Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Teknik Mudah Affiliate – Versi Lite

Apa khabar semua,

Ebook Teknik Mudah Affiliate dijual dengan harga RM67.00. Ia dijual dengan harga tersebut kerana ia disertakan sekali dengan material (rebrand ebook) dan juga versi PLR ebook tersebut.

Teknik Mudah Affiliate

Namun, saya akan usahakan untuk menjual dengan harga yang lebih rendah, tetapi tidak menyediakan bahan-bahan berkaitan. Sebaliknya hanya pendedahan teknik tersebut dan panduannya sahaja (versi Lite).

Teknik ini bukanlah teknik pantas atau segera, tetapi ia adalah teknik passive income dan berpanjangan. Sehingga kini saya terus menerima komisen tanpa melakukan promosi yang agresif. Rata-rata ramai yang tahu teknik ini, tetapi ia memerlukan sedikit ‘tweak’ (ubahsuai).

Apabila ebook versi Lite ini telah siap, saya akan maklumkan di blog ini.

Harap maklum.

Incoming search terms:

  • affiliate mudah

Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate

“Bisnes Affiliate? Err, bukankah Affiliate itu sebuah program dan bukan bisnes?”

Jawab saya, “Ya, memang betul. Tapi kita juga perlu tahu, bisnes yang sebenar pun boleh menjadi sebuah program jika tidak kena caranya.”

Yang bertanya tadi mula buntu dan keliru.

Saya mula menjelaskan, “Apa sahaja kaedah di dunia ini yang ada produk untuk diniagakan dan ada penjual serta pembeli, maka itulah sebahagian daripada perniagaan. Maka begitulah juga dengan program affiliate, kalau kita serius dan betul-betul merancang, ia boleh menjadi sebuah bisnes yang amat menguntungkan.”

Tiba-tiba dengan spontan beliau bertanya, “Habis, bagaimana pula dengan bisnes sebenar yang boleh menjadi program?”

Saya menjawab ringkas, “Bagaimana tidak begitu, jika empunya bisnes bermalas-malasan sehingga hasilnya amat kecil berbanding mereka yang melakukan ‘program affiliate’ yang mendapat hasil yang amat besar. Sesuatu yang pelik jika bisnes sebenar dikalahkan oleh ‘kaedah picisan’.”

Tambah saya lagi, “Dan jika bisnes sebenar dijalankan dengan kaedah skim cepat kaya, maka jadilah ia sebuah program jana duit, bukan lagi bisnes sebenar.”

Individu tadi mula menampakkan minat. Tanpa sempat beliau berkata-kata, saya menambah lagi, “Walaupun kita hanya digelar sebagai agen affiliate, tetapi jika kita serius dan berfikiran seorang usahawan, kita boleh menjalinkan kerjasama yang utuh dengan pemilik produk yang kita promosikan itu. Lantas kita sudah bergelar rakan niaga, dan bukan lagi agen biasa-biasa. Malah boleh pergi jauh daripada itu jika kita kreatif.”

“Sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan mendefinisikannya iaitu dengan bagaimana kita melakukannya. Ia boleh menjadi sebuah program atau bisnes sebenar. Jika buat secara ala kadar, maka itulah sekadar buat duit. Jika buat bersungguh-sungguh dan berimpian besar, itulah sebuah empayar perniagaan.”

Beliau terus bangkit berdiri, “Wah, jika begitu saya berminat!”

Entah mengapa beliau begitu teruja. Namun dari kotak pengalaman saya, tindakan sebegitu biasanya berlaku kerana mereka melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, malah terlalu unik bagi mereka.

“Saya mahu bermula kembali dan menjadikan affiliate sebagai sebuah bisnes yang menguntungkan!”

Dalam hati saya, “Eh, macam ayat aku saja?”

-Cerita Tamat-

Begitulah kisah ‘ciptaan’ saya. Namun ia tidak mustahil boleh berlaku di dunia sebenar. Ya, selama ini kita mendengar di sana sini bahawa program affiliate hanyalah sekadar program affiliate semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Ia sekadar picisan yang tidak dapat menandingi bisnes sebenar.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bisnes affiliate
  • affiliate berjaya
  • affiliate bisnes
  • bisnesaffiliate
  • program affliate berjaya
  • kaya dengan internet
  • kaya dan berjaya
  • cara menulis cek dengan betul
  • bisnes yang pelik yang berjaya
  • bisnes affliate
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)