Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? – Siri I

Ini adalah siri pertama untuk tulisan “mengapa saya belum berjaya”.

Terdapat tiga siri kesemuanya. Setiap siri akan diterbitkan pada hari yang berbeza. Bermula hari ini (jumaat), esok dan lusa (ahad).

Ada yang bertanya, “Zul, saya dah lama bermula. Ebook dah banyak beli, itu belum lagi dengan Ebook percuma. Banyak tak terkata. Tapi Zul, saya pelik dan masih mempersoalkan, mengapa saya masih belum berjaya seperti saudara atau orang lain?”.

Saya yakin, ramai orang dan mungkin termasuk anda, masih lagi tertanya-tanya, ‘mengapa perniagaan Internet aku gagal?’. Padahal produk dah ada. Laman web dah ada. Promosi dah buat. Asas-asas komputer dan Internet dah tahu. Hmm, apa lagi yang tak kena nii??? Jiwa anda memberontak kerana terdapat satu persoalan yang penuh dengan ‘misteri’…

Sebelum itu, kita perlu FAHAM:

1. Jalur perjalanan dan rezeki bagi setiap insan adalah berbeza. Ini bukan alasan. Tetapi sebagai seorang insan yang lemah, kita mesti akur dengan kehendak-Nya. Dengan SYARAT, kita sudah berusaha dengan betul. Usaha dan terus berusaha sehingga mendapat hasil yang setimpal.

Ingat, jangan terlalu membandingkan diri anda dengan orang lain, sebaliknya teruslah berusaha dan yang penting, BELAJAR dan mengambil pelajaran daripada pengalaman sendiri dan orang lain. Kejayaan orang lain, adalah milik mereka. Jadi diri anda sendiri.

2. Kena redha akan takdir, namun mesti didahulukan dengan usaha yang Smart & BETUL. Anda perlu sedar, kalau tahun ini anda ‘tak berjaya’ atau pendapatan hanya sedikit, mungkin tahun depan anda lebih hebat atau amat berjaya berbanding tahun ini.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • restoran line clear

7 Dalil Anda Perlu Memiliki Blog Sendiri Hari Ini Juga

Blog sendiri adalah blog dot com, bukan blog percuma.

Dalil 1# Jika hari ini tiada orang datang ke blog anda, percayalah, jika kena caranya, beberapa bulan atau satu tahun kemudian, orang akan mengenali anda dan juga sedar dengan kepakaran yang anda miliki melalui blog tersebut.

Dalil 2# Blog anda mudah mendapat tempat terbaik di enjin carian (ranking) kerana anda sudah banyak menulis dengan menggunakan keyword topik blog anda (perkara yang anda pakar). Blog anda sudah penuh dengan kata-kunci (keyword riches) dan artikel yang asli.

Jika tidak percaya, cuba taip perniagaan internet di google.com dan lihat, siapa No. 1? Kemudian cuba analisa dan compare dengan blog atau laman web lain. Mengapa yang No. 1 itu kekal di No. 1?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Kenapa Suka Salahkan Orang Lain dan Sifat Buruk Si Blogger

Saya perhatikan, apabila seseorang itu (bukan semua orang) sudah sampai kepada peringkat ‘berjaya’ (ye ke?), maka mereka akan mula memperkatakan sesuatu mengenai orang lain yang mereka tidak suka. Mereka perasan dalam perasan iaitu mereka tak perasan yang mereka sedang perasan. Erm, mungkin saya juga melakukan hal ini tapi rasanya tak ada atau kurang kot. ;)

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.

Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cerita ghairah
  • mengapa manusia melakukan buruk
  • TIPS TIDAK MENGUTUK ORANG LAIN
  • jangan salahkan orang lain
  • orang yang suka memburuk burukkan orang lain
  • perangai buruk mamusia
  • sikap riak dan wujub
  • teori sifat negatif
  • teori tetingkap johari
  • tetingkap johari

Projek 7 Blogger LIVE!

Seperti mana yang dinyatakan tempoh hari, saya akan melancarkan satu projek mini yang bernama “7 Blogger Malaysia”. Jadi, dengan rasminya saya lancarkan projek ini untuk anda semua men-download material yang telah dihasilkan.

Secara mudah, projek 7 blogger ini memaparkan 7 orang blogger (rakyat Malaysia) bersama review ringkas blog mereka. Malah, saya juga telah menemu-ramah mereka dengan hanya menanyakan 7 soalan mudah tetapi berguna terutamanya untuk para newbie.

Sebanyak 3 material yang disediakan untuk fasa 1 Projek 7 Blogger ini iaitu:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bloggerrakyat com
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)