Semasa kita sedang mengikuti sesi pembelajaran seperti di seminar, bengkel, kelas dan sebagainya, maka kita adalah pelajar. Tidak kisah kita setua mana atau semuda mana, kita adalah pelajar. Maka perlulah menghormati “guru” yang sedang mengajar.
Walau sehebat mana pun kita, tinggalkan kehebatan kita tersebut buat sementara. Jika kita membawa hebat kita dan menunjuk-nunjuk atau berdebatdengan guru tersebut, maka ilmu yang disampaikan oleh beliau hanyalah sia-sia kerana ia ibarat air yang dituang ke dalam gelas yang penuh atau seperti air yang dicurahkan ke atas daun keladi.
Jadi, jika kita pergi ke seminar katakan, jadikan diri kita umpama “gelas yang kosong” atau paling lebih separuh penuh. Pelajari dengan tekun apa yang disampaikan kepada kita dan jangan sesekali ego dengan ilmu yang telah kita ketahui.
Ia adalah adab menuntut ilmu yang mana ia memberi dua kesan yang mendalam:
1. Ilmu yang dipelajari lebih berkat
2. Orang akan menghormati kita kerana kita tidak menunjuk-nunjuk. Bak kata pepatah, ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.
Bengkel Hijrah Makan Gaji Kepada Usahawan
Pada 24/1/2009 yang lepas, saya telah mengikuti satu bengkel bertajuk Hijrah Dari Makan Gaji Kepada Usahawan. Bengkel ini memberikan panduan bagaimana pada 11 bulan akan datang, para peserta boleh berhenti makan gaji.
Jika anda ingin mengikuti bengkel yang penuh santai dan berisi ini, sila ke laman web berikut:
http://www.ShamsuddinKadir.com
Bagi anda yang ingin menjadi usahawan dan berhenti kerja makan gaji secara terancang, bengkel ini adalah tempat terbaik untuk mempelajarinya.
Terima kasih kepada Tuan Shamsuddin Kadir di atas ilmu yang telah dikongsikan.
Tuntutlah ilmu sehingga ke akhir hayat.
Wassalam.
Incoming search terms:
- kesan menuntut ilmu
- cara cara menuntut ilmu
- blog adab menuntut ilmu
- kesan tidak menuntu ilmu
- seminar/bengkel usahawan
- tips usahawan shamsuddin kadir















Komen Terkini