Ya, perniagaan internet di Malaysia sudah huru-hara!
Sana ada product launch, sini ada, kat mana-mana pun ada.
Post kali ini bukan kritikan, tapi untuk menyatakan kesyukuran sebenarnya. Bagi mereka yang nampak peluang yang ada, mereka melihat ini semua sebagai satu peluang.
Semenjak dua menjak ini, saya banyak menerima undangan JV. Tak larat nak terima semua. Sebab produk sendiri pun dah lari dari timeline projek. Maaflah tak dapat join JV. Takat ulas di blog tu, bolehlah.
Berbalik kepada tajuk, huru-hara yang saya maksudkan adalah kebanjiran produk. Bukan takat niche Internet Marketing, malah kini sudah ada mereka yang sudah mengorak langkah ke hadapan menjual produk-produk terutama ebook mengenai pelbagai topik.
Adakah anda nampak yang saya nampak?
Sesetengah orang melihat ini semua sebagai satu cabaran atau persaingan, tapi bagi sesetengah orang yang berfikiran jauh, mereka melihat ini semua sebagai satu peluang besar.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah, kebanyakan produk-produk itu disediakan sekali dengan peluang program affiliate. Komisen pun boleh tahan. Biasanya dari RM15 hingga RM60. Kerja anda hanya mempromosikan sahaja.
Kalau sebulan anda sertai 4 program affiliate dan setiap satu anda hasilkan RM100, anda sudah dapat RM400.00. Kalau dapat RM200 setiap satu, anda dapat RM800. Saya tahu ia sikit, tapi ok lah tu kan? Itu baru 4 program affiliate, kalau lebih lagi?
Saya kini selain sibuk memikirkan hala tuju perniagaan sendiri, saya juga memikirkan bagaimana saya boleh gunakan masa dan tenaga orang lain dan mereka boleh berikan saya duit? Dengan syarat saya melakukan sedikit kerja dan biarkan ia berjalan secara automatik.
Jika anda berniaga sepenuh masa, pendapatan sampingan dan seeloknya automatik (at least 80-90%) amatlah penting untuk membantu aliran tunai perniagaan anda atau diri anda sendiri. Orang kata ada duit tambahan selain pendapatan utama yang memerlukan usaha kita sepenuhnya.
Setakat ini sejak tahun 2006 lepas, saya telah dapat banyak komisen program affiliate termasuk menjadi top affiliate. Namun saya belum berpuas hati kerana kebanyakan usaha saya adalah secara manual dan mengambil masa. Malah usaha promosi juga sekali sekala sahaja.
Kalau anda faham apa yang ingin saya sampaikan, baguslah. Kalau tak faham, cuba faham-fahamkan. Saya sekarang sedang memikirkan apa yang perlu saya lakukan agar ada ‘sistem’ yang menjalankan kerja untuk saya. Saya hanya perlu setup sekali dan ia akan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu tanpa ‘sentuhan’ daripada saya.
Banyak program affiliate di pasaran Malaysia sekarang. Ia adalah peluang untuk mereka yang bijak bertindak dan berusaha. Bagi yang usaha, dapatlah rezeki. Bagi yang tak nampak apa-apa, memang tak dapat apa-apalah.
Itu saja lontaran idea saya setakat ini. Kalau anda nampak dan faham idea saya ni, anda tahu apa yang perlu anda lakukan.
Manfaatkan segala peluang yang ada dan jadilah perintis utama!
ps. Saya ke preview Irfan Khairi tempoh hari dan saya dapati masih ramai yang tidak tahu melakukan perniagaan internet. Bermaksud, jika anda mula sekarang, anda boleh jadi perintis atau tiada persaingan yang tinggi.
pps. Salah satu teknik promosi terbaik di internet adalah dengan menggunakan emel. Dapatkan ebook percuma panduan asas mengenai kaedah ini. Sila klik di sini untuk mendapatkannya. Ramai yang tak download. Jangan menyesal kalau ebook ni dah tak ada nanti.
Incoming search terms:
- keburukan perniagaan internet
- kelemahan perniagaan internet
- kesan perniagaan internet
- berapa ramaikah usahawan di malaysia
- kesan burukmenjalankan perniagaan affliatte
- bagaimana kesan etika dalam strategi pemasaran internet
- kesan positif internet kepada perniagaan
- lkesan negatif internet terhadap marketing
- perkembangan perniagaan internet di malaysia
- kesan pemasaran internet















Komen Terkini