Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Penulisan & Penerbitan Ebook SmartUsaha.com

Penulisan dan penerbitan ebook oleh SmartUsaha.com sedaya mungkin akan mematuhi beberapa prinsip berikut:

1. Surat jualan di laman web tidak terlampau hype dan menipu daya. Berterus terang adalah jalan terbaik. Bakal pembeli berhak mengetahui apa yang akan mereka beli dan dapat. Hal ini dinyatakan oleh para ulama mengenai perniagaan internet di mana, penjual di internet haruslah menerangkan sepenuhnya apa yang bakal pembeli perolehi.

2. Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Penggunaan Bahasa yang betul akan memudahkan pelbagai bangsa dan suku sakat selain Melayu mudah memahami kandungan ebook. BMT bukan bahasa baku, tetapi ia adalah penggunaan bahasa yang betul.

3. Kandungan yang syariah compliant (patuh syariah), di mana tiada kandungan ebook yang akan bertentangan dengan hukum Islam. Termasuklah cara pemasaran, hak-hak pembeli, semuanya sedaya mungkin akan mematuhi syariah Islam. Patuh syariah bukan sekadar pada kandungan ebook, tetapi pada kaedah pemasaran, tiada tipu daya, trik yang menyusahkan pembeli dan sebagainya.

4. Hanya ebook yang betul-betul berkualiti sahaja yang akan diterbitkan. Ebook yang ‘kosong’ sekadar melepas batuk di tangga atau indah khabar dari rupa akan cuba dielakkan.

5. Harga: Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi agar ia mampu dimiliki oleh kebanyakan orang dan lapisan. (Untuk ebook yang ada hak jualan seperti Resell Rights, Master Resell Rights dan PLR, harganya perlu diletak tinggi. Ini kes yang berbeza berbanding ebook Personal Use.)

6. Menunaikan janji. Walaupun lambat ditunaikan, namun kami tetap berusaha menunaikannya. Sebagai contoh, kami menjanjikan satu ebook sebagai bonus tanpa meletak tarikh bila ia akan diberikan. Salah satunya adalah Ebook Teknik Mudah Affiliate yang dijanjikan hampir setahun yang lepas, kini baru diedarkan kepada yang berhak mendapatnya secara percuma. Begitu juga dengan janji-janji yang lain dengan pihak selain pembeli (agen, reseller, rakan JV dan pembekal perkhidmatan).

InsyaAllah, semoga SmartUsaha.com terus mengeluarkan produk-produk yang bermanfaat untuk rakyat Malaysia, manusia umumnya dan umat Islam khususnya.

Jika pihak kami ada melanggar mana-mana prinsip di atas, kami amat mengalu-alukan komen yang membina dan bernas. Hubungi kami melalui ‘contact form’ di atas.

Terima kasih.

Incoming search terms:

  • apakah kelebihan kaedah pengiklanan e-book
  • kelebihan produk digital adalah

Perniagaan Produk Informasi Digital

Menjual produk informasi terutama berformat digital di Internet mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Pengalaman saya selama hampir 4 tahun melakukan bisnes ini sendiri telah merasai kelebihan-kelebihan tersebut. Apakah contoh produk informasi digital?

  1. Ebook
  2. Video
  3. Audio

Di antara kelebihan melakukan bisnes produk digital adalah:

  • Kos penghasilan produk yang amat minima atau rendah.
  • Mudah dan cepat dihasilkan.
  • Tidak perlu menyimpan stok atau gudang simpanan yang besar.
  • Margin keuntungan yang besar.
  • Boleh melakukan perniagaan di mana-mana sahaja!
  • Mudah diuruskan.
  • Rendah risiko. Peratus kerugian yang amat kecil.
  • Mudah dikemaskini tanpa kos tambahan.
  • Tidak perlukan kos penghantaran. Hanya download melalui Internet sahaja.
  • Boleh diautomasikan sepenuhnya.

Perniagaan produk informasi digital telah memberikan saya kebebasan untuk bergerak. Sebagai contoh, walaupun saya balik ke kampung, saya masih boleh melakukan bisnes saya. Walaupun saya ke luar daerah (outstation), saya masih boleh berniaga. Ini kerana, ‘kedai’ saya adalah laman web di Internet dan proses perniagaan juga hanya berlaku di Internet.

Walaupun penerimaan orang ramai terutama di Malaysia masih rendah terhadap produk digital seperti ebook, namun peningkatan terus berlaku. Malah setiap kali saya memberi ceramah, saya pasti akan menerangkan model dan konsep perniagaan produk informasi digital ini kepada peserta. Dengan harapan, walau mereka tidak mahu berniaga cara ini, mereka positif dan dapat menerimanya atau menjadi pembeli.

Peredaran masa dan zaman juga semakin ke arah dunia maya untuk sesetengah perkara. Sebagai contoh, album seseorang artis di Malaysia sudah mula dipasarkan secara digital. Pendengar hanya perlu memilih lagu yang diminati dan mereka perlu membayar untuk lagu itu sahaja, kemudian download terus ke komputer mereka. Jika dahulu zaman kaset dan CD, kini ia mula merudum.

Manakala kebanyakan peralatan gajet, menyokong file-file digital seperti audio, video dan juga dokumen seperti PDF. Ini sudah pasti membuatkan sambutan terhadap produk-produk digital terus meningkat.

Model Terbaik?

Bisnes Produk Digital adalah bisnes yang terbaik pernah saya lakukan dan saya tidak akan sama sekali meninggalkannya. Walaupun ada sesetengah usahawan Internet atau Internet Marketer bersara dari bidang ini, namun bagi saya, kita perlu melihatnya dari sudut bisnes dan bukan dari suka atau tidak. Bagi saya, bidang produk digital ini akan terus meningkat grafnya.

Sedikit tip di sini, jika mahu mudah, hasilkan produk digital yang tidak perlu dikemaskini selalu. Hasilkan produk yang ‘evergreen’ iaitu topik yang umum dan diperlukan sepanjang masa (tidak mudah lapuk). Sebagai contoh, ebook Pakej Kit Blogger saya perlu dikemaskini setiap kali ada versi terbaru oleh pihak WordPress.org. Ia amat meletihkan dan memakan masa yang banyak setiap kali dikemaskini.

Contoh ebook yang evergreen adalah seperti motivasi, agama, pengurusan diri, komunikasi perhubungan dan perkara-perkara yang tidak kerap berubah.

Menjual Produk Digital Menggunakan Online Store

Saya dalam usaha untuk membangunkan sebuah laman web jualan berbentuk Online Store dengan menggunakan Sistem NiagaKit. Saya akan umumkan nanti apabila ia telah siap. Salah satu sebab saya mahu menggunakan Online Store adalah kerana ia memudahkan kerja saya memasukkan produk baru, tanpa membina laman web dari scratch. Lagi pun, tidak semua orang membaca salesletter yang panjang lebar.

Keduanya, saya menggunakan Sistem NiagaKit kerana yakin dan berpuas hati dengan sistem ini yang amat simple, kemas dan mudah digunakan berbanding sistem lain. Jika dibandingkan dengan sistem berbayar yang lain, NiagaKit tiada had atau limit tertentu. Nantikan ulasan saya mengenai sistem ini yang mana ia adalah sistem yang dibangunkan oleh anak-anak muda kita sendiri.

Kesimpulan

Seperti yang saya katakan di atas, menjual produk digital di Internet adalah salah satu model bisnes terbaik bagi saya. Saya pernah menjual produk fizikal, namun ia memerlukan kaki dan tangan yang lebih. Tidak cukup seorang diri melakukannya. Lagi-lagi saya yang tidak duduk diam di rumah (kerap outstation).

Saya juga pernah melakukan bisnes perkhidmatan melalui Internet. Ia memerlukan masa yang banyak dan perlu melayan pelbagai karenah pelanggan. Akhirnya, saya melakukan bisnes produk digital yang mana ia amat sesuai dengan diri saya. Bak kata pepatah, “sudah bertemu cinta yang sejati, dari mata jatuh ke hati.”

Saya tidak mengatakan model bisnes ini adalah yang terbaik untuk semua. Masing-masing mempunyai kemampuan dan keselesaan tersendiri. Pilih bentuk perniagaan yang serasi dan sesuai, kemudian lakukan sahaja. Bagi diri saya buat masa ini, model bisnes informasi digital ini akan terus saya lakukan selain sumber-sumber pendapatan yang lain dan juga bidang-bidang lain yang akan saya terokai.

smartzul

Mohd Zulfadli (SmartZul)
Usahawan Internet.

.

Incoming search terms:

  • informasi digital
  • kelebihan produk digital ialah
  • contoh blog wordpress produk terbaik
  • kelebihan produk digital audio

Buat Duit Dengan Ebook Percuma

Artikel ringkas berikut saya petik daripada komuniti (Page) SmartUsaha.com di Facebook. Anda dijemput sama untuk menyertai saya di sana andaikata anda aktif di Facebook. Selain menulis di blog ini, saya juga menulis tip-tip ringkas di sana..

http://facebook.com/smartusaha/

Tajuk Artikel: Buat Duit Dengan Ebook Percuma

Menghasilkan ebook percuma amat berguna kepada mereka yang berminat untuk membaca. Informasi yang diberikan biasanya pelbagai iaitu bergantung kepada topik utama.

Untuk menampung kos atau memberi sedikit ‘upah’ kepada usaha murni anda itu, anda sebenarnya boleh membuat duit daripada ebook percuma tersebut.

Terdapat beberapa cara untuk buat duit dengan ebook percuma. Antaranya:

1. Mencadangkan sesuatu produk berkaitan yang boleh membantu pembaca. Produk itu mestilah ada menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai. Letakkan link affiliate di dalam penerangan cadangan anda tersebut.

2. Selain produk orang lain, anda juga boleh mencadangkan produk anda sendiri jika ada. Seboleh yang mungkin, biarlah produk yang berkaitan dengan isi kandungan ebook percuma itu.

3. Membuka ruangan iklan kepada usahawan atau individu yang berminat untuk mengiklankan produk mereka. Caj iklan berdasarkan kepada kemahuan anda atau pada jenis iklan. Contohnya size imej atau sekadar iklan teks ada caj yang tersendiri. Iklan ini biasanya diletakkan di akhir ebook atau di pengakhiran setiap bab dalam ebook.

Cara ketiga ini adalah cara yang tercepat untuk anda buat duit kerana mereka perlu bayar dahulu sebelum anda meletak iklan mereka di dalam ebook tersebut. Ramai yang berminat untuk meletak iklan di dalam ebook kerana ebook percuma biasanya akan teredar secara viral tanpa henti (viral marketing).

Itulah tiga cara yang boleh anda lakukan kesemuanya sekaligus untuk satu ebook percuma, atau anda lakukan salah satu cara sahaja.

Tambahan:

Ebook percuma boleh disebarkan secara viral dengan cepat jika ebook tersebut boleh dimasukkan link affiliate para pembaca. Asasnya begini:

1. Anda perlu ada produk sendiri dan laman web jualan dipasang dengan sistem affiliate.

2. Pembaca ebook perlu daftarkan diri untuk dapatkan link affiliate.

3. Bersama ebook disertakan dengan satu perisian PDF Brander. Anda boleh cari di Google dengan menaip pdf brander. Jika anda berminat untuk membeli, pesan saya hati-hati kerana tidak semua pdf brander berkualiti. Nanti saya tulis satu artikel review mengenai perisian sebegini.

4. Pembaca akan rebrand ebook tersebut dengan link affiliate mereka. Kemudian mereka akan kongsikan ebook tersebut dengan orang lain.

Kaedah ini amat berkesan kerana mereka akan mendapat komisen dengan mengedarkan ebook percuma tersebut jika ada pembaca yang membeli melalui link affiliate mereka. Selain anda mendapat jualan, mereka juga akan mendapat bayaran komisen.

Selamat mencuba.

Incoming search terms:

  • buat duit dengan ebook
  • ebook buat duit percuma
  • buat duit ebook
  • ebook percuma buat duit
  • bagaimana buat duit dengan ebook
  • buat duit dengan ebook percuma
  • buat duit dgn ebook
  • buat duit e-book
  • ebook buat duit internet
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)