Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Betulkah Newbie Tidak Hebat?

Baru-baru ini, saya ada menulis satu artikel bertajuk “Aku Bukan Newbie” yang dikhaskan kepada mereka yang melabelkan diri sebagai newbie. Pada asasnya, tidak salah pun mahu menggunakan istilah tersebut sebagai memudahkan penerangan… Tetapi, sampai bila mahu berpangkat newbie?

Di dalam artikel itu, saya senaraikan lebih kurang 15 keburukan meletak diri sebagai newbie. Antaranya, diri akan terus menerus dipergunakan oleh ‘otai’ yang amat suka mengambil kesempatan. Ya, saya terkadang menggelengkan kepala melihat segolongan otai yang asyik mahu ‘membedal’ wang daripada para newbie, tidak kisah otai dari luar negara atau dalam negara…

Dari sudut minda atau psikologi, apabila kita meletak diri kita sebagai newbie, maka kita akan merasakan segala informasi adalah diperlukan. Segala jenis ebook atau produk dibeli kerana diri merasakan terlalu kerdil, amat tidak tahu dan segala macam perasaan. Inilah salah satu sebabnya, ramai yang mudah tertipu dan terus membeli dan terus membeli tanpa ada tindakan yang sepatutnya.

Dengan membuang jauh perlabelan newbie kepada diri, insyaAllah sedikit sebanyak diri kita akan dapat menapis dan menilai apa yang perlu dan apa yang tidak diperlukan. Malah tahap keyakinan diri akan meningkat naik kerana kita sedar, semua manusia adalah sama. Cuma yang berbeza hanyalah dari segi prestasi dan perhasilan sahaja.

Don’t be perfect. Just good enough.

Berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, benarkah seseorang newbie itu tidak hebat? Jawapannya adalah mereka amat hebat. Cuma sahaja kehebatan terpendam mereka itu tidak diasuh, tidak diasah, tidak dicungkil dan tidak dididik oleh seseorang yang mampu membimbing mereka mengeluarkan kehebatan mereka itu.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • jumlah pendapatan juruterbang

Rahsia RM1.00

Saya yakin sudah ramai yang mahu menjana pendapatan di Internet. Sekarang macam-macam panduan menembusi pasaran Internet Malaysia iaitu cara-cara buat duit di Internet.

Persoalan yang terlintas di fikiran saya adalah, mengapa perlu target pendapatan yang besar terutama para newbie? Bagi saya, tak wajar ke kalau dapat RM50 pertama, kemudian RM100, RM200, RM300 dan seterusnya sedikit demi sedikit dan semakin meningkat?

Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. Bagi saya, tidak perlu target yang besar-besar di kala baru bermula sama ada empat atau lima angka. Dapatkan dahulu RM1.00 yang pertama dan kemudian rancang serta usaha lagi untuk menggandakan hasil tersebut. Pastikan tidak terlalu teruja dengan mereka yang menjanjikan anda pendapatan besar dalam masa yang singkat.

Mereka yang mendapat empat angka atau lima angka telah mengambil tempoh masa tertentu sebelum mendapat hasil tersebut. Paling kurang pun dalam satu hingga tiga bulan. Itu pun jika ada kemahiran komputer dan Internet. Terus terang saya katakan, kalau anda tiada asas kemahiran sebegini, perlu ambil masa sikit.

Kesimpulan: Cuba dapatkan ‘RM1.00′ yang pertama dahulu. Rata-rata usahawan Internet bermula dengan hasil yang kecil dan kemudian meningkat sedikit demi sedikit. RM1.00 ini sebenarnya ada dua maksud iaitu nilai RM1.00 itu sendiri dan kedua ia bermaksud jumlah hasil yang masuk akal (realistik) bagi diri masing-masing. Mungkin RM10.00, mungkin RM50.00.

Pendapatan saya yang pertama bernilai RM5.00. Itu pun untung kurang lebih dalam RM2.00. Dan sikit-sikit bertambah dan bertambah. Yang penting adalah ILMU, bukan target yang besar. Ilmu itulah yang akan menentukan sejauh mana kita bertahan dan banyak mana kita dapat. Target memang perlu, tapi kalau ia tak realistik, memang ia akan menekan kita.

Jika belum ada ilmu yang diperlukan, belajarlah dulu. Ilmu yang ada di dada adalah satu aset yang amat penting. Dengan ilmu itulah kita akan buat duit berulang-ulang kali tanpa rasa susah. Berbeza dengan hanya rasa teruja di hati, tapi target lima angka hanya tinggal angan-angan.

Ukurlah baju di badan sendiri.

Sekian.

ps. Saya nak tulis satu ebook bertajuk Rahsia RM1.00. Ok tak? :D

Tentukan Bidang Anda, Dan Buat Bisnes Internet.

Sekadar menulis kembali tip yang pernah ditulis dahulu. Namun saya rasa saya perlu tulis kembali sebab melihatkan ramai yang masih tercari-cari apa yang boleh diniagakan di Internet.

Pertama sekali, elakkan menjual sesuatu yang berkaitan dengan Internet Marketing atau perniagaan Internet atau produk cara buat duit. Ia boleh, tapi persaingannya tinggi dan kini orang ramai sudah bijak memilih produk dan mendapatkan rujukan di Internet. Malah, rata-rata orang sudah ada asas perkara tersebut.

Jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan Internet, anda tentukan satu bidang yang anda minat. Saya tahu, apa yang kita minat tak semestinya orang lain juga minat. TAPI, bukan bermakna kita terus buat apa yang kita minat itu. Sebaliknya, tentukan pula apa ‘permintaan’ pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut.

Contoh 1: Anda minat dengan bidang bina badan

Jadi, produk apakah yang boleh anda jual di Internet? Antaranya seperti buku panduan, ebook, konsultansi Online, VCD, makanan kesihatan dan produk bina badan.

Contoh 2: Anda minat bidang masakan

Produk yang boleh dijual melalui Internet ialah seperti buku resepi masakan, VCD masakan dan lain-lain lagi.

Contoh 3: Anda minat bidang elektronik dan komputer

Produk yang boleh dijual adalah pelbagai. Boleh ke lelong.com.my dan lihat di sana, pelbagai produk elektronik dan gajet dijual.

Contoh 4: Anda minat bidang kesihatan

Anda boleh jual pelbagai produk kesihatan. Dan jika anda mempunyai kelulusan tertentu, anda mungkin boleh lakukan konsultansi secara Online.

Mengapa Pilih Yang Anda Minat?

Jawapannya mudah, agar motivasi anda terus kekal dan tak hilang begitu sahaja di dalam melakukan bisnes. Tidak seperti melakukan sesuatu bidang atau perkara di luar minat anda, biasanya motivasi kerja sentiasa turun dan naik.

Namun, perlu diingatkan, di dalam bisnes, adalah amat bagus jika tidak hanya melibatkan sesuatu yang hanya anda minat. Sebaliknya, utamakan permintaan pasaran dan menjual sesuatu yang tidak wujudnya terlalu banyak pesaing.

Jadi sekarang, jika anda masih lagi tercari-cari apa yang boleh dijual di Internet, cuba analisis apa yang anda minat dan senaraikan apakah yang boleh anda penuhi permintaan pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut. Mudah ceritanya, jual sesuatu yang berkaitan dengan minat anda untuk membantu orang ramai (yang orang perlu).

Sesungguhnya, begitu banyak lagi ruang dan peluang di pasaran Internet Malaysia ini yang belum dipenuhi. Malah, begitu ramai usahawan Internet lain sedang membuat keuntungan yang mana produk mereka langsung tidak berkaitan dengan Internet Marketing atau cara buat duit.

Salam maju jaya.

Incoming search terms:

  • buat bisnes
  • buat bisnes internet
  • buatbisnes com
  • minat dalam bidang perniagaan internet
  • tip buat bisnes
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)