Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu pendapatan dengan bekerja kuat, membanting tulang, pergi kerja balik kerja dan bersesak di jalan raya (ini paling tension). Begitulah sampai tiba hari persaraan. Ia dinamakan sebagai “active income”. Maksudnya, kalau tidak kerja, maka tidak dapat gaji/duit.
Satu lagi jenis pendapatan (income) yang jika boleh wajib setiap orang ada adalah pendapatan pasif (passive income). Ia adalah di mana kita buat kerja sekali dan mendapat pendapatan berterusan tanpa melakukan lagi kerja yang sama berulang kali.
Contoh sumber pendapatan pasif yang boleh dilakukan melalui Internet adalah:
Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.
Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.
“Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.
Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.
*Sudah pasti promosi termasuk sekali dalam usaha di atas. Promosi juga boleh disetkan secara ‘automatik’. Itulah kelebihan Internet.
Sebagai contoh, salah satu ebook saya iaitu Pakej Kit Blogger, ia mula dijual pada tahun 2006. Kini jualannya hampir genap 4 tahun! Dan masih ada yang membelinya dari hari ke hari. Saya tidaklah kerap melakukan “hard selling”, tetapi sebaliknya secara ‘automatik’ daripada hasil usaha promosi awal yang dilakukan.
Usaha awal itu adalah seperti menulis artikel, membuat “backlink”, ebook viral dan program affiliate.
Promosi automatik boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:
Adalah amat rugi jika tidak memanfaatkan “kuasa internet” ini. Sebahagian besar perkara boleh berlaku secara automatik walaupun kita sedang tidur dengan nyenyaknya.
Contoh paling mudah adalah laman web jualan. Ia umpama pekerja kita (salesman) yang bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Berterusan tanpa rehat! Pelanggan dapat membuat pembelian walaupun pada waktu tidur kita. Inilah ia pendapatan pasif. Sedang tidur pun dapat duit.
Perniagaan Ebook
Kita masih lagi berada di era informasi. Segala maklumat boleh dicapai dengan hujung jari sahaja. Semakin pantas manusia, semakin cepat manusia mahukan sesuatu maklumat. Mereka tidak kisah jika perlu membayarnya.
Di sinilah tugas kita untuk memenuhi keperluan mereka ini iaitu dengan menjual (membekalkan) maklumat itu kepada mereka dalam bentuk yang tersusun, jelas, padat dan boleh diguna-pakai.
Bagi anda yang mahu belajar perkara-perkara asas yang penting dari cara mendapat idea ebook sehingga kaedah promosi, Pakej Pakar Ebook boleh membantu. Boleh dapatkan pakej tersebut sebelum harga dinaikkan atau mungkin jualan akan ditutup selama-lamanya.
“Skeptikal (ragu-ragu) berpanjangan hanya merugikan diri sendiri. Bertindaklah untuk mewujudkan sumber pendapatan yang pelbagai, terutama melalui Internet yang kebanyakannya tidak memerlukan modal yang besar.”
Siapakah beliau itu? Panggil sahaja beliau Jamal. Seorang yang “cool” dan berjaya dengan hebat sekali dalam masa tidak sampai dua tahun dalam bidang Internet Marketing, atau lebih spesifik, dalam bisnes ebook.
Kalau anda tidak pernah mendengar nama beliau, mungkin anda kurang aktif dalam bidang Internet Marketing di Malaysia. Ini kerana beliau adalah di antara penulis, penghasil dan penjual ebook yang paling aktif di pasaran Malaysia. Di antara ebook beliau adalah:
Rahsia Emas-Emas Yang Hilang
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Rahsia Affiliate Kerajaan
Semuanya mendapat hasil jualan yang amat tinggi, mencecah lima angka (puluhan ribu). Tidak cukup dengan itu, beliau berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada kepada mereka yang mahu turut serta dalam bidang penjualan ebook di Internet.
Pada hari ini, 26/7/2010, beliau telah melancarkan produk (ebook) yang seterusnya iaitu Pakar Ebook. Setelah mendapat kejayaan demi kejayaan dalam penjualan ebook, kini sudah sampai masanya beliau berkongsikan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki kepada mereka yang memerlukan.
Daripada apa yang beliau kongsikan, saya baru tahu bahawa satu-satunya sebab beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet atau jualan ebook adalah kerana mahu selesaikan masalah hutang! Kini… Beliau sudah bebas daripada segalanya. Beliau telah pilih jalan terbaik dan setiap orang juga mampu memilih yang terbaik.
Melalui Pakej Pakar Ebook, terdapat enam modul utama:
Rahsia Mencari Idea
Rahsia Menulis Ebook
Rahsia Penulisan Salesletter
Rahsia Membina Web Jualan Ebook
Pra Pelancaran Ebook
Pemasaran Ebook
Kesemua modul di atas sudah lengkap untuk anda memulakan perniagaan ebook sendiri. Sukar mendapat idea? Modul idea akan membantu. Rasa sukar menulis ebook? Modul menulis ebook akan memberi panduan.
Dan ini ramai yang sering mengeluh: “Tidak tahu menulis salesletter”. Melalui modul penulisan salesletter, banyak teknik yang telah didedahkan berdasarkan kepada pengalaman dan kajian beliau sendiri.
Modul Salesletter adalah yang paling saya suka. Saudara Jamal telah mendedahkan satu demi satu rahsia beliau. Ada orang kata tiada rahsia? Tidak mengapa. Teruskan bermain dengan andaian. Saya sendiri selepas membacanya baru tahu terutama rahsia ‘headline’ yang beliau gunakan untuk projek demi projek beliau sehingga mendapat hasil yang besar.
Selain modul utama tersebut, ada beberapa tawaran istimewa (one time offer). Salah satunya adalah Seminar Pakar Ebook yang akan diadakan selepas hari raya nanti. Anda boleh pilih tawaran ini jika mahu menyertai seminar tersebut. Selain seminar, pakej bengkel juga ada ditawarkan.
Saya rasa tidak perlu menulis panjang lebar mengenai Pakej Pakar Ebook ini kerana pengalaman beliau sudah cukup untuk menunjukkan apakah kandungan di dalam pakej ini. Beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan hasil untuk diri sendiri, malah berjaya membimbing individu lain mencapai hasil terbaik.
Layari laman web pakej Pakar Ebook dengan klik di sini untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Mengapa perniagaan ebook? Apakah kelebihannya berbanding cara lain?
Mudah dan cepat dihasilkan. Dalam 24 jam pun boleh.
Banyak cara untuk menghasilkannya.
Keuntungan besar.
Kos untuk kemaskini ebook teramat rendah.
Risiko kerugian amat rendah.
Model perniagaan zaman berzaman -- Informasi! Orang ramai menggunakan internet untuk mencari pelbagai jenis maklumat.
Penulis ebook juga mempunyai peluang yang lebih kurang sama dengan penulis buku bercetak.
Kos penghantaran adalah “zero” atau amat minima! Ia hanya perlu dimuat-turun (download) sahaja terus ke komputer. Hanya ‘kos’ bandwidth hosting yang perlu dikeluarkan.
Bagi saya, teramat rugi jika manusia di zaman millenium ini masih meragui model perniagaan sebegini. Teramat rugi, rugi dan rugi. Ia adalah tuntutan zaman yang perlu kita akui dan terima dengan terbuka. Beruntunglah mereka yang mengambil peluang ini sebaik-baiknya.
Dan ini pesanan terbaik daripada saudara Jamal:
Adakah anda ingin:
Menjana income sampingan dengan ebook secara konsiten?
Tak perlu pening-pening lagi dengan gaji tak cukup-cukup pada hujung bulan?
Memberi lebih wang bulanan pada orang tua anda di kampung?
Ingin selesaikan bil telefon, api, air dan lain-lain tanpa usik duit gaji anda?
Ingin meningkatkan simpanan anda? Simpanan kecemasan ataupun untuk masa depan..
Nak shopping lebih sikit? Nak beli apa yang anda idam-idamkan sebelum ni..
Atau ingin cari duit kahwin? Dapat RM100-200 sebulan dah kira bagus anda rasakan…
Anda ingin pakai kereta besar sikit dari yang sekarang?
Atau apapun yang anda mahu dapatkan..terpulanglah.
Namun, sejauh mana semua orang mampu mendapat hasil yang sama seperti Jamal?
Jawapan ringkas: TIDAK SEMUA ORANG.
Terkejut dengan jawapan itu? Kemudian anda terus berkata, “Jadi untuk apa beli pakej ini kalau tidak semua orang akan mendapat hasil yang besar?”
Jawapan pendek saya, “Ia bergantung kepada keperluan masing-masing. Bagi seseorang, dapat RM500 sebulan daripada jualan ebook sudah memadai. Bagi sesetengah orang, perlu dapatkan lebih RM10,000 ribu setiap kali pelancaran. Masing-masing ada tujuan tersendiri.”
Kedua, pakej Pakar Ebook ini mengandungi ilmu dan kemahiran yang amat penting. Ia tidak semestinya digunakan untuk mendapat hasil yang besar berpuluh ribu ringgit dalam masa yang singkat seperti mana saudara Jamal lakukan. Ia boleh diaplikasikan untuk apa jua jenis ebook. Ambil mana yang perlu sesuai dengan projek dan keperluan.
Dan ini yang saya ingin katakan mengenai kaedah yang dilakukan oleh saudara Jamal, iaitu beliau lebih kepada pelancaran besar-besaran di mana tidak semua orang ‘mampu’ melakukannya. Tidak mampu ini maksudnya dari segi promosi oleh rakan JV (kerjasama) yang terhad dari segi kepadatan masa dan ruang.
Dalam setahun, bagi pasaran Malaysia khususnya, pelancaran ebook besar-besaran biasanya tidak lebih daripada lima orang penghasil ebook. Ia ada “pola” tersendiri. Tahun ini si “A”, “B” dan “C”. Tahun depan mungkin orang lain pula “naik” dan muncul. Ia ibarat roda, silih berganti.
Jadi, kalau begitu ada jalan alternatif selain pelancaran besar-besaran? Sudah pasti ada. Berikut saranan saya:
Hasilkan ebook yang ‘evergreen’ iaitu ebook yang akan mendapat hasil jualan berpanjangan bertahun-tahun.
Hasilkan ebook untuk jualan jangka panjang. Buatlah secara berperingkat. Contohnya, mula-mula lancarkan sendiri itu itu. Fasa kedua, jemput rakan-rakan usahawan dan blogger. Fasa ketiga, buka program affiliate untuk semua orang.
Bina senarai emel (list) sendiri. Dengan cara ini, anda tidak perlu meminta-minta orang lain mempromosikan untuk anda. Saya ulang sekali lagi, binalah list (email marketing).
Wujudkan blog sendiri. Orang ramai suka gunakan Google atau Yahoo untuk cari maklumat di mana maklumat itu akan ditemui oleh enjin carian tadi. Maklumat itu biasanya diletak di blog.
Program affiliate. Kaedah ini terbukti berkesan dan amat membantu. Ia wajib.
Buat pelancaran kecil-kecilan sahaja. Jemput rakan-rakan usahawan dan blogger menyertai program affiliate ebook tersebut. Tidak semestinya perlu jemput para ‘otai’. Yang ‘bukan otai’ pun ramai juga yang hebat-hebat.
Hasilkan lebih daripada tiga projek ebook dan pelbagaikan harganya. Gunakan teknik “OTO” (one time offer) atau ‘backend’ seperti ‘upsell’ dan ‘downsell’. Upsell maksudnya tawarkan pakej yang lebih tinggi harganya daripada tawaran pertama (di muka utama). Downsell pula pakej yang lebih rendah sedikit harganya berbanding pakej upsell.
Boleh buat pelancaran besar-besaran, tetapi ia perlukan perancangan dan persediaan berbulan-bulan sebelum pelancaran. Terus terang saya katakan, ia bukan satu perkara yang mudah, sebaliknya menuntut ruang masa dan tenaga yang banyak. Amat memenatkan.
Psstt… Saranan-saranan di atas telah dilakukan sendiri oleh saya. Tanpa pelancaran yang besar pun hasilnya tetap lumayan. Kalau pekerjaan biasa perlu tunggu sebulan untuk gaji, tetapi dengan jualan ebook, RM1000 dalam sehari adalah tidak mustahil. Alangkah bagus jika ada kerja tetap di samping pendapatan kedua yang mudah sebegini?
Kesimpulan: Walaupun saudara Jamal lebih banyak melakukan pelancaran besar-besaran, namun modul-modul dalam pakej ini terutama cara pemasaran, pra-pelancaran dan surat jualan (salesletter), amat-amat berguna untuk apa jua projek jualan ebook.
Tambahan:
Untuk berjaya dalam bisnes atau penjualan ebook, hati perlu kental, ‘tidak peduli’, yakin, percaya dan berani. Ini kerana bidang ini sering mendapat pandangan negatif kebanyakan orang. Saya bukan mahu menakut-nakutkan, tetapi pesanan saya ini sebagai persediaan untuk anda agar kelak tidak ‘terkejut’.
Boleh dikatakan semua penjual ebook sekurang-kurangnya sekali akan mendapat kritikan yang pedas daripada mereka yang tidak suka atau berpandangan negatif itu. Ada penjual ebook terus berputus-asa dan ada yang mengambil masa yang lama untuk pulihkan kembali semangat yang jatuh akibat kritikan berat itu.
Namun suka saya nyatakan, pengkritik itu hanya berani di sebalik komputer sahaja. Mereka hanya berani berkata dari jauh tanpa mendedahkan siapa mereka yang sebenar (Ya, mereka penakut sebenarnya). Dan yang paling seronok adalah, mereka berkata tanpa tahu menahu apa yang kita lakukan. Jadi… Tidak perlu risau atau khuatir. Abaikan saja mereka.
Tip saya di sini, seperti kata pepatah, “helang sama helang, pipit sama pipit”. Maksudnya, berkawanlah dengan mana-mana penulis dan penjual ebook. Lagi ramai lagi bagus. Cari rakan dan kawan yang sama kepercayaan dan usaha. Sedikit sebanyak mereka boleh berikan semangat, bantuan dan dorongan tatkala kita memerlukan.
Seperkara lagi, anda perlu percaya dan yakin dengan bidang bisnes atau bidang menjual ebook ini kerana dari segi hukum Agama, ia tidak ada apa-apa kesalahan. Jadi, apa yang perlu ditakutkan? Yang penting, isi kandungan ebook perlulah perkara yang baik dan selaras dengan apa yang dijanjikan di laman web jualan.
Kini semakin ramai orang yang buat duit dengan ebook, malah menjadikan ia sebagai tonggak utama untuk perniagaan internet mereka.
Mungkin kita pernah tertanya-tanya, sejauh manakah daya tahan bidang perniagaan ebook di pasaran Malaysia ini? Berapa lamakah hayatnya? Adakah akan berlakunya ketepuan pasaran?
Jawapan:
1. Segala benda di dunia ini ada jangka hayatnya. Hidup dan kemudian mati. Hanya ALLAH SWT sahaja yang kekal abadi. Bertitik tolak dari kefahaman ini (amat penting bagi seorang Muslim), maka kita perlu redha bahawa ebook juga salah satu benda yang ada jangka hayatnya.
Dengan kefahaman ini juga, maka kita perlu tenangkan hati agar tidak terlalu sakitkan kepala mengenai soal jangka hayat atau pasaran yang tepu. Yang penting, berusaha sebaik mungkin dan lakukan sahaja.
2. Penulis perlu konsisten dalam usaha. Jika kita menulis hari ini dan kemudian senyap, malas dan sebagainya, maka ebook juga akan turut perlahan geraknya, bahkan akan mati. Ebook adalah umpama anak yang dilahirkan. Ia perlu dijaga, diurus dan sebagainya dengan sebaik mungkin.
Ebook yang tidak dikemaskini atau diberi nafas baru pada setiap masa tertentu, biasanya mudah ketinggalan. Jadi, kemaskinilah dari masa ke semasa. Berikan ia nafas baru jika sudah mendapat sambutan yang dingin.
3. Ebook adalah satu permulaan. Daripada ebook, akan terbuka peluang-peluang yang lain. Contohnya boleh adakan bengkel, seminar, konsultasi dan juga personal coaching. Ebook juga boleh dijadikan buku, modul atau manual yang dicetak. Atau boleh juga di-CD-kan. Malah, boleh ditukar kandungan statik itu kepada bentuk video atau audio.
4. Pasaran Ebook di Malaysia masih belum menjadi sebuah industri. Sesuatu bidang hanya akan dikatakan menjadi sebuah industri jika pihak-pihak besar turut menyertai bidang ini. Kita masih tiada banyak penerbit yang membuka peluang untuk para penulis ebook menzahirkan tulisan mereka kepada bentuk komersil.
5. Pasaran berbahasa Melayu bukan bermaksud hanya untuk penduduk di Malaysia, tetapi ia juga untuk mereka yang memahami bahasa Melayu walaupun tidak berada di Malaysia. Orang-orang Malaysia juga ramai di luar negara.
6. Persaingan yang sihat. Semua usahawan ebook perlu menjaga pasaran dengan baik. Salah satunya tidak merosakkan pasaran dengan menjatuhkan harga yang tidak wajar seperti yang berlaku di pasaran luar.
Selain itu, elakkan mengeluarkan ebook yang tidak berkualiti, dan jangan menyokong pengedaran ebook secara haram.
7. Dan ini fakta yang pasti mengembirakan semua pihak penerbit dan penjual ebook. Kadar penggunaan ebook reader (contoh: Kindle) di Malaysia masih lagi rendah. Bermaksud, ia pasti akan meningkat sedikit demi sedikit. Dengan itu, pasaran ebook juga akan terus bertahan lama selaras dengan kadar peningkatan penggunaan alat itu.
Sebarkan informasi ini di blog, forum dan juga Facebook. Ia adalah untuk semua. Tiada kepentingan individu di K.U.E.M.
Ada beberapa tujuan komuniti tidak rasmi ini ditubuhkan. Cuma yang utamanya adalah:
Memayungkan semua pihak yang terlibat di bawah satu bumbung. Mereka seperti pihak hosting, copywriter, penterjemah, penulis, pihak pengiklanan, designer dan banyak lagi mengusulkan idea, pandangan dan saranan mereka.
Saling bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman di antara ahli.
Dengan adanya komuniti ini, ia dapat menguatkan lagi bidang ini.
Memelihara kualiti penerbitan ebook dengan membuat resolusi tersendiri. Hanya ahli yang mematuhi ‘resolusi bersama’ ini sahaja yang wajar dibantu oleh komuniti (para ahli). Kita semua sedia maklum, penerbitan ebook yang tidak berkualiti telah mencalarkan bidang ini. Hal ini tidak boleh dipandang ringan.
Setakat ini kita di dalam proses mengumpulkan ahli dahulu. Sebarang agenda akan dilaksanakan kemudian. Sebarang idea amat dialu-alukan.
Blog ini diwujudkan untuk menyalurkan maklumat yang betul mengenai perniagaan dan pemasaran Internet terutama berkaitan dengan topik Trafik, Blogging, Produk Informasi, Copywriting dan Internet Marketing secara amnya. Akan diselitkan juga artikel-artikel yang berkaitan seperti motivasi, keusahawanan dan bisnes.
Komen Terkini