Usaha Meraih Sukses: Hidup Berkumpulan
Jika sebelum ini saya menulis mengenai hidup mesti mempunyai pendirian, pegangan dan prinsip sendiri, namun ia tidak bermakna kita tidak perlu berkawan atau hidup berkumpulan atau berangkaian.
Bagi saya, hidup berkumpulan adalah satu kemestian bagi setiap orang manusia. Hidup keseorangan umpama seorang penjaga gol yang bekerja keras keseorangan tanpa penyertaan pemain yang lain.
Begitu juga di dalam hidup ini, kita perlu hidup berkumpulan sama ada satu kumpulan, dua atau lebih. Terserah kepada keperluan. Bagi saya sendiri, saya mempunyai ‘kumpulan saya sendiri’ walaupun ia tidak secara rasmi. Boleh juga kita panggil ia sebagai rangkaian (network).
Mengapakah hidup secara berkumpulan itu boleh membantu kita meraih kesuksesan hidup?
- Tatkala diri kita ketandusan motivasi, mereka mampu memberikan tiupan semangat agar kita bangkit kembali.
- Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada mereka terhadap segala usaha kita.
- Satu kumpulan melakukan perkara yang sama atau hampir sama (bidang usaha sama), biasanya mereka akan lebih memahami diri kita berbanding mereka yang tidak melakukannya.
- Kesalahan kita akan ditegur secara terus terang oleh mereka, namun masih tetap di dalam perasaan seperti satu keluarga.
- Sebarang informasi akan mudah diperolehi daripada mereka.
- Mereka boleh dijadikan tempat merujuk sesuatu perkara yang menjadi persoalan kita.
- Mendapat ilmu secara percuma.
- Saling memenuhi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Setiap orang sudah pasti ada kelebihan yang boleh mengisi kekurangan yang lain.
- Memecah kesunyian atau keterhadan hidup. Boleh melakukan aktiviti secara bersama-sama.
- Pihak kedua yang dapat membantu sama ada dari segi semangat, nasihat dan pemecah kebuntuan tatkala masalah menjelma.
- Hidup berkumpulan adalah selari dengan sunnah di mana manusia dengan manusia yang lain adalah bersaudara.
- Satu adalah rapuh, berdua adalah kuat, beramai-ramai adalah teguh. Bak kata pepatah, “dua otak lebih baik daripada satu otak.”
- Mudah untuk melaksanakan sesuatu projek atau program kerana ahli-ahli kumpulan masing-masing mempunyai kekuatan dan kemahiran tersendiri.
Binalah satu ‘kumpulan’ atau rangkaian anda sendiri walaupun secara tidak rasmi. Kelak anda akan merasai, indahnya hidup di dunia ini kerana ia terisi dengan sesuatu yang cukup bermakna.

Kami adalah Blogger & IM. Dari kiri: Saya, Rohaizad, Wanmus dan Zairizad.


Saya bersama para usahawan yang terus meningkat naik.

Dari kiri: Saya, Zamri Mohamad, Firdaus, Shamsuddin Kadir dan Deen. Kesemua mereka adalah usahawan dan penulis yang sukses.

Bersarapan bersama para penulis buku dan pengasas PTS, Puan Ainon.
Pejam celik, saya seperti tidak percaya sudah mencapai satu tahap sebegini, bertemu, berkenalan dan bersahabat dengan insan-insan yang hebat.
Di dalam perniagaan, tanpa kumpulan atau rangkaian atau sekurang-kurangnya kenalan, begitu sukar untuk kita berjaya jauh di hadapan dan mungkin sukar untuk bertahan lebih lama. Mereka adalah umpama tiang-tiang yang akan menyokong kita agar terus teguh dan tidak roboh.
Soalnya, apakah langkah untuk membina rangkaian, kenalan atau kumpulan sebegini?
Dengan teknologi Internet, segalanya semakin mudah. Saya sendiri jika dilihat pada gambar-gambar di atas, kesemua mereka saya kenali melalui Internet. Ya, 100% melalui Internet. Secara ringkas, ini kaedah yang saya lakukan:
1. Wujudkan satu blog sendiri. Lawati beberapa buah blog yang mana pemiliknya adalah sama bidang dengan anda dan jadi pengunjung setia di blog mereka. Berikan komen yang bernas dan sokong mereka dari semasa ke semasa.
2. Menyertai forum siber dan juga Facebook. Di forum siber, sertai perbincangan-perbincangan yang bermanfaat untuk orang lain. Begitu juga di Facebook, selain menambah kawan, sertai juga group-group tertentu seperti Group Nasi Ayam Penyet dan Group Tidur Dengan Buku. Facebook adalah satu bentuk pemasaran sosial.
3. Dari semasa ke semasa, jika ada perjumpaan, kursus, seminar dan sebagainya, jangan lepaskan peluang. Sertai dan jumpa mereka di sana. Selesai program tersebut, teruskan berinteraksi di Internet sama ada melalui blog, forum dan Facebook agar hubungan terus terjalin erat.
4. Senaraikan beberapa orang yang berdekatan dengan kawasan anda. Rancang satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama dari masa ke semasa. Boleh juga mulakan dengan perjumpaan dengan seorang dahulu. Kelak, ia akan menjadi ‘Viral’.
5. Ulang langkah 1-4 di atas secara konsisten dan insyaAllah, rangkaian dan kenalan anda akan semakin bertambah sedikit demi sedikit.
Langkah-langkah di atas telah dilakukan sendiri oleh saya. Daripada tiada rangkaian, kini ia semakin bertambah dan terus bertambah. Kini saya hanya perlu merancang, bertindak dan berusaha sahaja untuk mencapai ‘puncak’. Mereka sentiasa bersiap sedia saling membantu dan bersatu bahu dengan saya untuk sama-sama berjaya.
Satu perkara yang saya amalkan adalah, melihat semua perkara sebagai positif. Kebanyakan orang melihat Facebook, blog dan lain-lain alat dengan pandangan negatif dahulu. Akibatnya, mereka tidak dapat apa-apa. Jadi, jika mahu sukses dalam sesuatu, jangan ambil kisah sangat sesuatu yang negatif dan tiada asas. Orang sudah jauh ke langit, kita masih lagi berdolak-dalik perkara yang remeh temeh.
Penting: Pastikan anda sudah ‘setup’ (memiliki) bisnes anda sendiri sama ada bisnes offline atau online agar ada sesuatu yang boleh anda bawakan. Kerana salah satu tujuan berkumpulan adalah membantu satu sama lain di dalam bisnes. Jika tiada sesuatu, ia umpama borak-borak kosong yang tiada hala tuju.
Nota Kaki:
Mengapa saya menulis pelbagai perkara di blog ini?
Jawapannya, ia tidak pelik kerana sejak 2006 lagi, saya menggabungkan topik motivasi, pembangunan diri, keusahawanan dan juga Internet Marketing di blog perniagaan internet ini. Bagi mereka yang baru di sini, sudah pasti tertanya-tanya, namun bagi pembaca yang lama, mereka sudah terbiasa.
Saya menulis pelbagai topik kerana di dalam perniagaan internet, jika kita hanya membicarakan mengenai satu bahagian sahaja seperti teknik dan kaedah semata-mata, kita tidak akan ke mana-mana, malah ia amat membosankan. Sebaliknya, kita perlukan motivasi, strategi bisnes, pandangan Agama, kemahiran komunikasi, kesihatan yang baik, prinsip kehidupan dan pelbagai lagi. Inilah yang kita katakan, seorang usahawan itu datang dengan satu pakej. Maka saya wajar menulisnya di sini.
Ini semua selaras dengan tagline blog ini sejak ia diwujudkan iaitu “Sumber Rujukan Perniagaan Internet Sebenar”. Perniagaan yang sebenar bukan hanya teknik atau taktik, tetapi ia lebih daripada itu.
Semoga dengan keterangan ringkas saya di atas, segalanya terjawab.
Sekian.









Salam Zul.
Perkongsian yang baik. Dalam Islam sendiri dianjurkan solat berjamaah, zakat, dan haji; yang menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berjamaah. Kita ada peranan dalam kelompok, dan kelompok ada tanggungjawab (hak) terhadap kita.
Namun, tetap kita menjadi unik dan punya jadi diri, ibarat ais, walaupun sifat air berubah warna, tapi ais yang dimasukkan ke dalam air milo tidak pula menjadi berwarna coklat.
MENGAPA? Kerana ikatan molekul ais lebih rapat daripada molekul air, betul kan jika salah ya;-)
Betul tu ustaz. Bagi saya, hidup berjemaah adalah salah satu ciri orang yang bertamadun.
Mmg besh kalo jumpa geng 1 kepala
Semuanya sehati dan sejiwa.
Harap2 saya pun dapat geng sekepala jugak.
Hidup berkumpulan amat perlu sebagai motivasi diri jika kita tersangkut di tengah jalan ketika melakukan sesuatu perkara.
Info yg baik drpd sdr smartzul…SYABAS!
Assalamu’alaikum Wrt Wbt
Ringkasan dari tinta beberapa ilmuan: Kejayaan memang bergantung kepada sejauhmana kita berusaha. Jika kita berusaha berkawan (dan berkenalan) dengan orang-orang yang berjaya, makan berjayalah kita. Jika kita salah memilih kumpulan, salah memilih laluan, maka tak kemanalah usaha kita.
Perniagaan internet yang “smart” di alaf sekarang ini, memang dan MESTI memerlukan perancangan dan network yang efektif dan efesien, yang mana mampu berikan impak yang sangat baik, tak kiralah network “smart” yang kita bina itu dalam skala kecil atau skala besar.
Sekarang ni,wujud satu “fahaman” yang menggunakan istilah “we need a silent group because silent is smart” (dengan izin).
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah, lebih baik buat network dan kerja secara diam tetapi mempunyai objektif dan visi yang khusus dari “kecoh, dan tak tahu ke mana (dari segi visi dan misi)”. Network yang bakal dibina itu pula mestilah juga terdiri dari orang2 yang “smart” (iaitu masing-masing ada kepakaran dan kelebihan tersendiri). Pendek kata, jika idea 2 individu yang “smart” digabungkan, akan terhasil 1 lagi idea yang smart…dah jadi 3 idea.Duplikasi dari 3 idea itu akan semakin berkembang dan berterusan jika kesemuanya mampu cipta suasana yang “smart’.
Kalo kerja sorang2 ni, memang meletihkan…Lagipun, jarang sangat2 kita dengar ada individu yang sukses atas usaha sendiri (usaha tanpa bina network yang “smart”.)
Terima kasih saudara Zul atas perkongsian artikel ini. Satu perkongsian dari pengalaman anda…
p/s: perkataan “smart” yang digunakan di sini bukan merujuk kepada nama Smartzul.
Saya setuju mengenai silent group itu. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu ada group yang ‘kecoh’.
Thanks Zul, langkah-langkah yg Zul share utk bina network tu memang berguna. Sy pun nak mencari-cari juga geng-geng yg sekepala ni. Tak ada la boring kan. Ye la kita ni pun IM boleh dikatakan hampir 90% masa kerja di depan laptop. Sekali-sekala nak juga `mesra-mesra alam` sket.
Di Penang ramai kan?
Khairul Hazwan; untuk makluman anda TEAM Blogger Penang sering mengadakan pertemuan mingguan iatu setiap hari Rabu malam antaranya sifu ZAMRI NANYAN, saya sendiri, Rosli Shafie, Izaati Lau & ramai lagi muka2 baru.
Sebelum ini kami adakan pertemuan di Restoran Nasi Kandar PELITA Sg Dua (USM). Bermula minggu ini kami ubah lokasi yang lebih strategi iaitu di Restoran FANTASI. Bersebelahan JPJ Bukit Jambul, Bayan Baru, P.Pinang. Waktu antara jam 9-11.30 mlm. Maklumat lanjut boleh hubungi saya di 012-4982295
Dari pertemuan demi pertemuan yang kami telah lakukan, banyak yang telah kami bincangkan selok-belok & hala tuju perancangan kami untuk 2010 ini terutama bersama sifu ZAMRI NANYAN. Banyak tip-tips & idea yang bernilai beliau kongsikan dengan kami. Saya sendiri alu-alukan Khairul atau rakan2 yang lain untuk bersama kami.
P/S ; Zul, sorry…promosi disini pulak, tapi saya tengok memang relate dengan artikel Zul. Apa2 pun kalau Zul datang Penang lagi ‘Line Clear’….
Thanks
Best nengok gambar2 en Zul and gang.
Saya dah lama memerhatikan IM yang dah berjaya, kebanyakan dari mereka mempunyai ‘gang’ sendiri. Kadang2 mereka menghasilkan produk bersama-sama, dan yang pasti produk begini pasti lebih meletop. Even IM yang saya hormati, iaitu Irfan Khairi mempunyai rakan2 sealiran yg sentiasa menyokong usaha2 dilakukannya..
Thanks atas perkongsian kali ni en Zul..
Strategi IK, dia fokus di KL dan kebanyakan gang dia pun tinggal di KL. Kalau dekat dengan ‘ahli kumpulan’, mudah untuk kita jumpa dan buat sesuatu secara bersama.
Perkongsian yang bermanfaat serta semoga dapat membuka minda bakal serta IM sedia ada di negara kita. Syukran tuan smartZul!
URL artikel ini di blog smartusaha.com:http://blog.smartusaha.com/sukses-hidup-berkumpulan/
Assalamualaikum Tuan Zulfadli yang saya hormati,
Terima kasih kerana turut mempromosikan Kelab Tidur Dengan Buku (Kelab TDB) di dalam entri ini. Kembang hati kami pihak pengurusan Kelab TDB kerana Tuan mencemar dulu mempromosikan kelab ini. Terima kasih sekali lagi.
Terima kasih juga kepada Tuan kerana mendoakan kejayaan saya (Becky) melalui ‘caption’ gambar di atas. Amin, amin, amin.
Terima kasih juga sentiasa memberikan inspirasi kepada saya. Tuan Zulfadli ialah usahawan internet pertama yang saya labelkan sebagai ‘boleh dipercayai’ ketika pertama kali saya menceburkan diri dalam bisnes internet dan seangkatan dengannya.
Saya bersyukur dan berharap agar Tuan sentiasa dikurniakan ilham hebat dan berkongsi dengan kami. Amin, amin, amin.
Terima kasih kerana masih teguh berdiri di dalam ‘niche’ yang tersendiri. Kerana itu saya sering merujuk Tuan sebagai Sifu Penulisan Blog saya.
Akhir kata, saya sangat suka kerana pada hari ini saya dan usaha saya diabadikan sebagai sebahagian daripada entri blog Smartzul, Sifu Penulisan Blog.
Saya juga berharap dan berdoa agar satu hari nanti saya dapat bergelar mentee Tuan, seterusnya belajar lebih banyak perkara-perkara hebat. Amin, amin, amin
Saya doakan Tuan sihat sentiasa, terus bersemangat dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Amin, amin, amin.
Sekian, terima kasih.
PS : Jom BACA @ LRT 16 Januari nanti?
Pembetulan : mencemar duli*
Terima kasih Cikpuan Becky. Saya suka dengan doa-doa yang baik-baik belaka di atas. Semoga Cikpuan meraih sukses begitu juga.
betul2… berjemaah/berkumpulan lebih baik..
Ya benar Zul.kita manusia sememangnya kena hidup berkempulan,kalau tak mcm mana nak dapatkan beras kalau tak ada kempulan petani hehe..
yaa….ibarat macam lebah le….kalau sekor tak le takut , tapi kalau dah beribu datang …l_ fikir le sendiri
memang seronok kalau ada geng yang sama minded.

sama-sama faham target, sama-sama faham goal.
nak cari geng setempat satu hal lagi.
tinggal di kedah, belajar di melaka.
pelan-pelan kayoh
Tulisan yang sangat komprehensif serta praktikal!
hoho panjangnya zul..tapi yang penting, kalau bekerjasama dengan team yang best, memang best hasilnya
Ya, saya bersetuju dengan pandangan saudara Zul, Saya juga ada cadangan untuk membentuk atau memasuki team supaya dapat berkongsi pandangan atau juga sebagai pemberi motivasi di kala putus asa.
panduan yg baik utk dijadikan pedoman…
salam
sebenarnya sahabat-sahabat memang penting dalam hidup kita.
merekalah yang akan bersama kita tidak kira masa susah ataupun senang…
Terima kasih, saya rasa syukur kerana Zul memberikan saya satu yang saya jarang-jarang dapat. Terbuka sikit minda saya sekiranya nak buat sesuatu perkara, kena buat 2 atau lebih kepala. Sesuatu yang menarik.
bergaya saja korang ye..
ni pegi tanjung piai..x pelawa pun..
Sakan nie!
En. Zamrin, itu pun mereka ajak saya pada pagi mahu berangkat. Tapi kami semua masih bujang. Mudah lah sikit mahu ke mana-mana.
tu lah pasal.. geng bujang senang nak gerak…jeles aku. hahah
Becky berkata,"Terima kasih kerana turut mempromosikan Kelab Tidur Dengan Buku (Kelab TDB) di dalam entri ini. Kembang hati kami pihak pengurusan Kelab TDB kerana Tuan mencemar duli mempromosikan kelab ini. Terima kasih sekali lagi.""Saya bersyukur dan berharap agar Tuan sentiasa dikurniakan ilham hebat dan berkongsi dengan kami. Amin, amin, amin.""Terima kasih kerana masih teguh berdiri di dalam ‘niche’ yang tersendiri. Kerana itu saya sering merujuk Tuan sebagai Sifu Penulisan Blog saya.""Akhir kata, saya sangat suka kerana pada hari ini saya dan usaha saya diabadikan sebagai sebahagian daripada entri blog Smartzul, Sifu Penulisan Blog.""Saya juga berharap dan berdoa agar satu hari nanti saya dapat bergelar mentee Tuan, seterusnya belajar lebih banyak perkara-perkara hebat. Amin, amin, amin."
Komen sepenuhnya dalam kotak komen, menunggu approval di blog Smartzul.
Terima kasih Cikpuan Becky. Saya suka.
Hisam, itulah, siapa suruh kahwin cepat?
Kami ini mahu gunakan masa bujang sepenuhnya sebelum bergelar suami.
Dah sampai Jodoh Bro. jangan dilepaskan. Awak pon jgan lama2 zul nanti jadi bujang lapok moden pulak… hahha (zaman P. ramlee dan ada bujang lapok.)
Amat bersetuju dengan post ini. Jika tidak disebabkan saya melangkah keluar dari 'kepompong' saya sendiri saya tidak akan mengenali semua insan-insan hebat ini.Insan hebat ini manusia biasa juga, celebrity mahupun icon di internet atau TV tetap manusia juga. Jika saya tidak mengenali mereka, sudah pasti saya anggap 'jurang' antara mereka mustahil di langkaui. Wahal, tiada jurang pun, cuma kita yang mereka-reka didalam minda yang sempit.Terima Kasih sekali Tuan Zul diatas post ini. Sememangnya satu post yang tepat dan antara rahsia sukses 101 -Membina Jaringan , build Network!.
Betul! Memang betul! (Tiru gaya Puan Ainon).Jurang itu tidak wujud sebenarnya.
Cabaran untuk mencari lingkungan mereka yang positif…silap masuk, dapat yang negatif…silap2 boleh musnahkan cita2 dan impian besar
nak jadi bujan jugak boleh tak? wah seronoknye melancung! ben macam ternampak Zulfadli di makbul TTDI 2/3 hari lepas, mlm hari…adakah benar ?
Salam Zul,
Kalau kat kawasan saya ni dah memang ada kumupulan IM tertentu, bagaimana pula cara untuk ‘break-in’ atau masuk ke dalamnya? Saya ni pemalu sikit.
*pembetulan: kumupulan = kumpulan
Hubungi salah seorang daripada mereka dan beritahu begini:
“Jika ada apa-apa aktiviti, saya berminat untuk turut serta.”
Kemudian, konsistenlah berkomunikasi dengan mereka dan jaga nama baik mereka. Sokong usaha-usaha mereka. Lama kelamaan, semua ahli kumpulan akan mengenali kita hanya bermula dengan seorang kenalan dari kumpulan itu.
Taman Tun Dr Ismail tak jauh TV3..
Makbul TTDI? Di mana tu?
Sebelum ini hanya ada rangkaian dalam menjalankan aktiviti yang tidak berkaitan perniagaan.Insyaallah cuba juga mencari rangkaian untuk bidang perniagaan pula..