Syarikat Hosting Terbaik

Selama melakukan perniagaan melalui Internet, saya telah menggunakan khidmat beberapa buah syarikat Hosting. Syarikat hosting adalah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan domain name dan hosting.

Banyak pilihan pada masa sekarang, daripada yang berharga rendah sehinggalah kepada yang berharga premium. Malah, setiap syarikat hosting membuat tawaran dalam pelbagai bentuk pakej yang boleh dipilih berdasarkan modal yang kita mampu keluarkan.

Pertama sekali, artikel ini tidak sesekali mengatakan syarikat yang tidak disebut di sini adalah tidak bagus, cuma saya ingin menyatakan sebuah syarikat berikut yang betul-betul memuaskan hati saya, iaitu HOSTGATOR.

Saya menggunakan khidmat mereka dari tahun 2007 sehinggalah sekarang. Saya hanya menyewa ruang hosting mereka sahaja, manakala domain pula saya beli melalui NetKL.com. Kiranya, saya telah point domain itu ke server Hostgator.

Setakat ini, tiada masalah teknikal yang begitu besar pernah berlaku. Down time juga amat jarang berlaku, berbanding server yang berada di Malaysia.

Dari segi servis, setakat ini mereka juga cepat membalas emel yang kita kirimkan bagi mendapatkan bantuan (sokongan). Namun bergantung juga kepada masa kita hantar emel ini kerana jika di sini siang, di sana adalah malam.

Tetapi bukan mengenai servis yang ingin saya nyatakan di sini, tetapi adalah kepuasan hati saya terhadap server mereka yang jarang down. Ini adalah amat penting bagi para peniaga dan usahawan online. Bayangkan, jika server kerap down, berapa banyak kerugian akan berlaku jika ribuan pelawat tidak dapat masuk ke laman web kita sepanjang masalah itu berlaku?

Jadi, saya amat sarankan Pakej Hosting di HostGator. Saya gunakan pakej yang paling ‘Baby’, namun banyak fungsinya yang unlimited seperti add on domain dan database. Pakej ini berharga $9.95 USD (untuk bulan pertama biasanya ada diskaun). Ya, anda boleh bayar secara bulanan! Kalau dalam RM, lebih kurang RM30.00 sahaja sebulan. Ia amat berbaloi. Anda juga boleh bayar untuk setahun terus jika mahu.

Dari segi pembayaran, anda boleh gunakan kad kredit, kad debit atau melalui Paypal. Saya sarankan anda daftar satu akaun Paypal kerana anda akan merasai betapa mudahnya membuat pembelian di Internet, terutama membeli domain dan hosting. Malah, anda boleh link-kan akaun Paypal dengan kad debit.

Jika anda berminat untuk membeli akaun hosting di Hostgator dan memerlukan panduan (bimbingan), boleh hubungi saya melalui contact form di blog ini.

Diskaun untuk bulan pertama

Gunakan kod kupon ini semasa membeli mana-mana pakej hosting di Hostgator:

HOSTSMART2012

Dengan kupon tersebut, anda akan mendapat diskaun sebanyak $9.94. Bermaksud, untuk bulan pertama, anda hanya perlu bayar 1 sen USD sahaja!

Hosting Hostgator

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Syarikat Hosting Terbaik

  1. Encik Zul, saya ada pertanyaan sedikit mengenai nama domain.

    Sekiranya Encik Zul ingin memindahkan domain name dari NetKL ke Domain Name registrar lain seperti GoDaddy atau Namecheap..adakah ianya boleh dilakukan?

    Manalah tau kalau-kalau NetKl tak benarkan pulak..

    Itu sahaja soalan saya..Terima Kasih

    1. Salam Pawi,

      Bila kita beli sesebuah domain name, ia adalah hak milik kita. Jadi kita boleh transfer ke mana sahaja yang kita mahu. Untuk transfer, prosedurnya sama sahaja. Yang penting adalah kita ada secret code domain itu. Tanya pihak NetKL untuk proses transfer, terutama ‘secret code’. Kita boleh buat sendiri secret code tu, tapi untuk tahu bagaimana, tanya NetKL. Kemudian di godaddy atau namecheap, mereka ada fungsi transfer domain. Masukkan maklumat termasuk kod rahsia itu tadi.

      Pastikan lakukan transfer sebelum domain name expired, seelok-eloknya sebulan sebelum expired.

  2. dah lama aku tak datang sini. Hoho..

    yap, hostgator memang antara yang terbaik. Aku masih pakai sampai hari ini. 10usd aje sebulan. Setahun, mahu dekat RM360 jugaklah. Tapi memang berbaloi dan boleh letak beratus-ratus domain kat sana..pendek kata, memang menjimatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *