Pakej Kit Blogger terus bertahan jualannya dari tahun 2006 sehinggalah ke hari ini. Ya, sudah 4 tahun! Alhamdulillah. Itu bukan sahaja kata-kata saya, malah saya dilaporkan juga oleh beberapa orang Reseller Kit Blogger. Kata mereka, jualan pakej ini adalah amat konsisten.

Sejak produk ini dilancarkan, ia telah membantu ramai usahawan dan perniagaan mengembangkan perniagaan mereka melalui Internet. Di antara perkembangan yang saya dapat tahu adalah:
- Daripada tidak tahu blog menjadi tahu. Blog dibina bukan hanya satu, tetapi banyak buah blog.
- Setelah pandai berblog, mereka membimbing orang lain pula melalui kursus dan bimbingan peribadi.
- Membuka peluang lain. Contohnya, selepas pandai berblog, pintu untuk mempelajari perkara lain terbuka luas seperti Affiliate Marketing, Online Advertising dan perniagaan melalui Internet.
- Pakej Kit Blogger adalah produk pertama yang mereka beli dan bermula dari situ, mereka mula mengenali pelbagai perkara lain.
Ke mana saja saya pergi, apabila menemui pembeli-pembeli Kit Blogger, itulah di antara yang mereka kongsikan. Saya tumpang gembira dan bersyukur.
Walaubagaimanapun, saya tidak mahu begitu mudah berpuas-hati kerana masih banyak yang perlu saya perbaiki dan tambah nilaikan. Di antara apa yang akan saya lakukan adalah:
- Lesen Resell Rights akan ditukar kepada PLR. Reseller sedia ada perlu tambah sejumlah tertentu sahaja untuk memiliki hak PLR, jika mereka berminat. Dengan PLR, mereka bebas melakukan beberapa perkara yang selama ini terlarang. *Namun ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi demi kebaikan semua*.
- Saya akan batalkan Resell Rights. Bermakna, saya akan tiada kaitan lagi dengan mana-mana Reseller. Saya sarankan mereka mengambil tawaran PLR nanti. Saya tidak akan bertanggung-jawab lagi untuk sebarang kemas kini ebook Kit Blogger untuk mereka.
- Selepas saya melaksanakan perkara di atas, saya akan keluarkan versi Kit Blogger saya sendiri yang akan dijenamakan semula dan nilai tambah kandungan yang lebih terkini dan lebih banyak ‘content’. Ya, pembeli sedia ada akan mendapat secara percuma sahaja.
- Saya akan laksanakan satu perkara yang sepatutnya saya lakukan sejak dahulu lagi. Tunggu pengumumannya kelak.
Untuk makluman semua, saya sekarang dalam proses mengurangkan komitmen dan tanggungjawab. Mana-mana produk Resell Rights akan saya jadikan sebagai PLR. Dengan itu, bebanan dan tanggungjawab saya akan semakin berkurangan. Maka dapatlah saya berbisnes dengan lebih fokus dan konsisten.
Akhir kata tetapi bukan yang terakhir, terima kasih untuk sokongan anda semua yang selama ini banyak menyokong saya walaupun secara senyap. Saya amat menghargainya, dan hanya ALLAH yang sahaja mampu membalas jasa-jasa baik itu. Semoga ALLAH membalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.
Ikuti perkembangan saya di Facebook: http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM
Terima kasih.
-
Incoming search terms:
- razali zecka
















Komen Terkini