Cara Buka Akaun Semasa CIMB

Tempoh hari, saya pergi buka akaun semasa peribadi Islamic CIMBĀ di sebuahcawangan berdekatan dengan rumah saya. Berikut adalah sedikit maklumat:

1. Pegawai bertugas menyatakan, semua jenis akaun semasa peribadi, depositnya adalah RM1000. Tiada lagi yang RM500 (di laman web mereka masih ada maklumat deposit RM500).

2. Tidak perlu apa-apa dokumen untuk buka akaun semasa peribadi. Hanya perlu bawa MyKad sahaja.

3. Seeloknya, akaun semasa dibuka di cawangan bank yang paling dekat dengan tempat tinggal kita.

4. Akaun terus siap pada hari itu juga. Perlu aktifkan dengan depositkan wang di mesin ‘cash deposit’, ataupun melalui ATM Transfer.

5. Seeloknya, ada nombor telefon talian tetap. Jika tiada, gunakan nombor talian tetap pejabat, rakan, saudara dan keluarga. Yang penting ada nombor telefon mudah alih (handphone).

6. Kita akan dapat satu kad ATM dan diberikan pada masa itu juga.

7. Untuk akaun semasa perniagaan, perlu bawa dokumen perniagaan seperti sijil pendaftaran perniagaan. Proses pengesahan paling kurang tiga hari.

8. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja selepas akaun aktif. Perlu diambil sendiri di cawangan tempat kita buka akaun semasa itu.

9. Jika mahu buka akaun semasa perniagaan, depositnya juga RM1000. Jika tiada “introducer”, mereka akan buka akaun semasa jenis Islamic.

10. Catat dan simpan nombor akaun kerana tiada apa-apa salinan dokumen hitam putih akan diberikan. Semuanya elektronik.

12. Sebaik-baiknya, buka akaun semasa jenis Islamic. Moga perniagaan lebih berkat dan dirahmati-Nya. šŸ˜‰

Tip-tip di atas hanya untuk akaun semasa di CIMB sahaja. Di Maybank ada sedikit perbezaan. Secara asasnya, kebanyakan perkara adalah sama sama. Namun, segala maklumat di atas boleh berubah pada bila-bila masa.

DISCLAIMER: Saya tiada kaitan dengan mana-mana pihak bank, bukan staf mereka dan sebagainya. Hanya berkongsi maklumat sahaja. Mungkin ada perubahan dan ketidaktepatan maklumat. Sebaik-baiknya, hubungi pihak bank (terutama cawangan berdekatan) untuk maklumat berkaitan.
Sumber: http://blog.smartusaha.com/cara-buka-akaun-semasa-cimb/

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan – Maybank

Berikut saya nyatakan secara ringkas, langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di bank Maybank.

1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.

2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Letak no. telefon juga jika mahu. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).

3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan yang boleh buka akaun Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ‘simple’ sahaja.

4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi).

Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.

6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.

7. Semasa hadir ke bank untuk pengaktifanĀ akaun, bawa cop perniagaan.

8. Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

9. Urusan selesai.

10. Buku cek akan diberikan dalam masa 3 – 7 hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

11. Duit deposit boleh dikeluarkan semula. Tapi jangan keluarkan semua.

Maybank2u Untuk Akaun Semasa

Sudah pasti Maybank2u.com.my amat diperlukan untuk perniagaan internet yang dilakukan. Jika tidak, bagaimana kita mahu menyemak bayaran daripada pembeli. Jadi, kita perlu daftar juga.

1. Perlu isi satu borang lain untuk mendapatkan akses ke akaun semasa melalui Maybank2u.

2. Jika akaun itu berbentuk perkongsian, satu borang perlu diisi dengan senarai no. akaun bank yang boleh menerima transfer (wang) daripada akaun semasa. Bermaksud, no. akaun lain yang tidak didaftarkan tidak dapat menerima transfer daripada akaun semasa (jenis perkongsian) tersebut.

3. Satu surat ber-letterhead perniagaan/syarikat perlu dikepilkan bersama. Mereka berikan contoh format surat yang mereka mahukan. Surat ini adalah untuk akaun jenis akaun semasa jenis perkongsian sahaja. Perlu tandatangan kesemua rakan kongsi.

4. Akaun Maybank2u akan siap terus pada hari kita mengembalikan borang permohonan Maybank2u tersebut.

Segala maklumat di atas adalah setakat sedikit yang saya tahu. Selebihnya, anda boleh bertanya kepada pegawai yang bertugas untuk maklumat yang lebih tepat dan lengkap.

[UPDATE 28/11/2015: Artikel ini sudah lama. Saya tidak pasti prosedur terkini untuk Maybank dan CIMB. Dengar khabarnya, banyak bank sudah meletakkan syarat untuk buka akaun semasa perniagaan, perlu ada alamat premis perniagaan.]