Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ciri Produk ‘Terbaik’ Untuk Jualan Di Internet

Pada asasnya, apa-apa produk pun boleh dijual di Internet. Tiada syarat tertentu. Hatta, mahu jual lori, trak dan kapal pun boleh. Semuanya “bisa diatur”.

Tetapi, ia bertitik tolak kepada kemampuan. Adakah kita mampu menjualnya? Modal, pekerja, ruang simpanan, kos penghantaran dan lain-lain faktor, adakah kita mampu menyediakannya? Kalau tidak mampu, maka apa yang perlu kita lakukan?

Maka atas sebab itulah kalau kita perhatikan, kebanyakan usahawan-usahawan kecil dan sederhana, hanya menjual produk yang ‘biasa-biasa’ sahaja atau beberapa jenis sahaja dalam jumlah kuantiti yang tidak besar. Contoh:

  1. Pakaian (kanak-kanak, lelaki, perempuan, Muslimah…)
  2. Makanan Tambahan
  3. Kosmetik
  4. Makan sejuk beku
  5. Hadiah
  6. Ebook / Produk digital
  7. Produk turun berat badan
  8. Kelengkapan rumah seperti cadar, langsir…
  9. Makanan tradisional seperti kerepek, dodol, kuih bahulu…
  10. T-Shirt
  11. Makanan kering seperti serunding daging
  12. Buku
  13. Cenderamata
  14. Perisian
  15. Gajet elektronik.

….dan banyak lagi.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, jika boleh, utamakan ciri-ciri produk yang berikut sebelum memutuskan untuk menjual apa-apa produk melalui Internet:

  1. Tidak terlalu berat. Ini untuk jimatkan kos penghantaran.
  2. Rendah risiko. Kalau rugi pun, ia tidak terlalu besar.
  3. Tidak cepat rosak / tahan lama. Jangan masa hantar OK, tetapi apabila sampai pada pembeli, sudah rosak.
  4. Elakkan barangan yang mudah pecah.
  5. Elakkan barangan yang salah di sisi undang-undang seperti barangan tiruan, cetak rompak dan lain-lain.
  6. Pembelian berulangan. Contohnya seperti makanan.
  7. Mesti ada untung. Kalau untung sedikit, cuba pastikan produk itu ada pembelian berulangan agar kita dapat menjana keuntungan sedikit demi sedikit dan berterusan.
  8. Stok mudah didapatkan daripada pembekal atau mudah dihasilkan sendiri.
  9. Kredibiliti produk. Jika ia didapatkan daripada pihak lain (pembekal). Contohnya, elakkan menjual produk yang tidak diluluskan oleh undang-undang Malaysia seperti produk kesihatan.
  10. Mampu dibeli oleh golongan sasaran / pelanggan (pasaran).

Itu beberapa ciri yang boleh kita jadikan sebagai kayu ukur terhadap produk yang berada dalam fikiran kita. Kalau kita mampu dan selaras dengan ciri-ciri di atas, maka mungkin produk itu boleh kita jual.

Namun berbalik kepada soal KEMAMPUAN, sampai satu tahap, ciri-ciri di atas (sebahagian atau semua) sudah tidak boleh diguna-pakai lagi.

Soalnya sekarang, adakah tuan/puan juga berminat untuk berniaga di Internet? Kalau sudah melakukannya, tahniah. Kalau belum memulakannya lagi, apakah faktor yang menyekat kehendak murni itu?

Tiada modal atau banyak kemampuan? Pesan seorang mentor bisnes, Tuan Shamsuddin Kadir, “Mulakan sahaja apa yang ada di tangan.” Dan seperti kata Chef Li, “Gunakan apa sahaja kemudahan yang ada di dapur rumah. Itu sudah memadai sebagai permulaan.”

Baru-baru ini, saya berjumpa kembali seorang kenalan setelah setahun tidak bertemu. Beliau berkata, salah satu bisnes pertama yang dimulakan setelah mengikuti kursus Tuan Shamsuddin Kadir, modalnya hanya dalam sekitar RM50 sahaja. Kemudian mendapat jualan dalam RM200. Itulah hasil pertama perniagaan beliau di Internet. Kini, sudah pasti lebih daripada itu. Beliau menjual pakaian kanak-kanak menggunakan blog percuma sahaja.

Maka jelas, tiada alasan lagi, melainkan kita sahaja yang tidak mula bertindak. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Sesungguhnya, hari esok belum pasti untuk kita.

Selamat berniaga.

Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli (smartzul)
www.smartusaha.com

//Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Tidak boleh digunakan untuk apa jua tujuan tanpa kebenaran.

Incoming search terms:

  • jualan internet
  • jualan di internet
  • ciri-ciri produk
  • produk internet
  • bisnes terbaik
  • barang paling laku utk berniaga dari indonesia
  • bisnes paling laku
  • bisnes internet terbaik
  • jualan bisnes di internet
  • jualan dalam blog
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)