Caj iklan berdasarkan kepada kemahuan anda atau pada jenis iklan. Contohnya size imej atau sekadar iklan teks ada caj yang tersendiri. Iklan ini biasanya diletakkan di akhir ebook atau di pengakhiran setiap bab dalam ebook.

Cara ketiga ini adalah cara yang tercepat untuk anda buat duit kerana mereka perlu bayar dahulu sebelum anda meletak iklan mereka di dalam ebook tersebut. Ramai yang berminat untuk meletak iklan di dalam ebook kerana ebook percuma biasanya akan teredar secara viral tanpa henti (viral marketing).

Itulah tiga cara yang boleh anda lakukan kesemuanya sekaligus untuk satu ebook percuma, atau anda lakukan salah satu cara sahaja.

Tambahan:

Ebook percuma boleh disebarkan secara viral dengan cepat jika ebook tersebut boleh dimasukkan link affiliate para pembaca. Asasnya begini:

1. Anda perlu ada produk sendiri dan laman web jualan dipasang dengan sistem affiliate.

2. Pembaca ebook perlu daftarkan diri untuk dapatkan link affiliate.

3. Bersama ebook disertakan dengan satu perisian PDF Brander. Anda boleh cari di Google dengan menaip pdf brander. Jika anda berminat untuk membeli, pesan saya hati-hati kerana tidak semua pdf brander berkualiti. Nanti saya tulis satu artikel review mengenai perisian sebegini.

4. Pembaca akan rebrand ebook tersebut dengan link affiliate mereka. Kemudian mereka akan kongsikan ebook tersebut dengan orang lain.

Kaedah ini amat berkesan kerana mereka akan mendapat komisen dengan mengedarkan ebook percuma tersebut jika ada pembaca yang membeli melalui link affiliate mereka. Selain anda mendapat jualan, mereka juga akan mendapat bayaran komisen.

Selamat mencuba.

Incoming search terms:

buat duit dengan ebook

ebook buat duit percuma

buat duit ebook

ebook percuma buat duit

bagaimana buat duit dengan ebook

buat duit dengan ebook percuma

buat duit dgn ebook

buat duit e-book

ebook buat duit internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/buat-duit-dengan-ebook-percuma/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Kejayaan Kita BUKAN Kejayaan Mereka
Di dalam berniaga, keuntungan adalah salah satu matlamat utama perniagaan. NAMUN di sebalik itu, kepuasan hati pembeli harus juga dititik-beratkan walaupun terkadang ia satu perkara yang rumit.

Di dalam bidang perniagaan internet, begitu banyak panduan cara melakukan perniagaan internet. Dari ebook, video dan sebagainya, dengan tajuk yang berbeza, tetapi isi kandungannya lebih kurang sama. Ia tidak salah kerana lain usahawan, maka perlulah tajuk yang berbeza.

Cuma yang menjadi permasalahan yang berbangkit adalah sejauh mana panduan tersebut dapat membantu pembeli selaras dengan janji-janji yang ditaburkan dalam laman web jualan. Malah yang lebih teruk, di laman jualan mengatakan A, tapi rupanya di dalam ebook adalah B.

Kita sebagai usahawan memang boleh berbangga dengan hasil jualan puluhan atau ratusan ribu ringgit daripada pelancaran dan jualan produk. NAMUN, sejauh manakah kejayaan para pembeli kita?

Sedikit sukar bagi kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka. TETAPI, jika kita telah berjanji, maka tiada perkara lain melainkan kita cuba menunaikan janji tersebut.

Kejayaan kita menghasilkan 5 angka atau 6 angka, itu adalah kejayaan kita, TAPI BUKAN KEJAYAAN PEMBELI.

Kejayaan yang sebenar di dalam perniagaan adalah apabila pembeli atau pelanggan kita telah BERJAYA menyelesaikan masalah mereka atau telah berjaya memenuhi keperluan mereka setelah merujuk panduan yang diberikan. Atau sekurang-kurangnya mereka dapat maju selangkah ke hadapan.

Dalam maksud yang lain, sejauh mana kita telah membantu para pembeli. Janganlah selepas menaburkan janji manis, kita terus hilang ghaib entah ke mana. Sebaliknya hanya muncul apabila mahu menjual dan membuat untung sahaja.

Usahlah berbangga dengan hasil yang besar jikalau kita tidak berjaya menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan pembeli. Usahawan sebenar bukan hanya mahu keuntungan semata-mata, tetapi juga amat sensitif dan peka dengan masalah para pelanggannya.

Saya tidak mengatakan ebook panduan yang banyak sekarang ini tidak bagus. Bukan ebook atau produk yang menjadi masalah, tapi tuan punya produk. Ebook hanya medium sahaja sebagai bahan pembelajaran. Tapi jika si tuan punya janji macam-macam dan tidak menunaikannya, itulah masalahnya.

Cubalah yang terbaik. Mencuba itu lebih baik daripada tidak buat langsung. Saya menulis perkara ini bukan untuk orang lain, tapi juga untuk diri saya sendiri sebagai peringatan.

Tulisan saya ini bukan hanya untuk mereka yang membuat ebook perniagaan internet sahaja, tetapi untuk apa saja bidang (niche). “Juallah HARAPAN beserta dengan BANTUAN (sell hope & help)”. Itu kata seorang IM luar negara. Tak salah menjual harapan di surat jualan, tapi berikanlah juga BANTUAN. Tapi ramai mana yang rela melakukan hal ini?

Banyak lagi yang saya ingin nyatakan di sini. Tapi mungkin di artikel akan datang. Cuma apa yang dapat saya katakan, terkadang saya kecewa dengan sesetengah IM yang hanya menjual janji dan harapan. Pembeli-pembeli ebook mereka bukanlah orang kaya atau company besar yang ada dana. Mereka hanya bekerja makan gaji yang mahukan pendapatan sampingan..

Bagi saya adalah satu “kezaliman” jika kita mengambil kesempatan di atas kesesakan dan kesusahan mereka di dalam mencari rezeki tambahan. Kita memang seronok dengan hasil yang besar, tetapi dalam masa yang sama kita mengabaikan janji-janji yang telah ditabur dan tidak cuba memberi yang terbaik.

Saya menulis hal ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga di samping berharap para IM di Malaysia semua (terutama niche IM) melakukan yang terbaik dan jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata. Kita berniaga untuk masa yang lama, bukan sekadar setahun dua.

Saya akhiri artikel ini dengan kata-kata John Reese:

“Don’t Sell To A Market… SERVE IT! When most entrepreneurs set out to make money in a new business they always think, “What will I sell?” Then they do some research and usually discover what people are buying. Then they try to find a supplier for that item so they can sell it too…

Then they set out to sell as much of that item as possible. Selling that item is their one and only focus.

While this ‘method’ has worked in the past, it’s not going to work much longer.”

- Petikan dari laporan The Rebirth of Internet Marketing, John Reese.

PS. Kata-kata hikmah daripada saya: “BERNIAGA ITU BUKAN MENJUAL”. Sama-sama kita fikirkan.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kejayaan-kita-bukan-kejayaan-mereka/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Perniagaan Internet di Malaysia Sudah Huru Hara!
Ya, perniagaan internet di Malaysia sudah huru-hara!

Sana ada product launch, sini ada, kat mana-mana pun ada.

Post kali ini bukan kritikan, tapi untuk menyatakan kesyukuran sebenarnya. Bagi mereka yang nampak peluang yang ada, mereka melihat ini semua sebagai satu peluang.

Semenjak dua menjak ini, saya banyak menerima undangan JV. Tak larat nak terima semua. Sebab produk sendiri pun dah lari dari timeline projek. Maaflah tak dapat join JV. Takat ulas di blog tu, bolehlah.

Berbalik kepada tajuk, huru-hara yang saya maksudkan adalah kebanjiran produk. Bukan takat niche Internet Marketing, malah kini sudah ada mereka yang sudah mengorak langkah ke hadapan menjual produk-produk terutama ebook mengenai pelbagai topik.

Adakah anda nampak yang saya nampak?

Sesetengah orang melihat ini semua sebagai satu cabaran atau persaingan, tapi bagi sesetengah orang yang berfikiran jauh, mereka melihat ini semua sebagai satu peluang besar.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, kebanyakan produk-produk itu disediakan sekali dengan peluang program affiliate. Komisen pun boleh tahan. Biasanya dari RM15 hingga RM60. Kerja anda hanya mempromosikan sahaja.

Kalau sebulan anda sertai 4 program affiliate dan setiap satu anda hasilkan RM100, anda sudah dapat RM400.00. Kalau dapat RM200 setiap satu, anda dapat RM800. Saya tahu ia sikit, tapi ok lah tu kan? Itu baru 4 program affiliate, kalau lebih lagi?

Saya kini selain sibuk memikirkan hala tuju perniagaan sendiri, saya juga memikirkan bagaimana saya boleh gunakan masa dan tenaga orang lain dan mereka boleh berikan saya duit? Dengan syarat saya melakukan sedikit kerja dan biarkan ia berjalan secara automatik.

Jika anda berniaga sepenuh masa, pendapatan sampingan dan seeloknya automatik (at least 80-90%) amatlah penting untuk membantu aliran tunai perniagaan anda atau diri anda sendiri. Orang kata ada duit tambahan selain pendapatan utama yang memerlukan usaha kita sepenuhnya.

Setakat ini sejak tahun 2006 lepas, saya telah dapat banyak komisen program affiliate termasuk menjadi top affiliate. Namun saya belum berpuas hati kerana kebanyakan usaha saya adalah secara manual dan mengambil masa. Malah usaha promosi juga sekali sekala sahaja.

Kalau anda faham apa yang ingin saya sampaikan, baguslah. Kalau tak faham, cuba faham-fahamkan. Saya sekarang sedang memikirkan apa yang perlu saya lakukan agar ada ‘sistem’ yang menjalankan kerja untuk saya. Saya hanya perlu setup sekali dan ia akan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu tanpa ‘sentuhan’ daripada saya.

Banyak program affiliate di pasaran Malaysia sekarang. Ia adalah peluang untuk mereka yang bijak bertindak dan berusaha. Bagi yang usaha, dapatlah rezeki. Bagi yang tak nampak apa-apa, memang tak dapat apa-apalah.

Itu saja lontaran idea saya setakat ini. Kalau anda nampak dan faham idea saya ni, anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

Manfaatkan segala peluang yang ada dan jadilah perintis utama!

ps. Saya ke preview Irfan Khairi tempoh hari dan saya dapati masih ramai yang tidak tahu melakukan perniagaan internet. Bermaksud, jika anda mula sekarang, anda boleh jadi perintis atau tiada persaingan yang tinggi.

pps. Salah satu teknik promosi terbaik di internet adalah dengan menggunakan emel. Dapatkan ebook percuma panduan asas mengenai kaedah ini. Sila klik di sini untuk mendapatkannya. Ramai yang tak download. Jangan menyesal kalau ebook ni dah tak ada nanti.

Incoming search terms:

keburukan perniagaan internet

kelemahan perniagaan internet

kesan perniagaan internet

berapa ramaikah usahawan di malaysia

kesan burukmenjalankan perniagaan affliatte

bagaimana kesan etika dalam strategi pemasaran internet

kesan positif internet kepada perniagaan

lkesan negatif internet terhadap marketing

perkembangan perniagaan internet di malaysia

kesan pemasaran internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-di-malaysia-huru-hara/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri
Di dalam bidang perniagaan Internet, atau buat duit di Internet, terlalu banyak cabang, cara, strategi, kaedah dan teknik. Terkadang dalam satu masa, ada orang memperlekehkan sesuatu kaedah dan mengangkat kaedah yang dilakukannya. Ini adalah tidak adil.

Jika anda membaca banyak artikel, ebook dan sebagainya, terlalu banyak cara yang disarankan. Sebagai contoh, cara buat duit cepat, cara buat duit secara serius, buat duit berdasarkan minat, buat duit tanpa modal, buat duit dengan modal kecil dan 1001 satu kaedah lagi.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah, jangan begitu pening kepala dan mengusut-masaikan keadaan sedia ada. Cukup hanya anda pilih apa yang anda mahu dan apa yang anda perlu. Sudah semestinya juga ia sesuai dengan anda.

Sebagai contoh di sini, jika anda mahukan duit dalam masa 1 minggu, maka kaedah Survey yang saya sarankan tidak sesuai digunakan. Malah, model menulis ebook sendiri pun juga tidak sesuai untuk keperluan anda. Sebaliknya, anda boleh gunakan teknik lain yang lebih cepat ( blackhat?   ).

Contoh lain lagi ialah, jika anda sekadar mahu buat duit tambahan, maka cukuplah sekadar buat duit dan tidak perlu bersusah payah membina perniagaan sendiri. Sebab, anda bukan nak berhenti kerja pun. Sebaliknya, anda hanya mahu buat duit tambahan sahaja.

Saya bagi contoh lagi. Jika anda minat dengan sesuatu bidang dan anda mempunyai masa yang banyak untuk memikirkan idea perniagaan berdasarkan minat tadi, maka anda boleh melakukan apa yang anda minat sebab anda ada banyak masa dan tidak memerlukan wang dengan cepat.

Begitu juga dengan model-model buat duit di Internet. Ada buat duit dengan blog, ada jual ebook, ada resale rights, ada program pengiklanan, menulis ebook sendiri, lelongan, menjual produk fizikal, servis, konsultansi dan banyak lagi. Anda pilih apa yang anda sesuai dengan anda dan sesuai dengan keperluan anda.

Tidak ada satu formula atau tidak ada satu titik noktah di dalam sesuatu perkara. Anda pilih dan buat. Jika saya kata buatlah Survey, tidak bermakna anda perlu buat survey sebab ia mungkin tak sesuai dengan keperluan anda. Jika saya kata buatlah perkara yang anda minat, tak semestinya anda buat apa yang anda minat. Sebaliknya anda boleh buat sesuatu perkara yang lebih menguntungkan berbanding apa yang anda minat.

Kesimpulan di sini, ukurlah baju di badan sendiri. Tanya diri sendiri. Apa yang anda mahu buat? Apa yang anda perlu? Apa yang sesuai dengan perkara yang akan anda buat? Dan apa yang sesuai dengan anda? Sudah terjawab soalan-soalan itu, maka lakukan tindakan dan usaha bersungguh-sungguh sampai dapat hasil yang dimahukan.

Kata-Kata Hikmah: “Kegagalan yang sebenar ialah tidak bertindak”.

Sekian, wassalam.

Incoming search terms:

carian jenis perniagaan

perniagaan apa yang sesuai

perniagaan apa yang sesuai bagi newbie yang modal x banyak

soalan tentang sesutu produk

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pilih-yang-sesuai/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
Bayangkan pendapatan bulanan anda melalui Internet adalah seperti berikut:

1. Produk digital = RM3500

2. Produk fizikal = RM2500

3. Program Affiliate = RM2000

4. Google Adsense/Pengiklanan = RM1000

5. Servis = RM1000

Mungkin jumlah di atas sedikit, tapi ia sesuai untuk dijadikan contoh yang realistik yang amat tidak mustahil untuk dicapai. Jadi, jumlah pendapatan keseluruhan ialah (berdasarkan contoh di atas):

RM10,000.00!

Mungkin jumlah tersebut sedikit, tapi mungkin bagi orang lain ia banyak. Malah bagi sesetengah orang, dah terlebih daripada apa yang perlu ( kalau lebih simpan la untuk bekal hari tua   ). Terserah kepada keperluan dan kehidupan diri sendiri. Tak perlu banding dengan orang lain.

Cuma, apabila kita menggunakan Internet sebagai sarana menjana pendapatan, lebih-lebih lagi secara sepenuh masa, maka pelbagai sumber pendapatan amatlah penting.

Penting di sini salah satu contohnya ialah, katakan satu cabang itu mempunyai persaingan yang tinggi atau tiba-tiba ada masalah, cabang/sumber lain tetap wujud mengalirkan duit. Jadi, tak lah risau sangat.

Sebulan dua yang lepas, saya banyak mendapat pendapatan daripada program affiliate. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pendapatan affiliate tersebut dapat ‘cover’ sedikit ‘ketirisan’ yang berlaku dalam jualan produk sendiri.

Sekarang ni, saya akan fokus pada program affiliate juga selain jual produk sendiri. Ia mudah, tak pening kepala dengan karenah pelanggan dan hanya tunggu duit masuk sahaja. Pendek kata, buat program affiliate ni amat menyeronokkan. Tapi dalam masa yang sama, saya akan tetap membina bisnes untuk ‘long term’ punya strategi.

Apa pun, setiap model atau sumber pendapatan tersebut ada pro dan kontra. Saya tak akan pilih satu, tapi saya pilih sebanyak yang semampu saya boleh.

Bagaimana pula dengan anda?

ps. Nak buat duit tanpa perlu berhadapan dengan karenah pelanggan yang amat memeningkan kepala? Klik di sini jika YA.

Incoming search terms:

perniagaan affiliate

Pendapatan juruterbang

perniagaan affliate

pendapatan

sumber pendapatan

perniagaan internet affilieat

perniagaan affilitade

perniagaan affiliate internet

affiliate perniagaan

pendapatan seorang juruterbang

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pelbagaikan-sumber-pendapatan-anda/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?
Sekarang, di sana sini heboh memperbincangkan mengenai isu makanan sedunia yang dikatakan sedang di tahap serius. Manakala, harga minyak pula turun naik harganya di pasaran dunia. Di Malaysia, kemungkinan besar harga minyak akan naik lagi.

Sejurus harga minyak naik, sudah pasti harga barang lain pun akan naik juga. Ya lah, dalam segenap bidang minyak adalah keperluan utama. Kos naik, sudah pasti harga barang turut naik. Kalau tak, rugilah peniaga.

Yang berpendapatan rendah, semakin tertekan. Manakala yang berpendapatan tinggi pula, terus mencari usaha menambah lagi wang lebih banyak.

Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Atau masih bersenang-lenang dan goyang kaki? Adakah sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang?

Bagi saya, kita tidak dapat lari daripada perkara ini semua. Nak tak nak, kita perlu menghadapinya juga  walau seperit mana pun. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak kerajaan, kerana di belah kita, ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Berjimat-cermat

Mana barang yang tidak perlu, tak perlulah membelinya. Paksa diri agar hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Lainlah kalau ada kawalan dan perancangan, menggunakan duit untuk ‘menghiburkan diri’ tiada salahnya.

Selain itu, janganlah membazir terutama makanan. Masak atau beli apa yang perlu sahaja. Biasanya kita akan lihat pembaziran ini akan berlaku di bulan puasa. Sepatutnya di bulan puasa lah kita tidak membazir.

Jika di negara lain, amat susah untuk dapatkan secupak nasi, tapi kita sebaliknya di sini, amat mudah untuk membuang makanan begitu sahaja.

Berjimat-cermat dan janganlah membazir. Kedua-dua sifat ini adalah tanda syukur kita terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan sampai Allah rampas balik nikmat tersebut. Menyesal sudah tak berguna..

2. Simpanan

Walaupun gaji atau pendapatan anda beribu-ribu sebulan, ia tidak bermakna jika ia masuk dan keluar sahaja. Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda mesti disimpan dan ‘dilupakan’. Ia adalah untuk masa depan anda atau di saat memerlukan.

3. Pendapatan Tambahan

Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya ialah melalui Internet.

Manakala bagi usahawan, gandakan lagi pendapatan harian dan bulanan anda. Caranya mungkin dengan menambah produk baru atau mempertingkatkan usaha promosi produk.

4. Jangan Tambah Hutang

Jangan berhutang jika tidak perlu. Lagi-lagi anda sedang menanggung hutang. Adalah satu perkara yang amat tidak digalakkan jika membuat hutang baru semasa masih ada hutang lain.

Namun jika terpaksa berhutang juga, rancanglah sebaik yang mungkin agar ia dapat dibayar tanpa sebarang masalah.

5. Beriman dan Bertaqwa

Sepatutnya ini adalah yang pertama dan utama sekali. Tak perlu saya hurai panjang sebab anda sudah tahu. Orang yang beriman dan ‘dekat’ dengan Allah, sudah pasti rezekinya mencurah-curah dan memiliki hati yang tenang. InsyaAllah.

6. …

Point ke-6, 7, 8 dan seterusnya saya serahkan kepada anda. Nyatakan pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi hari ini dan hari mendatang yang amat mencabar ini dengan sebaik-baiknya.

Incoming search terms:

tekanan ekonomi

panduan menghadapi tekanan hutang

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/tekanan-ekonomi-tindakan/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Duit: Berapa Banyak Yang Anda Mahu?
Hari ini tak ada tip atau artikel. Tapi kali ini saya inginkan pendapat anda semua pembaca blog ini.

Ramai yang berniaga di internet mahukan wang lebih, banyak atau dalam istilah yang lain, kekayaan. Soalnya, banyak mana tu?

Sejuta? Berjuta-juta? Beratus ribu? Berpuluh ribu? Atau berapa?

Apakah jumlah sebenar yang perlu dimiliki atau dihasilkan?

Atau soalan lainnya, berapa banyak yang anda mahu?

Saya bertanya sebab rata-rata kebanyakan orang mahukan sejuta atau lebih. Setiap kali ditanya, mereka akan jawab, “saya nak jadi jutawan”. Kenapa tidak ratus ribu dan kenapa sejuta? Siapakah yang memandai-mandai cipta ‘budaya wajib jadi jutawan’ ini? Adakah ia wajib bagi semua orang?

Dan ada juga prinsip “ala, cukup makan pun jadi laa”. Ini pun entah siapa yang memandai-mandai cipta hukum dan kepercayaan sebegini.

Soalnya, banyak mana duit yang anda mahu? Atau dalam soalan yang lebih tepat ialah, sebanyak mana yang anda perlukan?

Ini adalah soalan cepu panas emas dan saya yakin setiap orang ada pendirian masing-masing.

Jom berikan pendapat anda.

Terima kasih.

ps. Dapatkan panduan percuma buat duit dengan Adsense.

Incoming search terms:

duit banyak

duit yang banyak

ada duit semua jadi

saya nak duit banyak

nak diut banyak

mencari duit yang banyak

mahu duit banyak

macamana mahu dapat wang banyak

duit pasar malam

duit banyak mana mahu cari

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/buat-duit-di-internet-banyak-mana/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />