Tadaaa… Saya sekarang berada di konvensyen SaifulSham..
Assalamu’alaikum semua,
Moga sihat hendaknya. Tajuk di atas nampak happy sikit, hehe.. Ya, mungkin ada yang belum tahu, dengan menggunakan blog wordpress, kita boleh setkan masa bila untuk sesuatu artikel itu keluar (publish) pada blog kita.
Dan artikel yang sedang anda baca ini, ia keluar secara automatik tanpa perlu saya menghadap pc, masuk internet, login ke sistem blog dan publish artikel tulisan ini. Yang perlu saya buat adalah, saya tulis dan saya set tarikh dan masanya.
Contoh lain, andaikata saya balik ke kampung selama 5 hari, saya akan tulis 5 artikel untuk 5 hari tersebut dan saya set secara automatik! Bermaksud, setiap hari, satu artikel akan keluar secara automatik dan saya terus boleh berkomunikasi dengan pembaca blog saya walau tidak masuk ke internet!
Bagaimana, mudah dan mengujakan bukan?
Dan setahu saya, sistem blog lain seperti free blogspot tiada fungsi ini.
Apa? Nak memiliki blog macam saya punya ni? Boleh ajer. Dapatkan pakej kit blogger versi re-launch nanti (insyaAllah minggu depan akan dibuka jualan kembali) dan anda pelajari cara membina blog dengan betul!
Konvensyen Alumni SaifulSham
Semasa tulisan ini publish secara automatik, saya sedang berada di konvensyen alumni saifulsham.com. Saya adalah sebagai peserta dan dalam masa yang sama diberi peluang untuk berkongsi mengenai projek ebook kit blogger saya ini. Saya akan dedahkan apakah teknik pemasaran yang saya lakukan (benda ni peserta bengkel ebizmalaysia akan dapat) untuk mendapat hasil yang memuaskan dalam masa satu minggu sahaja. Saya juga akan kongsikan bagaimana idea ini diperolehi dan bagaimana saya bersaing dengan pesaing-pesaing yang ada.
Tak cukup dengan itu, saya akan sentuh sedikit mengenai pemasaran menggunakan blog dalam perniagaan internet. Kepada para peserta konvensyen ini, sama-sama kita berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman. Memang berat kaki kalau ikut hati (malas la tuu..). Tapi bila difikirkan ilmu dan menjana jaringan perniagaan dengan usahawan lain, saya tidak akan lepaskan peluang ini. Lagi-lagi bertemu dengan mereka-mereka yang pakar dalam bidang masing-masing! Bayangkan, ramai orang yang ada kepakaran masing-masing berkumpul di satu tempat, betapa hebat input yang akan diperolehi..
Oh ya, Sham RajaAdsense pun datang juga ke program ini dan beliau dijemput khas untuk berkongsi teknik-teknik bagi program google adsense.
Sham, letih kita tak hilang lagi, tup tup naik ke KL balik, hehe.. Tak apa, minum madu yang dibeli hari tu, biar ada power sikit..
Oklah pembaca semua, memang seronok ‘journey’ dan menyertai program-program sebegini. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Kejayaan adalah sebuah perjalanan, dan itulah manisnya bila dikenang di saat kejayaan kita kelak.. Semoga kita semua berjaya. Jadilah seorang manusia yang sentiasa bersemangat dan berfikiran positif!
Wassalam.









Memang pun. Antara kelebihan utama jika kita menggunakan wordpress untuk blogging.
Dan bagi saya wordpress merupakan perisian terbaik untuk blogging.
kata zul;
Contoh lain, andaikata saya balik ke kampung selama 5 hari, saya akan tulis 5 artikel untuk 5 hari tersebut dan saya set secara automatik!
aik, mcm mana nak buat tu?
selamat berseminar, semoga ilmu yg zul akan kongsikan dgn peserta lain akan melahirkan ramai lagi pakar IM spt zul kelak.
wordpress terbaik? patutlah ramai yg menggunakan.
ada perisian lain ka utk blogging? yg hebat spt wordpress?
beruntung lar peserta bengkel ebizmalaysia nanti.
Zul, tak boleh kongsi dengan peserta yang lepas2 ke?
Betul tu zul…
Teringat saya satu iklan kat TV9…. “tekan kiri ke..tekan kanan ke….lepas dapat simpan…kan senang!!”
Itulah semudahnya guna wordpress.
Zul,
Jgn lupa kongsi cerita2 menarik kat konvensyen tu nanti yer…
tadaa, saya dah sampai rumah dahh..
Sufian, saya dah cerita secara ringkas kat post baru.
ijoi, sudah semestinya.. Semua peserta akan dapat.
Hapisol, terima kasih. Pastikan hapisol juga berjaya kelak.
Jimie, jangan salah tekan sudah laa. Tak pasal2 blog ghaib nanti.. hehe..