Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sudah-Sudahlah…

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit.

Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu.

Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain?

…Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam.

Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau sekadar melepas batuk di tangga. Namun, sebahagian besarnya amat mengecewakan. Saya sudah sakit telinga mendengar keluhan kecewa oleh pembeli yang termakan umpan. Duit gaji mereka banyak diguna semata-mata mengharap janji itu menjadi kenyataan.

Di antara penyebab kekecewaan saya terhadap mereka adalah:

  • Tiada sokongan selepas jualan yang baik. Jika produk berharga ratusan atau ribuan ringgit, sepatutnya bahagian sokongan mesti diutamakan sebagai timbal balik kepada pembelian pelanggan.
  • List (emel) yang saya sumbangkan disalah-gunakan oleh mereka dengan mempromosikan produk yang tidak berkualiti. Maka sebab itu saya tidak berminat menyertai mana-mana program PPL untuk meminimakan ‘risiko’ ia disalah-guna. Saya tidak mahu bersubahat dengan IM sebegitu.
  • Pembeli dibiarkan terkontang-kanting.
  • Janji-janji manis tidak dipenuhi.
  • Pelanggan dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Pembeli terus menerus dimomokkan dengan kejayaan jika beli produk ini, sukses jika beli produk baru ini dan itu.
  • Mereka lebih kepada opportunity base iaitu menjual harapan menggunung. Bukan ‘menjual’ bantuan, pendidikan dan bimbingan.
  • Mereka hanya mahu buat duit, bukan buat bisnes sebenar. Amat bertentangan dengan kaedah saya.
  • Komitmen yang mendukacitakan. Di dalam JV katakan, ia bukan sekadar sebelum dan semasa jualan produk. Tetapi selepas tempoh jualan pun kita perlu ada komitmen iaitu menjaga sebaik mungkin pelanggan yang rakan JV berikan kepada kita.
  • Janji-janji sama yang tidak meyakinkan saya untuk mempromosikan produk mereka. 100 kali janji yang sama, tapi adakah kali ke-101 ada perubahan? Berikan saya keyakinan beserta bukti.
  • Produk yang lebih kurang sama dengan produk-produk sebelum. Tiada apa yang beza, cuma tukar ganti ayat sahaja selain menambah satu dua perkara baru + cerita-cerita kejayaan mereka.

Apabila diperhatikan senarai di atas, ia bukanlah masalah produk 100%, tetapi masalah penjual atau usahawan internet (internet marketer) tersebut. (Saya tidak mahu menggunakan istilah usahawan internet kerana istilah ini hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar melakukan perniagaan dan keusahawanan, bukan sekadar menjual.)

Saya tidak suka mencari salah orang atau bercakap mengenainya. Tetapi sebagai khalifah di muka bumi ini (kita semua), selain saya perlu mencari rezeki untuk perut sendiri, namun saya juga bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun ia pahit. Saya tidak mahu bersubahat untuk menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang sering gagal, berhentilah mempercayai janji-janji manis dan belajarlah dengan cara yang sebenarnya. Mencari seseorang yang jujur teramat susah di zaman ini. Maka, perlunya kesabaran yang tinggi di dalam usaha dan pembelajaran. Tiada pil ajaib untuk berjaya sekelip mata.

Sesungguhnya sikap terlalu taksub untuk mudah berjaya adalah sesuatu yang amat disukai oleh sebahagian besar Internet Marketer. Kerana, orang yang bersikap sebegitu teramat mudah untuk diumpan.

Dan bagi Internet Marketer yang tidak mendidik dan membimbing pembeli dengan sepatutnya, atau tidak menjaga mereka dengan baik, atau hanya mementingkan perut sendiri, lakukanlah sesuatu yang terbaik sebelum kegagalan usaha anda bermula. Ini adalah nasihat ikhlas saya.

Apalah guna jika mendapat puluhan atau ratusan ribu tetapi dengan duit itu kita dimaki-maki, dimarah-marah dan tidak dihalalkan oleh pembeli yang tertipu? Mahu berbangga-bangga dengan pendapatan itu? Enjoy, happy, hebat, senang dan berharta dengan pendapatan itu? Hidup kita pasti akan gundah-gulana dengan pendapatan sebegitu. Sudah-sudahlah…

Artikel ini bukan bermaksud saya mahu mengatakan orang lain tidak bagus dan saya lebih baik. Tidak sesekali. Ini hanya sekadar saling ingat-mengingatkan sahaja sebagai saudara seagama termasuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya juga sentiasa memperbaiki mana-mana kelemahan saya. Cuma, jika kesalahan itu diulang-ulang dengan sengaja, apakah maksudnya itu?

Selain itu, tulisan saya ini adalah juga suara daripada mereka yang telah kecewa dan tertipu dengan sesetengah IM termasuklah IM-IM yang mempunyai nama dan gelaran. Itu kata mereka. Sejauh mana sahihnya, saya kurang pasti. Tapi, saya seringkali mendengar keluhan kekecewaan ramai orang terutama mereka yang baru ingin bermula di dalam arena IM ini.

Ingin saya ulangi di sini, kebanyakan produk bukan tidak bagus. Tetapi yang dipersoalkan adalah janji-janji manis yang palsu. Apa yang dijanjikan pada laman web, hanya tipu daya semata-mata. Bagi saya, walau bagaimana pun panduan tersebut, ia tetap bagus kerana ia adalah ilmu. Maka, jangan salahkan produk, tapi salahkan orang yang menjualnya.

Ya, benar. Terkadang produk bagus sekali mana pun, tapi jika pembeli tidak berusaha dan malas bertindak, maka sudah pasti itu salah mereka. Yang menjual panduan itu hanya sekadar menunjuk jalan dan yang membeli itu perlu melaluinya sendiri. Tetapi, bagaimana jika jalan yang ditunjukkan itu jalan yang bersimpang siur, jalan mati dan sering bertukar-tukar jalan?

Artikel ini bukanlah provokasi, tidak berpuas-hati atau sebagainya. Tetapi ia adalah ikhlas daripada saya untuk melihat industri IM di Malaysia bukan hanya didominasi oleh sesetengah pihak sahaja atau berlakunya sesuatu yang boleh merosakkan bidang ini.

Dan tulisan saya ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan ini semua sebagai satu usaha untuk muhasabah agar kita tidak jauh tergelincir. Mengkritik itu bukan bererti bermusuh. Tidak sependapat itu tidak bermakna tidak suka.

Dengan ini, jika masih ada yang tertipu dengan mana-mana Internet Marketer, ia bukan lagi tanggungjawab saya kerana saya telah menyatakan peringatan ini. Saya telah berlepas diri.

Sudah-sudahlah…

Wassalam.

Yang ikhlas,
SmartZul

Nota Kaki:

1. Artikel panduan membeli ebook berikut amat-amat wajib dibaca untuk mengenalpasti ebook yang berkualiti dan bukan ebook scam:

http://blog.smartusaha.com/panduan-beli-ebook-di-internet/

2. Pada tahun 2007, saya pernah menulis mengenai hakikat perniagaan internet. Boleh lihat senarai artikel bersiri tersebut di sini:

http://blog.smartusaha.com/hakikat-sebenar-perniagaan-usahawan-internet/

3. Baca juga artikel Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet berikut:

http://blog.smartusaha.com/panduan-menyertai-bengkel-perniagaan-internet/

4. Adakah mereka yang mendapat puluhan ribu sebulan itu bermaksud mereka hebat? Benarkah? Dan benarkah pada setiap bulan mereka mendapat lima angka secara konsisten? Sebahagian rahsia mereka dibongkarkan di sini:

http://blog.smartusaha.com/rahsia-mendapat-puluhan-ribu-sebulan-melalui-internet/

—————————-

Anda boleh sebarkan artikel ini di blog anda atau melalui apa saja cara dengan syarat meletak link URL berikut di akhir artikel untuk rujukan pembaca:

Sumber Artikelhttp://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

—————————-

Facebook comments:

145 Responses to “Sudah-Sudahlah…”

  1. Norfazli says:

    Setuju dengan apa yang saudara Zul cakap.

    Bagi saya, dalam perniagaan kita perlu ada prinsip.Pastikan prinsip tersebut adalah prinsip yang baik.

    Pastikan kita suka, pembeli juga suka.

    Tentang janji-janji manis tu, saya rasa ramai bakal pembeli sudah boleh menilai kebenaran disebalik janji-janji manis tersebut.

    Kita menjual produk/perkhidmatan untuk memberi faedah kepada pembeli.Pembeli membeli pun kerana untuk mendapat faedah yang ditawarkan oleh penjual.

    • smartzul says:

      Berjanji boleh, tapi jangan terlebih janji.

      Biar janji sikit, tapi over-deliver.

    • pakshed says:

      alhamdullillah. baguih la macam tu. kepada im yang dah kaya raya tu buat lah amal plak bg la apa2 ilmu secara murah2 sikit. bukannya rugi mana pun. tuhan dah janji satu kau beri pada orang yang memerlukan tuhan akan balas sepuluh. tapi kena iklas la. tak kan tak percaya janji tuhan kot. wallahualam.

    • rohaizad says:

      Info dah diberi, tips telah disenarai dan pendapat telahpun di hebahkan.

      So sekarang kalau ada lagi di kalangan kita yang tidak dapat mesej dari apa yang SmartZul cuba sampaikan ini, tak tahulah apa yang nak dikata.

      Pendek kata, kita perlu ingat satu lagi oerkara yang rasanya kita selalu lupa iaitu PILIHAN.

      Yup, hidup ini memang banyak pilihan. Dan tugas untuk membuat pilihan itu terletak di tangan kita, bukan pada newsletter dan sales letter yang di hantar pada kita.

      So buatlah pilihan dengan bijak. Mudahkan?

  2. Abu Jarir says:

    Rasanya IM kita terbawa-bawa taktik pemasaran IM barat. Ya lah..sebab kebanyakan kita berguru dengan mereka kerana mereka adalah pelopor bidang ini.

    Cuma mungkin kita kena ambil yang jernih sahaja. Ubahsuai segala teknik pemasaran supaya sesuai dengan kebudayaan dan agama kita.

    • smartzul says:

      Itulah punca utamanya. Rasanya, kita semua perlu buat satu usaha “pembersihan perkara-perkara khurafat” tersebut. :D

      • UstazCahaya says:

        Saya suka dengan ayat Saudara Zul- “pembersihan perkara-perkara khurafat” tu.

        Ya, IM kita tidak seimbang dalam usaha mereka. Mereka memberikan ’9 Pukulan’ kepada usaha menjual tapi hanya ’1 Pukulan’ untuk usaha menyediakan produk terbaik.

        Jika teguran Zul ini tidak diambil berat oleh IM2 di luar sana, satu masa nanti industri kita akan jadi industri barat. Sekarang ni senang2 kita boleh dapat ‘beribu-ribu’ produk digital hanya dengan USD1 or percuma saja.

        Banyak juga (rasanya) yang alih bahasa je dari bahan PLR. And, ada gak yang ciplak2 je nampaknye. Nasib baiklah IM yang asal tu tak reti Bahasa Melayu:-)

        PS: Produk ‘PLR’ tu kita faham jela kualiti dia, bahasa dia, memang kureng. Perlukan kerja lagi supaya produk PLR tu jadi unik dan berkualiti.

        Maaf, macam memandai je komen saya ini..

  3. mohamad khamis says:

    tahniah buat zul…

    saya pernah terfikir tuk buat post mcm ni sebab rasa tidak puas hati kepada beberapai IM bukan sebab produk tidak berkualiti tetapi janji yang mereka berikan tidak di tepati..disebabkan blog saya masi dalam perancangan tuk disiapkan,jadi xdapat berbuat apa2…

    saya sangat menyokong post ini,sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan beberapa IM kita yang senang di atas kepayahan orang lain..

    cuba bayangkan sekiranya terdapat 40 orang yang tidak berpuas hati dengan khidmat yang telah dijanjikan oleh IM,tidakkah rasa tidak puas hati itu boleh bertukar menjadi doa orang yang teraniaya?Nauzubillah semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka..

    sama2 la kita muhasabah diri,jangan kita fikir kekayaan dapat menjamin kesenagan hidup dunia dan akhirat kelak..

    tahniah zul,semoga dengan post kali ini dapat merintis perniagaan internet dari cara yang tak sepatutnya kepada jalan yang di syariatkan agama..

  4. Ada terkena pada diri sendiri plak…huhuhuh.

    saya dah tak promote PPL dah sekarang ni, kalo produk pun bergantung pada kualiti jugak. Begitu jugak customer support.

    saya dalam proses mengemaskini beberapa ebook saya.First priority – panduan adwords sebab interface adwords dah berubah banyak sangat dalam masa beberapa bulan. Macam wordpress jugak, tetiba diorang tukar secara besar besaran dulu.

    polisi pun banyak memeningkan advertiser adwords.

    • smartzul says:

      Sham, saya juga menulis artikel di atas untuk diri saya sendiri. Banyak juga perkara yang saya perlu ubah, tukar dan kemaskini sebelum tahun 2010 bermula.

      “Berubah Untuk Berjaya”.

  5. Aqif says:

    Sebenarnya semua yang dikatakan ada tempiasnya pad a diri sendiri. Dulu saya pun gila PPL dan pernah hantar tawaran ke saudara Zul.

    Sekarang PPL pun saya tidak sertai dan mula mengumpul mailing list dengan cara yang tersendiri.

    Terima kasih Zul. :)

    • smartzul says:

      Saya galakkan bina list tanpa guna JV. Kerana, kebanyakan list dari JV sudah “tepu” dan hanya akan membina persaingan satu sama lain sahaja (kita dan rakan JV).

      Gunakan cara-cara lain seperti pengiklanan termasuk PPC dan juga blog (SEO). Cuba dapatkan prospek yang “fresh” dan tidak dimiliki oleh mana-mana IM.

  6. aizat kamal says:

    saya setuju ngan bro Zul…

    post mcm ni sesuai untuk muhasabah diri…
    :)

  7. Muaz says:

    Hari ini , ramai im termasuklah saya (:D) selalu x buat muamalat cara islam , saya pegang kepada 1 konsep “terus terang dan jujur” dalam menjual sesuatu produk dari segi kandungan produk .

    • smartzul says:

      Saya rasa apa yang saudara mahu sampaikan adalah, “Ramai IM yang tidak buat muamalat cara Islam SEPENUHNYA.” atau “…tidak SEMUA perkara yang mereka buat adalah mengikut muamalat Islam.”

      Ini kerana, tidak semua mereka, termasuk kita, tidak ikut muamalat Islam. Walaupun mereka atau kita bersalah pada satu sisi, tapi di satu sisi yang lain, tetap ada yang betul dan mengikut acuan Agama. Kita hanya berusaha, perlu sentiasa bermuhasabah diri dan tegur-menegur dengan ikhlas.

      • saiFz says:

        Saya pun terkejut juga sebelum ini melihat otai-otai IM yang memang dah banyak buat duit tapi masih mempromo produk-produk yang kelihatan semata-mata untuk “buat duit” tanpa melihat kualiti produk yang dipromokannya.

        Bila diorang buat camtu baru tahu rupa sebenar IM-IM nie.

  8. hairulbiz says:

    ini merupakan satu artikel yang berbentuk muhasabah diri untuk diri dan para IM yang lain.biarlah kita hasilkan sesuatu yang memberi manfaat pada orang lain..renung-renungkan.

  9. Nabieel says:

    Terima kasih di atas artikel ni zul.

    Saya juga sekarang ini terlalu berjaga-jaga, tidak kiralah IM tersebut pernah mencapai tahap jualan sehingga puluhan ribu sekali pun dan di sebut-sebut adalah IM yang boleh mengubah nasib anda.

    Saya tetap tidak percaya.

    Sebabnya tidak semua orang mencapai tahap pemikiran yang sama seperti produk yang IM itu cipta. Ada yang lebih hebat, di newsletter cerita seakan benda itu baru, apabila beli, kita sudah mengetahui 90% isinya.

    Di sini, saya nak persalahkan diri pun tidak boleh, nak persoalkan produk beliau adalah tidak sampai hati plak.

    Jadi tindakan saya adalah, saya akan beli selepas harga promosi itu tamat. Saya akan meninjau terlebih dahulu sejauh mana informasi di dalam ebook itu boleh membantu saya :)

  10. Azim says:

    saya akui memang ada. sekarang ni memang jelas 2 org IM yang memanipulasikan kelemahan dan harapan newbie untuk mencari duit sampingan dari internet. hampehh.

  11. zaki says:

    Betullah zul. Saya pun setuju dgn anda. Saya dah pun stop promote aper product berkaitan niche money making tahun ni. Rase bersalah sangat bila kita tgk dia punya content dia banding dgn sales letter berbeza. newbie biasanya terpengaruh dgn janji manis.. sedangkan dalam ebook hanya basic sahaja.

  12. zahir says:

    Salam…terima kasih atas peringatan sdr Zul.Artikel yg bagus terutama kpd yg baru berjinak-jinak dlm perniagaan internet.Insyaallah sy akan terus mengikuti blog ini utk mencari ilmu pengetahuan dlm perniagaan internet

  13. Wira-imass says:

    Salam,

    Zul ada ummpphh!!! Artikel kali ni
    kerana memberi impak kesedaran yg besar
    dlm diri saya dan di harap para IM seluruh
    Malaysia amnya.

    Kepada pembeli dan pengeluar produk harap
    tidak terlalu ghairah dan paling utama
    kejujuran kita di mana letaknya.

    Secara jujur saya juga dah tak pandang
    dan teruja pada satu2 sales letter tapi
    melihat sejauh mana feedback atau komen2
    rakan di forum atau blog tentang produk2
    baru yg dihasilkan.

    Bukan semua tak bagus tapi penilaian
    sangat2 perlu buat masa ini kerana dah ramai
    mula sedar utk hasilkan produk sendiri
    dan boleh jadi juga persaingan semakin sengit.

    Pada saya senang jer kualiti dan support yg
    berpanjangan adalah kunci utama utk seseorang
    itu akan terus dipercayai dan diminati.

    Kalau dah lebih enam bulan kita minta bantuan(yg relevan)
    tapi mereka dah sibuk dgn produk baru dan
    mengenepikan pelanggan produk terdahulu sudah
    tentu tiada lagi belian susulan.

  14. shahrulfahmy says:

    Salam SmartZul,

    Satu artikel & perkongsian yg begitu dalam maksudnya.. Sy juga ingin mengambil iktibar dari penulisan zul… Thanks SmartZul diatas kesudian berkongsi & disamping muhasabah diri ini….

  15. Fazli says:

    saya dah lama perasan kebanyakan perniagaan internet yang berlaku hari ni kerana terlalu ikut teknik dari IM luar negara. kebanyakan IM luar negara bukanlah orang Islam dan target mereka hanya untuk mendapat untung semata-mata. jadi terhasillah pelbagai teknik untuk menghasilkan keuntungan yang tidak mengikut cara Islam. sekadar pandangan dari saya.

    • UstazCahaya says:

      Tak jugak saudara. Di luar pun, kita boleh lihat sekarang siapa yang bertahan and siapa yang dah jatuh berdebush:D industri IM luar sudah lebih tua dari tempatan, kena lagi dengan sistem kapitalis mereka.

      Saya ada masih setia dengan beberapa IM luar. Sebab memang kualiti and customer services mereka. (macam jugak saya setia dengan blog smartusaha ni)

      Dunia perniagaan ni adil, satu masa pasti ‘yang tidak sepatutnya naik’ itu akan jatuh juga..

  16. bonneyan13 says:

    salam bro zul,
    aku rasa hal ni tiada kesudahannya….yg bodoh akan terus diperbodohkan(mcm aku lah ni)….kdg2 lawak jgk difikirkan…namanya IM tapi nak berhubung dlm dunia internat cukup susah,email tu aku tgk dah mcm surat biasa lah plk,lambat betul nak dpt balasan(setelah pembayaran dibuat)….namun sekarang aku lebih cooool n relaaaaxxx!!!

  17. Kamarudin says:

    Betul tu…tapi pasaran di internet ni sama macam pasaran diluar sana…memang banyak muslihat untuk menarik pelanggan. Kalau promo jualan murah tu memang ramai yang tertarik untuk pergi tengok…tapi kat internet ni tak sempat nak tengok2 lagi maka berlaku lah apa yang dikatakan “impulse decision” dlm membuat pembelian. Tapi berniaga tu kan mengambil risiko…

  18. asmid says:

    Bagi pandangan saya artikel ini satu peringatan kepada semua orang. Mengingatkan kita jangan cepat terpengaruh dengan tawaran yang menjanjikan sesuatu yang baik. Tapi sebaliknya ???

    Dan yang berjanji tu kalau tak mampu nak tunaikan janji tu memang tak baguslah. Jangan janji itu dan ini, kalau rasa tak mampu.

    Yang membeli plak kena ikhlas termasuk juga yang menjual. Tapi bagi saya apa yang saya beli atas kemahuan saya sendiri. Dan tidak ada sesiapa yang dapat mempengaruhi saya supaya membeli.

    Apapun saya sokong sepenuhnya artikel ini. Kerana mengingatkan saya dan semua orang mengenai hal ini.

    Tq smartzul…

  19. amieyr says:

    artikel yang baik.. teruskan usaha anda.. saya baru hendak berjinak2 di dalam perniagaan internet.. harap dapat beri tunjuk ajar..

  20. Wan Kamaruddin says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin meluahkan pendapat saya pula, memang tak semua IM tu ikhlas, janji saja dalam salesletter akan ada support, tapi lepas bayaran dibuat, produk dah dapat, support langsung tiada. Saya tak akan beritahu siapa IM tu, cukuplah sekadar peringatan. Produk hanya indah dari khabar sahaja, testimonial pun tak tahu betul ke tidak walaupun testimonial tu ada letak IM yang saya percaya.

    Saya akan memilih IM yang saya betul2 yakin sahaja jika ada produk terbaru yang mereka jual atau syorkan. Saya tahu setiap produk yang dijual tak semestinya akan terus memberikan pulangan, kita kena berusaha juga, duit tidak akan datang tanpa berusaha. Sekurang2nya support yang dijanjikan kenalah ditunaikan, kalau janji dalam tempoh 24 jam, kenalah tunaikan, tak kisahlah kalau lebih dari 24 jam, sekurang2nya support yang dijanjikan kenalah ditunaikan.

    Tak semestinya IM tu dikenali ramai dengan ratusan malahan ribuan pendapatan setiap bulan boleh dipercayai, kadang2 orang yang macam ni hanya memikirkan diri keuntungan diri sendiri sahaja. Mereka juga manusia biasa, tetap juga memiliki kelemahan tersendiri.

    Saya juga IM sambilan sejak 2006, walaupun income tak sebanyak mana, yang pasti boleh cover keperluan setiap bulan saya.

    Saya minta maaf jika pendapat saya ini menyinggung perasaan orang lain, saya harap mereka yang berkenaan sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan.

  21. Che Wan Ruzil says:

    Assalamualaikum,
    Sepanjang ingatan saya membeli produk2 ebook atau menghadiri seminar berasaskan teknik buat duit atau hasilkan produk sendiri yg ditawar oleh IM sejak 2007, cuma 2 saja yg saya rasa berguna dan jadi keperluan utk seseorang itu belajar memulakan bisnes internetnya sendiri. Pertama, seminar/bengkel Buat Duit Dengan Internet dan yang kedua, sebuah ebook tutorial yang sangat praktikal bertajuk Kit Blogger. IM bagi kedua-dua produk tersebut tidak meninggalkan pelanggannya sendirian terkapai-kapai dalam mengikuti teknik yang ditulis/dibentang di seminar. Saya pon tak boleh nak salahkan mereka kalau sampai sekarang pon bisnes internet saya tak mula2 jugak. So kepada mereka, terima kasih yg tak terhingga dan semoga Allah membalas segala perkongsian ilmu yang telah mereka berikan…aminn

  22. misterfaiz says:

    Salam..

    Terima Kasih bro Zulfadli kerana memberi satu peringatan kepada sesetengah IM yang mementingkan diri sendiri dan hanya memikirkan keuntungan sahaja..Saya sendiri pernah “terkena” dengan sikap sesetengah IM yang hanya menabur janji manis tetapi tidak langsung membantu sedangkan pembeli yang memberi keuntungan kepada mereka selama ini..apakah yang mereka mahu?dapat mengumpul wang dalam masa singkat dan berbangga dengan produk yang mereka hasilkan?apa hak pembeli sebenar nya..saya langsung tidak ingin menyebelahi sesiapa..tetapi saya paling respect dengan bro zulfadli..serius..anda memberi respond yang pantas dengan setiap masalah yang saya hadapi dengan produk pakej kit blogger yang anda hasilkan..selama 1 tahun saya berkecimpung dalam dunia perniagaan internet, anda adalah seorang IM yang amat mementingkan kualiti dan kehendak pembeli produk anda.. dan saya amat berharap para IM khusus nya di Malaysia dapat memberi service yang terbaik dan bukan hanya indah khabar dari rupa sahaja..tidak perlu untuk mengejar wang kerana rezeki ada dimana-mana..dan disebabkan nila setitik maka rosak lah susu sebelanga..renung² kan lah..

    regard,

  23. Hasbul Aqill says:

    salam
    mmg betul bro smartzul ckpkan
    kalau dalam forum wangcyber contohnya
    byk sgt produk yang sekadar untuk ambik untung dari pembeli
    p/s:ade satu produk yang guna tema’ duit terdesak’
    saya ek terdesak sebenrnya
    :D

  24. pembelibaekhati says:

    Saya amat menghargai artikel ni..selama nih apa yang selalu saya dengari adalah kesalahan di dipihak pembeli. Saya sendiri sebagai salah seorang pembeli ebook tidak pernah menyalahkan mane2 penjual ebook sekiranya e-book yang saya beli tidak menepati atau mencapai ape yang saya harapkan.

    Kerana seperti saudara zul katakan wang yang saya laburkan tetap ilmu walaupun isinya tidak seberapa atau hanya diulang2 ataupun di adaptasi daripada buku english ke bahasa melayu yang telah pon saya baca beberapa tahun dahulu.

    Saya juga agak terkilan kerana ada penjual e-book sibuk dan berlumba2 mempromosikan ebook dari penjual lain. Mungkin mereka ingin membantu kwn2 atau ingin berkongsi dan menyampaikan maklumat tentang produk baru dalam pasaran tapi pada pemerhatian saya mereka ini juga berlumba2 atau ghairah untuk mendapat commission yang tertinggi.

    Saya selalu dapat email dari penjual yang berbeza tetapi mempromosikan produk yang sama dan janji yang sama. Bayangkan 1 hari saya dapat sehingga 7-8 email yang memperkatakan produk yang sama dari penjual yang berbeza. Bagi saya ini bukan menambah minat saya untuk membeli tapi membuat saya lagi cepat delete email2 tersebut tanpa membaca kerana saya pasti isi yang mereka sampaikan adalah yang sama iaitu belilah produk ini.

    Saya cadangkan jika penjual2 ebook ingin membantu mempromosikan produk kwn2 penjual yang laen jangan lah menggunakan senarai email dari pembeli produk mereka sebelum ini. Mereka boleh mempromosikan produk2 baru nih di halaman blog ataupun website mereka tetapi bukan di email pembeli mereka. Sebaiknya mereka seharusnya mengupdate perkembangan tentang produk mereka atau perkembangan pembeli itu sendiri setelah pembeli2 ini melaburkan wang untuk produk mereka. Ini hanya pandangan dan luahan saya.

  25. ZaidiRazali says:

    secara rumusannya, jangan terpedaya ngan bukti2 yang ada(biasa megah ngan bayaran yang diterima).. pastikan benar-benar ia berbaloi, contoh nak tau tentang teknikal…

    buat duit buat duit gak, kena ingat gak kalau kaya kat dunia jer, di sana lain pulak.. renung2kan..

  26. As says:

    Salam Zul..

    Sy mmg suke sgt Zul buat artikel pasal hal ini..Mmg ini yang sy nanti-nantikn..Ok, pertama sekali sy mmg dah muak mendengar IM menyalahkn pelanggan bila pelanggan x puas hati dgn produk mereka..feedback yg biase IM bg, pelanggan terlalu manje & sentiase nak di suap…huhu…alasan ini sebenarnya x patut keluar dr seorang “usahawan”..sbbnye ialah, pelanggan bukannya anak murid mereka..kalau anak murid boleh la nak ckp mcm tu..sepatutnye IM perlu mencontohi cara melayan pelanggan sepertimana yg di lakukan oleh syarikat-syarikat yg berkaliber yang sentiasa cuba memberi yg terbaik kepada pelanggan..mmg la pasti akan ada org yg x berpuas hati dgn produk kita, tp kita perlulah bijak mengambil hati pelanggan semula..jgn dah dpt duit, nak naik idung tinggi sgt…ingat, ilmu dan harta tu bleh dtg dan pergi sekelip mata…

    Sebelum ini sy mmg boleh dikatakn aktif mempromosikn produk org lain…tp lepas di basuh teruk oleh subscriber sy, sy mmg x akan promotekn produk org lain lagi unless sy sendiri dah beli dan berpuas hati…then baru sy akan promotekn..

    Sy berpendapat, ramai IM-IM sekarang lupa kata-kata berikut..”customer always right”..sebab itu bila dpt complaint, dieorg bkn nak mintak maaf, malahan menyalahkan pelanggan pula…sebagai peniaga sepatutnya perlu lebih professional..walaupun produk kita bagus gila, tp kalau ada yg x puas hati, jgn malu utk mintak maaf dan berjanji utk memperbaiki kelemahan..dgn cara tersebut, sejuk la jugak hati pelanggan..

    Sy bknnya x faham situasi IM…sy juga IM dan 100% pendapatan sy adalah bergantung kepada menjual brg di internet..sy faham benar tentang sikap pelanggan nie…tp mcm yg sy katekan td, IM sepatutnya perlu lebih pro, then barulah mereka akan selamanya dihormati..jika tidak, sy yakin..tak lama lg org akan benci dengar pasal perniagaan internet sepertimana org benci mendengar MLM…percayalah…

    Akhir kata, semoga IM-IM sekalian berubah untuk kebaikan bersama..

    TQ Zul

  27. msarbin says:

    susah mencari orang yang betul-betul ikhlas :(

  28. kodinz says:

    salam..

    kadang-kadang kita buat-buat tak tahu hal lain. Apa yang penting, duit masyuk. Nampaknya kena betulkan niat dulu sebelum apa-apa. :)

  29. Amirol says:

    Zul, tahniah untuk artikel ini. Sesungguhnya artikel ini sangat – sangat memberi peringatan kepada diri saya dan juga kepada para usahawan internet dan marketer online yang lain. Sama ada yang baru mahupun yang lama…

    Memang akhir – akhir ini, banyak produk “buat duit” yang keluar bagaikan cendawan tumbuh. Begitu juga dengan program – program PPL dianjurkan lepas satu – satu.

    Untuk bab JV men-JV ini, saya sendiri dah lama tak mempromosikan apa – apa produk orang lain apatah lagi program – program PPL walaupun mendapat beberapa jemputan.

    Kadang kala terfikir juga dihati, “apakah aku ini seorang yang sombong? Adakah aku ni tak reti nak bersosial dengan I.M yang lain kerana tidak mempromosikan produk – produk mereka sedangkan mereka menjemput aku untuk ber”JV” dengan mereka?”

    Namun, bila difikirkan kembali, bukanlah sebenarnya kita ingin sombong kerana tidak mahu berJV, namun apabila melihatkan situasi / keadaan produk yang ingin dipromosikan, saya berasa tidak setimpal untuk saya pertaruhkan “nilai” dan “kepercayaan” prospek / pelanggan saya kepada pihak lain.

    Sebagai contoh, program PPL yang dianjurkan… tawaran yang diberikan adalah sekitar 20sen – 50sen untuk satu lead…

    Saya fikirkan, adakah “nilai” seorang manusia yang bergelar prospek / pelanggan yang memiliki alamat email adalah sekadar 20sen – 50sen untuk kita dagangkan dengan sewenang – wenangnya?

    Sesungguhnya kita telah bekerja keras membina squeeze page, buat blog, redirect ke opt in page dan sebagainya “bertahun – tahun”.. apakah mudah untuk kita beri begitu sahaja pada orang lain?

    Bagi usahawan yang menghasilkan produk terutama produk – produk “buat duit di internet” pula, saya juga bersetuju dengan kenyataan saudara Abu Jarir dan Fazli diatas… mungkin pengaruh daripada I.Mer barat menyebabkan gejala – gejala “hype” dalam penulisan sales letter (aka janji) seperti claim pendapatan ber”K-K” dan sebagainya…

    Terfikir juga dihati, apakah perlu kita bermegah – megah dengan pendapatan yang diterima dari internet? Apakah menjana pendapatan 10, 20, 30 K “sebulan” menjadi satu kebanggaan untuk diperdagangkan bagi menarik minat “bakal pelanggan”?

    Saya perhatikan Zul sendiri walaupun dah lama di bidang perniagaan internet ini, belum lagi menghasilkan produk ajar “buat duit” dengan menayangkan pendapatan Zul yang beriban – riban kan. :)

    Ini yang patut IM, usahawan internet lain termasuk saya sendiri perlu contohi. Tidak perlu tayang atau claim income ribu – ribu hanya semata – mata untuk menjual produk berupa “harapan”.

    Last but not least, you are the best Zul!

    • Adney says:

      amirol is one of the best.. anda antara IM yg sye suke juge.. sangat merendah diri..

    • smartzul says:

      Terima kasih Amirol untuk komen yang panjang. Saya juga sentiasa mempelajari selok-belok cara yang Amirol lakukan. Saya sentiasa belajar dan memperbaiki.

      Dan, pendapat kita sama seperti berikut:

      Saya fikirkan, adakah “nilai” seorang manusia yang bergelar prospek / pelanggan yang memiliki alamat email adalah sekadar 20sen – 50sen untuk kita dagangkan dengan sewenang – wenangnya?

      Kita yang buat bisnes sebenar ini, lagi-lagi secara full time, nilai seorang pelanggan (CLV – customer life value) perlu kita titik beratkan. Adakah nilai seorang pelanggan atau prospek kita itu sekadar 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tidak….. Saya tidak rela memperdagangkan mereka. Lagi-lagi list itu amat setia dengan saya sejak bertahun-tahun yang lepas.

      • Amirol says:

        Ya Zul, betul tu… Bagi saya, list umpama bayi kita. Kena jaga dan tatang dengan baik.

        Salah bagi kepada “pengasuh”, maka akan teraniaya atau sakitlah bayi kita. :D

  30. alan tan says:

    Mana ada Sales Letter yang tak menjanjikan boleh Jana Wang Lumayan dengan Cepat?

    Cara menjual mebuat seolah-olah nak buat Internet ini senang je…

    tapi hakiyatnya ……… :D

    • titan says:

      setuju. hampir 80% sales letter yang ada kat market lokal, memang begitu. Nak buat macam mana..orang kita sendiri dah selesa wat macam tu..

      janji yang terlalu melampau dan update yang ntah ke mana serta macam-macam lagi yang aku rasa ramai im kita buat macam melepaskan batuk ke tangga..

      ntahla. Tu pasal aku kurang minat baca email2 promosi yang aku terima dari diorang..apatah lagi beli produk diorang..

      • Adney says:

        Titan mmg bagus.. produk titan pun berupdate dan saya suka tengok sales letter titan sbb menyatakan dengan jelas dan kurang dengan ayat yg memberi harapan..

        Good luck to bro zol, titan, amirol dan lelain.. (antara IM yg saya suka..)

  31. jaigoku says:

    Salam Zul dan rakan2,

    Saya cuma tersenyum sahaja apabila melihat mereka mempromosi jualan yang menyeramkan tu.. Bukanlah nak kata produk atau perkhidmatan saya tu perfect tapi adakah jualan itu betul2 membuatkan kejayaan kepada pembeli?

    Satu lagi, bimbingan susulan tak ada untuk membimbing. Pihak pembeli juga perlu berusaha untuk menghubungi penjual untuk mendapatkan kejayaan sebenar. :)

  32. auzan says:

    encik zul tahu tak pasal peraturan baru yang di luluskan oleh amerika mengenai produk buat duit di internet..saya rasa kena implikasi juga peraturan 2 dekat sini….peraturan itu mengenai promosi yang berlebih-lebihan tetapi tidak menekankan risiko yang bakal di tanggung…testimoni juga tidak boleh berat sebelah…

    • smartzul says:

      Setahu saya, undang-undang itu hanya berkuat-kuasa di US sahaja. Tapi saya kurang pasti, jika orang luar US masuk market sana, mereka juga akan terlibat sama dengan undang-undang tersebut. Mungkin boleh rujuk mana-mana lawyer yang tahu berkenaan hal ini.

  33. cyza says:

    Post macam ni sepertinya banyak dipublishkan sejak kebelakangan ini… Saya ada dengar tentang kisah IM yang gila2 promosi tp mengecewakan byk orang yang membayar mahal. Saya tahu sapa…jeng jeng jeng… tapi kita renung2 kembali dan ambil iktibar…jangan nak tipu dan tipu dan tipu orang…tak berkat beb…. betul tak…

  34. norazuan says:

    Salam bro!..

    Tahniah kerana info ini amt berguna..
    terima kasih Bro!

  35. cikgu nizam says:

    saya pun setuju dengan pandangan anda..Bagi saya kebanyakan IM sekarang lebih mementingkan wang..dan di samping itu juga golongan baru tertalu taksub untuk mendapatkan wang segera..sedangkan hakikatnya bukanlah mudah untuk menjadi IM sejati dan paling utama yang perlu diingat ialah jangan pentingkan wang.. Islam didahulukan Newbie diutamakan.

    ps: Thank..kerana ebook anda saya dah boleh wat blog wordpress..

  36. Haslinda says:

    Secara dasarnya saya bersetuju dengan motif blog smartzul dan sebahagian besar komen- komen yang diberikan.
    Pada pendapat saya(sebagai seorang yang yang pernah sekejap tercebur dlm bisnes ppl) ni dapat saya rumuskan orang2 baru yang menceburkan diri seolah hilang arah & tak tau nak refer kat siapa selepas beli ebook2 tertentu.
    Agak2 boleh kita buat statistik tak berapa banyak peningkatan orang yang dah berjaya dlm program ppl ke, e book ke vs kepesatan bisnes internet2 yang disebutkan.

    Ya. IM bukan perkara yang mudah. Kalau senang da ramai orang berhenti kerja kat luar sana sewenang2 wenangnya.

  37. Adney says:

    sekarang ebook2 tumbuh bagai cendawan.. kualiti dan bantuan selepas jualan tidak semua menetapi janji..

  38. Hisham says:

    Assalamualaikum….

    Saya sebagai insan yang baru berjinak-jinak nak try buat duit melalui internet ni dah banyak terbeli ebook yang memang sedap dibaca surat jualannya tetapi isi ebook nya adalah “hampeh” perkara yang tiada faedah langsung.Lepas beli, baca dan terkena lagi, kemudian beli lagi dan terkena lagi. Sekarang ni stop dulu beli ebook sebaliknya baca artikel atau panduan percuma adalah lebih baik rasanya. Kadang-kadang yang percuma ni adalah lebih tinggi kualitinya daripada yang berbayar.

    Namun begitu tidak semua ebook tiada kualiti, bahkan ade yang sangat berkualiti termasuklah support yg diberikan oleh penjualnya. ikhlas saya katakan buat masa ni “pakej kit blogger” adalah ebook yg terbaik yang saya beli di samping sapport yg diberikan oleh tuannya, memang amat berkesan dan memang berbaloi-baloi.

    Saya minta izin En.Zul untuk copy & paste artikel ni kat blog saya dan saya akan letakkan url sumber artikel ini diambil.

    Semoga Sentiasa Diberkati Allah

  39. mereka bukan gagal, tapi belum berjaya..mereka perlu cari mentor yg mampu memberikan bimbingan..

  40. Penang says:

    Saya setuju…. sebelum nak mempromosikan sesuatu produk daripada IM lain, baik kita cuba dulu. Tengok bagus atau tak bagus Kalau bagus baru kita mempromosikan produknya. Kalau kita mempromosikan membuta-tuli semua produk yang dikeluarkan oleh ramai IM, ia boleh menjejaskan kredibiliti kita, andai produk itu tak bagus. Lagipun kesian pada orang yang keluarkan duit. Duit hangus tapi hasilnya adalah nothing.

    Sekarang ini jika saya nak beli sesuatu produk pun saya pertimbangan dulu, tengok produk itu berkualiti atau tak dan sesuai tak dengan keperluan saya.

  41. betul2 mentor.. cari la sifu dulu.. lau x ibarat terjun lam gaung xbertali(ada ke org yg buat cmtu) hehehe..

  42. Nozi says:

    Salam Zul,

    Saya bersetuju benar. Janganlah terlalu menjanjikan kata-kata manis.Kesian pada newbie yang tidak tahu apa2 tersangatlah mudah termakan kata2.

    Lebih baik lagi jika kita sebagai penjual suka follow up dengan pembeli sama ada berkesan atau tidak buku yang dibeli dari kita.

  43. Densu says:

    Memang betui hang tulis tu. Saya antara peminat ebook. Sebab suka ilmu dan sekarang macam dah boleh buat perpustakaan ebook pulak. Saya dah kenal IM yang spt bro maksudkan dan saya ceraikan dia talak 3, “kaki klentong” .Tak paa kita jumpa di’sana’…janji untuk bimbing tapi email pun tak layan. Ada tu sampai beratus RM ,lepas beberapa bulan hilang bayang.

  44. Lee says:

    Salamullah..

    Sama-sama kita memperbaiki diri, menggapai redha Ilahi..

    Thanks Bro Zul kerana mengingatkan.. :)

  45. Assalamualikum Wr.Wbt,

    Sahabat yang dikasihi sdr. Smartzul..

    Saya sebenarnya amat berbesar hati dengan artikel yang saudara coretkan ini, ialah..siapa lagi yang boleh menegur kalau tidak ‘otai’ yang sebaris dengan IM kita pada hari ini. Cuma disini saya suka ingatkan bahawa IM yang sejati ialah IM yang senantiasa memikirkan kehendak masyarakat dan bersama-sama masyarakat untuk melihat masyarakatnya maju!..Sejak tahun 2006 sehingga ke hari saya sentiasa mengikuti perkembangan IM tanahair kita..dan saya dapati ada beberapa IM Malaysia yang betul2 sejati (pada pandangan saya) berusaha untuk melihat kemajuan bangsanya antaranya seperti sdr. Mohd Suhaimi (shuth), Smartzul, Shamsyuriadi, Alang, Mohd Amirol yang mana mereka jarang-jarang “timbul” dipersada arena seni hiburan tanahair IM (iyelah..siapa yg x nak glamerkan..) tetapi setiap hari mereka memberikan motivasi melalui blognya…inilah yg dikatakan kesedaran akal dan fi’liah..syabas saya ucapkan!

  46. zanuara says:

    Salam,
    saya setuju, 200% peratus! bimbingan amat penting dari harapan, daripada bimbingan akan lahirnya harapan. dari harapan insyaAllah akan lahirnya kejayaan.

    saya lebih suka ebook berbentuk tutorial daripada teknik buat duit semata-mata,seperti ebook cara buat laman web, grafik, seo dsb, dari ebook tersebut kita dapat pelajari satu persatu cara menjana pendapatan melalui online. walaupun saya bukanlah IM sepenuh masa, hanya sekadar sampingan, tetapi dari pengalaman saya membeli ebook, ebook2 berbentuk tutorial amat berkesan.

    Syukran bro zul.

  47. benbaz says:

    Terimakasih saudara Zul. Artikel2 begini yg sangat2 diperlukan oleh newbie. Dapat dijadikan panduan supaya mereka tak tertipu, tertipu dan tertipu lagi.
    Sape tak meleleh air liur baca diaorang punya sales letter oo..

  48. eastmail says:

    Terima kaish sifu…

  49. smartzul says:

    Terima kasih kepada semua yang telah memberikan komen, pendapat dan kritikan. Saya tidak dapat membalas setiap pendapat di ruangan ini. Yang pasti, saya telah membaca semua komen-komen di sini agar saya dapat mengaplikasikan kepada diri saya sendiri dan sebagai idea untuk melakukan sesuatu untuk manfaat semua.

    Terima kasih.

  50. sangat setuju! lagi2 dgn produk keluaran sesetengah otai. saya terima banyak email yg mengeluh dengan satu produk otai Mr Z. cuma saya x boleh nak buat apa. saya harap pembeli dapatkan review produk terlebih dahulu sebelum mmbeli. so baru dapat tau apa dalam kandungan tersebut.

  51. sabriyunus says:

    salam,betul dan sokong seratus peratus…sebab ini melibatkan kehidupan kita…pastikan cara,kaedah dan sumber memperolehi pendapatan kita bertepatan dengan landasan agama kita…Duit yang dapat untuk kegunaan kita pastikan cara halal…..tidak menzalimi dan menipu orang…serta bertanggungjawab…

  52. Bent says:

    Itulah sebabnya saya tidak pernah sekali pun promosikan mana-mana produk orang lain sebelum yakin dengan ebook dan service selepas jualan ini. Walaupun mailing list saya tidaklah seramai mana tapi saya masih mempunyai tanggungjawab yang besar dan memberikan kepercayaan kepada bakal pelanggan saya.

    Dulu saya pun sering juga terkena dengan IM ini tetapi takkan pisang berbuah 2 kali kan? pengalaman memang mematangkan. Lebih baik saya mendaki perlahan-lahan daripada mereka yang menuju ke puncak dengan pantas dan selepas itu jatuh kedebuk!

    Sejak berjaya menghasilkan ebook sendiri dan percuma, saya mula berlajar dan memahami perasaan terutamnya yang baru nak bermula dlm bidang IM. Banyak soalan yang saya dapat dan tak mampu untuk saya jawab semuanya..dan bayangkan jika ebook saya tersebut berbayar dan lebih penting lagi adalah mahal..apa yang akan saya dapat dari mereka? sudah pasti sumpah seranah..

    Sekurang-kurangnya saya memahami perasaan mereka sebelum saya bersedia untuk menjual.

  53. zakiharun says:

    salam otai dan semua di sini, sampai-sampaikanlah pesan yg baik ini kpd rakan-rakan di luar sana yang semakin ramai mabuk dgn biz internet, mmg byk jerung yg sedang perhatikan mangsa masuk ke lubuknya… “berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran…” tima kasih sdra smartzul..

  54. Semoga diaorang bertaubat dan tak makan duit yang kurang keberkatan.. amin.

  55. fadzlihani says:

    Tahniah tuan Samrtzul di atas artikel ini. Tuan telah memberi satu dimensi baru di dalam dunia IM. Tidak kira apa yang anda buat kejujuran adala yang utama.

    Tahniah sekali lagi.

  56. Nor Faridah says:

    yg penting never give up!

  57. sufian says:

    alangkah bagusnya kalau saya membaca artikel sebegini dulu sebelum beli apa2 ebook..tapi dah takdir kot..memang terkena dengan ebook yg ntah apa2..next time memang kena berhati2 lagi..

    * mungkin saya ni dah masuk dalam list subscriber tepu macam komen kat atas tu..(banyak sgt org promote..last2 tak beli pun)

  58. rizal says:

    Apa yg bro Smartzul paparkan sememangnya apa yang berlaku sekarang ni. Tidak ada yg tidak menjanjikan betapa senangnyanya nak dapat duit dari internet dalam tidur dapat duit, dalam santaipun dapat duit..puuh…! sungguh senang “copy & past” cara saya tah macam2 lagi dah.
    Kita yg newbie memang senang diperbodohkan…sebab teruja tengok pendapatan yang dipamerkan tanpa fikir panjang terus beli..lepas tu tak tau macam mana nak memulakan…sebab tak ada pengelaman..last2 apa yang kita harapkan berkubur begitu saja.
    duit gaji bulan tu cukup2 untuk menampung perbelanjaan sebulan dah tak lepas…fikir2kanlah apa terjadi kepada teman lepas tu.????

  59. Thanks zul,
    Saya pun ade terbazir duit beli ebook yang tidak seperti diharapkan.. Pada hal info tu blh dpt percuma jer…
    Sumer sebab salesletter yang kononnya bagus…

    Lg 1 x sangka lak skang ni ramai IM M’sia ni promote 1 program ni.
    Lebih nak promote komisen dari produk. nampak mcm skim piramid jer….

  60. sani says:

    salam buat semua,
    Kali pertama membaca komen rakan2 & kali pertama saya memberi komen:
    Senantiasa di kalangan kita kebanyakannya x puas hati dengan mrk2 yg menjual apa2 produk di Internet, Soalnya sekarang apa salahnya sahabat2 di blog ni memberikan nama2 syarikat @ individu yg menjual produk tersebut agar org yg masih baru dlm bidang IT spt saya ini tidak tertipu oleh mrk yg tidak btggjawab.
    Wasalam…..
    Pecah kaca pecahlah gelas, lepas baca harap komen dan balas….
    * kepada mrk2 yg makan cili, bertaubatleh dari skrg & kpd mrk yg ikhlas membantu sesama Islam syabas diucapkan moga2 Allah membalas jasa tuan2. Jumpa lagi

  61. anuarahamad says:

    ooo, betul kita kena ada prisip, duit bukan segalanya. tahniah kerana saudara mempunyai prisip,semoga ramai lagi kawan-kawan yang sealiran dgn tuan

  62. azwan says:

    Cool post bro.

    Pembeli juga harus berwaspada. Jangan hanya lihat RM yang besar-besar tu tanpa membuat kajian keperluan terlebih dahulu.

  63. lanchini says:

    Salam en Zul,

    Tahniah untuk artikel yang penuh pengertian ni. Seperti juga beberapa komen di atas, saya pun rasa artikel ni sepatutnya saya dah baca sebelum kenal apa itu perniagaan internet lagi.. Saya dah alami pengalaman jadi pembeli hampa seperti yang en Zul tulis tu. Bukan sekali, tapi 2,3 kali jugak. So, sekarang dah agak ‘fobia’ dengan produk IM tertentu.

    Artikel ni jugak akan dijadikan panduan untuk diri sendiri. Banyak point2 penting yang bukan dibaca, tetapi patut di AMALkan..

    Thanks en Zul.

  64. Bent says:

    Bro Zul..saya akan gunakan artikel ini di blog saya..sila perkenankan..saya akan sebarkan juga kepada mailing list saya

  65. Muhd Suhaily says:

    Salam Zul,

    Memang betul apa yg dikatakan, keutamaan pelanggan, kualiti, penerimaan dan harapan dari mereka amat tinggi. Isu kepercayaan amat penting utk perniagaan jangka panjang. Buat, janji dan mesti deliver…

    Terimakasih.

  66. Salam,

    Saudara, really appreciate your thoughts on the above. As a Muslim, it is our duty to inform other Muslims on the need to think of other people as well.

    I could not have said it very well. I hope your write up above will give other internet marketers a moral boost and assist them in finding the right information products to promote.

    Sudah-sudahlah.

    Thanks.

  67. mykrk says:

    Syukur atas artikel yang baik ini. Semoga jadi iktibar kepada IM juga newbie macam saya. Kadang2 terfikir beli buku di kedai lebih murah, kualiti pun ok. Saya beli ebook kerana mahukan customer support yang dijanjikan, tapi kadang2 janji cuma tinggal janji. Sekarang sedang memerhati beberapa nama…… kepada kepada IM yang benar2 jujur. Teruskan usaha, semoga Allah memberkati rezeki anda.

  68. Saudagar says:

    saya setuju seratus peratus,dah banyak yang saya beli ebook ni termasuk ebook dr saudara zul juga, yang ni saya cukup puas hati kerana ianya ebook yang betul-betul memberikan pengetahuan dan boleh dikategorikan ebook ilmiah. Ebook dari saudara amirol jugak hebat, dengan sokongan yang baik. Tetapi jika ebook yang menceritakan tentang pendapatan dengan itu dan ini, saya amat tidak berpuashati, ada satu ebook yang menceritakan tentang pendapatan dengan clickbank….cakap tuan punya nak bagi tip setiap 2-3 bulan…dia sendiri pun tak masuk ruangan support tu..ish2 macam ni pun ada jugak. Saya dah keluarkan dia dari senarai favorite saya. beberapa nama yang saya cukup respect IM malaysia…Smartzul, Amirol, Mazeli, yang lain kene fikir 2 tiga kali

    • sufian says:

      emm..bila sebut ebook clickbank, pastu janji ada ruangan support utk pembeli, macam saya tau2 je sapa penulis ebook tu..

      cuma nak tambah, dari ebook tu, hanya bgtau produk clickbank yg gharar dan syubhah (tapi untung tinggi) , tarik pelanggan hanya guna adwords, pastu buat landing page utk tarik “list”..tapi bila dah buat, beratus2 ringgit(mungkin lebih lagi) dah habis duit pada hosting, adsense, autoresponders yg disarankan..tanpa support itulah hasilnya kepada pembeli..dahlah rugi, bertambah rugi, janji tinggal janji..

      kadang2 tu nampak juga juga iklannya bersepah di adsense, rasa macam nak click banyak kali je bagi habis modal penulis tu..tapi bila fikir balik, tak baik pula berdendam..mungkin pengajaran dan iktibar yg saya “beli”..
      so, yg sudah tu sudahlahhh…

      * hingga kini, saya hanya untung buat bisnes dari ebook orang putih (boleh la cover sikit2 kerugian besar dahulu)..hingga sekarang email akan berjawab..dia pun tak kisah bila saya dah jadi pesaing dia sebab dia ajar A-Z..bukan nak kata orang melayu tak ok..(masih ramai lagi iM melayu yg betul2 mambantu) ..cuma tak sangka ada juga orang putih yg ikhlas membantu..

      * utk yg newbie, check dahulu feedback pengguna sebelum beli di google..jangan percaya bulat2 testimoni di website jualan

      • sebut psl org putih ni,
        saya ade subscribe 1 im omputih yang memang terkenal.

        Yang saya terkejut dia siap tepon saya , tanya ape yg perlu dibantu psl im ni..
        tp psl waktu dia call tu saya tgh tido (almaklum ler zone waktu x same) saya ngan mamai2 jawab, dia ingat saya main2 agaknye..
        terus dia letak tepon :)

        kalu im malaysia boleh bg support mcm tu..mmg salute ler…tabik spring saya bagi

  69. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Post di atas menarik dan tertarik lagi untuk memahami yang tersirat oleh si penulisnya…

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

  70. zaki from home. says:

    Salam Mr.SmartZul,

    Alhamdulillah syukur artikel saudara memberikan “alert” serta kesedaran diri.

    Sebenarnya saya belum lagi berkecimpung dlm arena ini walaupun 2 tahun saya buat kajian dunia IM.

    Macam2 promosi dalam & luar negara melimpahkan ke email saya sampai tak tahu nak mula mana satu dulu.

    Saya pernah membeli pakej “Blogging Step” pada 2007 & salah saya kerana tidak aktif utk memulakannya (maaf Zul,saya asyik sibuk benda lain).

    2 minggu lepas,saya nekad utk menyiapkan pakej
    yang saya beli 2 tahun dulu.Alhamdullilah
    90% blog telah berjaya disiapkan dgn panduan SmartZul berikan.Selebihnya saya akan follow-up support dari Mr SmartZul.

    Moral of Story: Apa yang di sampaikan dalam Pakej itu bertepatan serta berkualiti & bukan sekadar menjual saja.Inilah hakikatnya dan berbaloi saya dapatkannya.

    Adalah diharapkan & berdoa supaya bila aktif nanti saya tidak lupa diri dan sentiasa mengutamakan kualiti & keperluan pelanggan.

    ***sorry ayat komen panjang****

    “Majulah IM Malaysia dgn penuh keberkatan.”

    Terimakasih & Tahniah SmartZul -keep it up.

  71. abanglong says:

    Tahniah dari saya. Sebelum kita memasuki tahun baru ni, eloklah fahamkan artikel ni dengan sepenuhnya. Muhasabah diri. Ingat kembali perkara-perkara yang terjadi pada kita di tahun 2009. Baikkan apa yang buruk. Kekalkan apa yang baik dan buat yang terbaik di tahun 2010, insyaallah.

  72. erin says:

    betul tu.. sy sgt setuju.. kualiti itu sgt penting dari kuantiti.masalah yg paling nyata kat sini bagi saya apabila lepas beli sesuatu produk .. tak paham nak contact si IM punya la lama nak balas.. betul la cam surat gak.. 2 tiga hari baru balas.. so time tu minat yg berkobar-kobar tu kurang..mula la menyampah.. betul ke produk ni bagus cam di war-warkan ..Tahniah kpd saudara Zul, artikel anda sgt bagus..

  73. Maaf saya budak baru belajar(masih sedang bersungguh2 mengenali apa itu perniagaan Internet sebenar). Tapi terpanggil saya untuk memberikan reaksi pada post bro smartzul kali ini.

    Kini barulah saya tahu kenapa blog smartusaha ini menjadi antara sumber rujukan utama komuniti perniagaan Internet Malaysia. Ya.. memang rasa janggal di hati apabila saya sendiri melalui keadaan tertipu (dan kerugian) itu beberapa kali. Sebagai orang baru, saya menganggapnya ‘cost of learning’ sahaja.

    Bagaimanapun kelihatan ia menjadi budaya dan tiada usaha2 pembaikan terhadapnya. Post ini memang kena pada masa dan situasinya. Saya mengambil kesempatan untuk memberikan kredit kepada Flarebiz Team, Amirol Zolkifli, Gobala Krishnan dan Saudara Smartzul sendiri. Setakat hari ini, saya (yang masih mentah dan baru) mengenalpasti mereka ini adalah usahawan Internet sebenar. Lihat mereka dan contohi apa yang mereka lakukan.

  74. Salam Zul,

    Ini kali pertama sy menulis/komen dlm mana-mana blog. Maklumlah org baru IM. Sy nak bg tau yg sy ‘otai’ dr aspek umur & pengalaman hidup. Tapi ‘newbie’ dlm IM. Baru nak berjinak2.

    Ap yg zul sebut mmg 100% benar. I berlaku kpd sy sebelum ni. Kalau ebook dr luar negara tu mmg byk gak dah beli khasnya bkaitan cara2 buat duit tu. Ayat2 dia org mmg power. Akhir2 ni sy beli gak yg dr Msia. Bila baca2 balik, masih x sampai lg maksud dan hajat nak buat byk2 duit dlm internet sbb majoriti hanya nak tunjuk cara sikit2 je. Bukan panduan lengkap yg mengajar A-Z. Ia mcm tgantung2 gaklah. Mgkn ada sebab, dia org nak tarik utk belian seterusnya kot.

    Yg bagi kursus/seminar pun lbh krg sama stailnya. Mcm yg bagi seminar2 usahawan kat luar sana tu. Konon ternak Ketamlah, Cacinglah dll. Hangat2 tahi ayam je. Jelas dia org nak hidup dr hasil yuran seminar tu je.

    Hanya ada beberapa IM yg sy fikir benar2 buat seminar/kursus/bengkel bekaitan internet biz ni yg sy sngt puashati. Antaranya yg telah sy hadiri ialah yg dbuat oleh Shuth.

    Hello kwn2 dan Zul gak, lg satu jgn terpedaya dgn kehebatan IM2 yg mendakwa hebat di Dunia, selalu memberi ceramah IM pd khalayak yg ramai, di Amerika lah, Australia lah dll. Dah tu caj bengkel beribu2. Sy sendiri terkena sebab tu sy berani cakap. Bantuan dia org tu mcm x de. Patutnya kalau dinamakan bengkel, mestilah kalau buat bangku, bangku jd siap boleh duduk. Ni tidak, kalau senget bleh tahan lg, dpt gak duduk ngereng. Yg jd ialah kerusinya empat2 kaki x dak siap2. Faham kan.

    Syabas zul, anda teruskan menegur sebab ia tanggungjawab semua. Jgn pulak menegur kerana ada udang sebalik batu, sebaliknya menegur untuk kebaikan manusia sejagat. X kira kita dlm kedudukan untung atau rugi. Amal Makruh, Nahi Mungkar.

    TK Jumpa Lagi.

    Man Aris (Mroma)

  75. Man Aris (Mroma) says:

    Hi, Salam & TK.

  76. Shahrin Abdullah says:

    Salam buat SmartZul,
    Terimakasih atas Blog yang sangat ‘Menyedarkan’ ini. Semoga Allah melimpahkan lagi Rezekinya buat saudara. Untuk pengetahuan saudara saya sangat berminat untuk menjadi IM yang berjaya seperti saudara, malangnya saya masih ‘buta komputer’ dan masih tak yakin boleh membuat Website sendiri. Sila maklumkan pada saya sekiranya saudara ada menganjurkan bengkel Website. Terima kasih.

  77. Fadzil says:

    Assalam.
    Saya bersetuju dengan apa yang dituliskan oleh saudara Zul. Contohnya, diri saya sendiri, saya pernah menjadi IM sebelum ini, akibat dari kurangnya pengetahuan dan niat nak mendapat untung dengan cepat saya telah mengalami kerugian hampir RM3000 dalam masa 3 bulan. Saya beranggapan menjadi IM ini senang saja dan mudah mendapat keuntungan tetapi itu hanyalah pemanis mulut sahaja. Dan yang lebih membebankan saya ialah tiada sebarang panduan dan sokongan daripada pihak yang sepatutnya memberi pertolongan dalam mengendalikan perniagaan internet cuma ada ebook yang dibeli saja sebagai rujukan.
    Saya amat berharap mendapat bantuan dan panduan daripada saudara Zul dapat membantu saya dan rakan-rakan lain yang ingin menjadi IM yang berjaya.
    Sekian.

  78. PakarHowTo says:

    Saya dulu memang suka benar join program PPL dan promote pada pembaca blog saya. Dan memang tak dinafikan, hasil promosi PPL tu, saya dapat beratus-ratus RM. Tapi beberapa ketika selepas tu, ramai para pembaca blog saya menghantar email pada saya, komplen cakap diorang rimas dan terganggu dengan email-email promosi yang begitu kerap dihantar oleh owner program PPL tu. Ramai juga yang termakan ayat2 manis owner PPL tu, dan membeli produk dari dia. Tapi, rupanya produk yang dibeli tu, hampeh. Lantas, saya pula yang dimarahi. Saya menjadi tempat diorang meluahkan perasan tak puas hati.

    Sejak dari itu, saya dah tak promote lagi mana-mana program PPL. Bak kata SmartZul, apalah gunanya duit komisyen tu, kalau disebabkan promosi kita, ramai yang tertipu dan terganggu.

    Jadi, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada SmartZul atas artikel yang sangat bagus ini. Saya ingat nak copy&paste masuk dalam blog saya nanti. (*pastinya sumber URL akan di kredit kan)

    Berkenaan dengan seminar perniagaan internet, setakat ni saya dah pernah join beberapa seminar. Antara banyak-banyak tu, yang paling saya PUAS HATI ialah SEMINAR SMART BLOGGING saudara Rohaizad. Seminar dia memang bagus dan berbaloi bagi saya. Support, dan follow up after sales pun SANGAT2 BAGUS!

    So, kalau ada saper2 yang nak pi seminar smart blogging rohaizad tu, saya memang rekemen laaa…

    sekian terima kasih.

    • smartzul says:

      Seminar Rohaizad salah satu seminar yang boleh dikira jujur. Beliau akan menyatakan apa yang perlu dahulu sebelum datang. Dan jangan join kalau belum ada asas blogging dan belum ada blog dot com sendiri.

  79. Bard says:

    Salam kesejahteraan buat semua,

    Bagus dan saya sokong artikel ini Sdr Zul.

    Dipendekkan bicara.. penguatkuasaan undang-undang dlm menjlnkan perniagaan internet belum ‘Mantop’ lagi.. sebab itu kebanyakan IM ‘mungkin’ telah nampak ruang yg boleh melepaskan mereka dr dipersalahkan atau ‘mungkin juga’ didakwa. Tapikan apalah gunanya ‘dakwa-dakwi’ sbb pasti tidak akan berkesudahan pulak nanti..

    So, ‘hapuskan persaingan’ tingkatkan Kreativiti’ sure satu orang satu ‘produk’ boleh dikeluarkan punya..

    oop sy jangan salah anggap apa yg sy kata ini bukanlah anti-persaingan tapi lebih suka semua orang merasa kesenangan dlm menjana wang dgn mudah lebih-lebih lagi dlm bidang perniagaan internet ini..

    “Nak tahu org yg ikhlas.. ialah mereka yg tidak pernah mengakui “atau’ mengungkit-ungkit “Saya dah buat tu, saya dah buat ini..dan dah dapat begitu-begini.. kot jadi riak pulak.. atau mungkin sebagai strategi perniagaan semata-mata kot.. entah lah..

    Sekian, terima kasih.

    p/s: sebenarnya sy ni malas nak komen apa-apa kat sini tapikan inilah “Pendapat dari saya aje’

  80. sufian says:

    lupa nak cakap..minta kebenaran juga utk copy artikel penuh bermakna ini ke blog saya..akan dinyatakan sumber dari website smartzul..

  81. petrasis1 says:

    Setuju dengan saudara Zul.. Saya Sokong..

  82. mazlie says:

    Salam Zul, satu artikle yang bagus sebab ianya buatkan saya terfikir semula apa yang dah saya buat selama ni..saya sendiri mengaku ada kalanya saya tergolong dalam golongan yang zul maksudkan, mungkin sebab saya baru lagi, semuanya nak dicuba, so, insyaAllah, mulai tahun hadapan, saya akan kemaskan semula perniagaan internet saya..mungkin saya tidak akan ambil bahagian untk mana2 produk buat duit lagi selepas ini, saya akan fokus lebih kepada produk teknikal, servis dan lain2..

    Dan saya rasa dengan artikel zul ni, buatkan ramai orang akan berhati-hati untuk membeli produk buat duit selepas ini, ini saya yakin,ia sekaligus membuatkan orang ramai ada panduan dan tidak beli sesuatu produk dengan suka hati…syabas zul :)

  83. Khairudin says:

    Saya setuju sangat zul, memang sudah banyak duit dihabiskan tapi masih tidak berganjak. Hanya kepuasan diri yang kita dapat. kita terima kesilapan sebagai pengajaran

  84. Azrai says:

    Satu artikel yang bagus. I like.

  85. Didik says:

    Artikel yang cukup bagus dan bernas sekali. Tahniah untuk Saudara Zul.

    Setelah membaca artikel ini saya rasa terpanggil untuk memberikan reaksi pada post saudara smartzul untuk kali pertamanya.Sekadar komen dari budak baru yang ingin belajar apa itu perniagaan internet. Maaf sekiranya komen saya ini mungkin menguris perasaan di kalangan beberapa IM.

    Ya! memang rasa perit di hati apabila difikirkan saya sendiri melalui keadaan tertipu (dan kerugian) itu beberapa kali. Tetapi untuk memuaskan hati ini, saya hanya membiarkan sahaja dan meneruskan usaha dengan menyelidiki sebaik mungkin setiap ebook yang akan saya beli. Untuk pengetahuan saudara zul juga, mungkin nilai setiap ebook yang saya beli itu pada saya tidaklah banyak jika dikira satu persatu namum jika dikumpulkan telah mencecah RM1K++!! dalam masa utk beberapa bulan shj. Ini hanya untuk ebook sahaja belum lg dicampur dgn RM seminar.

    Setiap ebook yang saya beli itu dipromosinya dengan begitu baik sekali oleh IM yang terlibat namum setelah itu…semua janji2 manis yang ditaburkan berlalu begitu sahaja..tanpa follow up..sehingga ada yg tidak dpt sy download dari linknya utk bahagian ebook tersebut. Saya tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kpd nya (mereka [IM] ini ada dan sy kenali kerana mereka juga postkn komen di artikel saudara zul)ini :) Tetapi sy tidak akan menyebut namanya utk hormati mereka lg. Sy tidak marah kerana mgkin juga sifat saya yg sentiasa ingin tahu apa itu internet marketing dan minat sy suka explore mengenai ini..dan setiap ebook yang saya beli itu sy letakkn ia sbg ilmu utk sy guna, pelajari serta jadikn sbg rujukan.

    Setelah semua yg sy lalui ini…dijadikan pengalaman dan pengajaran, sekarang sy gembira krn diketemukan dgn beberapa IM yg telah dpt dan byk membantu/menolong sy mendalami dgn lbh lg apa itu perniagaan internet sebenarnya. Mereka ini tidaklah sehebat yg sy membeli ebook dari IM yg tidak ada rasa tanggungjawab sbg IM yg hanya memikirkan utk mengaut keuntungan semata-mata. Sehinggakan ada seseorang itu yg bercita2 juga utk menjadi IM telah menipu sy dgn menawarkan komisen dari sy utk setiap alamat email yg sy berikan pd nya dibayar 1 email dgn RM0.50 sen. Mgkin salah sy juga kerana tawaran beliau itu, sy berikan list email tersebut. Telah sy katakan pd beliau mgkin apa yg beliau lakukan adalah spam, namum tidak mengendahkan pesanan itu. Setelah beliau lakukan semua itu,setiap hari diberitahunya akaun sy telah menjana $$$ dan dia akan transfer kn $$$ itu namum…satu ketika beliau memberitahu akaun nya diblok..jadi beliau tidak dapat membayar komisen itu kpd sy. Itu belum lg menjadi betul2 IM tetapi telah melakukan sedemikian. Bagaimana jika beliau IM? sekarang beliau cuba memberitahu yg beliau akan melancarkan produk pertamanya. Adakah sy akan membelinya? Dan bagaimana dengan anda semua? sy mengenalinya dan anda mgkin belum kenal lg. Wajarkah saya mencatatkn nama nya disini? utk peringatan bersama…

    Bagaimanapun kelihatan ia menjadi satu budaya dan tiada usaha2 pembaikan terhadapnya. Post ini memang kena dan tepat pada masa dan situasinya. Bagi saya, saya suka melihat internet marketer adalah Irfan Khairi dan bro Razzi Rahman. Sy yang masih mentah dan baru suka sekali melihat perniagaan mereka ini adalah perniagaan internet yang sebenar.

    Kepada Saudara Zul dan team, syabas sy ucapkan. Anda semua akan berjaya menjadi IM yang lebih berjaya dgn mengekalkan altitude yg sedia ada kini dan sentiasa mengupgradekan. Tahniah!

  86. Amirez says:

    setuju sangat zul..memang ramai IM yang sekadar melepaskan batuk ditangga. 3 hari lepas saya tertipu dengan tawaran IM international yang kalau disebutkan namanya mesti semua orang kenal. susah nak cari IM yang betul² berniaga untuk kebajikan. kebanyakannya hanya memanipulasi orang untuk keuntungannya sendiri

  87. azmey says:

    Satu nasihat yang bagus dan jujur. Saya antara orang yang rajin membeli Ebook. Saya dah beli dari beberapa orang IM Malaysia yang buat duit berpuluh ribu dari internet kerana surat jualannya yang memukau tapi servisnya hampeh. Mereka ni tak de sifat nak menolong selepas jualan. Dekat Malaysia ramai betul Internet marketer yang baru beberapa bulan atau setahun dua buat duit sibuk pulak buat duit dengan seminar. Akhirnya mereka ni mendapat banyak duit dari seminar dan tidak begitu fokus lagi pada online profit kerana seminar lagi banyak dapat duit. Pada saya mereka ini adalah orang yang menjual kata-kata sahaja. Orang macam ni banyak betul sekarang ni dan yang jadi mang sa adalah mereka yang begitu laparkan duit mudah dari internet yang begitu susah nak dapat tanpa ilmu yang betul. KALAU NAK BERJAYA KITA MESTI BELAJAR DARI KESILAPAN. MESTI MENCUBA SENDIRI DAN ADA KREATIVITI, BUKANNYA IKUT BULAT-BULAT DARI STEP BY STEP EBOOK BUAT DUIT TU. SEBENARNYA DALAM PERNIAGAAN YANG SEBENAR, KALAU SESEORANG ITU MEMANG BUAT BEGITU BANYAK DUIT UNTUK SESUATU TEKNIK ATAU RAHSIA, MEREKA TIDAK AKAN BOCORKAN RAHSIA ITU. KECUALILAH TEKNIK ITU TIDAK BERAPA BERKESAN ATAU MEMERLUKAN KOS YANG BANYAK. MEREKA JADI LETIH DAN JUAL PULA TEKNIK BLUEPRINT MEREKA ITU.
    Untuk orang baru ada baiknya tidak terikut-ikut dengan cara buat duit begitu. Apa yang perlu adalah belajar benda yang betul dan membeli Ebook yang betul dan wajib bagi mereka seperti tutorial buat blog, cara menulis dan mengenal tool-tool untuk berjaya.
    Sebenarnya kalau kita kreatif dan sentiasa belajar takdelah susah sangat nak dapat duit dari internet ni. Ada satu dua program saya masuk tapi saya tak promote langsung pun ada dapat beberapa jualan. Tulah saya kata kena ada ilmu iatu buat kajian contoh keyword, niche
    dan lain-lain lagi. Ini semua kita akan dapat dari ilmu yang kita sentiasa belajar.
    Sekarang saya tak beli Ebook lagi, saya menyertai membership plr,mmr. Dengan menyertai Lifetime (sekali bayar je) saya dapat belajar teknik terbaru dari ebook, video terbaru setiap bulan. Memang berbaloi. terima kasih.

  88. AdiProper says:

    Salam sejahtera bro,

    Ramai drp penjual ebook kat Malaysia mampu buat duit dengan “produk buat duit” tapi kebanyakanya gagal memberikan bantuan atau sokongan yg setimpal kepada pelanggan mereka.
    ( seperti yg dijanjikan)

    Kebanyakanya bersikap jual, jual, jual & tinggalkan pembeli lepas dpt duit.

    Sampai bilakah perkara ini akan terus berlaku?

  89. Yusop says:

    Salam Zul,

    Terima kasih kerana siarkan artikel ini.Walaupun akan ada IM IM yang akan melenting dan membalas balik dengan hujah-hujah dan artikel mereka selepas ini, namun saya rasakan inilah artikel yang terbaik dan beraniyang saya baca selama saya mengenali dunia IM ini. Peringatan yang bagus untuk semua…

  90. Abu Haziq says:

    Assalammualaikum Zul.
    Moga-moga Allah memberi pahala kpd sdra di atas ‘pendedahan’ sdra ini. Saya amat setuju dgn sdra. Saya sendiri banyak membeli ebook-ebook IM tempatan hingga sehingga kini ribuan runggit dibelanjakan & mendapati banyak ebook ini ‘indah khabar dari rupa’. Malah ada ebook IM yang ada nama (dari Pantai Timur) tidak memberikan apa yang dijanjikan seperti yang tertera dalam ‘sales letter’nya padahal ebook yang saya beli itu seratus ringgit lebih !.

    • Dari pantai timur? Saya ke Abu Haziq? Apabila release apa apa produk, saya sentiasa nakkan feedback dari customer. Tak nak la syok sendiri.

      Daripada feedback tu, buat pembetulan.

      p/s:Saya pernah kena sound kat cikgu BM yang jadi customer,ebook saya bahasa hancur.:p. Mungkin pada pandangan beliau setiap penulisan mestilah mengunakan bahasa yang betul & etc.Pada pandangan saya pulak,yang penting pembaca faham apa yang nak disampaikan dan mendapat manfaat. Tapi saya sedang cuba memperbaiki dari masa ke semasa skil penulisan saya.

      Saya start dari zero juga bab penulisan ni. Tapi berlatih dari masa ke semasa. Zul dah agak expert dalam hal ni. :)

      • smartzul says:

        Saya masih lagi belajar Sham. Sebenarnya susah untuk berbahasa Melayu yang betul atau istilah Puan Ainon, Bahasa Melayu Tinggi. Kena praktik sikit-sikit. Saya sendiri pun banyak lagi buat silap. Pengalaman saya, seperti Sham tu, walaupun kita silap satu perkataan atau sendi kata pun, kita akan dinasihatkan oleh mereka yang ‘tegas’ dalam soal bahasa. Itu baguslah. Banyak saya belajar daripada teguran sebegitu.

  91. Fauzi says:

    Saya memang setuju sangat dgn saudara Zul..

    cuma nak tambah, selalunya ruangan testimoni tu disokong oleh orang – orang dan muka yang sama.. kalau ye pun nak sokong janganla sokong bulat2 dan membabi buta.. jagalah reputasi dan nama baik anda.. kesian kat pembeli.. ni orang mintak testimoni, asyik – asyik best, awesome, purrrfect… kalau 10 produk 10 la yang bagus.. yang membeli tu pun terpedaya sekali lagi atas kepercayaan terhadap ‘sifu – sifu’ yang merekemen.. hmm.. sudah sudahlah.. muhasabah diri..

    • smartzul says:

      Terima kasih Fauzi. Saya juga ada belajar daripada perkara ini. Terkadang, pihak penjual itu menyalahgunakan testimoni tanpa keizinan orang yang memberi testimoni.

  92. Artikel penuh ada di sini:http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

  93. Nurul says:

    Salam..

    ilmu yg bermanfaat.

  94. abanglong says:

    Perkara-perkara tertipu ini adalah satu pengalaman yang membuatkan kita lebih berhati-hati sebelum membeli yang lain. Berhati-hatilah.

    Bila beli ebuku tu, praktikkan apa yang diajar. Bukan untuk di simpan sahaja. Make sure dapat return investment. Dari apa yang saya alami, dalam setiap ebuku tu ada kelainan masing-masing.

  95. hohoho,tambah skit.mr Z… N….

  96. aleh says:

    kadang kala sakit hati gak dengan segelintir kecil IM2 yang hanya pentingkan keuntungan diri sendiri..dengan menjual produk2 buat duit yang konon boleh dapt ribu-riban..agak2 diorang ambil tahu tak berapa org dari pelanggan diorang yang dapat balik untung paling kurang pon balik modal beli produk diorang..?atau pon diorang hanya buat tak tahu atau tak nak tahu pon..nak jadi IM biarlah jujur pada pelanggan..

    PS:tima kasih smartzul untuk artikel ni..banyak beri kesedaran..

  97. alan tan says:

    Lagi satu, bila e-book cakap(Janji) ada Update seumur Hidup!

    Hakikatnya Ini adalah SATU PENIPUAN! (Gimmick semata-mata)

    Paling banyak pun ada update 1 atau 2 versi(kalau nasib baik), lepas tu tetap akan tinggal JANJI MANIS shj!

    Memang tiada insentif utk penulis e-book bagi Update ni & Dunia Internet cepat berubah!

    Cuba anda fikirkan!

  98. sham says:

    alhamdullillah kalau sesetengah blogger sedar hakikatnya…
    perbuatan menyumbang list email pun sebenarnya boleh memudaratkan kekrebiliti anda.
    Ini pun salah satu kejujuran sebenarnya untuk menjaga list tersebut, setelah anda dapat dengan usaha sendiri selama ini.

  99. Yer memang betul pun…boleh dikatakan sales letter grafik cantik memang boleh menjadikan kita mudah untuk membeli ebook. Sebab itulah sekarang saya malas dah nak beli ebook ni..buek abis boreh je..hehehehehe..

    • smartzul says:

      Sebab itu perlu buat kajian dan pertanyaan dahulu sebelum membeli apa-apa barang di internet, tidak semestinya ebook. Barang lain pun kita perlu berhati-hati juga.

  100. mdjowo says:

    betul tu bro….newbie macam aku ni memang selalu terkena, nak buat camne kena amik risiko le pas tu baru le jadikan teladan…

  101. morizna says:

    Salam,

    Walaupun saya tak dari mula sampai habis artikel saudara Zul ini, saya rasa saya dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Ini kerana perkara sebigini terjadi kepada saya sendiri. Seolah-olah terdetik dihati akan kebajikan orang yang membeli produk kita atau produk orang lain yang kita promosikan. Kita tak sanggup ‘mengenakan’ orang lain kerana kita rasa kita dan ter’kena’. Jika ada ramai Usahawan Internet macam Saudara Zul kat luar sana, saya pasti masalah SCAM atau mengamalkan keuntungan semata-mata akan berkurangan kerana pembeli didedahkan dengan ilmu yang cukup sebelum membuat keputusan membeli sesuatu produk di internet. Syabas buat semua pembaca. Anda selangkah dihadapan…..

  102. ShueQry says:

    Apa yang Zul tulis ni saya adaptasikan ke arena blogging – dahulukan kualiti, dahulukan persahabatan dan attitude saling memberi.

    kesimpulannya, dahulukan orang lain, berikan lebih banyak. Apa yang kita beri sebagai seorang kawan, itu jugalah yang akan kita dapat nanti.

  103. reena says:

    salam saudara zul,
    terima kasih pada saudara zul yg telah menerbitkan artikel ini. terus terang saya katakan saya sendiri pun dah banyak kali ditipu oleh pihak2 tertentu yang semata-mata inginkan keuntungan. sudah banyak duit yang saya laburkan tetapi hasilnya hampeh….
    dalam suatu ketika pernah juga saya membayar untuk sesuatu yang tak pernah wujud. maksud saya selepas saya membuat bayaran saya diberikan satu link download untuk ebook yang saya beli tu tapi link download tu tidak wujud. dah beberapa kali saya hantar mesej pada penjualnya tapi langsung tak dibalasnya….pe boleh buat selain dari bersabar, maka sabar je la…

  104. Adney says:

    Baca pendapat2 yang kat atas ni sahaja sudah membuatkan saya banyak belajar.. belum masuk artikel lagi.. artike smartzul + Pendapat di bawah = Ilmu yang sangat2 berguna. Semoga Allah memberi rahmat pada penulisnya.. Sangat berhati mulia.. Payah nak cari orang macam bro sekarang ni..

    • Ara says:

      Salam utk semua..

      Saya juga bersempendapat dgn Adney…Semoga Allah akn sentiasa menberi rahmat kepada smartzul dan penulis2 artikel yang berhati mulia yang jarang di temui pd zaman sekarang ni… amin.

  105. UmmiSofea says:

    salam zul dan semua forumer

    bila baca post ni baru saya sedar rupanya tak semua IM yang ada nama dan top boleh dipercayai.

    rasanya saya juga sudah terkena dengan janji-janji manis seperti seminar percuma yang bernilai ribuan ringgit dan sebagainya.

    sebagai newbie saya perlu lebih berhati-hati dengan dakwaan sales letter IM yang “berjenama” saya memang suka membeli ebook tentang perniagaan internet kerana ingin menambahkan info.

    terima kasih zul kerana begitu ikhlas dan berani mendedahkan situasi IM Malaysia.

    P.S kali pertama saya berjumpa smartzul ketika menghadiri seminar buat duit dengan internet anjuran saifulsham.com di kuala lumpur. bagi saya zul adalah IM yang berkredibiliti tinggi, penuh berhati-hati dalam melakukan kerja, dan ikhlas memberi pendapat . Syabas Smartzul

  106. setuju dgn apa bro zul katakan……

    saya tinggalkan renungan bersama

    UTK BERJAYA, KITA KENA BANTU ORANG LAIN BERJAYA…….

    i/Allah keberkatan ilmu akan kita perolehi….

    TERUSKAN KEGEMILANGAN……..

Trackbacks/Pingbacks

  1. 101 Idea dan Tip Perniagaan Internet 2010 | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)