Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Hakikat 2: Anda perlu tahu bagaimana berniaga di internet

Baiklah, mungkin ramai yang panas telinga dengan hakikat 1 semalam. Saya terpaksa meluahkan apa yang saya simpan sebab saya sudah lama menyatakan, anda perlu tahu asas komputer dan internet, belajar dan mahirkan walaupun yang asas sebelum nak mula ebiz.

Tapi masih ramai yang datang kepada saya dengan kosong dan berharap 100% bantuan saya. Minta maaf, saya tidak dapat bantu. Ia adalah tanggungjawab anda sendiri, saya hanya tunjuk jalan, bukan mengajar caranya satu-persatu.. Ringkasan hakikat 1: Belajar asas komputer dan internet.

Ok, hakikat yang ke-2 pula. Setelah anda tahu guna komputer, faham hosting dan domain name tu apa, cpanel tu apa, ftp tu apa, forum tu apa, PHP tu apa, HTML tu apa (tahu dan faham pun dah memadai), maka seterusnya barulah kita boleh memulakan perniagaan internet. Eh, silap. Belajar dahulu baru mula. :)

Ramai yang melakukan langkah songsang dalam permulaan, sebab itu tak jadi-jadi dan tertangguh niatnya nak ada perniagaan internet sendiri. Sebelum memulakan ebiz, yang perlu adalah belajar dahulu, BUKAN mula sambil belajar. Cara ni silap dan songsang. Percayalah, kalau anda MULAKAN ebiz sambil belajar (baca dan buat), anda akan keluh-kesah, berkerut dahi, mudah kecewa dan sebagainya. Dalam bahasa modennya, tak sistematik.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • berniaga di internet
  • macam mana nak berniaga online
  • cara berniaga di internet
  • teknik berniaga di internet
  • tak tahu cara nak berniaga
  • sape bole ajar berniaga online
  • rosli jamal
  • ebook belajar asas komputer
  • ceocyber rosli jamal
  • cara-cara nak berniaga dalam facebook

Hakikat 1: Anda perlu tahu perkara asas teknikal dan komputer

Saya ulangi, di dalam penulisan bersiri saya ini selama 14 hari, tiada bahasa tersirat atau manis-manis, tiada ayat untuk menjaga perasaan orang termasuk anda (bukan tak nak jaga, tapi cuma kemungkinan tulisan saya sedikit membuat ada yang terasa, mungkin termasuk anda).. :)

Saya dahulukan dengan permohonan maaf jika ada hati yang terasa, tetapi saya terpaksa meluahkan hakikat sebenar yang perlu anda ketahui dan kita hayati agar yang keruh dibuang, yang jernih kita ambil, yang buruk kita jauhkan, yang baik kita usahakan. Kita mulakan dengan hakikat pertama..

Ramai yang nak buat perniagaan internet atau dalam bahasa lain, buat duit di internet. Erm, sebelum tu saya nak bagitahu, istilah buat duit dan perniagaan internet ada perbezaan walaupun ada sedikit samanya. Lain kali saya sentuh apa yang bezanya..

Hakikat 1 dalam perniagaan internet, anda perlu tahu asas komputer dan internet. WAJIB! Pengalaman saya, ramai yang nak buat ebiz tapi tidak mahu belajar komputer dan asas-asas internet yang perlu diketahui. “Eh zul, saper kata saya tak nak?”. Mesti ada yang kata macam tu sebab tercabar dengan kata-kata saya kan?

Oklah, untuk puaskan hati anda yang tak ada usaha nak belajar asas komputer sungguh-sungguh tu, saya tanya satu soalan sahaja. Apa yang anda dah buat untuk perkara ini? Terus lompat belajar pasal perniagaan internet? Download ebook tu dan ini tapi satu pun tak rujuk? Ada tak beli ebook/buku pasal asas komputer atau ikut kursus? Berhenti. Mula dari awal sebelum anda memulakan perniagaan internet JIKA anda tidak mahu sakit kepala, menyusahkan orang lain atau paling teruk, menyalahkan orang lain.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • belajar asas komputer
  • perkara asas komputer
  • Asas penggunaan komputer
  • asas komputer dan internet
  • asas belajar komputer
  • perkara asas dalam komputer
  • pekara yang perlu ada untuk format laptop
  • perkara asas dalam pengkomputeran
  • panduan asas mengguna komputer
  • manual belajar komputer asas

Hakikat Perniagaan Internet + 14 Siri Artikel

Apa khabar semua. Harap sihat yer.. :)

Oklah, seperti yang saya nyatakan di post terakhir sebelum ini, saya akan bercuti mungkin selama 2 minggu daripada aktif di persada ebiz. Namun, kepada pelanggan, jangan risau, I’ve my own way how to manage support dan perkara-perkara lain. :)

Baiklah, seperti yang saya janji, saya akan set beberapa artikel secara automatik dan mungkin saya tidak masuk menjenguk blog ini. Selepas merancang, sebanyak 14 artikel telah ditetapkan dan akan keluar secara automatik selama saya bercuti. Artikel-artikel tersebut akan menyentuh mengenai HAKIKAT PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar. InsyaAllah, saya akan bercuti selama 14 hari (2 minggu) daripada aktif di persada ebiz. Ke manakah saya? Hanya beberapa orang sahaja yang tahu. Jika anda ingin tahu, tunggu sahaja bila saya dah habis cuti nanti. :)

14 artikel yang akan anda baca setiap hari bermula esok merupakan sesuatu yang perlu anda “take note”, fahami dan hayati. Apa yang akan saya perkatakan adalah hakikat sebenar perniagaan internet, tiada sembunyi-sembunyi, tiada hype atau tiada sorok-sorok dan juga mungkin tak akan jaga mana-mana hati sesiapa pun (straight to the point). Jika anda serius untuk berjaya di dalam ebiz, catat apa yang saya tulis di buku nota anda.

Sehingga kita berjumpa lagi. Semoga usaha ebiz anda berjaya.

PS. Saya bukanlah hebat, jangan sesekali anggap saya ni otai, pakar atau sifu (saya tak mintak dipanggil dengan istilah2 ini). Saya masih dalam peringkat biasa-biasa. Cuma sedikit ilmu yang ada, itu yang saya boleh kongsi. Juga, saya bukanlah hebat dan kata “i’m the best”. Bila saya menulis, itu adalah pendapat dan pandangan saya, anda setuju atau tidak, ia adalah normal. :)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • hakikat perniagaan internet

Jangan Buat Blog Pasal Internet Marketing Boleh Tak?

Pertama sekali, saya tidak tuju kepada sesiapa dalam penulisan ini. Ia adalah secara global, Malaysia dan international keseluruhannya.

Apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakan orang yang ingin membina blog, mereka hanya nampak satu topik sahaja : Perniagaan Internet. Niche atau topik lain sudah tidak dipedulikan lagi. Salah anggapan newbie atau sesiapa sahajalah, jika buat blog, hanya pasal buat duit, pasal perniagaan internet, dan seumpama dengannya yang mana topiknya tersangat umum atau ‘general’ sepertimana blog smartusaha.com ini.

Kepada yang baru nak bina blog, fikir-fikirkanlah hal ini sebelum anda ingin membina blog yang topiknya mengenai perniagaan internet:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

“Saya tak tahu.. Apa perlu saya buat?”

Apa khabar para pembaca semua, moga sihat yer.

Saya tahu, ramai yang balik ke kampung, bahkan 5 orang kawan serumah saya pun balik ke kampung juga (1 Terengganu, 4 Kelantan). Tapi, saya tak balik sebab ada komitmen dengan perniagaan. Kalau saya balik, nescaya pelanggan ebook saya tak selesa dan panas punggung sebab ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan.. Lagipun, saya perlu bersiap-sedia untuk beberapa perkara lain (bisnes juga) dan nak siapkan laman web pelanggan.

Huuh, seperti yang saya katakan sebelum ini, menjadi usahawan internet (lagi-lagi jika seorang diri!), amat-teramat mencabar. Kewangan, pesanan, bayaran, layan pembeli yang 1001 karenah, urus jualan, dan lain-lain lagi semuanya dilakukan oleh dua tangan sahaja! Ke ada yang ada 3 tangan? Ada banyak tangan kan susah lak.. ;) Apapun, demi mencapai apa yang dihajati (berjaya dalam bisnes), seorang usahawan perlu banyak bersabar dalam segenap perkara, tiada alasan bagi mereka..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • blog forum malaysia
  • kalau saya jadi usahawan apa yang akan saya buat

Learn How To KISS – Make You Feel……

Apa… Jangan salah faham dengan tajuk tulisan ini ok. :)

Apa yang saya nak cerita pada hari ni, bukan pasal kiss yang tu, tapi yang ni KISS lain.. ;)

Keep It Simple.

Saya selalu berpesan kepada diri saya, “zul, keep it simple..”. Tatkala saya melakukan sesuatu kerja dan kalau terlajak lebih, saya akan kembali kepada prinsip asas yang amat ampuh ini. KISS! Prinsip ini terbukti dan memang amat berkesan dalam kerja seharian kita terutama di dalam perniagaan, lebih-lebih lagi kepada seorang usahawan. Eh, ada beza ke peniaga dan usahawan zul? Jauh bezanya.. Lain kali kita bincang pasal ni..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

“Berbaloi tak beli produk Zul?”

Sebelum ni, Sabri SaifulSham yang komen, kali ni saya letak beberapa kata-kata pembeli ebook kit blogger tanpa edit sikit pun ayat mereka.

Saya tak nak banyak menulis hal ini takut dikatakan syok sendiri, tetapi saya petik tanpa diedit kata-kata para pelanggan saya. Biarlah mereka yang berkata-kata untuk saya.. ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • ebook zul
  • produk zul design
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)