Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa Berniaga Sepenuh Masa?

Jika kita membaca banyak tulisan terutama di kebanyakan blog dan forum, sebahagian besar menulis pro dan kontra di antara berniaga sepenuh masa dan makan gaji. Malah ada sesetengah yang lantang pula berkata, orang yang makan gaji itu amat selesa dengan kedudukan mereka dan bersifat penakut.

Saya tidaklah mahu berkata begitu, malah jika diberi peluang, saya juga mahu bekerja makan gaji. Selesa? Ya, apa salahnya mempunyai keadaan yang selesa? Bagi saya, yang berkata sinis terhadap orang yang makan gaji hanyalah mahu memotivasikan mereka sahaja untuk hilangkan takut bagi menceburi perniagaan. Kalau sudah takut, tidak perlulah menghina pekerjaan selain perniagaan.

Bagi saya, tidak kisah kita makan gaji atau berniaga sepenuh masa, yang penting adalah apakah niat kita? Jika kita niat makan gaji atau berniaga untuk wang semata-mata, maka di situlah bermulanya kepincangan. Yang makan gaji mudah tidak puas hati, manakala si usahawan pula sering berasa tidak cukup.

Jika niat kita ikhlas kerana ALLAH, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi lancar walaupun datang seribu jenis rintangan dan ujian. Ia bukan mengenai kerja atau usaha yang dilakukan, tetapi ia mengenai sejauh mana kita memiliki hati yang kuat untuk menghadapi cabaran?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Jangan Berhenti Kerja!

Walaupun menjadi usahawan sepenuh masa itu amat menyeronokkan dan juga bebas, TAPI ia tidak semudah yang disangka. Perancangan dan strategi perlu disusun sebaik mungkin dan ia biasanya perlu mengambil masa.

Jika anda ada mengikut kursus Bengkel Berhijrah dari Makan Gaji oleh Tuan Shamsuddin Kadir (penulis buku, coach, trainer), beliau menyarankan anda berhenti kerja 11 bulan dari sekarang (selepas buat perancangan). Kalau nak tahu caranya, sertailah bengkel beliau.

Sebelum anda berhenti kerja, fikirkan masak-masak. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan seumpama semudah memetik jari.

Banyak perkara yang perlu dianalisa dan dipersoalkan dahulu sebelum berhenti kerja (makan gaji). Antaranya:

1. Mampukah membayar hutang sedia ada dengan pendapatan dengan hasil perniagaan nanti?

2. Mampukah menyara keluarga?

3. Mampukah membayar kos-kos yang wajib seperti bil air, bil api, internet, duit rumah dan duit kereta?

4. Belanja harian makan dan minum.

5. Adakah anda mempunyai dana simpanan (rezab) untuk digunakan sewaktu kecemasan?

6. Ini yang paling penting: Sudah ada asas perniagaan? Sudah berjaya menjana pendapatan di internet? Jika tidak, maka jangan berhenti kerja lagi. Anda boleh buat bisnes internet secara part time dulu.

Bagi diri saya sendiri yang melakukan perniagaan internet sepenuh masa sejak hujung tahun 2005, sebenarnya saya terus terjun ke bidang ini tanpa sebarang persediaan rapi. Pernah poket kosong, makan tak menentu dan macam-macam cabaran lagi. Tapi sebab saya bujang dan tanggungjawab tak banyak, maka ia bukan masalah besar bagi saya.

Selain daripada memang passion saya berniaga di internet, menulis, travel, bercakap (talk, coach, training..), saya juga memang ‘rela berkorban apa saja’ untuk capai cita-cita saya. Maka lagilah saya tidak ada masalah besar dalam keusahawanan.

Saya juga jenis “keras kepala”, “degil” dan langsung tidak ambil kisah apa kritikan orang terhadap usaha perniagaan saya walaupun mereka berkali-kali mencadangkan saya kerja makan gaji. Dunia saya adalah dunia perniagaan.

Dan saya juga adalah jenis “kuat sabar” dan “tahan stress”. Dalam perniagaan banyak cabaran dan ada turun naiknya. Jadi ia memerlukan satu daya tahan yang tinggi. Soalnya, adakah anda memiliki ciri-ciri tersebut?

TAPI keadaan akan jadi berbeza jika anda tiada asas dalam berniaga, tak ada passion, tak ada keinginan untuk berkorban / tekad (determination) atau yang lebih teruk, anda tidak minat berniaga, tapi memaksa diri juga untuk berniaga sepenuh masa. Jangan “gantung diri sendiri”. :)

Last but not least, saya tertarik dengan satu formula ini:

A successful business is created before there is a business – Robert Kiyosaki.

Ia bermaksud, sebelum anda melakukan bisnes secara sepenuh masa, anda sudah tahu apa yang perlu anda buat, apa yang perlu anda jual, apa pasaran anda dan siapa pelanggan anda.

Ingat, berhenti kerja BUKAN perkara yang remeh terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut akal yang bijak, selamat.

Salam kejayaan!

Rujukan tambahan:

1. http://www.mohdsuhaimy.com/2009/01/06/nak-berhenti-kerja/

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)