Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mereka Semua Ada Kemahiran Komputer & Internet

Mungkin ramai yang pelik, kenapa seseorang itu boleh berjaya dengan mudah dalam perniagaan internet dan orang lain pula terlalu sukar.

Sebenarnya salah satu faktor utama adalah KEMAHIRAN Penggunaan Komputer & Internet. Tak ada kemahiran ini, sukar sikitlah untuk mendapat hasil atau mencapai kejayaan.

Tak percaya? Mari kita lihat “sejarah” atau “asal usul” para usahawan internet kita:

1. Mohd Zulfadli (SmartZul) : Anda boleh baca di sini kisah saya dari tak tahu langsung komputer kepada tahu sikit-sikit. Saya ambil masa lebih kurang 10 tahun sebelum betul-betul tahu guna komputer dan internet terutama cara buat laman web. Blog pula saya mula buat pada tahun 2005.

2. Noorizam Shah (usahawan ebay) : Jurusan Sains Komputer (UTM)

3. Mohd Zaki JomTraining.com : Jurusan Sains Komputer (UTM)

4. Yusry JomSeminar.com : Jurusan Sains Komputer (UTM). Yusry ni pakar dalam membangunkan perisian.

5. Kidino MoneyClicking.net : Jurusan Sains Komputer (UTM). Expert dalam design dan PHP Programming.

6. Sham RajaAdsense.com : Jurusan Teknologi Maklumat (UUM)

7. Shuth WangCyber : Jurusan Teknologi & Sains Maklumat, UKM. Berpengalaman bekerja sebagai IT Eksekutif selama 5 tahun di sebuah syarikat GLC. Kini usahawan internet sepenuh masa.

8. Ammar Zahar : Buat bisnes design web sejak sekolah lagi.

9. Labanon : Ada pengetahuan komputer dan internet sejak sekolah lagi. Malah sudah terdedah dengan keinginan untuk jadi usahawan jutawan walaupun masih bersekolah. Mindset juga amat penting selain kemahiran teknikal.

10. Mohd Sufian (MohdSufian.com) : Jurusan Sains Komputer (UTM) – Juga senior saya.

11. Irfan Khairi : Jurusan Multimedia Design, Staffordshire University, United Kingdom.

dan ramai lagi… Rata-rata kalau mereka bukan jurusan IT, kebanyakan usahawan internet ada pengalaman menggunakan internet dan komputer. Kiranya mereka ada pendedahan mungkin oleh keluarga atau persekitaran.

Di sini bukanlah saya bermaksud anda perlu masuk Universiti atau Kolej untuk pandai guna komputer. Tapi banyak lagi cara lain seperti belajar dari kursus, bengkel dan buku.

Ketahuilah.. Dah nama bisnes INTERNET, maka kita kenalah tahu cara guna INTERNET. :)

Nah, sekarang selepas melihat antara usahawan internet yang sudah establish tu, barulah kita tahu bahawa mereka semua tahu guna komputer, tahu buat blog, tahu bina laman web dan pelbagai lagi perkara teknikal asas.

Dan barulah kita tahu salah satu faktor kenapa mereka yang asyik belajar strategi perniagaan internet, tapi satu sen pun belum dapat. Kerana mereka tergendala pada bahagian perkara teknikal.

Walaupun kita boleh outsource (upah orang) untuk buat sesuatu perkara, tetapi tidak semua. Bayangkan, takkanlah emel pun suruh orang tolong buka walhal dalam keadaan tertentu kita boleh lakukannya sendiri terutama emel peribadi kita. ;)

Belajarlah banyak mana pun rahsia perniagaan internet, strategi, teknik dan taktik, tapi kalau tak tahu guna komputer, ia sedikit sukar untuk kita meraih hasil yang memuaskan.

Belajarlah.. Tak ada cara lain selain belajar dan mencuba.

PS. Dapatkan tiket percuma untuk ke seminar satu hari perniagaan internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • kemahiran komputer
  • blog belajar komputer
  • jurusan usahawan
  • kemahiran internet
  • jurusan sains komputer
  • kemahiran tentang internet
  • blog belajr komputer
  • keusahawanan komputer
  • kemahiran teknikal komputer
  • kemahiran menggunakan internet
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)